Bab 63 Khabar Gembira

Romance Completed 279517

Pov Adib Umair

Tidurku terganggu dengan tangisan Anis Umairah. Hairan kenapa dia menangis tersedu-sedu tengah malam ni.

"Abang bangun!!" Badanku terasa tergoncang, seakan-akan terasa ada gempa bumi. Setelah terasa pipiku di tampar-tampar perlahan barulah aku duduk melihat Anis Umairah yang duduk di hadapanku.

"Hah!! Ada apa honey?" Kesedaran ku masih belum penuh, seolah-olah antara tidur dan tidak.

"Anak kita abang!!" Raungku Anis Umairah terdengar memecah kesunyian malam.

"Kenapa dengan anak kita?" Ucapku mulai cemas, aku takut terjadi apa-apa pada mereka. Apa lagi aku dah tak sabar menjadi seorang ayah.

"Anis keluar darah abang, semalam perut Anis sakit sangat...ingatkan sakit di sebabkan masuk angin saja, tapi tadi anis pergi bilik air tengok ada darah menitik kat lantai." Suaraku tersedak di kerongkongan mendengar penjelasan Anis Umairah tadi.

Bukannya orang mengandung tak keluar darah ke?

Apa yang terjadi sebenarnya?

Aku segera mengambil telefon bimbitku dan menelefon ibuku dan umie Anis. Nasiblah mereka jenis yang bangun tengah malam untuk solat tahajud. Mereka berpesan agar segera membawa ke hospital yang terdekat, dan aku segera memberitahu mereka agar ke hospital besar Slim River.

Sesampainya di hospital aku terus ke bahagian kecemasan dan mendaftar Anis. Mujur orang tak terlalu ramai. Jadi awal Anis Umairah di tangani oleh doktor.

"Anis Umairah Binti Muhaimin." Seorang perawat keluar dari bilik doktor memanggil nama Anis. Aku mengikuti Anis Umairah masuk ke dalam bilik rawatan tersebut. Aku ingin tahu lebih lanjut masalah yang Anis hadapi.

Aku melihat Anis Umairah sudah di tangani oleh Dr Syazwan, usianya dalam lingkungan 20an kalau dilihat dari raut wajahnya. Mungkin seusia dengan aku. Aku dah tak peduli soal itu, yang penting Anis dan kandungannya tidak apa-apa.

"Okay mama, baring ke atas katil ya." Aku melihat cuba mengikuti setiap arahan yang Dr Syazwan berikan. Aku hanya diam, lihat apa yang Dr Syazwan cuba lakukan untuk mengendalikan kes Anis.

"Nila, tolong pasien naik atas katil." Arah doktor itu pada jururawatnya.

"Baik Dr Syazwan."

Setelah beberapa minit kemudian, Dr Syazwan meletakkan krim ke atas perut Anis. Sebenarnya aku nak membantah tapi apakan daya, dah tugas doktor tu. Nak cari doktor perempuan tengah-tengah malam macam tak mungkinkan?

Dr Syazwan meletakkan keatas perut Anis kemudian menggerakkan lembut. Aku lihat kat screen yang Dr Syazwan tunjuk.

"Keadaan baby takde masalah mama, dia elok jer tu...!" Ucap Dr Syazwan dengan senyuman tipis.

Hatiku lega apa yang telah Dr Syazwan beritahu, sekurang-kurangnya keadaan janin yang ada kat rahim Anis Umairah tidak berlaku apa-apa yang merisaukan.

"Alhamdulillah, terima kasih doktor. Tapi macam mana darah yang keluar tu?" Tanya Anis Umairah dengan serius menatap Dr Syazwan yang berada di tepi katil pasein.

"Mungkin itu lebihan darah haid mama yang belum habis keluar."

Begitulah Dr Syazwan yang aku dengar, aku hanya mengangguk lega. Kata doktor, tak perlu risau buat masa ni ... tapi kalau lagi keluar lain hari boleh terus jumpa dengan dia, insya Allah dia akan kendalikan sebaik mungkin.

Aku cuma tersenyum samar.

"Alhamdulillah, terima kasih doktor." Ucapku dengan perasaan gembira.

"Okay mama, sila bangun ya...nanti saya akan beri ubat untuk kuatkan janin. Dan tolong makan makanan yang berkhasiat."

Anis Umairah cuma menggangguk perlahan mendengar setiap saranan Dr Syazwan.

**********

"Macam mana dengan keadaan kandungan Anis?" Tanya Encik Muhaimin pada Adib setelah mereka sudah keluar dari bilik rawatan tadi.

"Alhamdulillah, kata doktor takde apa-apa juga abah. Syukur janin kuat dan dalam keadaan baik-baik sahaja." Anis Umairah tersenyum walaupun wajahnya kelihatan kusam kerana baru sahaja habis menangis. Hatinya merasa tenang setelah mengetahui keadaan kandungannya.

"Alhamdulillah!!" Sahut mereka serentak.

Adib Umair melihat jam tangannya sudah menunjukkan jam6.05 subuh.

"Mari semua balik rumah kami, solat subuh dah masuk. Maaf sudah mengganggu tidur ibu, ayah, abah dan umie." Ucap Adib Umair merasa segan pada kedua orang tuanya dan mertuanya.

"Takde apalah Adib, yang penting kita dah tahu keadaan Anis." Sampuk Puan Zulaikha sambil tersenyum tipis melihat menantu dan anaknya.

Tepat jam 6.30 mereka semua sampai di rumah Adib dan Anis, mereka terus sahaja menunaikan solat subuh secara berjemaah diruang solat yang telah Adib sediakan dan diimamkan oleh Encik Muhaimin.

*************

Sebulan kemudian, peperiksaan SPM telah pun melabuhkan tirainya. Semua pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Uthman telah bersedia lebih gigih untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Para pendidik telah menyalurkan seluruh daya dan upaya untuk memgasah lebih kental kepada semua pelajar mereka. Pihak Sekolah Menengah Uthman amat berpuas hati, mereka mendapati peperiksaan berjalan lancar, malah rata-rata pelajar sangat teruja untuk menduduki peperiksaan SPM tersebut. Tidak terkecuali dengan Anis Umairah, dia adalah salah satu pelajar harapan Sekolah Menengah Uthman pada tahun itu. Pihak Sekolah Menengah Uthman telah meletakkan target kepada keputusan Anis Umairah antara 10 pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Uthman.

Walaupun dalam keadaan hamil muda, Anis Umairah tidak pernah merasa terbeban dengan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar contoh role model di sekolahnya. Anis Umairah bersyukur kerana setiap subjek yang telah di keluarkan oleh kementerian pendidikan ia dapat jawab dengan mudah dan tenang. Itulah kelebihan sekiranya kita tidak pernah merasa lelah untuk menimba ilmu. Setelah berlalu peperiksaan SPM, akhirnya semua pelajar tingkatan 5 terbebas daripada memikirkan pelajaran untuk beberapa bulan.

"Adib, Anis abah bercadang ingin memberitahu kepada semua orang tentang majlis resepsi Adib dan Anis. Abah sudah menyewa OKAD Event Space untuk majlis resepsi perkahwinan di Shah Alam nanti. Harap semua bersetuju dan tak berhalangan." Ucap Encik Muhaimin tiba-tiba ketika mereka semua datang berkumpul di rumah Adib dan Anis.

"Bila tu Min?" Tanya Encik Amri ingin tahu dengan penjelasan besannya itu.

"Dua minggu dari sekarang, sebelum perut Anis membuncit takut tak dapat guna gaun" Ucap Encik Muhaimin dengan gelak tawa.

Encik Amri menggangguk.

"Okay juga Min, lagipun Anis sudah habis sekolah."

"Macam mana Adib? Anis?" Tanya Encik Muhaimin melihat kedua orang sosok utama untuk majlis tersebut.

"Adib mana-mana saja yang baik abah, Adib tiada masalah." Ucapnya dengan senyuman.

"Anis pun setuju saja abah."

"Nak tebar undangan ke?" Tanya Puan Saleha pada Encik Muhaimin.

"Iya, saya nak tebar undangan untuk semua yang mengenali Adib dan Anis, supaya mereka tahu tentang pernikahan rahsia Adib dan Anis selama ini." Jelas Encik Muhaimin, khuatir dengan tomahan sumbang sekiranya tidak ada di buat majlis resepsi.

"Baik, saya setuju min... mana-mana yang baik untuk anak-anak kita teruskan saja, semoga dengan resepsi nanti, tidak ada tomahan negatif untuk mereka berdua dan anak-anak kita bahagia selalu." Ucap Encik Amri yang ikhlas dari sudut hatinya.

"Alhamdulillah kalau macam tu, nanti saya dan Ikha akan menempah seribu kad jemputan untuk diedarkan pada ahli keluarga." Sahut Encik Muhaimin dengan gembira.

"Bahagian Katering biar kami yang urus, mana aci kalau kami tak turut serta menyumbang." Terang Encik Amri sambil tergelak perlahan, Puan Saleha mengangguk membenarkan ucapan suaminya itu.

"Kalau camtu, nanti saya call bahagian OKAD Event Space." Encik Muhaimin bersetuju dengan usulan Encik Amri untuk katering.

Setelah beberapa jam bersembang dan berpakat untuk dua keluarga ini, akhirnya mereka telah mendapat kata sepakat untuk majlis resepsi Adib dan Anis.

*****************************

Adib Umair telah menjemput sahabat-sahabatnya terutama Amar dan guru-guru di Sekolah Menengah Uthman. Majority ramai yang terkejut setelah mengetahui tentang pernikahan rahsia Adib dan Anis.

Majlis resepsi perkahwinan di OKAD Event Space Shah Alam meraikan pasangan sama cantik, sama padan Adib Umair dan Anis Umairah. Bukan setakat pengantin yang cantik saja, deko dalam dewan OKAD Event Space pun cantik sangat dengan tema ala taman bunga dan nampak mewah. Setiap ruang dalam dewan penuh dengan hiasan bunga putih, rama-rama dan lampu kaca yang menarik lain dari yang lain.

Dari pelamin, meja beradab dan juga meja tetamu semua dihias cantik dan mewah. Tambah menarik lagi bila dewan yang boleh muatkan sebanyak 500 tetamu dihiasi lampu biru menambahkan rasa romantik. Memang puashati dan berbaloi sangat  dengan resepsi yang di atur oleh Encik Muhaimin untuk Anis dan Adib sebagai hadiah perkahwinan.

semoga terhibur dan berpuas hati

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience