Bab28:Bermula semula

Romance Completed 204114

"I'm sorry sayang!!"....

Tengku Que Iskandar menatap wajah kelelahan Hazel.Sisa airmata masih bergayutan di tubir matanya.Rasa bersalah datang bertimpa-timpa terhadap isterinya kerana tidak mampu mengawal barannya siang tadi.Tangannya naik membelai pipi lembut Hazel,ciuman singgah di dahi dan kedua belah kelopak mata isterinya.Bibirnya semakin turun menyusuri lekuk pipi Hazel ke dua ulas bibir yang merekah bak delima.Ditindih lembut bibir itu berkongsi hawa nafas yang semakin laju dan memanas.Tengku Que Iskandar melepaskan tautan dibibir mereka bila terasa ada tangan menahan dadanya.

"Kenapa?...sayang nak pukul abang lagi?"

Hazel laju menggeleng kepalanya menidakkan kata-kata suaminya.Tengku Que Iskandar hanya tersenyum lebar melihat wajah cuak isterinya yang berada di bawah badannya.Jelas ketakutan diwajah Hazel,Que merapatkan kembali wajahnya ke arah Hazel yang mula ingin melarikan diri.Tangan Que pantas memegang kedua-dua belah tangan Hazel dan di bawa ke atas kepala.Bila hazel mendongak mahu melihat tangannya,Que menangkap bibir isterinya dan lidahnya menyelinap masuk mencari lidah Hazel dan di sedut kuat bagaikan menyedut semua saliva yang ada.

"Ummmmmmpp"....

Hazel hanya terkaku tanpa melawan,hanya nafasnya terhembus tidak sekata.Que mula melepaskan tautan bibir mereka bila Hazel kelemasan.Hazel menarik nafas dengan cepat untuk memenuhkan ruang peparunya.Melihatkan isterinya yang terengah-engah bernafas,Que melepaskan pegangan tangan Hazel.Dia merebahkan badan di sisi Hazel dan menarik tubuh kecil isterinya merapat ke badannya.

"We're done for today,but I'm not sure tomorrow you'll be safe or not.!.....so be prepared!"

********************

"Arghhhhh!!...sayanggg!!"

Tengku Que Iskandar yang masih mamai mengetap giginya kuat menahan sakit tangannya di gigit oleh isterinya.Hazel bernafas kasar dan dadanya berombak kasar dengan matanya yang masih tertutup.Que menarik nafasnya berkali-kali menahan sakit.Kalau bukan isterinya yang memperlakukannya sebegini,sememangnya sudah hilang kepala dipancung olehnya.

Beberapa minit kemudian gigitan Hazel semakin melemah dan badan Hazel kembali longlai tertidur bersama dengkuran kecil.Tengku Que Iskandar membelek luka di tangannya yang sudah merah dan sedikit berdarah di kawasan yang terluka.Que menatap wajah isterinya yang sudah tertidur tenang.

Terimbas kembali tindakan agresif isterinya sebentar tadi,tergeleng-geleng kepalanya bila mengingatkan isterinya bertukar menjadi zombie.Hilang terus rasa kantuknya bila isterinya mengamuk dan menggigit,semakin di tarik semakin kuat wanita itu mengacip giginya.Akhirnya Que hanya pasrah membiarkan isterinya menggigit sehingga berhenti dengan sendiri.

Tengku Que Iskandar membaringkan badannya mengiring mengadap wajah Hazel.Tangannya naik membelai wajah polos isterinya.Entah apa yang di lakukan oleh Carl Zafran terhadap isterinya sehingga isterinya mengalami trauma seperti ini.Que perlu lebih berhati-hati dalam mengawal emosi Hazel agar tidak membahayakan kandungannya dengan sik?p agresif Hazel.

*******************

Hazel membuka matanya perlahan bila terasa ada tangan yang memeluk.Wajah Que yang menempel di di pipinya hampir membuatnya menjerit.Hazel cuba bertenang dan berkali-kali mengingatkan dirinya bahawa lelaki ini adalah suaminya.Hanya wajah ini yang datang dalam benaknya,tanpa sedar jari jemarinya naik bermain di hidung hidung mancung milik Que.Semakin lama jarinya turun bermain di bibir nipis suaminya.Tengku Que Iskandar membuka matanya dan pantas menangkap pergelangan tangan isterinya.

"Morning sayang!"...Que tersenyum melihat wajah terkejut Hazel.Tangan isterinya di bawa ke bibir dan di cium lama.

"Kenapa tangan awak luka?"....

"Ermmm...semalam ada zombie gigit abang!"...

"Ada zombie!!!"....Hazel terpingga-pingga mendengar kata-kata Que menyebabkan Que ketawa besar.

"So cute of you sayang!..l love you...l love you so much!!!"....Tengku Sri Iskandar mencium dahi Hazel lama menyalurkan rasa rindu dan cintanya.

"Err...saya nak mandi!"...Hazel laju meloloskan diri,bergerak ke bilik air namun Que sudah membuka langkahnya yang besar menyaingi langkah kecil Hazel.

"Aaaaaaa...."

"Jom kita mandi sama-sama!"...Que sudah mengangkat Hazel masuk ke bilik air dan di letakkan isterinya di dalam bathtub yang masih kosong.Dengan selamba Que melepaskan baju nya satu persatu sambil memandang Hazel yang sudah merona merah pipinya.Kakinya mula melangkah duduk di belakang Hazel yang masih diam membatu.

"Let me help you sayang!"...Tangan Que mula membuka butang pijama Hazel perlahan-lahan dari belakang.Hazel masih mengeraskan badannya namun tiada sebarang penolakan dari badannya.Penerimaan Hazel membuatkan Que semakin pantas melepaskan baju dari tubuh isterinya.Bibirnya menyapa bahu Hazel menyebabkan bahunya sedikit terangkat.Tangan Que perlahan mengusap perut Hazel.

"Do not be scared sayang!"..

"I'm your husband!"...Tengku Sri Iskandar hanya memberi beberapa kucupan lembut di bahu Hazel sebelum membuka air memenuhi bathtub.Dia tidak mahu memaksa isterinya tetapi dia akan bertindak mengikut kondisi Hazel dan penerimaannya.

Hazel hanya bertindak mengikut naluri dan tindakbalas dari tubuh badannya.Bila tiada tanda jiwanya mahu memberontak Hazel hanya menyerah dan menerima sentuhan dari Tengku Que Iskandar.Ciuman Que semakin jauh bermain di celah lekuk belakang leher dan telinga menyebabkan Hazel kegelian.Nafas masing-masing juga semakin berubah rentak bersama dengan keinginan yang semakin memuncak.

Tengku Que Iskandar semakin diserang berahi,kehendak hatinya tidak mampu ditahan lagi.Tangannya pantas mengangkat Hazel duduk mengadapnya diatas riba.Bibir mereka saling bertaut membalas ciuman.Hazel juga menikmati dan tidak membantah setiap godaan suaminya.Setiap sentuhan dan kucupan dalam pergelutan asmara mereka menghadirkan beberapa bayangan dalam benak Hazel yang menyakinkannya lagi Tengku Que Iskandar adalah suaminya.

*******************

"Tuan!"...Alex menunduk hormat kepada tuannya.

"Welcome back Alex!"...

Tengku Que Iskandar memeluk dan menepuk-nepuk belakang Alex.Que gembira Alex pulang dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.Alex menunjukkan beberapa video hukuman Carl Zafran.Que melihat video tanpa sebarang riak di wajahnya.Dia hanya mengangguk kepalanya beberapa kali tanda berpuas hati dengan hasil kerja Alex.Tidak dapat di sangkal Alex adalah dirinya yang ke dua,bayang-bayang yang sentiasa mengekorinya dari semua aspek.

Tengku Isabella dan Hazel datang menghantar makanan dan minuman untuk Alex dan beberapa anak buah Que yang baru pulang dari outsatation katanya.

"Hai Izrael!!"...Tengku Isabella tersenyum melihat Alex.

Semua mata memandang ke arah Tengku Isabella bersama kerutan di wajah masing-masing.Terasa asing nama yang di sebut oleh wanita itu.Alex sudah merah wajahnya,bulat matanya memandang wajah cantik adik tuannya yang memanggilnya dengan nama malaikat 'pencabut nyawa'.Tengku Que Iskandar hanya tersenyum melihat telatah kedua-duanya.

"Alex!!"....

"You have a new mission to complete!!"....Tengku Que Iskandar memberi arahan dan tersenyum nakal.

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-06-21 14:42:53 

tqvm Hermey...next ya...


NovelPlus Premium

The best ads free experience