Malam telah membuka tirai, rata-rata pelajar lain sedang menunaikan solat maghrib dan bagi pelajar perempuan yang tidak boleh. Mereka hanya duduk dibelakang sekali.
Namun sewaktu aspuri masuk kedalam surau. Sempat telinga mereka menerima cacian serta hinaan sebelum mereka solat. Sempat dimarahi oleh Tengku Syafiqah semua pelajar diam.
Apabila penolong ketua pengawas mengamuk. Siapa yang berani bising?
Habis sahaja solat semua pelajar berpusu-pusu ingin menyimpan telekung pada rak disediakan. Tapi bila Kak Qilah datang ingin melihat mereka semua beratur dan menjadi baik. Seperti tidak kesesakan jalan raya.
Huh! Hipokrit!
Sepanjang beratur, hati aspuri masing-masing berdegup kencang seperti akan ada berlaku sesuatu pada malam ini. Namun mereka hanya diam tanpa hasrat ingin meluahkan.
Sampai giliran terakhir ahli kumpulan aspuri ingin menyimpan telekung, Ku Syaf Ariana. Dia meletakkan beg bersebelahan dengan ahli yang lain dan melangkah keluar dari surau.
Rata-rata pelajar perempuan menjeling kearahnya. Namun tidak dikisah sama sekali olehnya. Bagi dirinya "dorang ada mata, tengok jelah".
Dia memakai kasut dan menuju kearah yang lain sedang beratur. Sebentar lagi aktiviti night walk akan berjalan. Dia beratur dibelakang Nik Aira.
Kornea warna kelabu itu mencari susuk tubuh kawan baiknya dari kecil, Tengku Syafiqah. Namun hampa langsung tidak kelihatan gadis itu.
Hanya dia yang memahami dan fahami dirinya kerana mereka telah berkawan serta membesar bersama sejak kecil. Tambahan, Keluarga dia bersama Tengku Syafiqah yang sungguh rapat menguatkan lagi hubungan tersebut.
Keakraban yang terjalin membuat mereka seperti belangkas. Dimana ada Syaf disitu ada Ika. Dimana ada Ika disitu ada Syaf. Mereka bagai bayang yang saling melengkapi.
Terhenti lamunan Ku Syaf Ariana apabila bahunya dicuit dari belakang. Kepalanya menoleh kebelakang dan ternyata Tengku Syafiqah.
"Kau pergi mana? " soalnya. Tangannya masuk kedalam poket jaket yang dipakai. Cuaca malam begini terasa sejuk. Tak sia-sia dia membawa jaket untuk pergi bersama.
"Aku pergi call dengan abang aku tadi" bisik Tengku Syafiqah perlahan. Ku Syaf Ariana menganguk. Malas ingin bertanya secara lanjut kepada gadis itu kerana keadaan tidak mengizinkan.
"Well, well, well nampaknya pelacur sekolah kita sertai aktivitilah" kata seseorang dari arah belakang. Segera Aspuri menoleh kebelakang.
Ternyata leader Alphamate sedang tersenyum nakal kearah aspuri. Tak termasuk lagi ahli yang lain.
Raja Arish.
Afiq Ahmsyar.
Quzaimey Rasdan.
Haziz Danial.
Mereka adalah Alphamate. Playboy terkemuka. Raja kasanova Malaysia. Kau jangan pelik macam mana budak macam dorang boleh masuk club. Keluarga berpangkat, pengaruh membuat mereka dapat masuk.
Hanya sekali petikan semua perempuan melutut dihadapan mereka. Sanggup memberikan tubuh serta maruah kerana duit. Back to story.
"Kalau kami ikut pun tak kacau kau pun lah! " ujar Iman Nadhirah datar. Dia menjeling sekilas kearah alphamate dan memandang kehadapan semula menyembang bersama Tengku Farah Adlina dan Nik Aira.
"Yeke sayang" kata Haziz Danial nakal.
"Pasti korang ikut masuk hutan ni sebab nak buat aktivitikan. Biasalah pelacur. Nak lagi korang pelacur kelas atasan. Mesti mahalkan" ujar Quzaimey Rasdan. Dia memeluk tubuh dan matanya galak melihat tubuh gadis-gadis itu.
"Aku nak sewa korang boleh tak? Berapa jam? Lama aku tak main perempuan ni " ujar seseorang lagi, Afiq Ahmsyar. Sengaja dia menjilat bibir seperti sedang bernafsu.
"Dah habis cakap? Kalau dah habis boleh berambus! " kata Ku Syaf Ariana dingin.
"Hinalah selagi mampu sekali mereka naik memang mampus satu sekolah kena! " omelnya dalam hati.
"Uh marahnya. Tak pelah korang pergi dulu. Kalau dah bernafsu sangat nanti. Korang cari kitaorang je. Biar kami yang puaskan" kotor sekali percakapan Raja Arish. Terus alphamate berjalan meninggalkan tempat.
Tengku Syafiqah memandang susuk tubuh mereka sehingga hilang sebelum dia berdecit kasar.
"Kalau mereka tu semut lama aku pijak dorang sampai penyet" kata Tengku Syafiqah datar. Ku Syaf Ariana mengangguk menyokong kata sahabatnya.
"SEMUA SILA BERATUR MENGIKUT KUMPULAN MASING-MASING" jerit abang Alex kuat. Alah lelaki tak pakai mikrofon pun boleh. Cuba perempuan jerit? Gua rasa pecah kut anak tekak.
Berpusu-pusu murid beratur mengikut kumpulan. Nasib sudah dibuat tanda bagi menyenangkan pelajar mencari. Selesai semua beratur. Abang Nizam memberi sedikit penerangan serta peringatan untuk masuk kedalam hutan.
Tiba masanya mereka bergerak untuk masuk kedalam hutan. Bermula dengan kumpulan nombor 8 masuk sehingga yang terakhir kumpulan nombor 1 menjadi kumpulan duduk dibelakang.
Sepanjang perjalanan mereka didalam hutan yang gelap. Mereka hanya diam membiarkan fasilitator yang bercakap. Sesekali mereka bercakap.
Tiba di perakhiran aktiviti night walk mereka perlu berjalan sendirian tanpa menggunakan lampu sehingga ke tempat mereka beratur tadi.
Sampai dikumpulan kedua ahli yang terakhir perlu berjalan adalah Iman Nadhirah. Dia membaca bismillah dan memulakan perjalanan. Sepanjang menyusuri keluar hatinya tak henti berdegub dengan kencang.
Tiba mulutnya ditekup oleh seseorang. Pantas dia ingin menumbuk orang itu namun pantas dia mengelak. Dia menyepak kuat pinggang orang itu. Terus sahaja orang itu duduk kerana senak pada pinggang.
"Kau siapa! " jerit Iman Nadhirah tidak sekuat mana. Matanya tajam melihat orang itu.
"Ni akulah gila! " jelas tak jelas sahaja suara dia kerana kesakitan pada pinggang. Dia mengankat kepala.
Membulat mata Iman Nadhirah. "Faizs! We sorry aku tak sengaja. Aku ingat siapa tadi " tergesa-gesa dia pergi kearah Faizs untuk menolong namun Faizs menolaknya sehingga jatuh.
"Jangan kau nak sentuh aku pakai tangan kotor kau! " kata Faizs dingin. Mencebik Iman Nadhirah.
"Kau percaya cakap diva tu. Heh aku tak kisah kalau kau nak salah sangka tapi jangan menyesal. Dah aku pergi dulu" Iman Nadhirah bangun dan meninggalkan Faizs yang masih senak. Namun baru tiga langkah berjalan mulutnya ditekup dan tanpa sempat ingin membuat apa. Terus sahaja dia pengsan dalam dakapan seseorang.
Dia mendukung Iman Nadhirah seperti guni dan sebelum itu dia menoleh kearah sahabatnya yang mendukung juga Faizs seperti guni.
"Jom! " pantas mereka meninggalkan tempat membawa Faizs dan Iman Nadhirah ke tempat yang telah ditetapkan.
•••
Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Bermaksud aktiviti night walk sudah habis. Setiap ahli kumpulan sedang mengira kembali ahli masing-masing.
Namum mendapat kerutan dari ketua kumpulan 1 dan 2 iaitu Tengku Amirul Fareez serta Syed Anas. Kumpulan 1 hanya mempunyai 7 orang manakala kumpulan 2 hanya tinggal 5 orang.
"Cikgu kumpulan 1 hanya 7 orang" jerit Tengku Amirul Fareez. Begitu juga dengan Syed Anas.
"Kumpulan 2 hanya 5 orang, cikgu!"
Berkerut semua cikgu serta fasilitator. Masing-masing semua sibuk sedang cuba mencari pelajar yang hilang.
"Kumpulan 1 siapa yang hilang! " tanya Cikgu Haslina.
"Tengku Hellysya".
"Kumpulan 2 beri nama pelajar yang hilang! " soalan yang sama diberi.
"Faizs, Iman Nadhirah dan Farah Adlina, cikgu! ".
Terkedu dua nama itu disebut oleh Syed Anas. Ku Syaf Ariana, Tengku Syafiqah serta Nik Aira saling berpandangan.
Terhenti pandangan mereka bertiga apabila telefon pintar Tengku Syafiqah berbunyi. Cemas Tengku Syafiqah mengeluarkan dari kocek seluar. Dia berdiri dari labuhan dan meminta izin kepada cikgu untuk mengankat panggilan.
Dia pergi jauh sedikit dari tempat berkumpul. Dia mengankat panggilan dan telefon pintarnya melekat pada telinga yang diselindung dari tudung dipakai.
"Hello, ada apa kau call aku? " soal Tengku Syafiqah dingin.
"Hanno rapito la signora Iman e la signora Farah. (Mereka telah culik Cik Iman dan Cik Farah) " jawab orang disana.
Urat hijau mula timbul pada tangan Tengku Syafiqah. Dia cuba menyabarkan diri dari kemarahan.
"Oms? (Siapa?) ".
"Tengku Hellysya Binti Tengku Haqem" kata orang sana lagi.
Terus Tengku Syafiqah menutup panggilan dan menyimpan telefon dikocek seluar semula. Dia menghembus kasar nafasnya untuk mengurangkan marah yang telah mencanak naik.
Dia memusing badan kebelakang dan terkedu dia melihat Ku Syaf Ariana serta Nik Aira sedang memeluk tubuh.
"Jadi betullah betina tu dah buat hal? " soal Nik Aira dingin.
"Hmm" gumam Tengku Syafiqah.
Ku Syaf Ariana mendesah tajam. Dia menikam tajam pandangan berbalas pandangan Tengku Syafiqah. Apa yang dilihat olehnya iriz mata sahabatnya sudah bertukar warna dari biru ke hitam.
"Malam ni kita bertiga selamatkan mereka " ujar Ku Syaf Ariana dingin. Bibirnya menampakkan senyuman sinis. Tengku Syafiqah dan Nik Aira juga membalas senyuman yang sama.
Share this novel