Rate

Bab 1

Romance Series 4237

“Aku nak dia bertanggungjawab untuk anak dalam perut aku!” tempikan Balqis bagai angin lalu ditelinga Orked.

“Awak ada telan whiskes ke?” Orked memusing kerusinya kekiri dan kanan sambil menongkat dagu.

“Tak! Aku nak jumpa Takeef, adik kau!” Orked memegang kepalanya. Baru sahaja dia bercadang ingin keluar beli ayam golek. Kenapa dia kena layan ayam pulak ni.

“Jadi awaklah Balqis yang main kayu lima belakang adik saya tu?”

“Ta-tapi sebab tulah di-dia balas dendam dekat aku.” Orked mula ketawa seketika sebelum perlahan mengangkat kepalanya memandang Balqis. Sebelah matanya yang tidak ditutupi tudung hitam itu tajam merenung.

“Takeef dah ada kat luar negara 4 tahun, awak yakin anak tu anak adik saya?” muka Balqis jelas terkedu sebelum pantas keluar dari pejabat Orked.

“Sila datang lagi.” ujar Azalea yang baru sampai di pintu sambil melambai. Kepalanya dipusing pula kearah Orked dengan muka kerang busuknya. “My Prens!”

“Kau mabuk ke Az?”

“Sampai hati kome. Tak sanggup lagi aku, mengenang kisah lalu~”

“Pasaipa tak sambong? Mana tahu dapat anugerah nanti.”

Azalea tersenyum senget. “Kalau nak dengar lagi, bayar. Satu huruf, satu ringgit. Promosi khas untuk kau.”

“Aku tak nak bankrup muda. Qazra mana?”

“Merajuk.”

“Dah tua bangka pun nak merajuk.”

“Memanglah, aku suruh kau pergi ke kedai membeli cincau, balik balik dapat tauhu. Apoo.”

Orked memandang Azalea dengan mata bersinar, “Apa kata kau buat sirap tauhu?” telefon pejabat hampir terbang dengan jayanya kearah Orked, nasib sahaja gadis itu sempat mengangkat tangan tanda menyerah.

“Sebelum aku bertukar jadi Goku, baik kita balik sekarang.” Orked tersengih sambil cepat cepat mengemas barang miliknya.

**************************************************

Fikirannya gelap, dia semakin hanyut dalam mindanya sendiri. Kepalanya tak habis berfikir tentang keputusannya untuk bawa diri jauh dari keluarga beberapa tahun lalu. Terasa dirinya tak matang.

“Qeef.” kopi yang baru dibancuhnya digoyang didepan Aqeef bagai bergedel.

“Kau ni Ian, kalau tumpah air ni atas aku, mau jadi maggi instant.” tak menghiraukan bebelan lelaki itu, Ariean memandang Aqeef dengan senyuman.

“Kau kenapa? Nak rotan?”

“Ceritalah pasal apa apa yang bermain di kepala besar kau tu. Pasal kau dengan Lya ke?” Aqeef menongkat dagunya dengan senyuman.

“Kitorang dah putus. She chose another man. A richer man.” Bahu Aqeef ditepuknya perlahan.

“Bertabahlah, aku sarankan kau bercinta dengan akak dalam billboard kat jalan tu, insya Allah bahagia.”

“By the way, dua minggu depan kita balik Malaysia. Aku nak balik makan nasi powercat akak aku.” Air yang baru sahaja ingin ditelannya, tersembur keluar.

“Kau tak bincang dengan aku pun hanat.” Ariean tersenyum kambeng. Pantas sahaja dia bangun berjalan lenggang kangkung.

“Kau nak pergi mana pulak tu?”

“Cari assignment aku yang hilang.”Aqeef menggeleng kepala dengan perangai rakan sebiliknya yang beberapa tahun lebih muda itu.

support yeh, okeh babaih :v

Share this novel

Zero
2021-11-24 15:01:58 

Lawak ah citer ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience