Bab 4

Fantasy Series 2417

"Nampaknya awak belum ada pengalaman dalam bidang kerja ni Aqalili" kata Pengurus Lily sambil menyelak helaian fail yang berisi sijil satu persatu.

"Ye, tapi saya sedia mencubanya cik, in sya allah akan saya pastikan segala tugasan yang diberikan nanti, saya jalankan dengan penuh tanggung jawab" terang Aqalili.

"Begini lah Aqalili, nanti pihak saya akan email keputusan nya nanti, terima kasih ye kerana datang interview hari ni" Pengurus Lily memaklumkan sambil menutup fail sijil kepunyaan Aqalili.

"Cik, adakah saya tak layak untuk kerja ni?" kata Aqalili memandang tepat pada Pengurus Lily.

"Awak belum ada pengalaman Aqalili sebab itu susah saya nak ambil awak" balas Pengurus Lily.

"Cik, macamana saya nak ada pengalaman kalau semua syarikat ambil sikap macam cik tak nak mencuba ambil pekerja seperti saya, cik cuba dulu saya, saya janji akan buat yang terbaik, saya dah pergi banyak syarikat cik tapi jawapan diberikan sama, tak cukup pengalaman. Tolong lah cik" rayu Aqalili mohon simpati.

Pengurus Lily diam memandang Aqalili.

"Gini lah cik, saya tak kisah buat apa saja kerja yang berkaitan dan kalau kena overtime ke atas dasar kerja sekalipun saya tak kisah, nak kena outstation pun tak apalah cik." rayu Aqalilil sekali lagi dengan penuh simpati, terus menundukkan mukanya ke jari jemarinya yang erat mengenggam tas tangannya.

"Baiklah, memandangkan kamu dah kata macam tu, datang esok jam 9 pagi untuk saya tunjukkan tempat tugasan kamu" jawap Pengurus Lily dengan tersenyum.

"Ha??... Saya diterima kerja ke cik Lily? Apa betul ke ni?" terkejut Aqalili mendengar jawapan dari Pengurus Lily dan cuba memastikan apakah beliau tidak salah pendengaran.

"Iye, kamu diterima, kita jumpa lagi esok ye?" balas Pengurus Lily

"Baik, terima kasih cik, terima kasih banyak, saya pastikan yang cik takkan sia-sia mengambil saya nanti" girang Aqalili berkata sambil mula bangun untuk bergerak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience