Namaku Azmeer Haydar

Drama Series 2619

Azmeer Haydar adalah nama yang diberikan oleh umi dan abah. Aku mempunyai tiga adik beradik, dimana arwah kakak sulung ku meninggal dunia ketika masih bayi. Namanya Rabiatul adawiyah. Arwah menghidap penyakit jantung berlubang. Ketika umi bercerita mengenai arwah pasti dia akan bersedih. Kakakku yang kedua, khairun Nisa. Seorang graduan doktor perubatan, beliau juga teman ku bergaduh, baik semula dan Jalan2. Tanpa kakak siapalah aku..aku adalah adik mereka merangkap anak lelaki bongsu kesayangan umi dan abah. Kisah hidupku terlalu rumit, lebih mudah ku rungkai ketika aku belajar di tingkatan empat. Hidup aku berubah sejak peristiwa itu dan membelenggu aku sehingga habis nafas ku.

"hidung berdarah ni dik, sudah banyak kali umi letak ais batu, namun darahnya tak berhenti," bicara umi lantas mengambil lagi air batu di dalam peti ais yang berhampiran dengannya. Aku segera mendongak dagu ke atas. Huish sejuknya dahi aku nih, bisik aku di dalam hati. Gusar umi memang tidak habis. " ish, kena bawa ke klinik ni, pelik sangat darahnya tak berhenti-henti" sambut umi. Gegas umi dan abah membawa aku ke klinik berdekatan. Hidung ku masih disumbat dengan tisu, tidak berhenti lagi aliran darah. Darah merah terang masih kelihatan.

Suasana klinik agak tenang, jam menunjukkan pukul 10pagi. Mungkin masih pagi, tidak ramai pesakit lagi disini. "Azmeer Haydar Bin Ahmad Rifki" lantas jururawat memanggil namaku dari luar bilik doktor. Lantas aku bangun meninggalkan umi dan abah, terus melangkah laju ke dalam bilik doktor. Lelaki berkumis memperkenalkan dirinya doktor donni menjemput ku duduk di sisinya. "ye encik, ada sakit apa?" tanya doktor kepadaku. "hidung saya ni sakit dok.. Tak henti-henti darah mengalir.." kataku. Doktor kemudian membelek-belek hidung ku, buat penilaian semuanya.,lalu menjawab. "ini biasa je encik,mungkin encik panas, jadi salur darah hidung mudah pecah atau encik sering bersin kerana tertekan salur darah di hidung," aku hanya mengangguk-anggukkan kepalaku tanda faham.

Pintu bilik doktor itu ku kuak, cepat-cepat umi mendapatkan aku. Risau agaknya." doktor cakap mungkin disebabkan suhu panas atau adik bersin terlalu kuat. Sebab itu pendinding buluh darah belakang hidung mengembang, dia beri ubat, minta adik makan," aku menghabiskan ayat. Riak wajah umi kelegaan.

"sudah, mari kita balik, rehat di rumah," umi mengajak ku pulang. Terus aku membuntuti umi dan abah ke pintu kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience