Bab : 53

Action Completed 53513

Di pandang dengan renungan mencerun ke tiga pegawai tinggi,  Declan dan Raja Isiah sendiri ke Eden yang berdiri tegak dengan tangan di belakang badan.

Berita mengenai Eden menjalankan misi tanpa kebenaran dan membahayakan orang lain telah sampai di telinga mereka beberapa hari kemudian. 

Ekoran hal itu,  Eden di panggil oleh Mahkamah Kententeraan untuk membincangkan hal itu.

"Kamu tiada apa-apa yang hendak dikatakan untuk pertahankan posis kamu sebagai Kapten Plantun Armada Diraja Laut? "tanya Ketua Armada Plantun Ketenteraan.

Eden tidak menjawab.  Dia hanya tundukkan pandangannya ke lantai.

"Kamu diberi peluang  untuk perjelaskan tindakan kamu ini atau kamu serta plantun kamu akan menerima nasib yang sama. " tegas Komander Armada Ketenteraan pula.

Declan dan Raja Isiah hanya diam memandang wajah dingin Eden yang sejak tadi tidak mahu mengatakan apa-apa mengenai kejadian yang berlaku di pelabuhan lama di bandar lewat dua malam hari itu.

Eden angkat mata ke komandernya selepas dengar kenyataan itu. Perlu ugut mengugut ni?

Bila dengar yang rakan-rakan sekumpulannya jugak akan di libatkan sekali,  Eden rasa  agitated. Dia rasa serba salah kerana tidak mahu menyusahkan ahli kumpulannya.

Bukannya Eden tidak mahu beritahu,  tapi mengenangkan Declan dan Raja Isiah di sini,  dia tidak mahu dua beranak ini demgar ke susahan yang dia dan Davina tanggung semata hendak selamatkan Declan. Dia tak suka orang pandang kasihan atau beti simpati kepada mereka. Ianya buatkan ego Eden tercalar.

"Maafkan saya tuan. Seeloknya tuan jatuhkan hukuman terhadap saya seorang tanpa melibatkan mana-mana ahli kumpulan saya. "beritahu Eden.

Mereka di situ lirik akan wajah serius dan renungan kosong yang di berikan oleh Eden.

"Tidak. Sekiranya kamu beritahu hal sebenar baru kami beri pelepasan terhadap permintaan kamu itu. " ujar General Komando tidak lama kemudian.

Mata Eden gerak mengerling ke Raja Isiah dan Declan setelah itu. Keluhan panjang lepas dari mulutnya. Haih.. Nampaknya dia terpaksa jugak mengatakannya.

"Baik. " aku Eden dengan nada tiada semangat. Maka bercerita la di dari awal sehingga akhir kepada mereka di depannya itu.  Tanpa meninggalkan bahagian dari Davina di culik dan salah faham yang tercipta kerana Declan di dapati bersama dengan Davina.  Sehingga sesi menyelamat mereka yang hampir meragut nyawa Davina.

Dekat 10 minit Eden bercerita,  dia akhirkan kata mengenai Spencer dan anak buah lelaki itu yang masih hidup kini berada di pusat tahanan bawah tanah dan bakal tidak di hadapkan mahkmah kerana kesalahan yamg dibuat terlalu banyak dan mungkin akan cetuskan rusuhan di kalangan masyarakat umum sekiranya hal ini di sebarkan. Oleh itu Eden ambil keputusan untuk diamkan diri.

Declan dan Raja Isiah diam tak terkata. Kerana kagum sendiri apabila dapat tahu Eden telah lindungi Declan sebaik usahanya. Termasuk menjaga nama baik Raja Isiah pada masa yang sama.

Tiga orang pegawai atasan yang duduk di situ pandang dengan mulut ternganga sedikit sebab terkejut dengan kata-lata Eden. Tidak menyangka bahawa pegawai di hadapan mereka ini sedaya upaya hendak pertahankan semua orang sehingga ke akhirnya. Tidak dikecualikan keselamatan penjenayah.

Selesai berkata,  Eden tundukkan matanya semula ke lantai.  Dia tak ada apa-apa permintaan atau balasan sebagai penghargaan. Apa yang dia mahukan sekarang adalah,  dia mahu berhenti dari terus berada di dalam bidang ini.

Mungkin ini la kata orang,  bila kita buat kebaikan tiada siapa hendak perbesarkannya,  tapi bila dengar saja benda tak baik tersebar bukan main lagi orang nak jugde dan menghukum kita.

"Eden,  kamu-"

"Tak. Saya tak perlukan apa-apa.  Sebaliknya saya mahu pulangkan semula."sampuk Eden serta merta apabila Raja Isiah mahu berkata.

Semua di situ memandang ke arah Eden sewaktu lelaki itu mencabut lencana yang tersemat di uniform tentera yang dipakai olehnya.

Declan tercengang.  Dia berdiri mahu menghalang Eden sdari berbuat begitu. 

Namun,  Eden sudah pun tiba di depan meja mereka lantas meletakkan satu lencana silver dan pistol rasmi Armada Diraja atas Meja tersebut.

Letak saja di situ,  Eden beri tabik hormat kepada mereka buat kali terakhir.  "Saya ambil tanggungjawab ini atas kesalahan saya melanggar protokol ketenteraan sepenuhnya. Dengan ini saya bersumpah saya takkan berada dimana-mana sektor ketenteraan selepas ini. Mohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi! " ucapnya semasa memberi tabik kepada mereka di situ.

Declan yang sedang berasa serba salah yang amat tak terkata.  Dia terlalu kelu lepas dapat tahu betapa teruknya layanan dia terhadap Eden selama ni. Sedangkan lelaki ini sedaya upaya melindungi dirinya dengan ikhlas.

Tiga orang pegawai atasan di situ tak sanggup nak pandang Eden sebab malu dengan diri sendiri sebab sejak lagi mereka menyalahkan Eden dan mengatakan hal tak baik sepanjang masa Eden mendiamkan diri tadi. Mereka tak tahu yang Eden diamkan diri sebab nak jaga air muka mereka di depan Raja Isaiah.

"Sekian itu saja dari saya. Selamat tengah hari semua."pamit Eden buat kali terakhir sebelum berpaling dari situ dengan derap langkah yang berat dan perasaan terkilan.

Dia tak harapkan balasan. Dia cuma berharap semua orang boleh ucapkan terima kasih kepadanya sebagai usaha keras dia selama ini. Itu saja. Tapi mungkin permintaannya ini terlalu berat.

Bila Eden keluar dari bilik sidang itu,  dia disambut dengan wanita yang anggun mengenakan dress labuh paras lutut lengan panjang cekak leher di bangku hadapan pintu itu.

Bila mereka bertentang mata Eden tersenyum nipis. Hilang semua rasa susah hati dan terkilannya.

"Dah settle?"tanya Davina sambil bangun dari situ dan jalan mendekati Eden.

Eden perhatikan Davina sehingga la Davina tiba di depannya lalu pegang tepi lengannya. 

"Dia orang hukum kau dengan teruk ke? "tanya Davina lagi dengan kerutan kecil di kening.

Eden pegang tangan Davina lalu di bawa ke lengannya untuk di rangkul. "Tak adalah. Dia orang okay je. Lepas tu aku beritahu aku berhenti dari terus bekerja dengan dia orang." jawabnya semasa gerak sama untuk keluar dari situ.

Davina pegang lengan Eden yang dirangkul dengan tangan satu lagi. "Serius?  Kau okay ke dengan semua ni? "

Eden palingkan kepala lalu pandang Davina di sisinya ketika itu.  "Now... Aku dah tak bekerja.. Kau nak buat apa?" tanya dia dengan sengih meleret.

Terangkat tinggi kening Davina dibuatnya. "Aku tak expect kau akan berhenti mengejut macam ni.. "

Eden tunjuk jari telunjuk depan muka Davina. "Hah! Jangan nak tarik balik kata kau eh... Aku patah balik nanti kang.. "

"Eh-eh..."Davina halang Eden."Okay...okay. Fine. Isy... Tak menyabar la kau ni. Ya sudah.  Kalau macam tu. Aku okay je kalau nak sara kau. Tapi sebelum tu kau kena mintak maaf dekat Kaden dengan Bernard sekeluarga sebab buat dia orang risau. "

"Ya tak ya. Kaden. Kau tahu mamat tu call aku macam lunatic lepas kau hilang hari tu...lupa aku nak beritahu tentang yang kau dah selamat."

"It okay... Aku dah call Kaden awal-awal. Dia beritahu dia masih marahkan kau... "beritahu Davina semasa mereka tiba di depan pintu lif yang sedia terbuka apabila ada yang keluar dari situ.

Eden berdengus mengejek sewaktu tekan butang tingkat lobi. "Haih.. Belum settle lagi ke? "keluhnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience