Chapter 62

Romance Completed 35261

“Along, macam mana? Apa doktor cakap?” soal Tasha. Dia kelihatan gabra.

“Abang, what happened? Say something, please.” tanya Sofia Amelia seperti merayu.

“Can you both relax first?” bersuara Iskandar Faiz.

“Along, abi akan jaga umi di sini. Along bawa Tasha dan Sofi ke rumah. Rehat dulu di rumah. Along pun nampak penat sangat. Abi faham, along penat bawa kereta dari KL. Sofi pun nampak tak cukup tidur. Petang nanti datang sini. Tasha esok suami kamu balik ke kem kan?” Ismail tiba-tiba muncul di antara mereka bertiga.

Iskandar Faiz dan Sofia Amelia tergesa-gesa balik ke Kedah apabila mendapat berita ibu Iskandar Faiz, Fatimah telah diserang strok secara tiba-tiba. Terkejut Iskandar Faiz setelah menerima berita itu. Terasa sesak nafas. Iskandar Faiz bermimpi ibunya memakai jubah putih dan mukanya berseri sambil menayangkan satu senyuman manis ke arah Iskandar Faiz. Tetapi Fatimah tiada berada di sisi Iskandar Faiz, Fatimah berada jauh dari Iskandar Faiz. Tangan kanan Fatimah melambai-lambai seolah dia pergi meninggalkan selama-lamanya. Adakah mimpi itu satu petunjuk dari Allah?

“Baik abi. Abi nak apa-apa untuk makan atau minum? Along boleh belikan untuk abi sebelum balik ke rumah.”

“Tak apa along. Lagipun abi masih kenyang lagi.” menolak Ismail. Hatinya dipagut rasa sayu melihat tubuh yang baring kaku di ward wanita. Selama berkahwin 25 tahun, inilah kali pertama isterinya ditahan ward disebabkan penyakit. Kali terakhir Fatimah ditahan ward semasa bersalin Tasha.

“Along, kak long, boleh tunggu tak untuk Tasha? Tasha jumpa umi dulu.” meminta Tasha.

“Boleh Tasha. Kami tunggu sini. Tasha pergilah jumpa umi.” bersetuju Iskandar Faiz.

“Abi, marilah kita pergi bersama. Kak long nak ikut?”

“Tasha pergi dulu. Kak nak cakap dengan abang sekejap.” menolak Sofia Amelia perlahan.

Tasha dan Ismail mengangguk bertanda setuju dan mengorak langkah untuk masuk ke dalam ward wanita. Iskandar Faiz dan Sofia Amelia hanya memerhatikan bayang Tasha dan Ismail sehinggalah mereka masuk ke dalam ward wanita.

“Abang, tell me. What doctor said?” soal Sofia Amelia. Dari tadi dia bersabar untuk tahu mengapa ibu mentua diserang strok. Bagaimana keadaannya sekarang? Adakah keadaan Fatimah serius?

“Sayang, bawa bertenang. Alhamdulilah umi tak ada apa-apa yang serius buat masa sekarang.” Iskandar Faiz memulakan perbicaraan.

Berkerut dahi Sofia Amelia. Buat masa sekarang? Apa yang dimaksudkan oleh Iskandar Faiz sebenarnya?

“Abang, boleh explain secara detail? What do you mean by buat masa sekarang? Macam mana dengan masa akan datang?” Sofia Amelia berasa geram dengan perangai suaminya itu. Orang tanya sebab risau, tetapi jawapannya seperti acuh tak acuh.

“Doktor kata umi telah diserang strok. She is having Transient ischemic attack, TIA.”

“Maksud?” Sofia Amelia memasang telinga. Dia seharusnya tahu apa masalah ibu mentua.

“Transient ischemic attack adalah satu jenis strok. Tetapi ia tidak kekal lama. It is a temporary term strock. Strok ini akan kekal beberapa minit atau kurang dari 24 jam. But kalau kita tak ambil serius, ia akan membawa kepada strok permanent.” ujar Iskandar Faiz.

“Ya Allah…” Sofia Amelia menekup mulutnya. Hatinya juga berasa sebak. Walaupun doktor kata strok itu adalah buat sementara waktu, masih membimbangkannya.

“Apa punca abang? Kenapa mama dapat sakit ini?”

“Doktor kata ada banyak faktor. Antaranya ialah hypertension, diabetes, high cholesterol and many more.”

“Mama ada penyakit abang sebut tadi ke?”

“Ada. umi ada diabetes dan high blood pressure.” jawab Iskandar Faiz tenang.

“Owh. Abang, kita balik dulu. Kita masak untuk mama. Kita datang awal. Biar mama makan makanan rumah. Takut mama tak selesa makan makanan hospital.”

“Betul juga. Umi bukannya biasa dengan makanan hospital. Elok kita bagi umi makan makanan rumah. Kita balik lah macam itu sayang. Sayang rehat, abang prepare makanan untuk umi.” menawar Iskandar Faiz. Dia tahu isterinya kurang rehat. Dari raut wajah isteri yang agak kelihatan tidak bermaya jelas menunjukkan Sofia Amelia berasa terlalu penat.

“No! No! Sayang akan tolong abang. Kita sediakan makanan untuk mama bersama-sama. Cepatlah kita balik rumah abang.”


************************

“Masuk perlahan-lahan mama.” ujar Sofia Amelia sambil memapah Fatimah. Dua hari Fatimah telah ditahan ward. Selama dua hari itu, Sofia Amelia yang menjaga Fatimah di hospital siang dan malam. Walaupun badannya penat, Sofia Amelia gagahkan diri juga untuk menjaga ibu mentua di hospital.

“Mama baring dulu. Rehatkan diri. Abi kata dia dah masak bubur daging untuk mama. Sofi pergi ambilkan untuk mama.”

“Sofi, tak apa. Mama belum rasa lapar lagi. Duduk sini dulu nak. Mama tahu Sofi pun tidak cukup rehat. Muka pun nampak penat sangat.” tangan Fatimah mengelus lembut pipi Sofia Amelia.

“Bila abang suruh dia berehat di rumah, dia tak nak. Nak juga dia jaga awak di hospital Timah. Abang pun tidak boleh halang dia.” muncul Ismail di situ.

“Papa, Sofi sudah anggap mama sebagai ibu Sofi. Sofi kan tak ada ibu. Sofi dapat kasih sayang seorang ibu dari mama.” bergenang air mata Sofi apabila sentuh pasal ibunya.

“Sofi, mama faham perasaan kamu. Kamu adalah seorang anak perempuan bagi mama dan papa.” bersuara Fatimah.

“Ye Sofi. Sebaik sahaja kamu digelar menjadi isteri kepada along, kami sudah anggap kamu sebagai anak perempuan kami.” mencelah Ismail.

“Terima kasih mama, papa. Sofi bertuah mendapat mama dan papa dalam hidup Sofi.”

“Bertuah dapat umi dan abi je ke sayang? Tak rasa bertuah sebab dapat abang?”

“Hey, along? Bila sampai?” menyoal Ismail. Tidak perasan pun kepulangan anak sulungnya dari Kuala Lumpur. Iskandar Faiz balik ke Kuala Lumpur untuk membawa barang-barang yang diperlukan ke Kedah. Iskandar Faiz dan Sofia Amelia akan tinggal di kampung sehingga Fatimah beransur pulih.

“Baru tadi abi.” jawab Iskandar Faiz tenang. Matanya memfokuskan isterinya untuk mendapatkan jawapan dari isterinya.

“Sayang, mana jawapan?”

“Jawapan untuk apa abang?”

“My previous question.” kata Iskandar Faiz sambil menaikkan kening kanan.

“Memang lah sayang feels lucky.” jawab Sofi jujur.

“Nasib baik sayang jawab rasa bertuah.”

“Dah lah along. Jangan nak usik menantu umi ni. Dia penat. Bawa Sofi masuk ke bilik. Teman dia.” arah Fatimah.

“Tapi mama…”

“Tak apa Sofi. Papa kan ada. Papa akan jaga umi. Lagipun umi kan dah sihat. Umi dah boleh jalan seperti biasa. Awak jangan risau. Pergi tidur secukup-cukupnya.”

“Jom sayang.” Iskandar Faiz menghulurkan tangannya.

Akhirnya Sofia Amelia bersetuju dan mengikut Iskandar Faiz untuk merehatkan dirinya.


******************

“Hafiz Zulkarnain bin Khalid Razak.”

“Saya.”

“Aku nikahkan engkau dengan Wahidah Tiara binti Yusri dengan mas kahwinnya tiga ribu ringgit tunai.”

“Aku terima nikahnya Wahidah Tiara binti Yusri dengan mas kahwinnya tiga ribu ringgit tunai.” lafaz Hafiz dengan lancar.

“Sah?”

“Sah.”

Maka, Wahidah Tiara dan Hafiz sah bergelar suami isteri mulai saat itu. Mutiara jernih dari mata Wahidah Tiara bergugur perlahan.

“Kau ingat aku akan terima kau menjadi menantu aku? No way! Hanya Sara layak menjadi menantu aku. Aku akan pastikan Sara menjadi menantu aku.” getus Datin Mariam.

Wahidah Tiara dan Hafiz mendekati Datin Mariam untuk bersalam. Hafiz mencium tangan ibunya dengan penuh beradab dan kasih sayang. Datin Mariam pula mencium dahi anak lelakinya itu. Apabila tiba giliran Wahidah Tiara, muka Datin Mariam berubah.

“Mama…” panggil Wahidah Tiara untuk menyalami tangan ibu mentuanya itu. Nak tak nak Datin Mariam menghulurkan tangannya.

“Kau jangan harap aku akan terima kau sebagai menantu aku, faham? Kau tak setaraf dengan kami. Jadi, jangan berangan aku akan layan kau macam menantu. Bagi aku, kau sama taraf dengan pembantu rumah kami.” ujar kasar Datin Mariam. Sungguh dia benci Wahidah Tiara.

“Saya sedar kedudukan saya.” balas Wahidah Tiara. Walaupun hati dia terasa pedih dengan kata-kata kesat Datin Mariam, Wahidah Tiara harus kena redha. Dia tahu Datin Mariam tidak berkenan dengan dirinya. Malangnya, Wahidah Tiara tidak mampu buat apa-apa. Dia harus memikirkan tentang penghuni rahimnya sekarang. Bagaimana nasib anak dalam rahimnya sekiranya Wahidah Tiara tidak bersetuju mengahwini Hafiz?


*****************

Angin yang sejuk itu menenangkan jiwanya. Cuacanya jelas menunjukkan hujan akan menurun membasah muka bumi sekejap lagi.

“Sayang, buat apa tu?” Iskandar Faiz tegur isterinya. Pinggang isterinya dipeluk kemas dari arah belakang.

“Abang, malulah. Orang nampak nanti. We are not in the room, we are outside.” Sofia Amelia berkata lalu mencuba untuk merungkaikan pelukan suaminya.

“Biar lah sayang. Abang peluk isteri abang. Bukannya perempuan lain. Kita kan halal.”

“Assalamualaikum Is, maaf ganggu. Umi sudah pulang?” dengar suara seorang wanita yang separuh abad dari rumah sebelah.

“Waalaikumsalam mak cik. Sudah. Hari ini sahaja umi pulang.” jawab Iskandar Faiz.

“Baik lah. Nanti mak cik datang lawat umi ye. Mia datang, sebab itu mak cik tak sempat jenguk umi.”

“Mia balik kampung ke mak cik? Sudah lama Is tak jumpa Mia.”

“Ye. Dia balik. Minggu lepas dia bersalin. Jadi dia berpantang sini.” jelas jiran Iskandar Faiz.

“Berita baik itu. Nanti Is lawat ye.”

“Baik lah. Mak cik masuk dulu. Nanti mak cik datang rumah. Assalamualaikkum.”

“Waalaikumsalam mak cik.”

“Sayang, best kan kalau kita pun ada anak.” tutur Iskandar Faiz dengan satu harapan.

Berubah wajah Sofia Amelia. Patutkah dia memberitahu berita itu kepada suaminya? Mampukah suami menerima berita itu? Apakah reaksi Iskandar Faiz selepas tahu berita itu?

Follow ig untuk teaser dan watak-watak :) ig- miz.kikki_novelplus

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience