LAPAN

Other Series 3280

Iman hanya mengangguk dan senyum pada salah seorang pegawai polis yang masuk ke ruangan pejabat pentadbiran kolej. Pada waktu cuti semester begini dia ditugaskan untuk membantu di pejabat.

Tanpa menghiraukan urusan pegawai polis tersebut, Iman meneruskan kerja yang diberikan oleh kakitangan pejabat untuknya. Sambil-sambil melakukan kerja, dia ada memasang telinga dan kedengarannya ada pelajar kolej yang terlibat dengan jenayah jual dadah.

Iman tidak habis fikir, memandangkan pelajar-pelajar kemahiran berusia antara 16 hingga 20 tahun, dia merasakan mereka terlalu muda dalam mensia-siakn hidup.

Tidak fikirkah mereka pada ibu bapa yang membesarkan mereka? Tidak cukupkah perbelanjaan yang diberikan ibu bapa sehingga sanggup menjadi ejen-ejen jual dadah?

Dalam hati Iman bersyukur, sekurang-kurangnya ahli keluarganya tidak terlibat dengan kes-kes sebegitu.

Iman suka melakukan kerja pejabat. Setiap kerja yang diberikan disiapkan dengan cepat. Sehinggakan dikatakan rajin oleh kakitangan pejabat. Tapi sebenarnya Iman hanya ingin cuba melakukan kerja seikhlas hati. Daripada dulu lagi dia sentiasa ingatkan diri untuk melakukan sesuatu kerana Allah.

Lillahi ta'ala.

Selepas pemergian anggota polis tersebut, seorang lelaki masuk ke pejabat. Daripada segi gaya dan tingkah lakunya, kemungkinan besar dia salah seorang kakitangan kolej.

Iman hanya memandang sekilas lalu dan terus menyambung kerjanya.

Tidak lama selepas itu, lelaki itu datang mendekati Iman. Iman hanya tersengih apabila lelaki itu memandangnya dengan pelik.

"Baru ke kat sini? Macam tak pernah nampak..Cikgu ke?" lelaki itu bertanya.

"Ya, saya..cikgu platih kat sini.." Iman menjawab.

"Ooh patutla..Tak pernah nampak. Dah lama ke kat sini?" Tanyanya lagi.

"Baru sebulan."

Dia mengangguk-angguk.

"Patutlah tak pernah nampak. Lama ke kat sini?"

"In shaa Allah, lima bulan.. " kata Iman.

Selepas beberapa ketika, dia pun berlau pergi meninggalkan Iman sendirian.

'Memang lah tak pernah nampak sebab biasanya aku kat pejabat bahagian Kejuruteraan. Cuti ni saja aku kat sini.' detik hati Iman Daniela.

Entah siapa gerangannya. Biasanya Iman tidak bertanya lebih. Dia memang pendiam dengan orang-orang yang baru dikenali. Tetapi apabila sudah rapat walaupun sedikit, Imanlah insan yang paling banyak bercerita.

'Manis jugak orangnya.' detik hatinya lagi.

Begitulah Iman Daniela. Insan yang mudah tertarik dengan seseorang.

Tetapi Iman tahu dia tiada tarikan sebab itulah dia tidak mempunyai teman lelaki sehingga sekarang. Tapi tidak mengapa. Kurang satu masalah. Iman tersenyum sendiri.

Jam di dinding menujukkan pukul 4.30 petang. Tidak sabar dirinya hendak balik ke rumah untuk berehat. Kerja di pejabat langsung tiada ruang untuk dia berehat. Ketika hari biasa, apabila tiada kelas dia akan cari masa untuk tidur sebentar. Tapi sepanjang bekerja di pejabat pentadbiran seminggu ini dia sibuk melakukan itu dan ini.

Kakitangan pejabat berebut menyuruhnya itu dan ini tetapi Iman tidak kisah memandangkan dia memang suka kerja-kerja pejbat seperti kerja lamanya dahulu.

Hati iman tenang sedikit. Apabila sibuk dengan kerja, dia lupa masalah yang dihadapinya.

Iman Daniela tersenyum sendiri.

'Nak cari boyfriend la sorang'. Hati Iman berkata nakal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience