Bab 8

Romance Series 113890

"Abang kunyit?" soal Aniq. Aku punya hendsome sado camni dia cakap abang kunyit.

"Sorry sorry maaf ampun abang kunyit, eh sorry." ucap Yus kelam kabut sambil mengambil kain yang sudah jatuh di atas lantai.

Aku lihat mata lelaki di hadapan aku sudah merah. Mesti pedih masuk air sabun.

"Tuan, maaf. Saya ingat adik saya tadi sebab dia memang suka menyakat saya" aku tak ingat apa nama lelaki ini tadi yang aku ingat abah tanggil Tuan tapi Tuan apa lupa la pulak. Tuan kunyit kot. Kih kih kih.. Kau ni kan Yus, dalam keadaan sekarang pun sempat lagi.

Aku kemudian terus menarik lengan lelaki tersebut ke sinki untuk bersihkan muka dan bajunya yang basah. Sedang syok aku menarik lengan lelaki tersebut baru tersedar dah terpegang anak teruna orang. Teruna ke? Ntah mana aku tau, bukan aku cek pun. Adoi... Apa yang kau melalut ni labu.

Lelaki itu juga seakan terkejut dengan tindakan aku.

Amboi.. Berani dia pegang lengan aku. Hm.. Menarik ni.

"It's okey. Tak pe, saya basuh sendiri. Ada kain bersih tak?" soal lelaki tadi.

"Ada-ada, kejap saya ambil." kelam kabut aku cari. Habis semua laci almari aku buka. Lupa dah kat mana mak letak kain. Adoi, time-time macam ni la boleh hilang ingatan pun. Ha.. Ingat pun. Dalam laci tengah. Kain diambil dan dihulur pada lelaki tadi.

Alahai.. Comelnya dia kelam kabut macam ni. Aniq menyambut huluran kain yang diberikan.

"Aniq" tiba-tiba Aniq bersuara.

"Ha, apa? Hangit?" soal Yus. Rasanya karipap tadi dah masak semuanya dan tak ada apa-apa yang dimasak pun. Apa yang hangit.

"Nama saya Aniq." ujar Aniq sekali lagi.

"Oo.. Maaf silap dengar. Saya.. "

"Syarifah Yusriyah Afya" sambung Aniq.

"Eh, mana tau nama. By the way call me Yus" aku senyum dalam serba salah. Gila kau. Dah la mata masuk sabun, baju pulak basah.

"Maaf, baju awak dah basah. Mesti pedihkan mata masuk sabun. Nak saya buat apa-apa ke untuk mata tu" soal aku dengan muka bersalah.

"It's okey Afya. Benda kecil je" jawab Aniq.

"Yus, biasa orang panggil saya Yus" pelik pulak orang panggil aku Afya. Hm.. Cakap benda kecil tapi muka tak senyum langsung, keras je. Ais batu pun boleh cair tengok muka dia.

Aniq perlahan hampir pada Yus lalu menunduk sedikit dan berbisik "I'm not ordinary"

Hah, buka biasa? What the h... Terasa pendeknya aku bila Aniq datang dekat macam tu. Aku ingat Amy dah hantu galah rupanya ni atuk hantu galah, lagi tinggi kau. Berapa la tinggi kau abang kunyit.

Tidak lama kemudian, selepas kain diserah semula pada aku. Aniq bergerak meninggalkan dapur dan menuju ke ruang tamu. Haish! Dah kenapa kau ni jantung. Tetiba nak berirama pulak. Shuh shuh jangan nak berjoget sangat. Tah-tah suami orang. No no no..

"Eh, dah kenapa baju basah ni? Kau basuh tangan ke kau basuh baju?" soal Syam pelik.

"Air sabun terpercik tadi" jawab Aniq selamba.

Terpancar muka pelik mereka yang berada di ruang tamu dengan jawapan Aniq.

"Tuan Haidar, rasanya kitaorang gerak dulu la. Dah lewat ni. Takut jem nanti lambat pulak sampai" ujar Syam.

"Eh, tak nak makan malam kat sini ke? Lepas makan baru balik" celah abah.

"Tak pa la Uncle, nak kena balik pejabat dulu. Tapi sebelum tu kami tumpang solat boleh. Takut tak sempat." sambung Syam.

"Boleh, boleh. Amy, tunjukkan bilik tetamu pada Abang Aniq dan Abang Syam." minta abah pada Amy.

"Marilah. Bilik tetamu kat atas. Nak mandi pun boleh, ada tuala dalam bilik tu" jawab Amy sambil mendahuli kedua-dua jejaka itu naik ke atas.

Sedang aku membilas kain tadi. Mak datang ke dapur membawa dulang mengandungi cawan dan piring kotor. Hm.. Dah balik la tu.

"Yus, tolong bersihkan boleh. Mak nak naik atas"

"Okey mak, tak pe, letak je situ. Yus cucikan nanti" balas aku.

Setelah selesai mengemas. Aku mengambil telefon bimbit di atas meja. Lupa pulak nak bagitau Anis, metting esok dia kena ikut sekali. Perempuan sorang ni bukan boleh. Kalau tak bagitau nanti mula la kalut bukan-bukan. Macam tak biasa ikut aku masuk metting. Sedang ralit menaip di telefon, kaki mendaki tangga untuk masuk ke bilik. Nak tengok email yang tak sempat aku semak disebabkan tertidur tengah hari tadi.

'Buk'

"Mak kau abang kunyit!" laju aku menutup mulut.

Lain macam bau minyak wangi ni. Macam kenal je.. Macam minyak wangi abang kunyit masa dia datang dekat masa di dapur tadi.

"Takkan abang kunyit" lalu aku dongak ke atas.

Alamak... Abang kunyit!!

"Hm.. Nama saya sedap-sedap awak panggil abang kunyit?" soal Aniq dengan muka yang serius ketat, kalau orang nak kencing, tengok muka dia, nak kencing pun tak jadi. Ayo... Abang kunyit marah.

"Eh, aa.. Tuan, abang, Eh Aniq. Tak, mana ada cakap abang kunyit. Saya cakap nak cari resepi ayam goreng kunyit" aku tayang muka comel.

"Lain kali tengok guna mata" ujar Aniq sambil senyum sinis diberi.

Memang la tengok guna mata, bukan lutut. Dia ni kan.

"Sorry tak perasan. Ingat dah balik. Sorry Tuanku." jawab aku dan dengan pantas mendaki tangga tanpa menoleh belakang dan masuk bilik. Kunci pintu. Fuh! Dia punya senyum sikit punya sinis. Seram wei.. Berdiri segala bulu. Aip!! Bulu roma okey.

Pintu bilik aku buka sedikit. Dapat aku dengar suara abah, along dan Amy berbual dengan dua orang lelaki tersebut sebelum menghantar kedua-dua mereka di muka pintu.

Pintu aku buka dan turun ke bawah. Lega dah balik. Aku labuhkan punggung di tangga paling atas.

"Anak dara tak elok menung kat tangga, nanti kawin dengan suami duda" usik Amy dari bawah.

"Oit! Mulut kau kan. Ee.. Kau tunggu Amy. Dari tadi kau kan saja cari pasal dengan akak. Sini kau" jerit aku dari bawah lantas berlari turun mengejar Amy. Jerit pekik suara aku dan Amy penuhi rumah.

"Korang berdua ni kan. Dah besar-besar perangai macam budak-budak." Jerit mak. Elok je aku dan Amy hampiri mak. Sap sap. Mendapat la.. Apa lagi. Fuh, pedih bontot kena rotan. Menjerit aku dan Amy.

"Korang ni kan.. " geleng kepala along lihat perangai adik-adik.

"Abah, mak, along pun nak gerak juga ni. Kesian pulak Ida tinggal seorang kat rumah." ucap along sambil menghulur tangan untuk bersalam dengan abah.

"Sekejap along, bawa karipap pusing ni untuk Ida. Dia suka karipap pusing ni" jawab mak lalu menghulur bekas mengandungi karipap pusing untuk Kak Ida.

"Mak ni, susah-susah je. Terima kasih mak". Ucap along lalu bersalam dengan mak.

Aku dan Amy menghampiri along.

"Korang ni kan, cuba la jangan gaduh-gaduh macam ni. Kalau abang tak de, tinggal korang dua beradik je tau" ujar along lalu menggosok kepala aku dan Amy bergilir-gilir.

"Budak bengong ni ha, suka sangat cari pasal" balas aku sambil tangan along disalami. Diikuti pula Amy.

Menggeleng kepala along dibuatnya.

"Sampaikan salam kitaorang pada Ida" ucap mak. Along dihantar hingga muka pintu sehingga along memandu keluar keretanya dari pagar rumah.

"Abah, ada apa kawan-kawan along datang?" soal aku pada abah.

Abah hanya senyum dan berlalu ke tingkat atas. Kepala tak gatal aku garu. Hm... Pelik.

Share this novel

liyana
2021-02-11 11:31:21 

alamak!!kena abang kunyit lah pulak


NovelPlus Premium

The best ads free experience