DBSS 1 -Telur hangus

Romance Completed 524723

"Huaaaaaaaaaa.....!!!!!"

Lufian yang sedang lena melayan mata bingkas bangun dari atas sofa ketika mendengar jerit tangisan anak-anaknya yang cukup menyakitkan gegendang telinganya.

Kepala yang terasa berpinar-pinar akibat bangun mengejut dipicit-picit seketika dengan gerakan yang sangat laju.
Sempat dia mendengus sesudah mengerling panahan jarum jam yang menghala ke angka satu.

Tanpa memperdulikan rengekan putera puterinya, Lufian terus sahaja berlalu ke dapur. Dia tahu anak-anak itu sedang menahan lapar, sama sepertinya. Tangan kanan diangkat untuk mencapai tudung saji yang terduduk kemas di atas meja makan berbentuk bulat itu.

Ah..kosong!
Lufian menarik nafasnya panjang-panjang. 'Ada isteri pun macam tak ada isteri. Tak habis-habis dengan hal luar. Yang lama dengan yang baru ni sama je!Tak ada beza..!'Gerutu hati kecilnya.

"Daddy...Mya lapar..." Rengek Mya dengan muncung panjangnya . Anak enam tahun itu sedari tadi merengek menahan rasa lapar. Lufian cuba untuk bertenang apabila anak bongsunya, Aliff yang berusia dua tahun pula menangis minta didukung.

"Kejap..kejap..Daddy nak masak!" Ujar Lufian sambil melajukan gerakan kaki dan tangannya.
Dua biji telur dipecahkan, lalu dimasukkan terus ke dalam kuali.

"Arggg..shit..oppss.." Mulutnya ditekup kerana terlanjur mengucap kata kurang sopan itu di hadapan anak-anak.

"Lupa letak minyak pula..!" Desisnya sendirian kegeraman. Bukan sahaja dirinya,malah keadaan di dapur itu juga terasa penuh kehuru-haraan.
Botol kaca yang berisi minyak jagung dicapai gelojoh lalu dituang ke dalam kuali.

"Huaaaaaaaa.....!!!"

Tangisan Aliff yang semakin kuat membuatkan Lufian menjadi bertambah kelam-kabut. Dia terus mendapatkan anak bongsu itu yang sudah terbaring menangis di atas lantai.

"Aliff sayang...Sabarlah..Daddy tengah masak ni.." Lufian cuba memujuk lembut anaknya itu, tetapi sia -sia sahaja. Yang ada, anak itu semakin meraung kuat. Kedua-dua tangan kecilnya pula diangkat ke atas minta didukung Lufian.

"Daddy...Mya lapar...." Mya mula merengek namun ditahan diri daripada menangis kerana dia tahu daddynya kekalutan hendak memasak, hendak melayan lagi karenah manja adiknya Aliff.
Lufian mengeluh pendek ketika merasa telinganya sudah tidak betah lagi menahan raungan tangis anak kecil itu.
Baru sahaja tangannya mahu mendukung Aliff, Lufian terus mengosok hidungnya saat deria bauannya itu terhidu sesuatu. Bau hangus??

"Allah...hangus dah ni!" Rungut Lufian sambil berlari dengan laju ke arah dapur gas. Aliff yang merasa tidak dilayan dan ditinggalkan mulai menjerit tangis dengan sangat kuat.

"Kenapa ni??" Satu terjahan suara halus tiba-tiba muncul. Di tangannya membawa satu fail hitam. Wajahnya pula penuh kecengangan.

"Mama...!!!!" Kedua-dua anak itu segera berlari mendapatkan Aisya. Masing-masing meminta peluk seolah-olah setahun tidak bertemu.

"Apa yang bau ni?" Soal Aisya yang sudahpun menundukkan tubuhnya untuk memeluk dua tubuh kecil di hadapannya. Sebelah tangan lagi diguna untuk mengosok hidung yang menghidu sesuatu yang tidak enak bauannya.

"Tak nampak ke? Telur ni hangus!.Kuali nilah yang tak bagus!!" Ujar Lufian geram sambil kelam kabut membalikkan telur goreng yang sudahpun hangus kehitaman.

"Kuali tak bagus ke you tu yang tak bagus..?! I baru tinggalkan budak-budak ni sekejap sudah jadi kelam-kabut macam ni..!" Aisya membebel geram. Sudahlah dengan keadaan dapur yang seperti tongkang pecah, melihat lagi keadaan anak-anaknya yang seperti kanak-kanak terbiar di kaki lima, hingus penuh di muka, mata pula merah membengkak.

"You masak lah..kalau you tu bagus sangat! You tu bukan tahu apa pun. Keluar tak habis-habis!" Hujah Lufian menahan rasa sakit hati. Mana tak marah, penat-penat dia mengambil tugas menjaga anak-anak di hujung minggu itu, siap dengan niat mahu memasak lagi tetapi disebabkan kuali tak guna tu, masakannya jadi musnah. Sudahnya, kena bebel lagi dengan perempuan garang yang langsung tidak ada sikap kemanusiaan bagi Lufian.

"You ingat i keluar untuk main-main ke?? I ada kerja lah nak dibuat. Minggu ni final exam kan? You ingat i boleh lulus kalau takat duduk rumah mengadap muka tua you ni 24jam??" Bentak Aisya. Bukan main lagi matanya diruncingkan untuk memanah wajah Lufian.

'Tua??'
Lufian yang sudah tersakit hati terus menjeling tajam wajah Aisya sebelum berlalu meninggalkan ruangan dapur itu.
Mya dan Aliff hanya beriak biasa. Telinga dan mata mereka sudah biasa sangat mendengar dan melihat daddy dan mama mereka bertengkar mulut. Langsung tidak reti nak berdamai. Ada -ada sahaja yang dipertikaikan.
Sudah lapan bulan mereka melayari bahtera kehidupan rumah tangga yang penuh dengan peperangan mulut dan kedinginan . Sebuah perkahwinan yang tanpa ada rasa cinta sedikitpun. Bahkan, ketika majlis perkahwinan mereka pun, masing-masing membuang wajah. Seorang menghadap paksina dan seorang lagi menyembah daksina. Perkahwinan yang hanya berlangsung di sebuah masjid, cukup dengan hanya dihadiri oleh keluarga sebelah Lufian sahaja kerana memandangkan Aisya merupakan seorang anak yatim piatu, sama seperti kakak angkatnya, arwah Hanim. Kerana terhutang budi dengan kebaikan arwah Hanim juga, Aisya rela mengorbankan cinta dan masa mudanya untuk menjadi isteri kepada Lufian yang tua 15 tahun daripadanya tetapi dengan syarat, wanita itu tidak mahu perkahwinan mereka itu diketahui oleh rakan-rakannya termasuk jugalah teman lelakinya.

"Merajuklah you sana! Dah tua bangka masih tak sedar diri. Sehari tak merajuk,memang tak dapat hidup agaknya you tu!." Aisya mencebik menyampah dengan perangai rajuk Lufian yang sudahpun mengangkat kaki menaiki anak tangga. Tak malu ke? Umur mahu menjengah angka 4 masih lagi berperangai keanak-anakkan. Aisya terus menuju ke dapur, berniat untuk menyediakan makanan tengah hari untuk anak-anak tirinya.
Bahan mentah dipilih, lalu dikeluarkan. Laju sahaja tangan Aisya melakukan pekerjaan rumah kerana dia memang sudah terbiasa. Sebelum ini pun memang pekerjaan di rumah itu dilakukan oleh Aisya.
Bukan tiada pembantu rumah, ada..tetapi tiada seorang pun yang mampu bertahan lebih dari sebulan. Semuanya cabut lari kerana tidak tahan dengan kecerewetan arwah Hanim.

Lufian melangkah keluar dari bilik setelah hampir setengah jam membutakan mata. Tangannya diregangkan ke atas sambil menghayunkan kaki menuruni anak tangga.
Saat melewati ruang tamu, Lufian sempat berkerut dahi tatkala melihat anak-anaknya elok sahaja bersantai menonton rancangan 'Cocomelon' sementara menunggu makanan siap. Siap ketawa riang lagi. Jika bersamanya, bukan main lagi melalak, mengamuk seperti dijaga oleh hantu raya.
Lufian berjalan masuk ke arah ruang dapur.
Semakin lapar rasa perutnya ketika menghidu bauan yang sungguh enak dari arah ruangan itu.

"Masak apa? Cepatlah.. i lapar!" Sergah Lufian ketika menapak di dapur itu. Dia yang sedang bercekak pinggang berdiri tepat di belakang Aisya .

"Pergilah makan telur hangus you tu!" Perli Aisya tanpa menoleh. Tangannya sibuk memotong buah untuk anak-anaknya.

"You lah makan...i masak untuk you tahu tak...!" Lufian melawan keras. Sakit hatinya melihat sikap biadap Aisya. Dulu ketika dia masih berpangkat abang ipar kepada wanita itu, bukan main lagi berabang bagai, kalau bercakap tak pernah sekalipun meninggi suara seperti dialah wanita Melayu terakhir. Sekarang ni semakin kurang ajar pula dah. Ber'you' ber'i' bagai.

"Tak ingin i..!"

"Haaa..tau pun...i pun tak ingin makan telur hangus tu. Dahh...cepatlah sediakan makanan!" Aisya menyerigai saat mendengar arahan kasar dari mulut lelaki itu.Tak pandai nak berlembut langsung! Suka je nak membentak.
'Tau lah aku ni bukan isteri pilihan, tapi tak boleh ke cakap elok sikit??'

"Banyak cantik muka you! I dah masak, you ambillah sendiri. You ingat you siapa?!"Bentak Aisya lagi sambil berlalu ke ruang tamu dengan menatang dua pinggan yang sudah terisi makanan untuk anak-anaknya.

" I suami you..dah memang tugas you jadi orang gaji i?!" Bentak Lufian juga sambil mengikuti gerakan kaki Aisya. Hati yang memang sudah sakit, bertambah sakit kepedihan dengan sikap dingin wanita itu .

"You ingat i nak sangat ke kahwin dengan you?!" Herdik Aisya kasar. Mendidih teruk hatinya tatkala lelaki itu menganggapnya seperti orang gaji.
'Ingat aku ni tak ada perasaan ke??'

"Mama....Mya lapar.. ." Sungut Mya bersama tangisan kecilnya. Mata anak itu menatap Aisya seolah mengharapkan simpati dari ibu tirinya itu.

"Haa..tengok tu..semua salah you. Suka sangat cari pasal dengan i..Kebulur dah budak tu!" Aisya membentak lagi. Bertambah rasa geram hati Lufian melihat sikap Aisya yang tak pandai berhenti membebel.

"You yang mulakan tadi kan?!" Lufian menentang keras.

"Daddyyy........" Serentak dengan itu juga Mya meraung kuat diikuti juga dengan tangisan lantang Aliff. Kelam kabut Lufian dan Aisya berlari ke arah mereka.

"Dah..dah..mama suap ya..anak mama lapar ya..."

"Mama suap ya..."Lufian mengajuk kata-kata Aisya sambil memiringkan bibirnya.

"Lufian!!" Jerit Aisya geram.

"Apa!!"

"You i kan...!ishhhhh...." Berapi-api hati Aisya menahan geram.Mati sudah kata-katanya.
Kalau ada batu di tangannya itu,memang pecah kepala kau Lufian!

Lufian hanya selamba melangkah semula ke dapur tanpa memperdulikan Aisya. Dia tak mahu ambil tahu apapun! Yang pasti perutnya sangat lapar minta diisi saat itu . Puas hatinya melihat wanita itu menderita kemarahan. Biadap sangat, ambik kau!
'Aku makan habis semua ni, biar padan muka kau! Kurang ajar punya bini!'

Jangan lupa tinggalkan komen ya.Sedikit chapter dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience