Bab 27

Vampire Series 4523

PRANG !

Gelas kaca dilempar ke dinding . Habis semua perabot di rumah itu hancur berkecai .

“ Tak guna ! ” jeritnya lantang .

Kali ini pasu bunga menjadi sasaran . Dihempas kuat pasu bunga itu ke lantai . Kemarahannya memuncak kerana dia.. Cealyn !
Wajah itu diraup kasar . Merah habis matanya menahan segala perasaan yang bercampur baur . Bagai orang kerasukan saja gayanya sekarang ini .

“ Aku akan bunuh kau Cealyn ! ”

••••

Gerimis mula membasahi muka bumi sebelum ia perlahan-lahan bertukar ke hujan lebat .
Disitu dia lagi berdiri dan memerhati setiap butir hujan yang turun . Hatinya resah . Fikirannya terganggu .
Dia mengeluh kecil lalu memejamkan matanya . Sekejap itu juga sebuah bayangan seseorang muncul di dalam mindanya .
Dia tersenyum kecil . Sungguh dia rindu dengan gadis ini . Sudah lama dia tidak bersemuka dengan dia.. Cealyn .
Terasa nyawanya diragut apabila mengetahui bahawa Cealyn sudah pergi jauh dari sini . Dari situ dia mula berubah .

“ Saya rindukan awak Cealyn.. ” katanya cukup perlahan .

Entah mengapa dia begitu mencintai gadis itu . Gadis itu yang mengubah hari harinya menjadi ceria . Tapi kenapa ? Kenapa dia langsung tidak membalas cinta aku ?!
Kenapa dia tidak memiliki perasaan yang sama dengan aku ?!

“ Kenapa ?! ” jeritnya lantang .

Dia menutup matanya menggunakan tangan kanannya . Disebalik celah-celah jarinya itu terlihat sepasang mata yang semakin merah .
Dia mula ketawa sinis . Penolakan dan pemergian gadis itu mengubah dia menjadi seperti seseorang yang hilang akal .

“ Kau akan jadi milik aku Cealyn . ”

••••

HACHU !

Emelyn menggosok perlahan hidungnya . Haish ! Siapa pula yang membawang pasal aku malam malam macam ni ?!

“ Jom . ” kata Cleo perlahan .

Terkebil-kebil Emelyn memandangnya . Pergi mana ?

“ Kau dah lupa tentang apa yang aku cakap pagi tadi ? ” soal Cleo apabila melihat Emelyn tidak berganjak dari tempatnya duduk .

Pagi tadi ? Hmm.. Oh yang tu .

Emelyn mengangguk lalu berdiri . Dia mula melangkah mengiringi Cleo .

“ Cleo , Emelyn . Nak pergi mana tu ? ” soal Uncle Federico . Aunty Bethany turut melihat ke arah mereka yang terhenti di pintu keluar .

“ Adalah . ” kata Cleo sambil tersengih .

Amboi.. Nak berahsia pula dia ni .

“ Bahaya kalau nak keluar malam malam ni . ” tegur Aunty Bethany .

Emelyn menjeling sekilas wajah yang tidak menunjukkan sebarang reaksi itu .
Tu lah ! Bahaya tau bawa manusia keluar malam malam !

“ Jangan risau , Cleo kan ada . Lagipun kejap je nak keluar ni . ” kata Cleo .

Aunty Bethany dan Uncle Federico saling berpandangan sebelum mengeluh lalu mengangguk .

“ Jangan lama sangat nak honeymoon tu . ” usik Uncle Federico .

What ?! Honeymoon ?! Apakah ?!

“ Kalau nak pergi honeymoon sekali pun.. ” ayatnya tergantung di situ . Cleo memandang wajah Emelyn dengan senyuman nakalnya .

“ Bukan dekat situ tempatnya . Tak selesa . ” sambungnya lagi .

Emelyn menggosok tangannya perlahan . Meremang aku dengar kata-kata dia ni ! Rasa mual pun ada !
Serentak Aunty Bethany dan Uncle Federico ketawa melihat reaksi Emelyn . Ada ada saja lah mereka berdua ni .

“ Dah jom . ” kata Cleo sambil menarik tangan Emelyn .

“ Sebenarnya kita nak pergi mana ni ? ” soal Emelyn apabila melihat Cleo membawanya masuk ke dalam hutan .

Cleo terhenti dan berpaling menghadap Emelyn yang turut memandangnya .

“ Dating . ” kata Cleo sepatah dengan wajah jengkelnya lalu meneruskan perjalanannya .

Emelyn terkaku . Dating ? Serius kau nak bawa aku dating ?
Cleo menoleh semula apabila melihat gadis itu diam tidak berkutik langsung ditempatnya berdiri . Dia merengus kecil lalu menarik tangan Emelyn untuk meneruskan perjalanan mereka .

Setibanya mereka disitu , Cleo terus duduk di kerusi panjang . Manakala Emelyn masih tergamam sambil memerhati sekeliling tempat itu .
Taman dekat hutan . Dah lama aku tak pergi sini . Selepas kejadian hari tu , rasa takut pula nak pergi sini seorang diri .

“ Kau dah puas pandang ? Kalau belum , teruskan . Kalau dah , duduk sini . ” kata Cleo sambil menepuk-nepuk tempat duduk di sebelahnya .

Tanpa sebarang bantahan , Emelyn mula mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Cleo .
Cleo menatap lama wajah di sebelahnya itu . Sudah lama dia dan Cealyn tidak pergi ke tempat ini . Sengaja dia bawa Emelyn pergi ke tempat ini untuk membuang rasa rindu yang sudah memuncak di hatinya .
Berkerut dahi Emelyn apabila memandang Cleo . Habis nak buat apa sekarang ? Saling berpandangan hingga turun ke hati gitu ?
Senyuman jahat terukir di hatinya apabila satu idea nakal terlintas di dalam fikiran .
Dia mengubah pandangannya menjadi pandangan menggoda lalu mengukir senyuman yang sentiasa diukir oleh Cealyn . Pinjam senyuman kau kejap ye Cealyn hehe .
Sekejap itu juga dia mengelipkan mata kirinya . Hah ! Ambik kau ! Nak sangat tengok lama lama kan !

Cleo membuat muka selamba , bagai tiada apa-apa yang berlaku .
What ? Macam tu saja respon dia ?! Ternyata aku tak pandai menggoda huhu !
Kali ini giliran Cleo pula yang tersenyum jahat . Sebuah idea nakal mula bermain di dalam mindanya .
Dia mendekatkan wajahnya sehingga membuatkan gadis itu berundur sedikit . Dia senyum sinis . Baru sikit dah takut .

“ Kau nak goda aku sangat kan ? Hah mari sini , jangan duduk jauh sangat . ” kata Cleo sambil memaut pinggang gadis itu sehingga dia terdorong ke dada bidangnya .

Emelyn menelan air liur . Tangan kecilnya menahan dada lelaki itu . Peluh sejuk mula membasahi tapak tangannya .
Dah apa yang kau nak buat ni ?!

“ Why dear ? Don't you like it ? ” bisiknya cukup perlahan sambil mendekatkan lagi wajahnya .

Wuish berdesing telinga ! Seram sejuk saja cara kau ni !
Emelyn menutup mukanya menggunakan kedua tangannya .

“ Lepaskan saya . ” kata Emelyn perlahan dengan tangan yang masih menutup wajahnya .

“ Nope . Pandang aku dulu . ”

Hah ?! Dengan jarak yang cukup dekat kau suruh aku pandang kau ?!

“ Tak nak ! ” dengan tangan yang masih menutup wajah dia cuba berpaling , namun laju saja Cleo memaut dagu gadis itu .

“ Kalau macam tu , biarkan aku buat macam ni sampai besok . ” kata Cleo serius .

Wah ! Cantik nampak nak buat macam ni sampai besok !
Emelyn menjatuhkan tangannya dengan kasar . Marah ni ! Terlupa sekejap tentang jarak diantara mereka berdua .

Mak oi ! Dekatnya !

Kemarahan yang memuncak tadi terus hilang apabila melihat wajah Cleo yang dekat sangat dengan wajahnya .
Sikit lagi.. SIKIT saja lagi hidung mereka saling bersentuhan .
Cleo ketawa sinis .

“ Dilarang sama sekali menggoda aku . ” katanya keras lalu menjarakkan jarak diantara mereka .
Emelyn terdiam sebelum dia mencebik . Ceh ! Ingat aku nak sangat goda kau ? Orang main main saja pun tadi .

“ Habis nak buat apa dekat sini ? Nak termenung jauh hingga ke bintang ? Macam tu ? ” soal Emelyn dengan wajah jengkelnya .

Lama Cleo diam . Ish ! Kenapa senyap ? Dah pengsan ke dia ni ?
Emelyn menoleh , cuba memastikan bahawa lelaki di sebelahnya masih bernyawa . Mana tahu kot kot dah arwah tanpa sebab .
Dia terdiam sejenak apabila pandangannya bertembung dengan pandangan Cleo yang turut memandangnya dengan senyuman manis .
Eh ? Dah kenapa senyum seorang diri ?

“ Kau tau.. tempat ni lah yang jadi permulaan diantara aku dan Cealyn . ” katanya sambil menghalakan pandangannya ke depan .

Emelyn mengangguk . Angguk sajalah , dah tak ada cerita kan . Pandangannya difokuskan ke wajah Cleo yang berubah menjadi wajah sayu .
Pasti hati dia terluka bila nampak Cealyn pergi di dalam pangkuannya .

“ Dan tempat ni lah juga yang jadi pengakhiran . ” sambungnya lagi .

Berkerut dahi Emelyn mendengarnya . Bukan Cealyn mati dekat dalam rumah usang ke ? Habis kenapa tempat ni pula yang jadi pengakhiran ?
Kalau Cleo jumpa Cealyn dekat sini , habis siapa yang sambut Cealyn masa dia nak jatuh terbaring ? Ahh ! Stress !

“ Kalau saja dia masih ada disini kan.. ”

Emelyn memandang Cleo . Wajah itu jelas terlukis sebuah kesedihan yang tak terkata .

“ Awak memang cintakan Cealyn kan ? ” soal Emelyn perlahan .

Senyuman kecil terukir di bibir lelaki itu sebelum dia mengangguk lemah .

“ Tiada siapa yang boleh gantikan dia dalam hati aku . ” katanya perlahan lalu menundukkan wajahnya menghadap tanah .

Emelyn mengeluh kecil . Kecewa.. Tapi kenapa aku nak rasa kecewa pula ?
Aku cintakan dia ? Mungkin.. Tapi manusia tak boleh bersatu dengan makhluk seperti mereka . Sangat mustahil..
Jadi aku hanya mampu mencintai tapi tak boleh memiliki.. Huaa ! Sedihnya !

“ Tapi dia hidup dalam diri kau sekarang ni . Jadi tak mustahil aku akan cintakan kau . ” sambungnya lalu memandang wajah yang turut kelihatan sayu itu .

Emelyn tersenyum lebar . Aik ? Kenapa aku senyum ?
Ahh ! Bahagianya ! Kalau kau seorang manusia , memang aku dah cop nama aku atas kepala kau ni HAHA !
Cleo tersenyum kecil lalu menolak dahi gadis itu .

“ Itu pun kalau.. ” kata Cleo lalu ketawa kecil .

Emelyn menghadiahkannya jelingan maut . I'm so sick of this fake love ! Aik ?

“ Dah jom balik . ”

Eh cepatnya . Tapi tak apalah , bahaya juga kalau nak lama lama dekat sini .
Baru saja Emelyn ingin melangkah , tiba-tiba pergelangan tangannya terasa perit . Seperti ada sesuatu yang mencakarnya .
Laju saja dia melihat tangan kirinya itu . Bulat matanya melihat tangannya yang mempunyai luka akibat dicakar .
Jap ! Bila masa aku kena cakar ni ?! Memang mampus aku hari ni kalau ada yang terhidu darah aku !

Emelyn membelek-belek tangannya yang luka sehingga otaknya teringatkan sesuatu .
Cakaran ini sama persis dengan cakaran di belakang Cealyn . Tak guna ! Pembunuh tu mesti ada berdekatan sini ! Amboi kau ! Main tikam belakang nampak !
Dia menggenggam pergelangan tangannya lalu menoleh memandang Cleo .

Cleo yang ingin melangkah turut terhenti kerana hidungnya menangkap aroma yang sungguh manis .
Dia menoleh memandang Emelyn yang masih tercegat di belakang . Matanya difokuskan ke arah tangan kecil yang mengalirkan darah itu .
Cleo menggenggam tangannya dengan kuat . Nafasnya turun naik mengawal diri sendiri . Sesekali warna anak matanya bertukar merah .
Dia mula mengorak langkah menuju ke arah gadis yang kelihatan ketakutan itu . Tangannya mencengkam kuat bahu Emelyn .
Wajahnya diangkat menghadap wajah gadis itu . Jelas kelihatan reaksi takutnya .
Emelyn mula menggigil ketakutan . Lagi takut apabila melihat anak mata Cleo yang semakin merah . Pergelangan tangannya digenggam kuat , ingin menghentikan darahnya dari terus mengalir .

“ Lari dari sini ! ” kata Cleo keras lalu melepaskan bahu gadis itu .

Emelyn terus membuka langkah seribu apabila terlepas daripada cengkaman Cleo . Dia lari selaju mungkin sehingga Cleo hilang dari pandangannya .
Selangkah demi selangkah Cleo berjalan , dia ingin mengejar gadis itu namun separuh mati dia mengawal dirinya .
Dia mula memegang dadanya yang terasa amat sakit . Dia melutut . Tangannya menekan dadanya yang terasa sakit . Nafasnya pula dirasakan seperti tersekat di kerongkong .

“ Argh ! ”

Langkah Emelyn terhenti apabila mendengar jeritan Cleo . Jeritan itu kedengaran seperti menahan kesakitan yang tak terkira .
Kata-kata Cleo mula terngiang-ngiang di telinganya .

‘ Kalau kami kawal diri kami masa tak terkawal , kami yang akan mati . ’

Emelyn menoleh . Dia mula berlari menuju ke taman itu semula . Aku tak nak kau mati Cleo !

Cleo mengangkat wajahnya semasa hidungnya menangkap aroma manis itu semula . Matanya bertembung dengan mata Emelyn yang semakin menghampirinya .

“ Kau buat apa dekat sini ?! Lari ! ” jeritnya lantang dengan tangan yang masih menekan dadanya .

Emelyn mendekati lalu duduk mencangkung menghadap Cleo .
Dia menatap seketika wajah yang lagi menahan kesakitan itu . Pasti sukar untuk kau lalui semua ini .

Cleo memandang tangan gadis itu . Semakin merah matanya . Gigi taringnya mula panjang . Tangan kirinya ingin menarik tangan kecil itu namun ditahan dengan tangan kanannya .
Emelyn tersenyum kecil lalu menghulurkan tangannya yang masih mengeluarkan darah .

Tunggu apa lagi Cleo ? Makanan sudah ada di depan mata . Jangan ! Jangan sakiti dia !
Dia mula berperang dengan nafsu makannya .

“ Cuma janji dengan saya yang awak tak akan biarkan saya mati . ” kata Emelyn perlahan . Mana boleh dia mati katak di sini , misi mencari pembunuh tu belum selesai hokey !

“ Maafkan aku.. ” kata Cleo lalu menarik tangan yang mengalirkan darah itu . Gigi taringnya dibenam ke tangan gadis itu . Darah manis itu dihisap rakus . Susah untuk dia menghentikan semua ini .
Senyuman kecil gadis itu masih terukir di bibirnya . Kalau saja aku tak dapat hidup nanti , aku harap kau tak akan sedih lagi .
Tanpa sedar setitis air matanya jatuh .

“ Cleo.. ” panggilnya lemah lalu perlahan-lahan dia mula rebah .

Cleo mula tersedar apabila mendengar namanya dipanggil . Matanya merahnya mula bertukar normal . Dia melepaskan tangan gadis itu lalu memandang wajah pucat yang sudah terbaring di dalam pelukannya .

“ Emelyn ! ” jeritnya lantang . A..apa yang aku dah buat..

Tidak tunggu lama dia mula mengangkat tubuh kecil itu lalu lari menuju ke rumahnya .
Air mata lelakinya mula menitis . Jangan tinggalkan aku lagi..

Dari jauh kelihatan seseorang yang lagi tersenyum sinis di atas pokok .

“ Itu baru permulaan Cealyn . Aku akan pastikan kau tak akan wujud lagi di dunia ini ! ”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience