BAB 1

Mystery & Detective Completed 973

Apa lagi! Mencanak lah Wati melihat iklan tersebut di satu
ruangan iklan internet. Hampir terjatuh telefon bimbit yang dipegangnya.
Tergetar-getar dia membaca iklan tersebut. Dibeleknya pula beberapa kali
gambar bilik dan rumah yang disertakan bersama, tidak lah semewah yang
disangkakan. Tetapi teramat lah berbaloi dengan kadar sewa yang
dikenakan. Dia menyemak tarikh iklan itu dipaparkan.

28 Mac 2017

“Eh! Tarikh dua hari lepas! Iklan baru lagi ni!”

Kadar terujanya Wati dek iklan tersebut mungkin boleh
diibaratkan bagai kera mendapat bunga. Bunga - sejambak bunga ros merah
yang mahal, dan dibeli dengan harga hanya RM1. Lantas Wati tatal ke
bawah skrin telefonnya. Mencari-cari butiran empunya iklan. Tiada nama
diletak. Hanyalah nombor untuk dihubungi. Cepat-cepat
Watiscreenshot iklan tersebut. Kemudian, tangannya pantas mendail nombor telefon yang ditinggalkan.

Keningnya dikerut-kerutkan. Harapan setinggi gunung.
Mengharapkan empunya iklan mengangkat telefon, dan yang lebih penting,
harapan agar bilik itu masih ada!

Harapan.

Tut Tut...Tut Tut..Tut Tut…

Hanya bunyi deringan kedengaran. Agak lama. Masih tiada orang
yang mengangkatnya. Seka beberapa minit, masih tidak berjawab. Wati
mengeluh kasar. Harapan kian memudar. Dia mematikan talian dan kembali
membelek iklan tersebut. Di penghujung bucu kanan, terdapat satu nota kecil.

Seller says : Whatsapp preferred

“Aha! Bingo!”

Walaupun mulutnya menyuratkan kegirangan, konon-kononnya
empunya iklan hanya akan melayan pertanyaan melalui mesej dalam aplikasi
whatsapp, jauh di sudut hati, tersuratnya, harapan Wati terus memudar.
Sudah tentu ramai yang bertanya dan sudah tentu juga bilik itu telah pun
ditempah. Harga sewanya terlalu murah, tambahan pula lokasinya yang
strategik, terletak di pusat bandar Subang Jaya.

Wati gagahkan juga menghantar satu mesej pesanan ringkas
kepada empunya iklan.

-Hello. Saya Wati dari Tanjung Malim, bekerja berdekatan area
Taipan, USJ. Saya ada terbaca iklan bilik untuk disewa di USJ yang cik
letak di laman sesawang Senang.My. Boleh saya tahu sekiranya bilik itu
masih available?-

Waktu dihantar: 3:30 pm.

Status: Pending.

Harapan Wati menggunung ketika itu. Dia kemudian melihat
status dalam talian empunya iklan. Kenapa pending? Kenapa bukan
double tick? Tak kisah la blue double tickataupun tidak. Janji
double tick. Sekiranya single tickmacam sekarang, bermakna empunya
iklan itu masih belum menerima mesejnya. Hampa mula menguasai diri Wati.

Last seen: today at 5:00 am.

Wati menggaru kepala.

“Pukul 5 pagi masih online? Jenis tak tidur malam ke apa dia
ni. Lepas tu tak onlinepulak tu sampai sekarang. Dah lewat tengah hari
kot? Siang tidur malam berjaga ke apa?” Bisiknya di dalam hati.

Wati melihat gambar profil tuan empunya itu. Hanya gambar
belakangnya kelihatan. Seorang wanita yang berambut lurus, panjang
sampai ke tengah belakang. Wajah? Tidak nampak. Barangkali satu posisi
yang disengajakan. Sedang menongkat dagu menghadap luar tingkap.

“Ewww! Profile pictureentah apa-apa. Kalau ye pun nak posing
ala-ala ada orang tengahsnapmasa dia tengah leka melihat pemandangan
luar tingkap, letak lah gambar yang cantik sikit. Ni dah la gambar
gelap. Pemandangan kat luar pun tengah gelap malam. Apa yang nak
dinampaknya?” Gomel Wati di dalam hati tatkala melihat gambar profil
tuan empunya iklan itu - seorang wanita berambut lurus panjang - yang
menjengkelkan dia.

Diperhatikan sekali lagi gambar itu. Bilik itu suram. Kurang
pencahayaan. Rambutnya terlalu lurus. Cantik sangat, panjang mengurai.
Tapi terlalu cantik. Berkilat-kilat. Dia mengenakan blouse berwarna
putih ketika gambar itu diambil. Sekali imbas, betul-betul ibarat
(H._.N._.U).

Tidak semena-mena bulu romanya menegak. Seram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience