BAB 20

Romance Series 68161

Selesai sahaja meeting danish dan taufiq terus pergi ke hospital untuk berjumpa dengan maya , "Apa khabar maya? macam mana keadaan awak?" soal danish..

"Saya okey dah , saya nak berterima kasih pada danish dan taufiq sebab buat laporan polis tentang kehilangan saya , saya tak tahu apa jadi kalau saya tak diselamatkan"

"Saya yang patut berterima kasih pada awak , saya dah terhutang budi yang besar pada awak , awak selamat kan nama saya dan juga isteri saya" jawab danish...

Danish mengeluarkan cek dari begnya lalu di letakkan di atas meja , "Ni hadiah dari saya" maya melihat cek di atas meja tertulis 100k...

"Saya tak boleh terima duit sebanyak ni , ni terlampau banyak untuk saya lagipun saya ikhlas tolong danish dan juga sofea"

Danish mengeleng , "Nyawa awak jadi korban disebabkan saya dan sofea , saya harap awak dapat terima duit ni anggap je yang saya membayar hutang kepada awak"

Maya akhirnya menerima cek tersebut dan terus berterima kasih pada danish kerana bginya 100k itu terlalu banyak , "Saya pergi dulu , apa apa awak boleh hubungi taufiq"

"Sampai kan salam saya pada sofea ya" pesan maya , danish dan taufiq pun akhirnya keluar dari bilik maya dan menuju ke bilik sofea pula...

Dalam perjalanan ke bilik sofea mereka sempat berbual untuk beberapa topik , "Fiona bagithu aku tadi yang kau nak ambik cuti 2 minggu, betul ke?"

"Yup , aku nak bawak sofea pergi bercuti kau pun tahu kan aku dengan dia tak pernah honeymoon , tapi tunggu dia habis pantang dulu la nanti bising mak sal"

"Kes irdina macam mana? kau sure ke yang dia tak akan ke malaysia jumpa kau?" danish mengangguk....."Jangan yakin sangat kau tahu irdina tu macam mana kan , aku takut dia buat hal yang luar jangkaan" pesan taufiq lagi...

Danish hanya diam dan terus masuk ke bilik sofea , "Abang , haa abang duduk la sini ye ha ambik masa berdua ya jom taufiq" ajak danisya dan terus menarik taufiq keluar..

"Eh eh , kau ni kenapa? aku nak jumpa sofea juga la" kata taufiq dan cuba untuk masuk tapi danisya dengan cepat menarik taufiq untuk duduk di kerusi...

"Biar la diorng berdua kau sibuk kenap" marah danisya dan taufiq pun terus senyap...."Luka tu dah okey ke? ada nak makan apa apa tak aku boleh belikan?" soal danish sambil memerhatikan wajah isterinya...

"Saya okey" jawah sofea dengan datar , danish memandang pelik pada sofea kerana selalunya apabila danish datang mesti sofea akan tunjukkan senyuman manis nya itu....

"Kenapa ni? kau marah aku ke?"

"Saya tak marah , saya cuma tak nak tengok muka awak tu je"

Danish terus bangun dan duduk di katil sofea , "Eh kenapa pula? kenapa ni apa masalah? cuba bagitahu" danish terus memegang tangan sofea..

"Awak tipu saya , selama ni awak cuma nak main main kan perasaan saya je kan , awak ingat saya ni apa? anak patung ke danish?"

Danish terus dekatkan dirinya pada sofea lalu tangan nya memegang wajah sofea , "Hey hey kau ni kenapa? kenapa cakap macam ni? sofea aku tak main main kan kau pun , aku sayangkan kau , aku cintakan kau" pujuk danish...

Sofea menolak tangan danish dari wajahnya , "Awak lepaskan saya dan kahwin dengan irdina , saya tahu perasaan awak tu bukan untuk saya tapi untuk irdina jadi lepaskan saya biarkan saya cari kebahagian saya sendiri"

Danish terus bangun , "Apa benda kau cakap ni ? sekrang aku nak kau terangkan dekat aku apa yang dah berlaku ni? irdina ada call kau ke?" marah danish..

"Itu adalah permintaan saya sebelum saya gugur , saya nak awak tunaikan sekrang sebab saya tak nak sakit lagi , danish kalau awak betul betul sayangkan saya , lepaskan saya" ujar sofea lagi...

"Berapa kali aku cakap dengann kau yang aku tak akan lepaskan kau sofea"

"Saya boleh ke pejabat agama , saya boleh uruskan benda tu" lawan sofea , danish terus meramas rambutnya....

Danish mengambil phonenya kemudian keluar dari bilik sofea , danisya dan taufiq pula memandang ke arah danish dengan hairan sebab wajah danish yang menahan amarahnya....

"Asal kau ni?" , "Jaga sofea baik baik bila dia keluar wad kau call aku terus" pesaj danish kepada danisya....

Danish pun berlangkah pergi dari hospital di ikuti oleh taufiq , semua soalan taufiq di abaikan oleh danish dan keadaan dalam kereta juga hanya radio sahaja yang berbunyi....

"What??? kau kenapa buat keputusan macam tu? eh sofea kau ni kenapa tiba tiba je nak cerai?" soal danisya sambil termundar mandir di hadapan sofea...

"Kau ni okey tak? kau kena tikam dekat perut tau bukan otak kau"

Sofea hanya diam , "Sofea cuba bagitahu aku kenapa kau buat keputusan macam ni? kau ada masalah ke dengan danish sampai tu jalan yang kau ambik?"

Sofea mengeleng , "Habis tu apa? kau kenapa ni? sofea aku tahu kau sedih sebab kehilangan anak kau tapi ingat tu anak danish juga tau" bebel danisya...

"Dia perlu bertanggungjawab dengan apa yang dia buat , saya dah tak mampu nak lalui semua tu lagipun danish berhak dapat isteri yang terbaik iaitu irdina"

Sekali lagi danisya terkejut , "Irdina? irdina isteri terbaik untuk danish eh no , tak mungkin la"

"Danisya apa yang tak mungkin? awak tahu betapa besarnya cinta danish pada irdina jadi saya nak danish kahwin dengan pilihan dia sendiri dan saya akan undurkan diri saya" ucap sofea dan danisya pun mengeluh perlahan...

*******************************************

Danish mengambil sofea dan danisya dari hospital manakala maya pula di uruskan oleh taufiq , dalam perjalanan balik seorang pun tidak membuka suara untuk berbual....Sampai sahaja di rumah danish mak sal meminta sofea berehat di bilik dan mak sal akan memasakkan lauk pantang untuknya...

Danish meletakkan beg pakaian sofea di ruang pakaian , "Tak boleh jadi macam ni" bisik danish dan terus pergi ke arah sofea yang berdiri balkoni kecil sambil melihat luar....

"Sekrang bagitahu aku apa masalahnya ? aku suami kau sofea jadi tolong hormat aku" kata danish sambil memegang perlahan lengan sofea...

"Saya hormat awak tapi ini keputusan saya , saya nak awak bertanggungjawab atas apa yang awak dah buat , jangan jadi orang yang pengecut" jawab sofea dan menarik lengannya semula...

Danish mula mundar mandir , "Tolong la bagitahu aku apa yang aku dah buat? aku kena bertanggungjawab atas siapa?"

"Pandai la awak fikir" ujar sofea , sofea berpusing dan cuba untuk masuk ke dalam biliknya tapi danish menahan...

"Cakap sofea" tegas danish dan kali ini suara dan air muka danish mula berubah menjadi bengis , "Atas irdina awak tahu apa yang awak dah buat pada dia jadi awak kena kahwin dengan dia , saya dah tak nak hidup lagi dengan awak"

Jawab sofea dan terus ke dalam , "Apa benda kau buat lagi irdina? sekrang kau nak hancurkan hubungan aku dengan sofea pula? siap kau perempuan" bisik danish sambil memerhatikan gerak geri sofea...

"Macam mana tak ada lagi berkembangan ke? ni dah hari ke 3 kan?" soal farhan pada irdina , "perempua tu memang nak kena la ish asal dia tak mati je terus"

Farhan tergelak kecil , "Belum sampai ajal dia nak buat macam mana kan , aku dah cucuk dalam dah tu" ujar farhan..

"Aik aku tengok selera kau makin bertambah , sejak sejak mengandung ni bukan main lagi kau kan"

"Kau tak nak bagithu faris ke tentang kandungan kau? tu kan anak dia bukan anak danish" kata farhan lagi...

"Kau gila ke? kalau aku bgithu dia confirm la dia dtg sini , hari ni pun dah 10 kali dia call aku tau , memang tak pernah putus asa betul dia tu" jawab irdina sambil menikmati makanannya...

Farhan hanya mampu mengeleng sahaja lagipun dia malas untuk ambik tahu hal peribadi irdina bersama faris kerana dia di bayar untuk selesai danish dan juga sofea....

"Tunggu je kalau dia masih berdiam aku akan buat rancangan lain" ujar irdina dan farhan mengangguk faham....

Selesai makan malam Mak sal , syamsul dan pakcik daus memberitahu kepada sofea yang mereka akan pulang ke kampung dan sofea menyatakan dia mahu pulang ke kampung bersama mereka...

"Kenapa pula sofea nak ikut? danish kan ada kesian dia , lagi pun sofea masih berpantang maksal nk balik kampung sebab kami dah lama tinggalkan rumah tu"

"Dia tk kesah kalau sofea ikut mak sal balik kampung , dia lagi suka kan awak?" tanya sofea , danish hanya mampu tersenyum...

"Kami balik esok jadi sempat ke adik nak berkemas?" soal syamsul pula , "Sempat je sekrang pun sofea boleh berkemas , kejap sofea naik atas dulu ya"

Mereka semua mengangguk kecuali danish , "Esok saya minta pak kasim hantarkan ya ah saya naik atas dulu ya mak sal nak tolong sofea" ucap danish dan terus beredar...

"Kenapa buat keputusan sendiri ni? sejak bila sofea jadi seorang yang tak dengar kata ni? sejak bila membelakangkan suami ni sofea?" tanya danisya dengan bertubi tubi...

"Saya perlukan ketenangan , saya tak boleh tengok muka awak , bila saya tengok muka awak saya rasa marah saya rasa sakit hati , jadi biarkan saya tenang kan perasaan saya dulu"

"Macam yang saya cakap pada awak , kalau awak tak nak lafaz kan cerai pada saya tak apa , saya sendiri akan ke pejabat agama" tegas sofea dan terus mengemas kain bajunya...

Danish mengeluh perlahan dan duduk di kerusi sebelah sofea , "Awak kata irdina mengandung? awak sure ke tu anak saya?"

Sofea mengangguk , "Sebab awak dengan dia pernah berzina" jawab sofea dengan yakin...

"Saya tak pernah berzina dengan dia , saya bukan lelaki macam tu dan kalau kami dah pernah bersama saya akan terus kahwin dengan dia , kenapa awak cepat percaya pada dia sedangkan saya ni suami awak"

Sofea terdiam , "kebenaran akan terbongkar sofea" kata danish lalu terus keluar dari bilik tidur mereka , Sofea hanya diam dan memerhatikan danish yang keluar dari bilik mereka....

"Mak sal tak perasaan ke yang sofea dengan danish tu macam ada sesuatu je? gaduh ke?" bisik syamsul pada mak sal yang sibuk membasuh pinggan.....

"Kamu ni kenapa fikir macam tu , tak elok fikir macam tu , doakan yang baik baik jer" jawab mak sal dan syamsul pun mengangguk faham....

"Syamsul rasa dah sampai masanya untuk syamsul bagitahu siapa pelaku tu , sofea memang berhak untuk tahu perkara tu" ujar syamsul...

"Datuk jamil dia perlaku tu , so syamsul rasa syamsul dah bersedia untuk bagithu pada sofea" tambah syamsul lagi...

"Bagus la , lagipun tak elok kamu berahsia pada sofea sebab dia pun berhak untuk tahu siapa yang dah bunuh ibu bapa kamu berdua" sokong mak sal pula...

Berbualan mereka di dengari oleh danish , danish terakan akan tidak percaya yang keluarga sherry la punca sofea kehilangan orang tua nya dan sampai sekrang sofea masih belum tahu siapa pelakunya....

Share this novel

Rohani Hussin
2021-12-18 15:56:36 

Lmbtnya update

Rohani Hussin
2021-12-16 21:18:34 

Update pleasee


NovelPlus Premium

The best ads free experience