Bab 113

Romance Completed 78329

Gia memandang Hariq yang nyenyak tidur di atas totonya. Sekarang Hariq dah pun berusia dua bulan dan pada waktu ini jugak dia dah bertekad untuk pergi. Selama dua bulan hatinya galau sama ada dia nak duduk di sini terus ataupun pulang semula ke Filipina.

Flightnya ke Filipina pada pukul dua belas tengahari nanti. Walaupun hatinya rasa berat nak tinggal Hariq, tapi keputusan dia dah buat. Begnya pun dah dikemas semalam.

“Gia?” Puan Aminah masuk ke dalam bilik. “Gia dah siap ke?”

“Dah ibu. Ibu…Gia tinggalkan Hariq dekat ibu ya dan Gia nak mintak maaf jugak kalau selama Gia ada dekat sini buat ibu kecil hati dengan perangai Gia.”

“Tak ada apa lah Gia. Ibu tak ada kecil hati dengan Gia pun. Cuma, ingat apa yang ibu nak pesan. Jaga diri, jaga maruah diri dan jaga solat. Itu yang penting selama Gia duduk jauh.”

“Terima kasih ibu. Gia dah nak kena gerak sekarang. Kalau ada apa-apa pasal Hariq, ibu terus call Gia ya?”

“InsyaAllah…”

Sebelum turun dari katil, sempat lagi dahi kecil anaknya
dicium lama. Menitis juga air matanya untuk kesekian kalinya. Gia membawa begnya keluar dari bilik dan diletakkan ke dalam bonet kereta. Tangan Puan Aminah dicium sebelum dia meminta diri untuk gerak ke airport.

“IBU…kenapa sunyi je rumah ni?” Dia memandang Puan
Aminah yang sedang memangku Hariq yang tidur di dalam pangkuannya. “Gia mana?” Soalnya. Puan Aminah hanya mendiamkan diri.

“Betul tu Nah. Mana Gia?” Ungku Maria turut bertanya bila kelibat Gia langsung tak ada di dalam rumah.
Baru Luqman sedar yang kereta Gia tak ada di halaman rumah. “Ibu? Gia keluar ke? Kereta dia tak ada pun?”

Kebisuan Puan Aminah membuatkan Ungku Maria mengesyaki sesuatu. Dia segera mengambil tempat di sebelah Puan Aminah. “Nah…jangan cakap yang Gia…”

“Huh? Gia apa?” Kemudian Luqman terfikirkan sesuatu.
“Jangan cakap dia tinggalkan Luq dengan Hariq sekarang ni? Ibu?”

Puan Aminah tak mampu menahan tangisannya lalu menangis.

“Maknanya betullah apa yang Luq cakapkan ibu? Gia memang dah pergi kan?” Kelam-kabut dia bertanya. Tiada jawapan yang keluar dari mulut Puan Aminah membuatkan dia pantas keluar dari rumah.

“Luq! Luq! Luq nak pergi mana?” Tanya Ungku Maria.

“Luq nak pergi airport! Tahan dia dari balik Thailand! Luq tahu mesti dia balik Thailand!”

“Tak ada gunanya Luq. Dia dah berlepas pun. Flight dia pukul dua belas tengahari tadi.” Sekarang jam dah tunjuk pukul tiga empat puluh petang.

“Kenapa ibu tak halang Gia tadi? Kenapa ibu biarkan Gia pergi tinggalkan Luq dengan Hariq macam tu je?”

“Ibu tak mampu nak halang keputusan dia Luq. Ibu dah pernah nasihatkan Gia…Vi pun dah nasihatkan Gia tapi kalau Gia tetap dengan keputusan dia, apa yang ibu boleh buat?”

“Ya Allah…” Terus rasa buntu Luqman dibuatnya. “Dia balik mana ibu? Bagitahu Luq! Luq pergi cari dia ibu!”

“Ibu tak tahu…dia tak bagitahu ibu apa pun.” Puan Aminah terpaksa bohong. Tapi, dalam masa yang sama dia tak sampai hati jugak nak terus bohong pada
Luqman.

“Ibu bohong Luq kan? Ibu tahu kan Gia pergi mana? Luq tahu ibu mesti tahu dia pergi mana. Tolonglah Luq ibu…Luq merayu sangat dekat ibu bagitahu dekat mana Gia pergi.” Luqman melutut di hadapan Puan Aminah.

Puan Aminah dan Ungku Maria masing-masing menitiskan air mata melihat Luqman. Ungku Maria menarik Luqman bangun dari melutut di hadapan Puan Aminah.

“Luq…” Ungku Maria cuba menenangkan Luqman.

“Kenapa Gia buat Luq macam ni mama? Ibu? Kenapa dia tinggalkan Luq dengan Hariq? Luq sayangkan dia!”

“Ya Allah Luq…sabar nak…” Ungku Maria tak dapat menahan tangisnya melihat anaknya sendiri lemah sebegini rupa. “Luq jangan putus harap. InsyaAllah Gia akan datang balik pada Luq dan Hariq. Doa
banyak-banyak.”

“Luq kenal Gia macam mana. Dia takkan senang-senang balik macam tu. Dia kalau dah decide nak pergi, dia akan pergi.”

“Luq…” Puan Aminah bersuara. “Ibu nak tanya Luq soalan. Luq memang betul-betul sayangkan Gia? Luq memang betul-betul nak Gia jadi isteri Luq sampai bila-bila dan takkan pernah sia-siakan Gia lagi?”

“Luq memang betul-betul sayangkan dia ibu. Kalau Luq tak sayangkan dia, mustahil Luq nak layan dia baik-baik.”

“Luq dengar sini apa yang ibu nak cakap dekat Luq ya? Gia pergi bukan sebab dia bencikan Luq dengan Hariq tapi dia takut kalau Luq akan buat benda yang sama lagi dekat dia. Dia takut kalau Luq terima dia semata-mata atas dasar rasa kesian dan semata-mata untuk balas dendam lagi. Gia takut dengan Luq sebab tulah dia bertindak macam ni.”

“Luq dah bagitahu benda yang betul dekat dia. Takkan dia masih lagi tak percaya dengan Luq?”

“Kalau ibu jadi Gia…ibu pun ragu-ragu jugak. Ibu faham perasaan Gia dan ibu pun tahu jugak yang Luq memang sayangkan Gia. Sebab tulah ibu nak Luq tunjuk usaha Luq untuk dapatkan dia balik. Ingat…hati perempuan memang macam-macam ragam dan adakalanya hati dia berbolak-balik tapi percayalah…kalau cara pujukan Luq kena, insyaAllah Gia akan kembali pada Luq.”

“Betul tu apa yang ibu cakap. Mama pun setuju.” Ungku Maria turut bersetuju.

“Ibu tahu Gia pergi mana?”

“Gia balik ke Filipina. Rumah lama family dia sebelum dia balik ke Manila dekat kondo dia untuk mula balik kerja model dia. Kalau Luq nak pergi sana, trylah pergi dekat rumah lama family dia dulu. Mungkin Gia ada dekat sana.”

“Terima kasih ibu.” Dia bertekad untuk cari Gia di Filipina nanti.

“Ingat ya Luq. Jangan buat lagi kesilapan yang lama. Ingatlah…apa yang Luq buat ni untuk kehidupan Hariq dan Luq jugak. Mama suka tengok kalau Luq dan Gia kembali bahagia macam dulu.”

“InsyaAllah mama.”

“HOW was your flight? Penat?” Tanya Eric ketika Gia sedang berdiri di hadapannya. Tak sangka dia selepas berapa lamanya, Gia akan pulang kembali ke Cebu.
Cuma, apa yang buatkan dia tertanya adalah kenapa Gia pulang ke Cebu semula? Kalau ya pun, kenapa tak balik dengan Luqman sekali?

“Like usual.”

“Mana Luqman?” Pertanyaan Eric hanya dibalas dengan kebisuan Gia dan dia dah tahu apa jawapannya.

“Masih tak percayakan Luqman?”

“Gia balik sini sebab…”

“Sebab nak lari dari Luqman kan?” Eric menyampuk.
“Dah kenapa pulak nak lari dari Luqman lagi sekarang ni?”

“Tak ada apalah. Gia nak balik rumah. Nak rehat kejap.”

“Yelah. Jom…” Eric membantu Gia membawa bagasinya ke kereta dan disimpan di seat belakang.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Gia hanya mendiamkan diri. Tak banyak cakap. Eric yang sedang memandu di sebelah hanya memandang adik tirinya yang dari tadi sekadar mendiamkan diri. Langsung tak bercakap sepatah apa pun. Sepertinya banyak benda yang dia tengah fikirkan dalam kepala otaknya.

Eric memarkirkan keretanya di dalam garaj. Gia keluar dari kereta dan mengambil bagasinya dari seat belakang. Ketibaannya disambut oleh isteri Eric. Gia sekadar tersenyum manis sebelum meminta diri naik ke bilik.

“What’s wrong with her, darling?” Soal Aluna.

“Jangan kacau dia ya. Biarkan dia sendirian dulu.” Aluna mengangguk. Akur. “By the way, nak I masak apa?”

“No need. I dah pesan makanan khas untuk dia. Dia tak boleh makan sembarangan. She’s a Muslim.”

“Ok…”

Gia membaringkan badannya di atas katil. Fikirannya mula melayang teringatkan anaknya, Hariq. Mummy rindukan Hariq. Rindu dengan bau anaknya sendiri, rindu nak peluk dan dekat dengan dia. Sumpah dia rindu.

Tok! Tok! Tok! Fikiran Gia melayang sebaik saja terdengar ketukan pintu biliknya. Pintu bilik dibuka dari luar.

“Hey lil sis…what are you thinking huh? Mind to share with me?” Eric mengambil tempat di sebelah Gia.

“Nothing. I’m okay. Just…missing tatay, mummy and daddy so much.”

“I know. I feel you too. Since mummy, daddy and Danial gone, this house feels so alone.”

“How I wish we can be a happy family like before.” Rindu betul dia dengan suasana dahulu walaupun hubungannya dengan mummy dan Danial memang tak baik tapi rasa meriah tu masih ada. Tak macam sekarang…sunyi je.

“Tak apalah Gia. Abang still ada dengan Gia. Still being your family. Walaupun kita berdua masing-masing agama lain, tak boleh dah nak rapat-rapat macam dulu lagi tapi kita masih lagi satu keluarga.”

“Thanks abang…”

“Lapar tak?”

“Laparlah jugak.”

“Jom turun makan!”

“Errr tapi Gia…”

“Ye…abang tahu dan abang faham. Sejak adik abang ni masuk agama Islam, abang ada buat research sikit pasal apa yang adik abang ni boleh makan dan tak boleh makan. Abang dah order makanan yang halal untuk adik. Ok?”

“Betul ni?”

“Betullah.”

“Jom!” Terus berselera dia dibuatnya. Macam biasalah…Gia Vatanika memang tak pernah puas dengan makanan dalam flight.

Turun saja di meja makan, makanan sudah pun terhidang. Ada juga makanan yang diasingkan. Aluna menghadiahkan senyumannya kepada Gia. Gia membalas kecil senyuman Aluna. Anak-anak abang Eric dan Aluna pula sudah bersedia di meja makan.

“Ini makanan khas untuk Gia Vatanika yang tersayang,” dua mangkuk berisi ayam adobo versi halal dan sayur goreng ala Filipina diletakkan di hadapan Gia.

“Wow…sedapnya!” Dah lama aku tak makan ayam adobo dan sayur goreng ala Filipina. Favourite.

“From your favourite halal restaurant.”

“Serius? Auwww!!! Thank you!!!” Terus ayam adobo dan sayur goreng dicedok ke dalam pinggannya. Dua hidangan ni pun dah cukup membuka seleranya. Rindu dengan masakan Filipina!

“Tengok tu! Berselera sungguh!” Eric dan Aluna tersenyum melihat selera Gia sebaik saja menjamah makanan tersebut.

“Mestilah! Dah lama mengidam nak makan tau!” Isi ayam sekali dengan sayur goreng disuap ke dalam mulutnya. Fuh! Sedap! Sedap!

“Jangan laju sangat makan tu. Kang tersedak susah…”

“Sedap!”

“Ingat! Gia dah nak mula modelling esok. Makan banyak-banyak nanti tak muat pulak baju.”

“Eiii!!! Abang ni!!! Gia tak gemuk sangat ok! Dah kering ni!” Silap-silap timbang entah-entah lima puluh kilogram je aku ni.

“You ni…tak baik tau usik Gia macam tu. Sensitif!”

“Betul tu!” Gia sokong dengan Aluna.

“Yelah, yelah.” Eric menyuap daging ke dalam mulutnya. Apa pun dia happy bila tengok Gia berselera macam tu. Sekurang-kurangnya tak adalah muka tu monyok je dua puluh empat jam.

LUQMAN melangkah masuk ke dalam bungalow yang sudah ditukarkan dari nama Gia kepada namanya. Dia memandang sekeliling rumah yang suram. Suram sejak penghuninya tak ada. Dia yakin kalau Gia masih ada sekarang, mesti keadaan takkan sesuram macam sekarang. Termasuk sekarang dah tiga hari Gia pergi.

Matanya difokuskan kepada bingkai gambar besar yang tergantung pada dinding sebelah tangga. Gambar Gia ketika modelling dan dia jadi editor kepada semua gambarnya. Dia membelek perlahan wajah Gia pada gambar tersebut.

Aku janji Gia…aku akan cari kau balik. Aku akan bawak kau balik ke sini dan hidup bahagia dengan aku dan Hariq. Anak kita. Aku janji yang aku akan buat kau bahagia…tak sedih lagi macam dulu. Aku akan kotakan takhta cinta yang aku pernah janji pada kau dulu.

Aku tahu aku dah mungkir janji pada kau…aku mungkir janji pada daddy kau dulu yang aku akan bahagiakan kau tapi aku sedar apa yang aku buat selama ni semuanya salah. Aku terlampau terburu-buru dengan keputusan aku sendiri. Aku sedar semua tu.

“Luq?” Tiba-tiba saja suara Vitalika menegurnya dari belakang.

Luqman segera menghakis pergi air matanya yang entah bila mengalir keluar dari tubir mata.

Luqman menoleh memandang Vitalika. “Ya? Ada apa
Vi?”

“Errr…tak ada apa-apa. Saya balik sini sebab nak ambik barang saya je.”

“Emmm…kenapa kau tak duduk je dekat sini? Rumah ni rumah kau jugak kan?”

“Awak dah lupa ke Luq? Rumah ni atas nama awak. Bukan atas nama kak Gia lagi.”

“Apa-apa pun rumah ni atas duit kakak kau jugak. Kalau kau tak duduk sini, kau nak duduk mana?”

“Macam biasalah. Saya duduk dekat rumah sewa.”

“Buat apa susah-susah? Kau duduk jelah dekat sini. Aku bagi keizinan untuk kau. Ok?”

“Tak apa ke?”

“Kenapa pulak aku tak ok? Kau tu adik ipar aku. Kau duduk jelah sini. Aku pun bukannya duduk sini sangat.”

“If you say so then I will say yes.” Jawabnya senang.

“Awak tak rindukan kak Gia?” Tanya Vitalika. Sekadar ingin tahu saja apa perasaan Luqman sekarang ni dan apa yang Luqman rasa lepas kak Gia pergi tinggalkan dia untuk kali kedua.

Luqman sekadar tersenyum kecil. “Kalaulah kau tahu apa yang aku rasa sekarang ni Vi…”

“Awak rindukan kak Gia?”

“Orang gila je tak rindukan isteri sendiri. Sebab aku rindulah aku datang sini hari ni.”

“Dah tu kenapa awak tak pergi cari kak Gia lagi?”

“Tiket untuk ke Cebu still not available. Aku dah check tadi. Esok baru ada tiket ke Cebu.”

“Good luck.”

“Hmmm???”

“Good luck. Saya harap awak dapat jumpa dengan kak Gia dekat sana. Dia ada modelling dekat sana untuk beberapa hari dekat Cebu. Kak Gia stay dekat rumah daddy sebelum balik modelling dekat Manila pulak. Saya harap clue yang saya bagi ni, awak dapatlah jumpa dengan kak Gia.”

Senyuman Luqman dah mula melebar hamper ke telinga.
“Kau tak tipu aku kan Vi?”

“Buat apalah nak tipu abang ipar sendiri? Tak ada function pun. Saya bagitahu ni sebab saya nampak keikhlasan awak. Saya tahu awak sayangkan kak Gia dan saya harap lepas ni benda-benda macam ni antara awak dengan kak Gia tak jadi lagi ye, abang Luqman.”

“Geli pulak aku dengar kau panggil aku abang.”

“Terima hakikat jelah yang awak ni memang abang ipar saya pun. So, good luck untuk sesi pujuk memujuk kak Gia. Jangan risau…walaupun kak Gia tu keras hati sikit…tapi hati dia lembut. Percayalah…cuma apa yang jadi dekat dia selama ni buatkan dia rasa trauma sikit. Sebab tulah dia pergi tapi tak bermaksud dia dah tak sayangkan awak dan Hariq lagi.”

“Thank you Vi.”

“No thanks.”

Alah…apa salahnya kan kalau bantu abang ipar sendiri? Ini untuk kebaikan kakak dia jugak. Manalah tahu bila Luqman pergi jumpa dia nanti dan ada pujuk memujuk, masa tulah episode bahagia antara kak Gia dengan Luqman bermula? Kita tak tahu kan?

Telefon Vitalika berdering. Panggilan dari Ariff.

“Yes fiancé?”

“Kenapa tak balas chat I?”

Alamak…dia chat aku ke? Tak perasanlah pulak.

“Sorry…tadi tengah cakap dengan Luqman.”

“Ohhh…I ingatkan you sengaja tak nak balas chat I. Emmm…by the way macam mana masalah antara kakak you dengan abang ipar you? Dah selesai ke belum?”

“Belum lagi. Ada masalah macam drama pukul tujuh sikit. Kakak saya lari balik ke Filipina.”

“Ohhh…kakak you still trauma dan takut ke?”

“Sort of. Lagipun tak hairan mana kalau kakak saya jadi macam ni. Yelah, dari dia kecil lagi selalu kena dera tak kisahlah dari segi mental atau fizikal. Sedikit-sebanyak apa yang Luqman pernah buat dekat kakak saya, buatkan dia bertambah takut untuk berharap lebih.”

“Ya…I faham apa yang dia rasa. I pun pernah belajar jugak pasal psikologi ni dari doctor pakar psikologi. Mungkin luaran dia kita nampak dia biasa-biasa dan happy tapi dalam diam-diam…dalam hati dia macam-macam yang dia pendam rasa.”

“Kalau awak boleh faham apa yang kakak saya rasa, apatah lagi saya. Saya kembar dia. Setiap apa yang dia lalui saya tengok sendiri dengan mata saya. Dia sedih, menangis, ketawa, happy, marah…semua saya pernah tengok.”

“Ya…by the way bila you dah ready untuk pergi pilih baju pengantin, you bagitahu I ok? Tempah awal-awal senang sikit. Nanti tak payahlah nak pening kepala.”

“Orait tunangku sayang.”

“Amboi…sejak-sejak dah bertunang ni, dah pandai eh bersayang bagai?” Vitalika ketawa kecil di talian.

“Bukan selalu pun kan?”

“Ye…oklah Vi. I nak kena off dulu. I nak kena check condition patient. Kalau ada apa-apa, you call je I.”

“Ok…” Panggilan terputus. Vitalika menyimpan kembali telefonnya ke dalam kocek seluar lalu menuju ke biliknya.

HARIQ yang sudah lena di atas katil dipandang. Sepatutnya dalam waktu sekarang ni dia dan Gia sama-sama jaga Hariq. Sama seperti pasangan suami isteri yang lain. Aku rindu moment dengan Gia dan Hariq sewaktu Gia masih lagi dalam pantang. Aku sentiasa ada dekat dengan dia tak macam sekarang. Gia di mana, aku di mana.

Aku harap sangat bila aku dah ke sana nanti, Gia akan berlembut hati dengan aku. Aku tak nak lagi hubungan aku dengan dia macam orang asing lagi. Walaupun dia masih tak maafkan aku, aku akan tetap minta maaf dekat dia sampai dia maafkan aku. Aku tak nak disebabkan salah aku yang dulu memberi effect kepada kehidupan Hariq untuk masa depan.

“Luq fikirkan apa tu?” Soal Ungku Maria bila melihat anaknya langsung tak sedar dengan kehadirannya. Jauh termenung ke luar tingkap bilik.

“Tak ada apalah ma. Entahlah…tiba-tiba je termenung.”

“Ye ke? Mana ada orang saja-saja nak termenung Luq kecuali orang tu ada banyak benda yang dia tengah fikirkan sekarang ni. Luq mesti fikir macam mana nak pulihkan keadaan balik kan?”

Luqman melangkah ke mamanya lalu tubuh mamanya dipeluk erat. “Mama macam tahu-tahu je kan?”

“Mama jaga Luq dari kecil sampai besar. Gerak-geri Luq semuanya mama tahu cuma mama tak pernah cakap.”

“Mama sentiasa sokongkan apa yang Luq buat?”

“Mama akan sentiasa sokong Luq. Apa saja yang Luq akan buat tapi tak bermakna apa yang Luq dah buat pada Gia, mama sokong. Itu mama langsung tak sokong sebab apa yang Luq buat semuanya berkiaskan dendam. Tapi, kalau Luq betul-betul dah insaf dan nak pulihkan hubungan Luq dengan Gia…itu mama sokong sangat.”
Rambut anaknya diusap.

“Mama nak ingatkan Luq. Luq tarik Gia masuk Islam dan Luq jugak bertanggungjawab untuk bombing dia dan bawak dia ke jalan yang benar. Ingat…setiap apa yang dia buat…semuanya akan berada di atas bahu Luq. Luq yang kena pikul segala dosa yang dia buat. Sebab itulah alam perkahwinan ni bukannya perkara yang main-main dan bukannya perkara yang seronok. Saja-saja nak kahwin tanpa ada landasan agama. Sebab tu dari dulu mama selalu ingatkan Luq…apa-apa pun sekali berbalik kepada agama dan renungkanlah balik sama ada apa yang kita buat itu salah atau tidak. Walaupun kita sebagai suami ada hak sepenuhnya ke atas isteri tapi jangan lupa jugak yang isteri pun ada hak jugak ke atas diri dia.”

“Luq kena ingat ya apa yang ibu pesan? Kalau Luq
bergaduh dengan Gia atas hal-hal kecil…bawaklah dia berbincang elok-elok. Jangan pernah berbincang dalam keadaan yang dua-duanya beremosi. Dulu mama dengan arwah ayah Luq pun selalu bergaduh disebabkan hal-hal kecil je tapi masing-masing boleh berbaik semula. Sebab apa? Sebab kedua-duanya mengambil langkah untuk bertenang dan berbincang dalam keadaan yang dua-duanya dah tak emosi.”

“Mama faham mungkin dulu Luq terlampau emosi lepas apa yang dah jadi pada arwah Dariya. Mama faham Luq sayangkan arwah Dariya sangat-sangat sampaikan Luq sanggup buat apa saja untuk dapatkan keadilan pada arwah tapi Luq kena ingat jugak. Disebalik tindak-tanduk Luq itu…boleh menyebabkan orang-orang sekeliling Luq sedih dan tak senang hati. Mama bersyukur sangat sebab Allah hadirkan Gia untuk lindungi Luq dari sebarang benda buruk yang akan berlaku pada Luq.”

“Terima kasih ma sebab selalu ingatkan Luq dan tak pernah mengalah dengan perangai Luq. Luq dah sedar…apa yang Luq buat dulu buatkan semuanya terancam. Cuma, apa yang Luq nak sekarang ni ialah Gia tak bencikan Luq dan bila Luq jumpa dengan dia nanti, dia akan berlembut hati semula.”

“InsyaAllah Luq. Mama akan doakan kebahagiaan Luq dan Gia akan kekal sampai bila-bila. Ingat ya Luq…jangan ulangi kesilapan lama.”

“InsyaAllah ma…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience