BAB 28

Family Completed 4130

Maroz tidak melepaskan peluang untuk berkenalan dengan Iqhwan yang baru sahaja sampai. Selepas itu, Iqhwan mengambil peluang yang ada untuk berjumpa dengan Ustaz Kazim Elias sebelum lelaki itu berjalan keluar daerah untuk membuat ceramah.

Selepas sahaja berjumpa dengan Ustaz Kazim Elias, Iqhwan berjalan menuju ke keretanya, ingin mengambil sesuatu. Berjumpa dengan kawan-kawan baru; Tuan Izz, Ayden, Maroz dan Muaz memberi peluang untuk dirinya berkongsi pengalaman yang ada. Malah mereka dijemput untuk tidur di situ.

Bila dia ingin melangkah masuk, kedengaran suara lembut seorang gadis kedengaran dari belakang. Bukan main terkejut lagi Iqhwan. Dia ingatkan makhluk yang satu itu menegur.

"Kenapa cik?"

"Encik kenal dengan lelaki yang bernama Muaz?"

"Ya, dia ada di dalam. Jemput masuk ke dalam."

Mereka berdua berjalan beriringan. Sesudah tiba ditempat tadi, Iqhwan memanggil Muaz.

"Muaz, ada orang nak jumpa."

Muaz terus bangkit dari tempat duduknya bila melihat kehadiran gadis itu. Tuan Izz yang kenal gadis itu hanya memberi senyuman kepada Muaz.

"Pergilah. She likes you. It shows from her eyes."

Muaz menayangkan muka tidak percaya bila mendengar kenyataan itu daripada Tuan Izz namun Tuan Izz hanya memberi senyuman keyakinan kepada Muaz.

Dengan langkah was-was, Muaz menghampiri Cik Nora yang berada dimuka pintu.

"Hai."

"Saya minta maaf kalau semua kejadian ini berpunca dari saya."

"Tidak apa." Muaz menjadi kaku untuk berbicara.

"Saya suka awak."

"Apa?"

Muaz tidak sangka Cik Nora meluahkan perasaannya ketika itu. Speechless.

"Saya suka awak."

"Alhamdulillah."

Esha bersuara dari sisi Cik Nora. Entah dari mana dia boleh timbul, tapi boleh mengejutkan kedua-dua insan itu. Mereka yang lain hanya tergelak sahaja. Nampak sangat mereka sedang memerhatikan pasangan yang malu-malu itu.

Apabila insan-insan seperti mereka bertemu, dengan mencari keredhaan Allah swt menuju ke jalan yang benar, ia memberi satu keindahan yang tidak ketara di dalam diri masing-masing.

Tuan Izz, Maroz, Ayden, Muaz dan Iqhwan. Mungkin mereka alpa dengan duniawi tetapi mereka diberikan hidayah untuk kembali mengerjakan apa yang disuruh dan dilarang di dalam agama Islam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience