ELLENA mengembang senyum saat melihat sebuah Café yang berlabelkan halal, tidak jauh daripada dia berdiri. Clover Café namanya, berada di seberang jalan.
Perut memang dah lapar sangat, tapi Ellena berleha-leha berjalan sambil sibuk melihat telefon bimbitnya. Dia tersenyum sendiri kerena tengah chatting dengan Nana. Sebelum melintas, Ellena menoleh ke kiri dan ke kanan memastikan jalan selamat untuk di lintas. Setelah memastikan jalan selamat untuk di lintas, Ellena laju mengorak langkah dengan mata kembali pada telefon bimbitnya.
“Hey..”
Ellena mula terkejut dengan suara yang berteriak, dia menoleh dan tampak sebuah motosikal laju ke arahnya. Sontak Ellena berteriak histeris.
Tiba-tiba lengan Ellena di tarik dari belakang, dia tejatuh bersama penolongnya di bahu jalan. Dimana itu motosikal pun berlalu dengan secepat angin.
“You’r stupid.” Bingkas penyendara motosikal lainnya, entah apa yang berlaku tiba-tiba banyak motosikal yang datang berlalu. Mereka mengejek arah dua orang itu di susul dengan tawa.
Glek! Ellena menelan liurnya. Macam nak gugur jantungnya tadi. Kira dia tak bernyawa lagi, apabila sampai dilanggar. Erkk kejab! Tapi aku sekarang dalam dekapan siapa ni?
Sedar-sedar sahaja dia di peluk erat oleh lelaki itu. Tubuhnya menindih seorang lelaki. Semua terjadi tampak alami. Eerk.. erat dia peluk aku ni? Ellena mengangkat wajah memandang lelaki yang menolongnya.
What?? Mamat ni? Ellena terkejut apabila lelaki yang menolongnya itu adalah lelaki yang membebelnya semalam. Khalid, pria itu memejamkan matanya.
Ellena yang mula dari awal memang dah tak sedap hati pada lelaki ini langsung tak terima dia di peluk erat macam ni. Ambil kesempatan ke?
“Lepaslah!” tubuh Khalid di tolak kuat. Sehingga Khalid langsung tersedar, dia membuka matanya dan cepat-cepat melepaskan tubuh Ellena yang tak lepas meski sudah di tolak Ellena.
Ellena segera bangkit dan merapikan pakaian, rambut dan apa-apalah. Begitupun dengan Khalid bangkit dengan menahan sakit.
Haish.. apalah aku ini? Istiqfar Khalid. Gumam Khalid sambil mengusap wajahnya kasar. Dia juga tampak terkejut bila perempuan di depannya adalah perempuan menyebalkan semalam. Tetapi Khalid mengalih pandang sejenak. Emosionalnya campur aduk, ada kenangan lalu terbayang olehnya. Dengan pantas Khalid beristiqfar untuk menenangkan dirinya.
“Cik, lain kali hati-hati la kalau nak melintas. Tengok lah kiri kanan dulu, jangan main hantam jer.” Marah Khalid tiba-tiba memberi amaran dan berlalu pergi. Meski ada bagian tubuhnya yang sakit, tapi tak peduli. Time ni dia perlu menenangkan dirinya lebih.
Ellena terkejut. Aik.. memanglah mamat ni period or paranoid ke? Tak habis-habis dia marahkan aku jer. Kalau nak menolong tu, niat ikhlas la.
“Hey.. kau ada masalah apa ke kat aku?” laung Ellena tak puas hati.
Langkah Khalid terhenti.
“Kau kira aku senang kau tolong aku? Kau pun tolong aku ambil kesempatan lah. Kau peluk-peluk aku erat. Ada maksud apa?” Tambah Ellena. Geram sangat eh.
Khalid tersengih. Dia menggelengkan kepalanya. Memang betul tak tahu adab sangat ni minah. Dah di tolong, malah caci aku.
Khalid berpusing arah Ellena.
“Eh, Minah kau pikir badan kau bagus sangat ke? Body goals macam Beyonce ke? sampai I nak ambil kesempatan kat kau? Semestinya kau tu berterima kasih, bukan malah fitnah I. Ni lah perempuan tak tau adab.”
Langsung berubah air muka Ellena, apabila di katakan tak beradab.
“Khalid…” laung Viktor tiba-tiba. Sepantasnya dia berlari ke arah Khalid dan Ellena yang menoleh padanya.
“Eeee.. apa ni yang berlaku?” tanya Viktor khawatir apabila melihat darah segar di kedua siku dan lengan sahabatnya. Ellena yang di sana juga terkejut, tak sedar dia jika lelaki itu terluka. Timbul rasa bersalahnya.
“Tak apa lah.” Jawab Khalid ringan.
“Tak apa? ini kau berdarah lah. Apa yang terjadi? Jomlah ke klinik.”
“Tak payah la. Sikit Jerr.” Khalid menolak Viktor yang hendah memapahnya.
“Awak, jomlah ke klinik. Jangan degil, itu luka mesti dipasang obat segera. Nanti infeksi.” Ellena membuka suara. Kedua lelaki itu langsung menoleh padanya.
“Aik.. princess.” Viktor terkejut merenung Ellena. Tadi dia tak tampak Ellena tadi kerena khawatirkan luka Khalid.
Princess? Kening Khalid berkerut seketika. Ada ke ini princess yang di ceritakan Viktor yang beriya-iya sangat padanya? Minah ni? tak salah ke? Khalid tersenyum sinis.
Ellena nampak juga luka kecil di lengan Khalid.
“Kejab, saya ada plester. Luka kecik itu bisalah di obat dulu.” Ellena merogoh tasnya.
Khalid sempat menjeling luka yang di maksud Ellena. Tak teruk pun.
Setelah dapat plester, Ellena dengan cepat hendak memakaikannya pada Khalid. Tapi dengan kasar Khalid menolak. Ellena terkejut di buat olehnya.
“Tak payah la awak nak tolong pakaikan. Saya tak apa. Ingat ya cik, lepas ni hati-hati dan cuba la cik belajar adab.” Khalid sempat menarik plester di tangan Ellena sebelum berlalu pergi.
Alamak, apa ni? Viktor serba salah. Dia baru datang, tapi diaorang bergaduh. Tak paham, tak paham.
“Princess saya ikut kawan saya ye. Apa-apa dia cakap jangan ambil hati sangat ye Princess.”
Ellena hanya bisa mengangguk senyum kelat. Tak mungkin pula dia memaksa mengikut lelaki itu. Mesti dia di marahkan lagi.
“Saya ambil diri Princess. Bye-bye.” Viktor sepantasnya beredar daripada tempat itu dan mengejar langkah Khalid yang sudah menjauh.
Elle, betul lah kau tak tau terima kasih sangat. Dah berdarah orang tolong kau. Tapi kau malah buruk sangka pula. Sikit jer mamat tu terlambat tak tarik kau, pasal-pasal kau dah kat hospital or kau dah arwah agaknya. gumam Ellena menasehati dirinya sendiri. Matanya masih menatap 2 lelaki yang mulai tak tampak di pandangannya.
“PELAN lah sikit.” Marah Khalid pada Viktor yang mengusap lukanya tak ada lembut-lembutnya.
“Dah pelan dah ni.” jawab Viktor selamba. Dia mengambil obat yang dia beli kat apotik tadi dan memasangkannya pada luka Khalid.
Khalid ni degil sangat. Tak mau ke klinik, laju jer dia menuju penginapan habis incident tadi. Nak tak nak Viktor lah yang memasangkan obat.
“Aku ni bukan nurse Khalid, mestilah kerja aku tak selembut mereka. Kau tak mau ke klinik, aku sangka kau tak tahu sakit.” Viktor ketawa di ujung ayatnya. Ketika mengikat luka dia tekan kuat.
“Gila kau Viktor.” Khalid menarik cepat lengannya. “Viktor agak-gak lah kau ni eh. Aku bukannya tak kenal rasa sakit lagi.”
Viktor sudah mengekek tawa.
“Mana aku tahu. Aku tak rasa pun.” Kain kasa di potong. Luka Khalid dah di balut sempurna. Obat di kemasnya dan di taruh di laci.
“Eh Khalid, yang kau kenapa tadi macam kasar je kat Princess aku tu? apa yang berlaku, salah apa dia? Yang tolong dia itu kau je yang nak, bukan dia yang paksa minta tolong kat kau kan?.” soal Viktor. Hal itu sudah sedari tadi nak dia ketahui. Ada rasa prihatinnya pada Ellena, sangat jelas dia lihat gurat kecewa di balik senyum Ellena tadi.
Eh, aisberg ni tak banyak cakap, tapi kalau dah cakap banyak sakitkan hati orang pula tu.
Khalid yang sedang memerhati balutan lukanya itu memandang ke arah Viktor.
“Ha, itu pula aku nak tanya hal kat kau. Minah tu Princess yang kau puji-puji tu?” soal Khalid selamba.
Viktor terkedu. Apa hal yang berlaku ni? dia ambil duduk di sebelah Khalid.
“Iya. Kenapa?” tanyanya pelik. Dia merenung Khalid, mencoba menyelidik.
“Tak sesuai sangat kau puji-puji dia. Sampai-sampai kau gelar dia princess. TAK SESUAI.” Ucap Khalid penuh penekanan. Dia menggeleng dengan ketawa sinis.
“Kenapa pula tak sesuai? Dia tu cantik dah macam boneka. Bola mata hitamnya indah, senyumnya lembut. Body goals pula. Apasal kau cakap tak sesuai?” soal Viktor tak puas hati.
“Kau dah di butakan Viktor. Jangan menilai orang dari cover jer. Dah lah, tak usah singgung dia lagi. Tak ada kena mengena pun dengan aku.” Khalid bangkit dari duduknya. Percuma Jer nak jelaskan. Orang dah ada hati tak akan bisa terima cakapnya pun. Khalid mebuka laptopnya di meja belajar.
“Dah tu kenapa kau beriya selamatkan dia? Sampai kau luka teruk macam ni. Bukannya dia tak kena mengena dengan kau. Heh, kau selamatkan dia pasti sebab dia cantikkan?” Viktor tersengih. Degil lah kau Khalid.
Tangan Khalid yang kala itu memandu mouse terhenti mendengar ayat Viktor. Air mukanya agak berubah.
“Merepek jer lah kau Viktor. Aku tak urus.” Balasnya lalu lanjut membuka file.
Baru Viktor ingin membalas lagi, tetapi telefon bimbitnya berdering. Laju Viktor mengambil telefon bimbitnya, tampak nama orang tuanya yang memanggil. Napasnya di tarik berat. Butang hijau di tarik.
“Hello, daddy.” Jawab Viktor sambil berlalu ke ruang lain.
Khalid menghentikan tangannya yang tadi mulai mengetik. Tangannya di masukkan kedalam kocek jeansnya mengambil plester yang di berikan Ellena tadi.
Entah apasal yang di pikirkannya, Khalid megukir senyum sinis saat merenung plester tersebut.
Share this novel