Bab 20

Romance Series 113890

Seperti yang dijanjikan Aniq datang tepat jam 11 pagi mengambil aku ke butik untuk fitting. Hari ni pun kebetulan pakaian kami sedondon, boleh pulak sama-sama pakai baju warna meroon. Hai la.. Jodoh kot.

Aniq pun seakan terkejut bila aku melangkah keluar dari pintu rumah dan berjalan ke arahnya yang elok bersandar di tepi kereta. Macam berjanji gitu. Aniq dengan kemeja warna meroon lengan panjang yang lengannya dilipat sampai siku dan aku pula memakai blaus warna meroon bercorak bunga-bunga halus warna merah jambu dan tudung kosong warna light meroon.

Masuk sahaja dalam kereta, Aniq memandang aku dan berkata.

"Macam berjanji pulak kita kan. Memang berjodoh orang tua-tua kata" ucap Aniq lalu menghidupkan enjin kereta dan memandu menuju ke butik.

Aku hanya senyap dan melayan DJ di radio. Aniq pula hanya tenang memandu. Aku curi-curi pandang padanya dan cuba rasa pada hati. Apa kata hati. Aku suka dia ke? Aku jeling pandang lagi.

Alamak dia perasan la aku tenung dia. Malunye, nanti dia cop aku gatai. Dia ni pun mulut boleh tahan jugak.

"Kalau nak pandang tu pandang je la, tak payah curi-curi macam tu. Nanti kena tangkap baru tau" ucap Aniq selamba.

Kan aku dah cakap. Mulut dia ni kan.

"Belum pernah lagi saya dengar curi pandang kena tangkap. Agak-agak la" marah aku.

"Sapa cakap tak ada. Saya orang pertama yang akan buat. Saya tangkap dan kunci awak dalam hati saya."

Terkelip-kelip mata aku mendengar ayat Aniq. Ni pick up line ke apa ni. Confius jap aku. Aniq aku lihat tersenyum di sebelah. Dia senyum la... Ni kali kedua aku lihat Aniq senyum. Senyuman yang ikhlas.

Awak.. Awak jangan buat macam ni boleh tak. Kalau saya dah sayang awak nanti lepas tu awak tinggalkan saya, saya takut saya tak kuat.

Selepas itu hanya radio yang mengisi ruang sunyi di dalam kereta hinggalah sampai di butik.

Tidak lama urusan di butik. Tapi lama tak lama pun sejam jugak. Selesai sahaja urusan Aniq sekali lagi bawa aku ke IPK Selangor dan sekali lagi aku jadi penunggu setia di ruang menunggu ni.

Sedang aku ralit bermain game di telefon, aku terdengar suara perempuan yang mahu berjumpa dengan Aniq. Aku toleh tengok di kaunter, amboi.. Sapa tu, tengok dari belakang kemain seksi walaupun skirt yang dipakai bawah sikit aje dari lutut. Rambut yang perang, kasut dekat 4 inci tingginya. Ni kalau terpeleot, mau patah terus kaki tu.

"Sekejap ye Cik saya hubungi Tuan Aniq. Cik tak boleh naik ke atas. Cik tunggu di ruang meninggu sebentar ye" ucap polis perempuan tersebut.

Perempuan tadi datang duduk di sofa berhampiran dengan aku. Aku senyum padanya tapi dia boleh buat tak tau je. Sabar je la.. Dah la make up kemain tebal. Baju yang dipakai punya la ketat dah macam nak terkeluar isi dalam. Tapi sapa dia ni. Rasanya Tuan Aniq yang dia nak jumpa tu Aniq la kan. Ke ada pegawai lain nama Aniq.

"Assalamualaikum Tuan. Tuan, ada seorang perempuan nak berjumpa dengan Tuan. Eh bukan, Cik yang datang dengan Tuan tu masih ada menunggu Tuan. Baik Tuan." ucap polis perempuan tersebut.

"Kenapa" soal Syam yang nampak raut pelik pada wajah Aniq.

"Tak, anggota depan call bagitau ada perempuan nak jumpa. Bila tanya nama apa, dia tak nak bagitau."

"Yus ke?" soal Syam

"Aku dah tanya, bukan. Takkan Yus pulak. Dia kan memamg ada kat bawah. Eh, jom lah. Ikut aku kita makan kat tempat hari tu" ajak Aniq.

"Mentang-mentanglah buah hati suka makan kat situ.. " gurau Syam

Aniq hanya menjeling pada Syam.

"Abang Qib... " terdongak aku mendengar suara mengada-ngada.

Aku lihat perempuan tadi lalu berjalan ke arah Aniq sambil memeluk lengan kanan dan Syam pula berjalan di belakang.

"Mona, behave. Sini bangunan kerajaan." tegur Aniq lalu cuba lepaskan lengannya dari pelukan perempuan tu.

Wajah Aniq merah padam mungkin malu dengan tindakan perempuan yang nama tak silap tadi Mona. Aniq laju menapak datang ke arah aku yang waktu itu aku sudah pun berdiri dan bersedia untuk pergi.

"Abang Qib. Tunggu la." terkedek-kedek Mona mengikut dari belakang.

"Berapa kali abang pesan, pakai tu cuba sopan sikit. Ni, dah macam nak terkeluar dah abang tengok" marah Aniq.

Muncung mulut Mona bila ditegur begitu.

"Sopan la ni, apa pulak tak sopan" jawab Mona selamba.

Sopan katanya, kalau tak sopan bagaimana la agaknya. Takut aku nak bayangkan.

"Mona nak apa datang sini. Bukan ke ada kat London ke?" soal Aniq sambil melangkah keluar beriringan dengan Mona diikuti aku dan Syam.

"Ala.. Mona saja balik sini. Nak jumpa abang. Rindu" muncung-muncung bibir merahnya itu dengan suara yang mengada-ngada. Ee.. Nak muntah la aku dengar.

"Syam, sapa tu. Gf kawan awak ke? Seksi kemain" soal aku bisik-bisik pada Syam.

Syam hanya senyum sahaja.

Sebaik sampai di tempat parking, Aniq berhenti langkah dan berkata pada Mona.

"Abang ada hal. Mona balik dulu. Nanti free abang call kita keluar makan" arah Aniq.

"Ala... Mona baru sampai. Hal apanya, abang nak pergi makan dengan bakal isterikan" ucap Mona sambil menjeling pada aku yang ada di belakang dengan Syam.

"Mana tau abang nak kahwin?" garang suara Aniq bertanya.

"Ada la.. Kalau tak sebab abang nak kahwin, ingat Mona nak balik sini ke." soal Mona pulak.

Aniq keluarkan beberapa not 50 dari dompetnya lalu letak di tangan Mona.

"Ambil duit ni, dah balik. Tak payah nak sibuk hal abang. Abang tau apa yang abang buat." Aniq kemudian terus masuk ke dalam kereta tempat pemandu. Aku dan Syam yang dari tadi jadi penonton setia laju mengikut masuk kereta.

Mona pula hanya berdiri dengan menunjukkan muka geram. Aniq pula muka jangan di kata la. Seram nak tengok. Syam di sebelah hanya diam.

Siapa Mona. Tengok dari segi percakapan dan bahasa diri macam kenal lama. Takkan ex-wife Aniq. Macam tak sesuai je.. Tapi betul ke girlfriend Aniq. Betul la tu, tentu dia marah bila dapat tau Aniq nak kahwin.

Hm... Apa la malang nasib kau Yus.

Tanpa Yus sedari, sepasang mata ralit memandang wajahnya dari cermin pandang belakang.

Maaf Afya, dia bukan seperti yang awak fikir. Bagi masa, saya akan terangkan. Hati Aniq berkata-kata.

Seperti hari tu, selepas makan, Aniq menghantar Syam balik ke pejabat dan kemudian menghantar aku pula.

Sepanjang perjalan balik aku hanya diam. Niat di hati nak juga tanya pasal Mona tadi tapi risau pulak mood swing abang kunyit ni.

Akhirnya aku buka juga mulut bertanya.

"Hm.. Tuan Aniq, saya nak tanya sikit boleh?" soal aku sambil memandang Aniq yang sedang memandu.

"Boleh" jawab Aniq sambil memandang aku sekilas.

"Yang tadi tu girlfriend awak ke?" soal aku.

"Mona, Kenapa, awak jealous?" soal Aniq dengan senyum terjungkit di bibir.

"Jadi betul lah Mona tu gf awak? Kenapa awak tak kahwin dengan dia?" dah ada gf tapi kenapa tak kahwin. Nampak sangat dia kahwin dengan aku sebab terpaksa, ye la dah ada gf kot.

"Mona bukan gf saya. Kalau jawapan itu yang awak nak" jawab Aniq.

Ye lah. Saya faham Aniq, awak nak jaga hati saya kan. Tak pe, awak jangan risau, awak tangkap penjahat tu cepat-cepat dan awak boleh lepaskan saya dan kahwin dengan gf awak tu. Aku hela nafas panjang dan membuang pandang ke luar tingkap.

Share this novel

Zarina Ismail
2020-04-15 15:33:11 

terbaik


NovelPlus Premium

The best ads free experience