Keadaan menjadi suram seketika dan kelihatan Yusuf menangis sambil berkali-kali terkumat kamit meminta maaf pada anak sulungnya. Dia duduk di atas lantai sambil berpelukan tubuh dan mengigil satu badan sementara Michael cuba menenangkan Yusuf. Manakala, Hakim membawa Adam duduk di atas sofa lalu Jack dan Jill membantu Adam merawat luka di lehernya. Danial mengenggam erat tangan abangnya sambil melihat rauk wajah abangnya yang berkerut menahan luka gigitan itu . Setelah 15 minit mereka bertiga selesai merawat luka pada bahagian leher kanan Adam dan mereka teringat Adam juga mempunyai parut akibat gigitan oleh Luke pada tangan kanannya. Adam berhenti menangis dan mengusap air matanya. Danial memandang abangnya. " Abang okay ke? Masih sakit lagi? " Danial menyoal lalu Adam membelai kepala Danial. " Terima kasih tolong abang tadi. " Adam tersenyum kembali. " Nasib baik gigitan oleh bapa kamu tidak berapa dalam. Tapi sekarang...". Will memaklumkan. Kemudian, mereka semua menoleh pula ke arah Yusuf yang masih lagi cuba ditenangkan oleh Michael. Michael menepuk kedua-dua bahu Yusuf kerana lelaki itu masih duduk sambil berpelukan tubuhnya sendiri dan enggan berbicara. " Yusuf, anak lelaki sulung kamu masih okay. Lihat sendiri. "Michael menunding ke arah Adam. Yusuf berhenti menangis dan melihat perlahan-lahan ke arah Adam yang juga menatap dirinya. Yusuf segera mengalihkan pandangannya akibat rasa bersalah setelah mencederakan Adam. Danial berbisik pada Adam. " Abang, maafkan papa ye. Adik tahu abang takut dan terkejut akan tindakan papa.Tapi lihat papa sudah okay, kita tak tahu apa yang dah jadi pada papa tapi yang penting papa dah selamat .Adik lega dapat jumpa papa kembali. Papa paling sayang kita berdua sebab kita anak papa. Papa mesti tak berniat nak cederakan abang. Papa tak sedar apa yang dah jadi. Pertama kali adik lihat papa, kesian pada papa .Adik tak mahu papa sedih. Begitu juga abang mesti sayang pada papa juga." Danial memujuk Adam . Adam mengangguk setuju dan perlahan-lahan mereka berdua bangun dari sofa dan berjalan ke arah Yusuf. " Abang, adik. Jangan datang dekat papa. Papa tak mahu serang kamu berdua . Papa bukan bapa yang baik." Yusuf menjauhkan diri daripada kedua-dua anaknya. Adam dan Danial melihat balutan kain andoh pada betis kaki kanan Yusuf disebalik lipatan seluar ke atas. Mereka juga sayu melihat wajah cengkung dan badan bapa mereka yang menyusut. Adam dan Danial memeluk kembali bapa mereka . " Huhu papa, kami rindu papa. Kami berdua lama tunggu papa datang. Alhamdulillah kami akhirnya dapat jumpa papa." Adam mengusap pipi bapanya lalu membuatkan Yusuf memandang Adam . Danial menumbuk lembut dada bapanya. " Papa orang dewasa mana boleh menangis macam abang Adam. Papa patut berterima kasih sebab kami yang jumpa papa dulu. Rindu papa." Danial pula memujuk. Lalu Yusuf berhenti menangis dan memeluk kedua-dua anak lelakinya sambil mencium mereka tanda syukur. " Ya Allah syukur kita semua masih panjang umur." Yusuf memandang Michael dan empat lagi remaja yang tidak dikenalinya dan meminta maaf di atas apa yang baru berlaku.
Kemudian mereka semua duduk dan memulakan perbualan. " Hai semua , nama saya ialah Yusuf dan terima kasih pada kalian kerana mambantu menjumpai kedua-dua anak saya dan selamat sampai ke sini." Yusuf mengucapkan. " Tak mengapa encik Yusuf kerana kami juga sebenarnya banyak dibantu oleh anak- anak encik. Mereka sendiri yang gagah mengharungi semua ni dan tak berputus asa untuk berjumpa bapa mereka." Jack membalas. " Ah, lupa nak kenalkan diri, nama saya Jack dan ini kembar saya Jill , Will dan Hakim, orang Malaysia . " Jack menyambung sambil menunding ke arah rakan- rakannya. Kemudian, Danial menghulurkan sepucuk surat dari mending Hathen berserta seutas loket jam pada bapanya. Yusuf tergamam seketika dan membaca surat itu. Dia termenung dan mahu berbincang dengan dua anaknya secara tertutup kerana melibatkan urusan keluarga. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi tapak kaki menuju ke arah bilik pejabat itu dan muncul dua lelaki bersenjata. " Maaf encik Yusuf jika kami menganggu namun Jonathan perlu encik kembali ke Keyah. Dia berjanji akan bantu mencari anak-anak encik." seorang daripada mereka memaklumkan. " Tak perlu, ini anak-anak saya mereka sendiri datang ke sini. Saya mahu janji Jonathan untuk lindungi kami dan kalau boleh saya juga berharap Jonathan tak keberatan untuk menerima survivor lain. " Yusuf berkata sambil memandang yang lain. "Ok baiklah. Sekarang mari kita ke Keyah. Namun kami hanya bawa sebuah kereta sahaja. " Um, Yusuf dan anak - anak boleh ikut mereka, kami berempat akan berpatah balik ke rumah tempat rakan-rakan lain untuk bawa mereka ke Keyah boleh?" Jack menyoal. " Yusuf bersetuju memandangkan dia juga perlu berbicara sendirian bersama-sama dua anaknya. " Aku akan kembali ke tempat aku Yusuf, aku tak mahu terlibat dengan saintis yang bunuh kawan-kawan aku. " Michael berlalu dan diikuti oleh Jack,Jill, Will dan Hakim. " Ok baiklah Michael. Terima kasih bantu mereka datang ke sini dan sekaligus membantu aku juga. Jaga diri Michael. " Yusuf menyerahkan sebuah kunci motor,sepucuk pistol bersama-sama sekotak peluru dan satu keeping gambar pengantin pasangan itu yang dia ambil pada loker Michael sebagai kenangan. " Terima kasih,jaga diri kau dan anak- anak kau. Sampaikan khabar aku pada isteri kamu jika kalian dapat pulang ke Malaysia nanti. Aku ikhlas bantu kalian kerana Fiona sayang pada Adam dan Yusuf. " Michael berkata sambil mengusap kedua-dua kepala anak Yusuf. " Terima kasih Pak cik Michael. " mereka berdua berucap sambil memeluk Pak cik itu. " Okay ,Adam dan Danial. Nanti jumpa di Keyah. Kami akan bawa yang lain ke sana nanti. Jaga diri kalian ,jangan suka buat berani lagi tahu. " Will memesan dan mereka semua bersurai.
Adam dan Danial membantu bapa mereka berjalan dengan meletakan kedua -dua tangan bapa mereka pada bahu masing-masing kerana bapa mereka yang baru sahaja pulih daripada bertukar masih agak lemah. Mereka bertiga menaiki kereta hitam yang menunggu di luar bangunan makmal itu. Usai duduk, mereka berbicara dalam bahasa melayu bagi mengelakkan difahami oleh dua lelaki bersenjata itu. " Papa, kalau baca surat pak cik Hathen kata jangan percaya atuk? Tapi atuk baik dengan Danial dan Adam? " Danial menyoal. Yusuf mengeluh " Papa tahu kalian rapat dengan atuk tapi papa pun dah kurang dengan atuk sejak mak papa meninggal. Kita last jumpa atuk sebelum ke Kyres lagi. Papa dengar kamu berdua dapat ubat di hospital? " Adam dan Danial mengangguk." Tapi mengapa hanya kami sahaja yang okay tapi tak pada Pak cik Hathen dan papa ?" Adam menyoal. " Sebenarnya papa yang buat ubat tu kerana atuk suruh masa kita semua masih rapat. Papa tak ingat sudah formula rumit ubat tu sebab papa buat dengan atuk kamu secara santai. Atuk kamu cuma beritahu ini untuk eksperimen makanan di universiti kepunyaan atuk. Tapi papa hairan yang abang kamu kena gigit tapi tak berubah namun Hathen dan papa tetap berjangkit walaupun kita semua ambil benda sama dan yang rumit sekali darah abang buat papa sedar? " Yusuf memandang Adam. " Bukan abang minta kena gigit." Adam muram kerana dia dirasakan pelik." Adik setakat ni tak kena gigit ,cuma kena tembak je papa. " Danial menunjukan luka pada bahunya yang hanya tinggal kesan. " Ya Allah ,maafkan papa . Papa tak dapat lindungi abang dan adik ." Yusuf berkata sambil mengenggam tangan kedua -dua anaknya." Tak apa kami ni kuat papa. Kami yang jumpa papa dulu. " Adam memberitahu. Kemudian mereka bertiga bercerita akan kisah masing-masing sehingga kereta itu tiba di hadapan pagar kayu balak yang disusun menjadi pintu gerbang yang dikelilingi oleh susunan kontena yang menyerupai tembok melindungi pekan Kyres yang kecil itu.
Share this novel