BAB 2

Other Completed 4897

Dua jam kemudian..(dalam bilik)

"So, awak ni sakit apa ya?"soal Amylia sinis. Matanya tepat merenung
Irdina. Irdina Atiqa, ataupun Dina. Salah seorang roomate barunya
merangkap manusia yang baru sekejap tadi dia berjumpa. Irdina
memandangnya sekilas. Tempat letak pinggan dikeluarkan daripada satu beg
khas sebelum diletakkan disatu sudut meja. "Kenapa awak tanya macam
tu?"Irdina sedikit hairan dengan pertanyaan yang diajukan. Kalau iya pun
mahu berkenalan tanyalah dia nama atau apa-apa saja, kenapa soal
penyakit tiba-tiba dibangkitkan?

"Well.. inikan bilik orang sakit?"beritahu Amylia seakan memerli.

"HA?"Irdina terpinga-pinga. Dia juga perasan bahawa gadis disebelahnya
sekarang pernah cuba menghulurkan bantuan kepadanya pagi tadi. "Awak tak
tahu ke?"soal Amylia seakan sengaja mencari pasal. Senyuman sinis terukir.

"Apa maksud awak?"Irdina turut tidak berpuas hati. Tahulah dia, dirinya
seakan pendatang yang tidak berpermit sahaja di dalam kamar ini. Tetapi
sekurang-kurangnya dia sudah mendapat keizinan daripada pihak atasan
untuk tinggal di bilik ini. Apa haknya mahu mempertikai tentang itu semua?

"Well...Bilik 101. Tingkat satu. Tak payah naik tangga. Bilik paling
luas dan cantik. Memanglah khusus buat pelajar-pelajar sakit. Tak kan
tak dapat tangkap lagi semua tu?"ujar Amylia panjang lebar. Dalam
hatinya tertawa puas kerana dapat mengenakan Irdina.

Belum sempat Irdina menjawab kelihatan ibunya, Puan Maziah sudah
tercegat di depan pintu. Dia masuk membawa perkakas serta barang-barang
milik Irdina yang lain. Dia mengeluarkan sudu, garfu, serta pinggan lalu
disusun diatas almari tingkat paling atas. Kemudian diambil pula
beberapa kain buruk lalu digantung ditepi tingkap. Tidak cukup dengan
itu, sarung bantal serta cadar tilam juga disarungkan kemas diatas tilam
milik Irdina. Cantik.

Tempat tidurnya serba pink dan comel. Melihatkan itu cukup menampakkan
Irdina seorang yang manja dan cukup comel. Sesuai dengan keadaan dirinya
yang berlesung pipit hingga ke dalam. Amylia sekadar memerhati setiap
tindak tanduk ibunya. Hatinya kuat berkata-kata itu ini. Untung benar
roomatenya yang satu itu. Kalau dengan mama dan papanya juga tidak
pernah sampai macam itu sekali. Timbul rasa sedikit iri dalam diri.
Namun masih dapat dikawal. Melihatkan pada keadaan diri Irdina, tampak
jelas bahawa dia benar-benar manja dengan ibu bapanya. Ayahnya sampai
datang masuk ke bilik. Geram juga Amylia dibuatnya. Tahulah, hari ini
merupakan hari pertama mereka semua mendaftar masuk kolej. Tetapi tidak
perlulah sampai lelaki masuk ke bilik. Walau apa pun ini tetap kolej
siswi. Segala tingkahnya juga kadang terbatas.

"Untung betul ya anak makcik. Dapat mak macam makcik.. Siap buat itu
ini," celah Amylia sekadar menguji. Puan Maziah mengerutkan dahi.
Keningnya terangkat.

"Setiap mak bapak buat macam ni kat anak-anak dorang,"balas Puan Maziah
dingin. Di dalam hati Amylia sudah menyumpah itu ini. Mak dengan anak
lebih kurang sama saja! Tengkingnya sekadar di kerongkong. Amylia
sebenarnya bukanlah dengki mana dengan kemewahan ataupun kasih sayang
yang sememangnya layak diterima oleh Irdina. Tetapi, dia tidak gemar
setelah mengetahui Irdina dapat tinggal dibilik itu atas dasar status
yang ada pada empunya diri. Dia sendiri kurang percaya pada mulanya,
tetapi setelah terserempak sendiri dengan mata kasarnya. Barulah dia
percaya mengenai khabar angin itu. Ibu dan ayah Irdina seorang yang
sangat berpengaruh dan ayahnya juga merupakan seorang dato. Dia yakin
pengetua kolej ini menerima sesuatu suapan istimewa untuk dibawa masuk
anak mereka ke dalam kolej ini. Sampaikan bilik yang sudah di reserved
kan untuk pelajar-pelajar yang sakit pun menjadi sasaran. Sedangkan
kawan Amylia bernama Ayu, adalah salah seorang yang juga berpenyakit dan
mereka pernah meminta pengecualian untuk tinggal bersama dibilik itu.
Tetapi ditolak mentah-mentah. Dimanakah letaknya sebuah keadilan?
Sekarang barulah dia faham mengapa permintaan mereka ditolak. Kerana
manusia-manusia macam inilah! Bagi Amylia, wang tidak dapat membeli
segalanya. Dia sangat benci akan manusia yang menggunakan harta benda
sebagai medium untuk mendapatkan apa yang tidak sepatutnya didapatkan.
Belum apa lagi hatinya semakin menyampah dengan Irdina, roomate barunya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience