Move on (5)

Fanfiction Completed 1971

Message dari Encik Ridzwan dibalas. Dia meletakkan telefon dan kembali menyediakan sarapan. Sesekali telinganya menangkap bunyi dan tersenyum nipis. Dia meletakkan pinggan yang berisi roti bakar dan segelas air coklat panas. Hari ini hari minggu, so dia plan hanya ingin duduk dirumah sahaja. Malas nak keluar. Baik duduk rumah, lagi 'best'. Telefon berbunyi kembali. Dia melihat screen. Tengah buat apa tu? Soalan dari Encik Ridzwan. Dia memandang ke hadapan. Senyum di sorokkan. Dia mengepil bibirnya nipis. Menahan gelak. Diambil telefon di sebelahnya, beberapa ketikan ditulis dan dihantar. Aulia bersiul-siulan. Dia gembira! Entah kenapa sejak kebelakangan ini dia gembira sangat.

Butang remote ditekan. Sekejap kiri. Sekejap kanan. Matanya sibuk mencari cerita yang ingin dinikmatinya.
"Hmm cerita apa nak tengok ni?" dia soal. Matanya masih tertacap pada skrin. Mulutnya sahaja bersuara. Dia terdiam. Mengharapkan balasan. Jarinya menekan-nekan punat remote lalu cerita KKN dibuka. Dia tersenyum.
"Tengok cerita nilah..." Remote diletakkan di sebelahnya.

"Aaaaaaa!!!" jerit Aulia bergema satu rumah. Mahu kau tak terkejut. Tiba-tiba je si hantu tu muncul sebalik bilik air. Tambah lagi deringan telefon bimbitnya berbunyi. Menambah seram dirinya. Cerita di pause sebentar. Kelihatan Irene menghubunginya.

"Hah kenapa kau call aku ni. Terkejut aku tau. Kita orang tengah tengok cerita hantu. Kau call pula! Mahu nak tercabut jantung aku." marah Aulia. Kedengaran suara Irene mengekek ketawa di hujung talian.
"Alah alah sorry lah kacau. Nak ajak kau keluar lah. Bosan duduk rumah ni. Jom lah" ajak Irene. Aulia menghela. Ini malas ni! Dia nak bermanja kat rumah je. Nak melangkah basuh pinggan pun malas. Apatah lagi keluar.
"Malas lahhh. Aku nak enjoy duduk rumah je" balas Aulia lagi. Menolak pelawaan Irene.
"Alah dari kau duduk rumah tengok cerita hantu, baik kau temankan aku shopping. Ada manfaat. Ini tengok cerita Han..eh kejap. Hantu? Cerita hantu? Bukan kau paling tak suka cerita tu ke? Kau kan penakut! Tengok sengsorang pula tu." tanya Irene pelik. Setahunya Aulia seorang yang penakut, lagi-lagi cerita hantu. Jangan kata cerita, dengar perkataan hantu pun dah gelabah.
" Apa takut? Manade takut. Biasa je ni. Dah ah kau, kacau je! "panggilan dimatikan. Aulia silent phone dia. Taknak diganggu lagi! Cerita KKN disambung kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience