Rate

Bab 11 Sarapan Bersama

Romance Completed 278225

"Silakan duduk Cikgu." Pelawa Cikgu Farah pada Adib.

Adib melihat Cikgu Farah dari tadi senyumannya tidak hilang, dia malas layan semua tu sebenarnya. Yang pasti sekarang dia sedang berdua-duaan dengan Cikgu Farah, jangan saja ada berita-berita negatif tentang dirinya nanti. Cikgu Farah duduk berhadapan dengan Adib dan mereka sama-sama membuka bekal masing-masing. Adib melihat roti yang telah dihias dengan cantik berbentuk hati dan beberapa buah-buahan sebagai pencuci mulut. Adib mengerutkan keningnya dan melirik Cikgu Farah yang berada didepannya yang masih melihat Adib dari tadi.

"Sebentar ya Cikgu, saya nak order air dulu, Cikgu nak minum apa biar saya belanja." Usul Adib sambil berdiri tegak dan melihat ke arah kantin.

"Ikut macam air Cikgu saja la, bagi sama." Jawab Cikgu Farah penuh semangat.

"Cikgu minum kopi juga?" Tanya Adib melihat Cikgu Farah bagai cacing kepanasan dari tadi.

"Boleh Cikgu!" Sahutnya.

Adib pun mengoder 2 cangkir kopi panas untuk dirinya dan Cikgu Farah. Setelah membayar ordernya, Adib mengangkat kedua-dua cangkir kopi panas ke meja mereka berdua. Kelihatan seperti orang yang sedang di lamun cinta. Itu la yang akan orang fikirkan sekiranya melihat Kedekatan antara Adib dan Cikgu Farah pada saat itu. Adib hanya mengikut kehendak Cikgu Farah bukan kerana suka tapi sekadar untuk berteman sesama guru dan berterima kasih kerana memberinya bekal.

Mereka makan dalam diam di kantin, Adib Umair tidak tahu nak mulakan cerita pada rakan kerjanya itu, selama ini Adib tak pernah rapat dengan mana-mana perempuan. Jika di tanya, pernah ke dia suka pada seseorang? Memang pernah, bohong kalau tak pernah tapi itu dulu time masih di bangku sekolah menengah lagi. Tapi dia tak pernah luahkan kerana orang yang dia suka telah bercinta dengan kawan sekelasnya sendiri. Jadi Adib kubur sahaja perasaannya hingga sekarang.

"Apa khabar Syifa sekarang?" Batinnya. Adib menggeleng pelan dan tersenyum samar. Tanpa Cikgu Farah sedari.

"Wah, tengah sarapan Cikgu?" Tanya sir Adrian yang baru muncul di kantin melihat Adib dan Cikgu Farah di meja yang sama.

"Sir Adrian, sini sarapan sama-sama." Ajak Adib sambil menggeserkan kerusinya berharap agar sir Adrian ingin duduk bersama dengan mereka.

"Thanks Cikgu, saya order makanan dulu." Katanya sambil berlalu menuju ke kaunter kantin sekolah.

Senyuman Cikgu Farah pudar seketika, dia barharap dapat duduk berdua-duaan dengan Adib. Tapi kenapa sir Adrian seolah-olah tak faham. Cikgu Farah mendengus pelan kesal kerana niatnya ingin makan sarapan bersama terusik dengan kedatangan sir Adrian.

Setelah memesan makanan, minuman dan membayar oderannya, sir Adrian datang ke meja Adib dan duduk bersebelahan dengannya.

"Silakan Cikgu Adib, Cikgu Farah makan kuih." Pelawa sir Adrian pada mereka berdua.

"Terima kasih sir Adrian!" Ucap mereka hampir bersamaan.

Mereka bertiga pun makan dalam diam.

Adib melihat Anis Umairah berjalan menuju ke bilik perpustakaan setelah bell rehat berbunyi. Tidak seperti rakan-rakannya yang lain berhamburan keluar menuju ke kantin sekolah. Anis tak lapar ke? Belum pernah Adib Umair tengok Anis Umairah berbelanja di kantin sekolah. Atau Anis tak bawa wang belanja? Mustahil abah dan umie tak beri wang belanja pada Anis. Itu yang ada dalam fikiran Adib. Apa lagi sekarang Anis Umairah sudah menjadi tanggungjawabnya seratus peratus, Adib tak boleh berdalih dengan kenyataan itu. Walaupun Anis belum tahu hubungan dekat mereka, tapi itu bukan alasan untuk Adib lari dari tanggungjawabnya sebagai seorang suami untuk Anis Umairah.

"Maaf cikgu, saya nak ke suatu tempat sebentar." Ucap Adib pada Cikgu Farah yang masih setia memakan bekalnya.

"Nak saya teman Cikgu?" Pelawa Cikgu Farah sambil mengemas bekalnya yang berada di atas meja.

"Oh tidak apa, Cikgu makan la dulu dengan sir Adrian...kasihan sir Adrian tiada teman." Ucap Adib penuh makna.

Adib ingin pergi kearah Anis Umairah pergi tadi. Sebelum itu Adib membeli sedikit minuman kotak dan kuih muih untuk diberi pada Anis fikirnya. Kasihan Anis mungkin belum makan, tapi malas bersesak-sesak di kantin jadi mengisi waktu tersebut untuk membaca buku.

Adib bergerak menuju ke bilik perpustakaan sekolah, dia cuba mencari keberadaan Anis Umairah.

"Kemana Anis ya?" Batinnya berbisik sambil berkeliling di balik rak-rak buku yang ada di perpustakaan tersebut. Tak di sangka, Adib melihat Anis Umairah tengah duduk memeluk lulutnya sambil menelungkup mukanya. Adib tersenyum samar setelah terjumpa keberadaan Anis. Dia cuba mendekati Anis Umairah dan memberanikan diri menyentuh Anis.

"Anis, kamu kenapa?" Tanya Adib sambil memegang lembut pundak Anis.

Sudah sahkan, suka hatinya la nak sentuh Anis, fikirnya.

Anis mendongak kerana terasa ada seseorang mendekatinya sambil membetulkan cermin matanya.

"Eh...Cikgu!" Anis terkejut kerana Adib berani menyentuhnya tanpa rasa bersalah. Dia tak menyangka Cikgunya boleh berada di perpustakaan.

Bukankah Cikgu Adib tadi ada di kantin?

Bila masa pula Cikgu sampai?

Banyak persoalan yang timbul di fikiran Anis. Tak sangka Cikgu Adib cari dia sampai di sini. Apa Cikgu Adib ada perlu?

"Kamu kenapa? Dari tadi di kelas Cikgu tengok kamu seperti ada masalah. Cuba cerita dengan Cikgu." Adib cuba menjadi seorang Cikgu yang baik la katakan, tanpa rasa bersalah langsung duduk di samping Anis Umairah ... (Cuba nak ambil hati isteri ya!)

"Tiada apa Cikgu, Anis cuma nak rehatkan fikiran." Sahut Anis pelan.

"Ni, Cikgu ada bawa makanan untuk kamu. Kenapa kamu tak makan time rehat ni?" Soal Adib tak habis fikir.

"Anis belum lapar sangat Cikgu!"

"Anis ambil ni, tiada penolakan!" Suara tegas Adib kedengaran sambil menghulur bekas makanan pada Anis.

"Terima kasih Cikgu." Anis menjadi kesal kerana seperti di paksa. Namun tetap menyambut huluran makanan tersebut dan menjadi rasa bersalah. Selama ni dia menganggap Cikgu Adib seorang yang mementingkan diri sendiri, kasar dan dingin.

"Sama-sama Anis, habiskan ya. Cikgu tak mahu dengar Anis sakit gara-gara tak makan."

Adib mengusap kepala Anis Umairah dengan lembut seketika dengan senyuman samarnya. Dia melihat Anis mula memakan makanannya dengan cermat.

"Cikgu nak makan?" Hulur Anis pada Adib kerana terasa dirinya di perhati terus oleh Adib dari tadi.

"Tidak apa, kamu makan la...kalau ada problem cerita dengan Cikgu."

Anis cuma mengangguk pelan sambil memakan makanannya tadi.

"Kalau macam tu, Cikgu balik ke bilik guru dulu." Adib bingkas bangun di samping Anis dan mengusap semula kepala Anis.

Anis mengerutkan dahinya, kenapa Cikgu Adib baik sangat hari ni? Perubahan ketara 90 peratus sikap Cikgu Adib pada Anis. Mungkin Cikgu Adib lupa makan ubat fikirnya, jadi gila sekejap hahahaha...

Anis melihat kelibat Cikgu Adib makin menjauh dari jangkauannya. Dia mengedipkan bahunya sambil menyambung memakan makanan yang diberi oleh Adib.

"Kemana Anis ya?" Batinnya berbisik sambil berkeliling di balik rak-rak buku yang ada di perpustakaan tersebut. Tak di sangka, Adib melihat Anis Umairah tengah duduk memeluk lulutnya sambil menelungkup mukanya. Adib tersenyum samar setelah terjumpa keberadaan Anis. Dia cuba mendekati Anis Umairah dan memberanikan diri menyentuh Anis. "Anis, kamu kenapa?" Tanya Adib sambil memegang lembut pundak Anis. Sudah sahkan, suka hatinya la nak sentuh Anis, fikirnya. Anis mendongak kerana terasa ada seseorang mendekatinya sambil membetulkan cermin matanya. "Eh...Cikgu!" Anis terkejut kerana Adib berani menyentuhnya tanpa rasa bersalah. Dia tak menyangka Cikgunya boleh berada di perpustakaan. Bukankah Cikgu Adib tadi ada di kantin? Bila masa pula Cikgu sampai? Banyak persoalan yang timbul di fikiran Anis. Tak sangka Cikgu Adib cari dia sampai di sini. Apa Cikgu Adib ada perlu? "Kamu kenapa? Dari tadi di kelas Cikgu tengok kamu seperti ada masalah. Cuba cerita dengan Cikgu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience