Bab 3

Romance Series 21011

THEA pulang ke rumahnya dengan wajah yang berkerut. Kakinya begitu sakit sehingga akhirnya dia terduduk di atas sofa sambil melepaskan lelah.

Perlahan-lahan dia terus memejamkan matanya akibat kepenatan.

Fena, rakan baik Thea yang merangkap teman serumahnya muncul dari dapur sambil memegang segelas aiskrim. Dia menyuap aiskrim itu ke dalam mulut.

“Hm? Lambat balik. Overtime ke?” soal Fena.

Thea mengerling ke arah Fena dengan sekilas. Dia begitu letih sehinggakan dia tidak mampu bersuara lagi.

Fena terus terkejut apabila melihat kaki rakan baiknya itu.

“Weh, kaki kau dah kenapa?” Dia terus meletakkan gelas aiskrim itu di atas meja makan dan mendekati Thea. Perlahan-lahan dia menyentuh kaki Thea yang berbalut itu.

Mata Fena membulat ke arah Thea.

“Thea! Kau buat apa sampai kaki kau berbalut macam ni?!” Soal Fena terkejut.

Thea memandang Fena dengan wajah yang sedih.

“Entahlah..” Balas Thea dengan malas.

Fena terus duduk di sebelah Thea dan meletakkan kepala Thea di bahunya.

“Kenapa ni? Cerita kat aku cepat. Apa dah jadi dengan kau ni?” Soal Fena lagi

Thea terus memeluk Fena sambil merengek.

“Fena……” rengek Thea.

Fena terus menggaru kepalanya. Pelik dengan tingkah kawan baiknya itu.

“Ya.. apahal kau ni? Kau okey tak? Siapa yang buat kau?”

Thea terus menangis. Perasaannya kini sedang bercampur baur. Dengan rasa sakit di kakinya, dengan menahan lapar di perutnya lagi.

“Fenaaaa!!!” Jerit Thea

Fena terus menampar paha Thea.

“Ish, kau ni! Dari tadi Fena, Fena , Cuba kau bagitau kat aku. Kenapa dengan kau? Apa dah jadi sampai kaki kau berbalut macam ni?” Soal Fena dengan geram.

Thea terus membetulkan duduk. Dia memandang wajah kawan baiknya.

“Aku lapar..” Balas Thea sambil merenung wajah Fena.

Fena memandang Thea dengan tidak percaya.

“Ya Allah.. yang kau tak makan tu dah kenapa? Lagi satu, macam mana kaki kau boleh jadi macam tu?” Soal Fena lagi

Thea memegang kakinya yang berbalut.

“Tadilah.. masa aku nak pergi makan kat restoran tu .. aku terjatuh. Sebab tulah aku tak sempat.” Jelas Thea perlahan.

Fena menghela nafasnya. Kenal sangat dengan sikap cuai kawan baiknya itu.

“Dah tu? kau drive sendiri pergi klinik? Makin bengkak lah kaki kau ni.” Kata Fena.

Thea menggeleng.

“Tadi ada chef pelik yang tolong hantar aku pergi klinik.. Masa balik tadi pun, aku yang degil nak drive sendiri.. kan dah mendapat. Sakit sungguh weh kaki aku ni.” Kata Thea sambil mengurut-urut kakinya.

Fena menepuk dahinya sendiri.

“Ya Allah kau ni.. macam-macam hal lah.” kata Fena dan terus bangun. Dia mencekak pinggang di hadapan Thea.

“Dah. Sekarang ni kau pergi mandi dulu, lepastu makan. Nasib baiklah aku ada masak petang tadi.. Tak apalah, aku panaskan dulu lauk tu. Nanti aku urutkan kaki kau.” Kata Fena.

Thea berasa terharu dengan kebaikkan kawannya itu. Dia terus memeluk Fena.

“Hehe! Sebab tu lah aku sayang sangat dekat kau ni!” Thea tersengih dan terus bangun sambil berjalan terhinjut-hinjut masuk ke dalam biliknya.

Fena menggeleng-gelengkan kepalanya. Sejak Thea pulang dari New York, mereka sudah bersepakat untuk tinggal serumah. Sudah menjadi tugasnya sebagai seorang kawan untuk menjaga gadis itu.

Walaupun dia tahu yang Thea itu merupakan seorang gadis yang berdikari dan tegas, tetapi dia tidak yakin untuk meninggalkan Thea seorang diri.

Fena terus memanaskan lauk ayam masak kicap yang dimasaknya petang tadi. Tak lama kemudian, dia melihat Thea sudah keluar dengan memakai pyjama.

Fena mengangkat lauk ayam masak kicap itu di atas meja makan berserta dua piring nasi.

Thea tersenyum lebar. Di rumah itu, Fena adalah tukang masak manakala dia pula, tukang mengemas rumah. Dengan cepat Thea mencedok lauk itu ke dalam nasi.

“So, apa cerita?” soal Fena sambil menyuap nasi itu ke dalam mulut.

Thea mengangkat wajah. Mulutnya penuh dengan nasi.

“Huh? Apa dia?” soalnya semula.

Fena tersenyum nakal.

“Chef yang tolong kau tu lah.. Handsome ke tak?” usik Fena.

Thea terdiam. Dia menggaru-garu keningnya.

Fena mengeluh melihat reaksi kawan baiknya itu.

“Oh.. dia tua eh?” Soal Fena lagi.

Thea mengangkat bahunya sambil meneguk air.

“Entahlah. Aku tak sempat nak belek muka dia betul-betul.” kata Thea selamba.

Fena menghentikan kunyahan di mulutnya.

“Ish! Kau ni kan! Makin susahlah aku nak tinggalkan kau seorang-seorang lepasni!” Kata Fena.

Thea menjuhihkan bibirnya.

“Lah.. kenapa?” soal Thea pelik.

“Kau tunggu kejap.” Fena terus bangun dan mengangkat pingganya ke singki lalu dia masuk ke dalam biliknya. Tak lama kemudian, dia muncul semula sambil membawa sekotak cincin.

Thea mengerutkan dahinya.

Fena meletakkan kotak cincin itu di hadapan Thea.

Thea memandang Fena dengan pelik.

“Apa ni?” Soal Thea.

“Aku ada benda nak cakap dekat kau.” kata Fena pada Thea.

Dia perlu memberitahu Thea tentang perkara itu dengan cepat. Dia risau sekiranya dia sudah berkahwin, siapa yang akan menjaga gadis itu?

Thea memandang Fena dengan wajah ingin tahu.

“Okey…?” Thea melihat wajah Fena.

Fena menarik nafas panjang.

“Aku dah nak kahwin.” ujarnya tenang.

Thea terkedu. Yang dia tahu, Fena memang sudah mempunyai kekasih tetapi dia tidak menyangka, yang kawan baiknya itu akan berkahwin tak lama lagi.

“Kau seriuslah..” kata Thea dengan terkejut.

Fena menarik nafasnya lalu mengangguk.

“Armand ada propose kat aku semalam.. dan aku nak bagitahu kat kau, tapi..” Fena terdiam seketika. Dia melihat Thea yang terdiam.

“Thea.. aku taknak tinggalkan kau seorang.. sebab tu lah aku..” Fena mengetap bibirnya.

“Kau tak bagi kat dia jawapan ke?” soal Thea sambil memandang wajah sahabatnya itu.

Fena terdiam.

Thea tersenyum sedikit.

“Fena.. kau tak perlulah nak risau pasal aku.. aku bukannya budak-budak lagi. Aku pun tahu ajelah jaga diri aku ni. Lagipun.. masa aku kat New York, aku boleh aje nak survive macam mana. Haha.” Gurau Thea.

Fena mengetap bibirnya.

Thea tersenyum sedikit. Dia memegang tangan kawan baiknya.

“Kau tu kawan baik aku tau? Kalau kau happy, aku lagi happy. Lagipun kau dengan Am tu dah lama bercinta. Dah sampai masa untuk kau cari kebahagiaan kau juga, Fena.” Kata Thea.

Fena memandang ke arah Thea dengan wajah yang risau.

Thea tersenyum lagi.

“Kau janganlah risau pasal aku.. Tu.. masa depan kau tu.” Thea menjuhikan bibirnya ke arah kotak cincin itu.

“Masa depan kau tu lagi penting.” Ujar Thea lembut.

Fena sebak. Dia terus memeluk Thea.

“Woi. Janganlah peluk! Aku tengah makan ni.” Jerit Thea sambil mengunyah nasi.

Fena tidak mengendahkan kata-kata Thea sebaliknya dia mengeratkan lagi pelukan.

“Kau salah Thea. Kalau kau nak aku pilih antara kau dengan Am, aku sanggup pilih kau.” Balas Fena sebak.

Thea ketawa walaupun matanya sudah berkaca.

“Kau jangan nak mengarutlah, perempuan.” kata Thea dengan air mata yang bertakung.

Fena ketawa.

“Masa depan kau tu lagi penting.. janganlah risau pasal aku..” kata Thea perlahan.

“Sampai bila-bila pun kau kawan baik aku tau?” kata Fena dalam pelukan.

Thea tersenyum sedikit. Dia meleraikan pelukan.

“Ya.. aku tahu. Tapi kau kena ingat, nanti bila dah tua, siapa yang nak jaga kau kalau bukan Am? So, choose him.” Kata Thea lagi.

Fena tediam lagi. Berat hatinya untuk meninggalkan Thea.

“Fena, Am tu pun dah macam kawan baik aku juga. Sepanjang korang bersama, aku nampak yang dia tu baik sangat. Dia layan kau dengan elok. Dia hormat orang tua. Lepastu dia baik dengan semua orang. Rugi tau kalau kau tolak dia.” kata Thea lagi.

Fena menarik nafasnya.

“Nanti kau macam mana..” Fena masih lagi risau.

“Jangan risaulah. Aku tahulah jaga diri aku.” kata Thea sambil menarik rambut Fena

Fena tersenyum sedikit. Sungguh dia sangat sayang dengan kawan baiknya itu, mereka sudah berkawan sejak dari sekolah menengah lagi. Berat hatinya untuk meninggalkan Thea.

“Nanti kalau aku dah tak ada.. macam mana kau nak masak? Kau bukannya reti..” soal Fena dengan air mata yang mengalir.

Thea turut menangis.

“Tak apalah.. aku boleh aje goreng telur..” kata Thea sambil mengesat air mata Fena.

Mereka ketawa lagi.

Thea menepuk-nepuk bahu Fena.

“Okeylah. Nanti kau jangan lupa urut kaki aku ni. Kau kan orang gaji aku.” kata Thea sambil ketawa kuat.

Fena terus menarik rambut Thea.

“Dasar perempuan.” kata Fena sambil ketawa.

****
 
THEA masuk ke dalam pejabatnya sambil melihat pekerja-pekerjanya yang mula sibuk untuk mesyuarat nanti.

“Good morning, everyone. As I mention yesterday, we have meeting in 10 minutes. Our first formal meeting. So I want everyone to be there.” kata Thea dan berjalan masuk ke dalam bilik mesyuarat.

Dina terus melihat kaki Thea yang berbalut.

“Kenapa dengan kaki Miss Thea tu? Semalam okey je?” katanya pada Alan.

Alan mengangkat bahunya.

Mereka semua terus bersiap-siap untuk menghadiri mesyuarat pertama mereka bersama Thea.

Thea memeluk tubuh sambil melihat pekerja-pekerjanya mula masuk ke dalam bilik mesyuarat.

“Ada sesiapa yang tak masuk lagi ke?” soal Thea.

“Everyone’s here, Miss Thea.” kata Laura.

“Okey. Let’s get started.” kata Thea sambil duduk. Dia memandang semua perkerjanya di situ.

“Macam yang kamu semua tahu, GLAMZ magazine akan sambut anniversary yang ke-15. So i want you guys give any ideas for our upcoming magazine. So, anyone?” Soal Thea sambil memeluk tubuh. Dia mahu melihat potensi semua pekerjanya di situ.

Ema berdehem. Dia terus bangun.

“Why don’t we features the home of 10 celebrities? Selalunya kita akan tulis article tentang fesyen mereka dan juga lifestyle mereka..” kata Ema sambil melihat Thea.

Thea ketawa sinis apabila mendengar idea itu.

“What kind of idea is that? Nak interview dengan mereka pun susah.. Sometimes, kita sendiri pun tak boleh nak meet dengan celebrities schedule. How come you want us to feature their homes? I mean.. 10 celebrities? You think you can do that?” soal Thea dengan sinis.

Ema terdiam. Perlahan-lahan dia duduk semula.

“Lepasni tolong bagi idea yang logik sikit okey, Miss Ema? Next!” kata Thea sambil melihat mereka.

“Apa kata kita tulis artikel tentang sejarah kaligrafi melayu..”

“Next!” celah Thea

“How about the trending new eye shadow? For beauty and cosmetics?”

“Next!” Thea menguap kebosanan.

“Untuk fashion.. saya cadang pakaian moden macam ni..”

“Next!” Thea memicit kepalanya.

Semua di situ terus terdiam. Idea yang diberikan oleh mereka semua tidak diterima oleh Thea.

Thea mengeluh. Dia memandang Hazy yang sudah mula terlelap.

“Hazy!” panggil Thea

Hazy terus membuka matanya. Dia terkejut.

“You tidur ke? Why don’t you give us idea about our upcoming magazine?” Soal Thea tegas.

Hazy menelan liur.

“Err... i’m.. I’m so sorry..I don’t have..” Hazy mengetap bibirnya.

“Get out.” kata Thea tanpa memandang Hazy.

Hazy mengetap bibir dan menunjukkan wajah sedihnya pada Thea.

“I. Said, GET OUT.” kata Thea dengan wajah yang dingin.

Hazy terus bangun dan keluar dari bilik mesyuarat itu.

Thea memandang semua pekerjanya dan menarik nafas panjang.

“So you guys just gave our readers what they wanted but there’s nothing to show it?” Soal Thea tegas.

Mereka terdiam lagi.

Thea mengeluh.

“Kan saya dah cakap yang harini ada meeting? Kenapa masing-masing tak buat preparation yang memuaskan? Semua boleh keluar sekarang. And develop your idea for our next meeting nanti. Lain kali kalau bab kerja boleh tak serius sikit?.” kata Thea dengan kecewa.

Mereka terus mengangguk.

Laura berdiri sambil melihat wajah Thea.

“Kami minta maaf Miss Thea.” Kata Laura perlahan.

“Get out.” kata Thea tanpa melihat mereka.

Mereka terus keluar dari situ dengan wajah yang stress.

Ema mencebikkan bibirnya.

“Eeee.. Geram betul lah. Dia period ke?” getus Ema dengan geram.

Dina mendengus.

“Itulah. Geram pulak aku. Sikit-sikit aje nak marah lepastu semua idea kita, dia taknak. Dasar Ice Queen sombong.” Bentak Dina

“Korang. Janganlah cakap macam tu.. Pergi buat kerja cepat.” kata Laura sambil berjalan di sebelah mereka. Dia terus menolak rak yang digantung dengan pelbagai dress untuk dipakai oleh model nanti.

“Kak Laura ni, baik sangat lah. Kak Laura tak rasa geram ke dengan minah tu?” bebel Dina

Laura menghela nafasnya.

“Guys, please be professional. Kita sekarang tengah bekerja.” tegurnya.

Dina memuncungkan bibirnya.

“Naim. Please take this to studio room.” kata Laura pada Naim.

Naim terus menolak rak baju yang beroda itu dan berjalan menuju ke studio photoshoot.

Thea hanya melihat mereka sambil membuka ipadnya. Dia melihat ranking GLAMZ magazine yang berada di number 10. Perlahan-lahan dia menarik nafas dan cuba memikirkan cara untuk menaikkan nama syarikat majalah itu.

Tiba-tiba wajah Adrian mula muncul di mindanya.

“Eh?” Thea terus bangun dari kerusinya.

“Kenapa aku fikir pasal dia tu pula?” katanya sendiri sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“No.. no.. no. Get out of my mind!” kata Thea sendiri sambil mengetuk kepalanya

***
 
KETIKA selesai waktu pekerjaan, Dina mula mengemas barang-barangnya dan terkejut apabila melihat penghantar makanan mula datang ke office mereka.

“Eh korang! Siapa punya pizza ni?” soalnya sambil mengambil pizza itu.

Thea berjalan ke arah pekerja-pekerjanya.

“Saya yang order. So korang boleh lah brainstorm idea untuk majalah kita nanti.” Balas Thea selamba.

Dina terdiam. Pelik betul boss baru mereka ini. Tiba-tiba saja belanja pizza. Pagi tadi bukan main lagi marah macam singa.

“Wah. Untuk kitorang ke?” soal Ema ceria.

Thea mengangguk.

“Hmm.. musykil..” soal Hazy

Thea memeluk tubuhnya sambil melihat mereka.

“Kenapa? Tak boleh ke saya belanja korang makan? Ini bukan saja-saja. Saya nak korang brainstorm idea dengan tenang and happy.” katanya selamba lalu berjalan keluar.

Laura memandang Thea.

“Miss Thea! Jom lah makan sekali!” Ajak Laura.

Thea tersenyum dan menoleh ke arah mereka.

“No. I’ll pass. Ada hal sikit. Bye!” Kata Thea lalu dia berjalan keluar dari office itu.

“Kenapa tiba-tiba aje minah kerek tu belanja kita?” kata Dina sambil mencebikkan bibir.

Ema tersengih.

“Tak apalah. At least dia belanja pizza favorite aku. Hehe.” katanya sambil membuka kotak pizza itu. Hazy yang melihat terus mengambil potongan pizza itu dan memakannya.

“Hazy!” jerit Laura

Hazy mengunyah pizza itu dengan selamba.

“What?”

Laura terus menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat telatah Hazy.

***
 
THEA menarik nafasnya dan menghentikan keretanya di hadapan restoran Adrian. Jauh di sudut hatinya, dia berasa serba salah kerana bersikap garang dengan lelaki itu, padahal lelaki itu telahpun membantunya.

Peralahan-lahan Thea keluar dari kereta dan berjalan ke arah restoran itu sambil menelan liur. Patutkah dia meminta maaf dengan lelaki itu?

Dari jauh Adrian telah melihat Thea di hadapan pintu restorannya. Adrian mengerutkan dahinya lalu tersenyum. Agak pelik apabila melihat kehadiran gadis itu di restorannya.

“Why she’s here?” soalnya sendiri dan berjalan ke arah Thea.

Mata mereka bertemu.

Thea mengetap bibirnya dan terus beredar menuju ke arah keretanya semula.

“Wait!” panggil Adrian.

Thea menghentikan langkahnya. Dia mengetap bibir dengan kuat.

Adrian berdiri di hadapan Thea sambil mengangkat keningnya.

“Hi? How can I help? Jatuh lagi ke?” soal Adrian sengaja.

Thea mengetap bibirnya apabila mendengar sindiran lelaki itu.

“Kenapa? Saya tak boleh datang ke sini terus ke?” soal Thea semula.

Adrian menyembunyikan senyuman.

“Awak tahu tak yang awak ni garang macam singa?” soal Adrian selamba.

Thea mengetap giginya dengan kuat. Dia mendengus dan bersedia untuk membuka pintu keretanya namun dihalang oleh Adrian.

Thea cuba menunjukkan wajah yang tenang.

“Why? what do you want?” soal Thea sambil melihat Adrian yang memakai baju chef.

“Saya yang sepatutnya tanya awak. What do you want and why you here?” soal Adrian sambil tersenyum.

Thea hanya melihat senyuman Adrian. Kacak. Baru dia perasan yang lelaki itu mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipi. Lelaki itu juga memiliki mata yang berwarna hazel. Cantiknya mata dia.. Contact lens ke? Tapi tak mungkin..

‘Is he mix?’ getus hatinya.

Thea perasan lelaki itu tidak mempunyai wajah seperti mana-mana lelaki melayu yang dia kenal. Lelaki itu seperti mempunyai darah campuran. Rambut lelaki itu juga berwarna perang bercampur coklat. Thea terpesona seketika. Matanya masih lagi meneliti wajah lelaki itu. Sungguh tampan. Sungguh kacak.

“Is that natural?” soal Thea sendiri sambil mengerutkan dahinya. Dia melihat rambut Adrian.

Adrian mengangkat keningnya.

“Huh?” Adrian terpinga-pinga

“Your hair..” Thea memandang Adrian.

Adrian memegang rambutnya sendiri. Kemudian dia ketawa sedikit.

“Oh? My hair? I got it from my mom. She’s italian.” Jelas Adrian.

Thea mengangguk faham. “Oh I see..”

Adrian tersenyum. “So…?”

Thea memandang Adrian yang sedang mengangkat kening ke arahnya lalu dia terus berdehem.

“Well, I just came here to see.. nak tengok apa aje yang ada kat restoran ni. Semuanya masakan itali ke?” soalnya bersahaja.

Hakikatnya jantungnya mula berdebar hebat apabila Adrian berdiri begitu dekat dengannya.

Adrian tersenyum.

“Why don’t you come in and have our special menu?” Soal Adrian pula.

Thea berpura-pura melihat jam di pergelangan tangannya.

“Okey then.” katanya dan terus berjalan ke arah restoran itu dan meninggalkan Adrian.

Adrian hanya tersenyum kemudian dia melihat kaki Thea yang masih lagi berbalut. Dia mengerutkan dahinya. Gadis itu masih lagi berjalan ke sana ke sini dengan kaki yang berbalut?

“Macam mana dengan kaki awak?” soal Adrian. Matanya masih lagi memandang ke arah kaki Thea.

Thea menghentikan langkah.

“Oh? Dah okey sikit.” Balas Thea.

Adrian terdiam.

“Kenapa awak tak duduk rumah dan rehat aje?” Soal Adrian lagi.

Thea memandang Adrian sambil tersenyum sinis.

“What are you? My mom?” soalnya sombong.

Adrian berdehem. “Sorry.”

‘She’s still like a lion.’ getus hati Adrian.

Thea terus duduk di sebuah kerusi restoran itu dan melihat menu di tangannya.

“So.. anything’s new here?” soal Thea dan memandang Adrian.

Adrian tersenyum.

“You wanna try our special menu? It called Castolette di Agnello.” Kata Adrian.

Thea mengerutkan dahinya. “What is that?”

Adrian berdehem sambil mengukir senyuman manis.

“Grilled lamb chop with rosemary and anchovy. Perfect taste and very delicious.”
kata Adrian.

Thea menangkat keningnya.

“So.. you’re the only one who own this restaurant?” Soal Thea ingin tahu.

Adrian tidak menjawab sebaliknya dia hanya tersenyum.

Thea tersenyum. “Wow, that’s cool.”

“Wait here, okay?” kata Adrian dan terus berlalu ke arah dapur.

Sebaik saja Adrian berlalu, Thea terus menarik nafasnya dengan dalam. Jauh di sudut hatinya, dia berasa serba salah dengan Adrian kerana sikapnya yang dingin malam itu sedangkan lelaki itu telahpun menolongnya.

Tak lama kemudian, Adrian muncul semula sambil membawa hidangan istimewa itu pada Thea.

“Here our special menu, Castolette di Agnello.” kata Adrian dengan senyuman.

Tiba-tiba muncul lagi seorang pelayan lelaki sambil membawa sejenis air buah yang berwarna merah.

“Our special drink, it called Chinotto. This soft drink was produce from juice of citrus myrtifolia. And it have bittersweet taste.” kata Adrian lalu dia meletakkan air itu di atas meja Thea dengan senyuman.

Kemudian pelayan tadi meberikan pula menu terakhir pada Thea.

“And lastly, our special dessert. It called Panna Cotta. With a taste of chocholate ganache can make you fall in love with it.” Jelas Adrian dengan senyuman.

Thea terpegun seketika apabila melihat hidangan di hadapannya. Hiasan yang begitu cantik dan kemas serta begitu menyelerakan.

“Wow. This is so good. Thank you.” ujar Thea lalu memandang Adrian.

“Finally you know how to said thank you.” kata Adrian dengan senyuman.

Thea memandang Adrian dengan tajam. Adrian seolah-olah memerlinya.

“What does that mean?” soalnya dengan nada yang serius.

Adrian hanya ketawa.

“Enjoy your meal.” kata Adrian dan ingin berlalu dari situ.

Thea mengetap bibir.. Tanpa menunggu lama dia menarik hujung baju Adrian. Dia perlu meminta maaf pada lelaki itu!

Adrian menoleh.

Thea menundukkan wajah.

Adrian tersenyum. “Why?”

Thea mengetap bibirnya.

“Ugh. Just.. forget it.” Kata Thea dan meminum air itu.

Hakikatnya dia masih lagi rasa bersalah kerana tidak mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu semalam.

Adrian tersenyum. Gadis itu sangat berbeza dengan mana-mana gadis yang dia kenal.

Tanpa menunggu lama Adrian terus duduk di hadapan Thea.

Thea hanya diam dan masih lagi tidak memandang wajah lelaki itu.

“Why you always do that?” soal Adrian.

Thea menangkat wajahnya.

“Do.. what?” Soal Thea pula.

Adrian tersenyum.

“You always hide your real feelings. Awak taknak luahkan apa yang ada dalam hati awak, apa yang awak rasa.. it feels like you’re hiding. What are you afraid of?” Soal Adrian lagi.

Thea terkedu. Kata-kata lelaki itu menyentak hatinya. Dia sedar yang selama ini dia sering berselindung dengan perasaannya. Dia sering menipu perasannya sendiri. Kalau boleh, dia tidak mahu sesiapapun yang tahu apa yang ada di dalam hatinya. Sejujurnya dia sangat takut jika dia akan terluka lagi.

Thea berdehem dan memotong grill lamb chop itu dengan tenang lalu dia menyuapkannnya ke dalam mulut.

“Wow. Sedapnya.” ujar Thea.Tidak menjawab soalan Adrian tadi.

Adrian terdiam seketika lalu dia mengukirkan senyuman. Dia tahu Thea sengaja tidak mahu menceritakan perkara itu padanya.

“Of course. That’s my mom recipe.” kata Adrian.

Thea memandang Adrian.

“So.. Your mom.. chef juga ke?” Soal Thea.

Adrian terdiam lalu tersenyum.

“My mom pernah jadi chef masa kat Itali dulu.. Tapi..” Adrian menoleh ke arah lain.

Thea melihat wajah Adrian yang berubah mendung.

Adrian berdehem. Dia memandang Thea.

“You should try our dessert. It’s really good.” kata Adrian sambil tersenyum manis.

“Look who’s changing the topic now...” kata Thea dengan senyuman.

Adrian hanya ketawa sedikit.

Thea tersenyum.

“Awak tak perlu bagitahu pun tak apa.. Saya faham aje.. Tapi resepi ibu awak ni.. sedap sangat.” Puji Thea dengan ikhlas.

Adrian tersenyum. “Thanks.”

Thea turut tersenyum.

Adrian memandang wajah Thea. Mereka bertatapan seketika.

“You know what? I think you should smile more.” Kata Adrian. Jantungnya agak bergetar apabila melihat senyuman manis Thea.

Thea mengangkat keningnya.

“You look more prettier when you smile.” kata Adrian sambil melihat gadis itu.

Thea tersedak. Adrian terkejut dan ingin membantu Thea tapi gadis itu terus mengangkat tangannya.

“Haha.. kenapa tiba-tiba?” Thea ketawa dengan kekok. Dia mengelap bibirnya dengan napkin.

Adrian turut ketawa lalu dia memandang ke arah Thea.

“No I just.. I love to see when people smile. You can look over there.” Adrian menujukkan ke arah pasangan suami isteri yang sudahpun berumur dan sedang menikmati makanan di restoran itu dengan senyuman gembira.

Thea menoleh ke arah mereka.

“You can see through their eyes. They look so happy. And whenever they smiles.. it comes from their heart.” kata Adrian dan tersenyum ke arah mereka.

Thea menoleh ke arah Adrian. Buat seketika dia terpaku melihat lelaki itu. Lelaki itu mempunyai aura yang tidak pernah dilihatnya pada lelaki lain.

“Saya suka bila tengok diorang datang sini.. and enjoy eating their food… diorang nampak happy.” kata Adrian lagi. Dia berasa bangga apabila resepi ibunya menjadi kegemaran ramai pelanggan di situ.

“Tapi.. kalau diorang sedih.. Senyuman tu.. tak datang dari hati kan?” soal Thea tiba-tiba.

Adrian memandang Thea.

“Bila kita ikhlas.. senyuman tu yang akan datang sendiri dari hati kita.” jawab Adrian.

Thea membalas pandangan Adrian. Entah mengapa wajah arwah ayahnya mula muncul di kepalanya. Tiba-tiba saja matanya berkaca.

Adrian terkejut apabila melihat Thea yang ingin menangis.

“Hey.. you okey? I’m sorry. I didn’t mean to..” Adrian cuba untuk membantu Thea.

Thea ketawa lalu menggeleng.

“It’s okay..” katanya lalu dia menghabiskan dessert di dalam pinggan itu.

“You sure?” soal Adrian risau.

Thea mengangguk lalu tersenyum.

“Yup! Thanks for the meal.” katanya dan terus berdiri untuk membuat pembayaran namun langkahnya dihalang oleh Adrian.

Thea menoleh.

“You don’t have to. It’s my treat.” kata Adrian dengan senyuman.

Thea memandang Adrian dengan wajah terkejut.

“What? No. I’ll pay.” katanya sambil mengeluarkan kad kredit dari dompetnya.

Adrian menghalang Thea.

“Don’t. Can we just.. start over?” soal Adrian sambil memandang lama wajah Thea. Dia ingin mengenali gadis itu dengan lebih dalam lagi.

Thea dapat merasakan hatinya bergetar dengan renungan lelaki itu.

“I’m Adrian Qais. Nice to meet you.” ujar Adrian dengan senyuman.

Thea menelan liurnya. Jantungnya berdegup dengan begitu laju. Perasaan apakah ini?

“Thea. Thea Katrina. Nice to meet you too.” Balas Thea dengan nada yang bergetar.

Adrian mengangguk sambil tersenyum.

Thea terpesona apabila melihat senyuman lelaki itu lalu dia tersedar seketika dan memandang wajah Adrian.

“Oh.. yesterday.. I’m really sorry. Saya pun tak tahu kenapa saya garang sangat masa tu.” Kata Thea sambil menundukkan wajahnya.

Adrian ketawa sedikit.

“No. I’ts okay. I don’t mind.” Balas Adrian.

Thea tersenyum sedikit. Dia melihat jam di pergelangan tangannya.

“Err.. I have to go. By the way, thanks for the treat.” katanya dan bersedia untuk pergi kemudian dia menoleh semula ke arah Adrian.

“Oh! Pasal semalam.. Terima kasih sebab dah tolong saya..” ujar Thea dengan ikhlas. Dia tersenyum sedikit dan membuka pintu restoran untuk beredar.

“Thea!” panggil Adrian.

Thea memandang lelaki itu.

“Ca.. can we meet again?” soal Adrian sambil memandang gadis itu.

Perlahan-lahan Thea mengukirkan senyuman.

Senyuman yang sangat manis di mata Adrian.

“We’ll see.” kata Thea sambil tersenyum lalu dia keluar dari restoran lelaki itu.

Adrian tersenyum sendiri.

“Thea..” getusnya sendiri. Gembira setelah mengetahui nama gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience