Call Girl 43

Romance Series 1321921

Call Girl 43

Lewat jam enam petang, barulah selesai segalan urusan jenazah. Tak putus-putus rumah banglo itu diziarahi sanak saudara dan kenalan yang berkesempatan untuk hadir memberi kata takziah buat Zahra.

Zahra duduk termenung di gazebo kayu di depan rumah. kering sudah air matanya. Namun semuanya sudah berlaku. Sekurang-kurang dia dapat juga merasakan kasih sayang seorang bapa walaupun hanya seketika. Semoga Ayahnya mendapat tempat di sisi hamba-hamba-Nua yang beriman di sana.

Tiba-tiba bahunya terasa di sentuh. Bila berpaling, Puan Fatihah sudah mengambil tempat di sisinya. Hangatnya sentuhan itu buay dadanya kembali memberat. Air matanya jatuh membasahi pipi.

Tubuh Zahra di tarik dalam pelukkan wanita itu erat. Puan Fatihah turut tak dapat menahan sebak di dada.

"Sabar ye sayang." Tanganya mengulas lembut belakang tubuh Zahra.

"Baby masih ada Ummi, Suami kamu dan yang lain..baby kena kuat."

"Kami semua ada untuk u , Ara." Tiba-tiba Jasmine datang menyentuh bahunya. Gadis itu turut menangis.

Hilang kata bila tubuhnya di peluk oleh dua orang insan ini. Kekesongan yang baru saja dirasakan dek kehilangan arwah Ayahnya tadi sedikit demi sedikit mula terisi dengan kehadiran mereka dalam hidupnya ini.

.......

Zahra termenung sendiri. Kedua lututnya dipeluk erat. Dia masih bersandar di kelapa katil.

Tiba-tiba katil itu terasa sedikit tengelam. Merasa pegerakkan di katil itu, lamunan Zahra tersentak. Sepinggan nasi dipenuhi lauk pauk dipandangannya, Dan seraut wajah kacak iti menyapanya.

"Love makan sikit. Dari pagi sampai sekarang tau tak makan lagi."

Zahra mengeleng.

"Tak nak.Awak dah makan kalau belum awak makan la."

"Aku dah makan. Kau tu makan sikit kesian kat baby dalam perut tu."

"Tak ada selera.."

"No. Makan sikit ok kesian baby dalam perut tu.. Dia mesti lapar please sayang makan sikit."

"Hubby.." Tolaknya lembut. Perutnya masih sebu. Dia memang tak lalu nak makan.

"Aku suap kan nak?" Nasi sudah dikaut dengan sudu dan di bawa ke mulut mungil itu.

"Aaaaa" Ucap Carlos.

Mengundang tawa kecil di wajah pucat Zahra.

"Hubby please saya tak nak." Sudi itu di tolak lembut.

Carlos menghelakan nafasnya. Wajahnya berubah serius.

"Ikut kau la, tak nak makan ke. Nak kebulur ke." Pingan di letak di atas meja kecil di tepi katil. Dia segera berdiri.

Melihat wajah begis lelaki itu Zahra mengeluh pelahan. Tangan Carlos di capai.

"Ye lah saya makan. Tapi awak suap sampai Habis boleh?" Zahra mendongok memandang wajah serius lelaki itu.

Carlos menarik nafas dalam lalu di lepaskannya pelahan. Nak kena garang dulu baru makan saman isterinya ini. Nampak je lembut tapi keras kepala. Nasib sayang.

Dia labuhkan punggungnya di tepi katil.
Pingan di angkat rapat.

"Say Aaaa sayang." ucap lelaki itu sambil mengangakan mulut. Satu demi satu suapan diisi ke dalam perut walaupun seleranya tak seberapa.

........

Sebulan kemudian~~

Farah melangkah masuk ke dalam mansion mewah itu. Matanya liar memandang sekeliling.

Dia menghelakan nafasnya pelahan. Sebelum masuk ke dalam mansion ini dapat dia melihat beberapa orang lelaki mengawal di kawasan mansion itu. Mungkin sebagai langkah berjaga-jaga.

Mustahil suami sahabatnya ini tidak mengambil langkah awal demi keselamatan Zahra. Malahan lelaki itu adalah orang ternama.

Langkah Fara tenang masuk ke dalam. Hari ini dia berkempatan untuk meluangkan masanya bersama Zahra. Selepas peristiwa itu Zahra tidak dapat dihubungi. Kata Gib, ada baiknya dia sendiri ke mari untuk menemui gadis itu.
Dan Farah akur.

Wajah Farah berubah saat melihatkan seorang Lelaki yang duduk di sofa ruang tamu. Khusyuk sahaja Lelaki itu dengan laptopnya.

Eh? Tak kerja ke?

Farah menukar arah destinasinya ke arah lelaki itu. Dari menuju ke tangga dia terus berjalan ke ruang tamu.

"Haaa hang tengok blue!" Jerkah Farah bersama ketawa kuat.

Sesaat kemudian tawanya mati. Apabila tajam mata Gib memandangnya. Mata farah kembali memandang Screen laptop itu. Terdapat beberapa orang lelaki di dalam Screen itu termasuk lelaki yang sangat dia kenali.

Carlos.

Farah terkaku.

Ya Allah !

Tengah metting ke?

Mak Kakak Malu!

Mana nak sorok muka ni haishh..

Screen laptop dia tutup sedikit. Gib mendengus. Tajam matanya memandang Farah.

Farah menundukkan kepala.
Diam. Mata tajam milik lelaki itu turun memandang Farah atas bawah.

"Kau dari mana cantik-cantik ni?"Soal Gib tanpa sedar.

"Tak kan nak pakai baju kelawar mai sini." Jawab Farah pelahan.

"Kau nak jumpa Ara kan, Pergi naik atas shh shh.." Halau Gib. Pelahan tetapi keras. Matanya masih tajam memandang Farah.

Lambat-lambat Farah mengangguk dan mengangkat kepalanya.

"Sorry.." Pelahan suara Farah memohon maaf. Bibirnya menarik senyum.

"Dah-Dah Shuh shuh.."

Farah mengeluh. Dia kembali melangkah semua ke tangga untuk naik ke bilik Zahra.

Apalah nasib.....

...........

Zahra tersenyum lebar. Seronok gayanya. Dia gembira apabila Carlos membenarkan dia keluar hari ini. Bagi 'ME TIME' katanya.

Walaupun dia tahu ada beberapa orang lelaki mengikutnya atas arahan suaminya itu. Tapi tak kisahlah. Janji Dia dapat keluar jalan-jalan daripada melangok terperap di rumah.

Kebetulan Farah dengan Jasmine ada, jadi mereka juga di heret bersama. Tak adalah bosan sangat . Dah alang-alang dapat kelepasankan.

Hari ini Dia hanya memakai satu Kemeja berwarna putih dan Maternity Skinny Jeans dan sepasang Flat Loafers Kulit yang selesa. Sesuai dengan penampilannya yang manis.

"Mana lagi nak pergi?" Tanya Farah.

"Entah." Jawab Zahra selamba.

Duduk dalam kereta pusing-pusing pun dia dah seronok inikan pula kalau ada port nak lepak. Bertambah happy la dia.

Jasmine tersenyum senget tiba-tiba teringat satu benda ' Why not kalau cuba kan...'

"Kalau i bawa you all ke satu tempat ni tak? port lepas tension ha gitu."

Farah memandang kerusi di sebelah penumpang hadapan sekilas.

"Mana?" Soalnya sebelum kembali fokus memandu.

Bawa kereta mewah ni dia seriau sikit al-maklum la cik green dia axia je, Berbanding Porsche Macan ni haish. Semua di sebab Gibran memaksanya.

"U follow Maps ni. Kita lepas gian kat situ pun Shook Oo." Ujar Jasmine Iphonenya sudah di letakkan di atas Phone holder.

.............

Bang!

Tepat mengena dahi sasarannya.
Farah tersenyum sinis.Kemudian,dia beralih pula ke ke depan. Kelihatan seorang lelaki sedang meluru ke arahnya sambil mengangkat sebatang kayu.

"U bustard!" Lelaki itu mengangkat kayu untuk melibasnya. Farah segera mengelak lalu,

Bang!

Lelaki itu terdampar di atas jalan tar dan mengerekot kesakitan.

"Huh! bepeluh Hakak!." Farah bergerak ke arah sekumpulan manusia yang saling bersahut- sahutan melaung kata cacian sesama mereka

Bang!

Bang!

Bang!

Tembakan dilepaskan ke arah beberapa orang lelaki yang sedang membelasah Zahra.

"Thank you friend! I love you!" Zahra Menjerit. Peluh yang basah di dahinya,diabaikan.

"Wow,Like wonder women !" Jasmine pula berkata sambil mendepakan tangannya.Dia bangunlalu menendang musuhnya yang sudah nyawa-nyawa ikan itu.

Zahra dan Jasmine kemudiannya menapak ke arah Farah dengan penuh bergaya. Peluh di dahi dikesat. Mata melingas ke kiri dan ke kanan,memerhati jika ada musuh yang membuat serangan hendap. Mata dipejam sesaat lalu dibuka kembali.Nafas cuba diatur.

"Woi! Ara tuh belakang hang!" Kedengaran suara yang menjerit melalui corong telinganya.
Kepala segara dipaling ke belakang.Badannya direndahkan.Huh,nasib sempat! Kaki dinaikkan lalu dihala ke bawah dagu musuhnya.

Dush!

Prak!

Bunyi tulang patah menjengah telinga tiga gadis itu. Zahra mendekati mangsanya lalu menendang kepala si mangsa sehingga tertiarap ke lantai dengan sekali libas.

Jasmine dan Farah terpegun.

"Wow" Serentak mereka berkata.

Tiba-Tiba pandangan mereka bertiga menjadi gelap. Simulation Video Game yang di sedang di main mereka terpadam. Serentak itu mereka bertiga menanggalkan VR Box yang tersangkut di kepala. Pistol mainan yang berada di tangan di selitkan di pinggang.

"Shit tak kan tak bayar bil lektrik!" Carut Jasmine. Dia mendengus geram.

"Siapa benarkan kau masuk bilik Simulator ni Jasmine?!" Keras suara lelaki itu.

Ketiga-tiga mereka terus keras.

Suasana pada mulanya riuh dengan suara tiga gadis itu tiba-tiba menjadi sunyi.

Sepi.

Gelap.

Tup.

Tap.

Tup.

Tap.

Hanya mendengar derapan kaki. Mendekati mereka bertiga.

"Love..." Serentak itu lampu di dalam bilik itu menjadi terang. Terkelip-kelip mata mereka.

"Kau lupa ke yang dalam perut itu ada nyawa.." suara itu pelahan menegur. Zahra menunduk kepalanya.

Carlos berhenti di depan Zahra. Jemarinya naik memegang rahang gadis itu supaya mendongkak memandangnya.

"Kemain Kau lompat sana sini, Bahaya kau tahu. Seram aku tengok."Ujarnya pelahanan.

Zahra tersengeh.

"Sorry hubby.." Zahra mengigit hujung bibirnya.
Haish boleh pula lupa diri.

Tapi macam mana Carlos tahu?
Ke dah lama tengok mereka dekat sini?

Haish...

"Dah Jom keluar." Ujar Carlos lalu bahu Zahra di peluk, Membawa gadis itu melangkah keluar bersamanya. Jasmine dan Farah pula jalan beriringan.

"Abang.."Tegur Jasmine. Bibirnya mengukir senyuman. Dia terus berlari mendekati Luq yang sudah bersandar di sofa di ruang santai di hadapan bilik simulator itu.Dan farah masih berdiri di pintu keluar itu.

Ketika Farah ingin melepas pintu bilik itu, Dia bahagiakan terkaku apabila melihat senyuman sinis Gib padanya.

Gib melangkah mendekati Farah bibirnya masih tersenyum senget, Bukannya dia tak melihat pertarungan tiga gadis itu tadi.

"Tak sangka kau hebat berlawan."

Diam.

Tiada Jawapan dari Farah, Dia malas nak layan dan terus melangkah pergi.

........

Farah mendengus. Kenapalah dia kena naik satu kereta dengan lelaki yang sangat-sangat menjengkelkan ini.

"Hang tak boleh pandang ka?! Duk tenung aku dari tadi. Aku takut tahu daq?" Ujar Farah tanpa menoleh ke arah lelaki itu.

Gib ketawa pelahan mendengarnya.

"Tu seatbelt pakai. Kalau tak sia-sia mati tercampak keluar."

Sekali lagi Farah mendengus Kasar.

"Mulut hang kan."

"Aku nasihatkan je benda bila-bila boleh jadi."

Farah buat muka.

"Dah la jalan cepat! Lembab betul lah"Bidas Farah.

Gib cuma senyum senget mendengarnya.

Farah melempar pandang ke luar tingkap. Perlahan-lahan matanya mengecil.

Lelaki itu muncul Lagi.

Apa lagi yang dia nak?

Dia perasan sejak tadi lelaki itu mengikut mereka ber ME TIME. Mustahil Farah salah orang lelaki itu kerana sering 'Terkontoi' dengannya.

Sunyi.

Sepi.

"Dah bisu ke?" Tanya Gib.

Terus Farah tersedar dari lamunan saat mendengar suara itu. Berkerut dahinya dengan soalan Gib

"Bisu? Hmm tak la cuma malas nak layan hang" Farah menoleh memandang lelaki itu yang masih fokus dengan pemanduannya.

Sepi seketika sebelum Gib menjeling sekilas tangan Farah.

"Aku ingat dah bisu." Balas Gib tidak bernada.
Farah memeluk tubuh.

"Malas nak layang Hang." Pandangan dilempar semula ke luar tingkap.

Otaknya kembali berkerja.

Siapa lelaki itu?

Layan la merapu :)

Share this novel

Naylilynadia Nadim
2022-01-20 19:50:58 

nak lagi...nak lagi...nak lagi...


NovelPlus Premium

The best ads free experience