BAB 3 - KKDH - KEAJAIBAN

Romance Completed 94611

"Err... Macamana dengan kerja kau kat sini?"

"Alhamdulillah. Saya suka, tuan. Terima kasih banyak sebab sudi benarkan saya bekerja dengan tuan."

"Hurm... Aku harap Ari tak ganggu kau."

"Eh, tak tuan. Saya suka dengan Ari. Lagipun, Ari budak bijak." Terasa berbunga dalam hati bila anaknya dipuji orang yang baru dikenali.

"Baguslah kalau kau cakap macam tu. Ari tu susah nak rapat dengan orang, sebenarnya.. Aku pun tak faham macamana dia boleh suka dengan kau tiba-tiba. Apa yang kau bagi kat anak aku?"

"Takde apa, tuan. Saya bagi kasih sayang." Tertoleh kepala Khasyaf.

"Hah! Kasih sayang?"

"Ya, tuan. Saya tak pernah ada adik-beradik lain. Saya anak tunggal. Tapi, saya sukakan budak-budak. Lagi-lagi baby..." Terangguk-angguk kepala Khasyaf mendengar kata-kata Ana.

"Boleh aku tanya kau pasal keluarga kau?"

"Boleh, tuan. Tuan nak tanya apa?"

"Duduk dulu."

"Tapi..."

"Aku tak makan orang, okey?" Ana melabuhkan punggung dengan berhati-hati di kerusi makan di ruang makan rumah itu.

"Siapa nama sebenar kau? Kau berasal dari mana? Macamana kau boleh sampai ke sini?"

"Emm..." Ana meramas-ramas tangannya sendiri.

"Jangan takut dengan aku. Aku tak makan orang dan aku nak kau jujur dengan aku pasal diri kau. Boleh?" Ana anggukkan kepala.

"So, tell me..."

"Saya, Batrisyia Bibiana binti Badrulhisham. Tapi, arwah nenek panggil saya Ana. Arwah ibu bapa saya panggil saya, Esya..." Nafas digali dalam-dalam sebelum dilepaskan semula perlahan-lahan.

"Berapa umur kau, Ana?"

"Saya, dua puluh dua tahun, tuan."

"Dua puluh dua tahun?"

"Ya, tuan. Kenapa, tuan?"

"Tak... Kau nampak matang dari usia kau." Ana simpan senyum.

"Kenapa kau tak sambung belajar?"

"Saya nak, tuan. Tapi, kekangan masa dan masalah kewangan menjadi punca utama kenapa saya tidak sambung belajar. Lepas arwah ibu bapa saya meninggal dunia, saya tinggal dengan nenek. Nenek bukannya orang senang. Saya bantu nenek berniaga di warung di depan rumah demi sesuap nasi."

"Ibu bapa kau meninggal dunia sebab apa?"

"Err, kemalangan di tempat kerja. Kilang tempat mereka mencari rezeki, meletup dan menyebabkan beberapa pekerja meninggal dunia termasuk ibu ayah saya." Ada getaran pada suara Ana.

"Maafkan aku."

"Takpe, tuan. Benda dah berlalu."

"Bagaimana kau boleh tercampak ke bandar besar macam ni?"

"Err, sebenarnya... Saya dihalau dari rumah nenek."

"Siapa halau kau?" Nafas dihela perlahan.

"Sebelum nenek meninggal dunia, saya tinggal dengan nenek dan mak cik, adik ayah saya. Mak cik masa tu, baru bercerai, takde anak. Selepas pindah ke rumah nenek, mak cik saya kahwin baru dan kerana percayakan suami baru, dia halau saya."

"Atas alasan apa?"

"Saya dituduh cuba menggoda pak cik. Demi Allah, tuan. Saya tak sehina itu. Saya tahu saya orang susah, menumpang di rumah nenek. Tapi, saya berusaha cari duit poket sendiri. Suami baru mak cik penagih dadah dan pencuri."

"Kau lari ke bandar besar ni sebab itu?" Ana terdiam. Tiada gelengan mahupun anggukan. Khasyaf masih setia menunggu.

"Saya tekad melarikan diri selepas pak cik cuba mencabul kehormatan saya." Air mata Ana mengalir jua selepas beberapa saat.

"Pak cik cuba buat benda tak baik pada saya. Saya terpaksa mempertahankan diri saya, tuan. Saya nekad melarikan diri selepas menghentak kepala pak cik dengan pasu bunga."

"Dia mati?"

"Tak, tuan. Masih hidup. Cuma kepala dia berdarah dan saya tiada pilihan melainkan melarikan diri. Saya tahu, mak cik tentu akan menyebelahi suami durjana dia tu." Esakan Ana semakin kedengaran.

"Maafkan aku."

"Takde apa, tuan. Saya kena beritahu tuan perkara ni supaya tiada masalah kemudian hari. Lagipun, saya bimbang jika suatu hari nanti, ada pihak yang mengenali saya dan sejujurnya, saya tak mahu bertemu dengan sesiapa pun. Biarlah saya bekerja di rumah tuan sehingga nafas yang terakhir, saya rela." Ujar Ana, sebak.

"Tapi, macamana kau boleh hampir bekerja sebagai..." Terhenti bicara Khasyaf.

"Saya faham maksud, tuan. Saya sampai di Kuala Lumpur ni, dengan berbekalkan duit simpanan saya. Dan saya nekad nak cari rezeki yang halal. Tak kisahlah walaupun bekerja sebagai pembantu kedai. Asalkan saya ada tempat berteduh dan duit untuk menampung perbelanjaan harian. Tapi, saya ditipu lelaki-lelaki itu."

"Macamana pulak dorang kenal kau?"

"Saya ternampak iklan yang memerlukan pembantu kedai dengan gaji yang agak menarik. Makumlah. Saya orang kampung, tuan. Bila ditawarkan dengan gaji yang lumayan, tentu saya takkan menolak. Cuba, saya kecewa bila ditipu. Sebaik sahaja saya tiba di tempat yang dimaksudkan, saya diberitahu oleh beberapa perempuan di situ yang tempat itu merupakan tempat pelacuran." Khasyaf beriak biasa mendengar penjelasan Ana.

"Saya nekad untuk melarikan diri, tapi, mereka berjaya menahan saya. Dengan kudrat yang ada, saya melawan. Dan saya bertembung dengan tuan pada hari itu." Nafas dihela perlahan.

"Baru aku faham... Aku minta maaf."

"Takde apa yang perlu dimaafkan, tuan. Dah nasib saya sebegini. Saya terima dengan redha..."

"Emm, kau ada kelulusan ke? Maksud aku..."

"Saya belajar setakat tingkatan enam je, tuan. Saya memang nak sambung belajar. Tapi, takde rezeki. Kesian kat nenek yang pelihara saya dengan mak cik dan pak cik lagi. Dahlah dorang berdua tu pemalas. Tak nak membantu langsung." Ana mengesat air mata dengan hujung lengan baju kurung.

"Lepas tu, saya ada belajar komputer. Adalah sijil belajar setahun. Tapi, saya mahir menaip, tuan. Tapi, sayang... Saya sekadar mengguna untuk menatal telefon bimbit murah saya je... Hihihi..." Berkerut dahi Khasyaf melihat gadis di hadapannya. Jelas gadis ini kental orangnya.

"Kau ada handphone?"

"Ada, tuan. Tapi, handphone murah je..."

"Tunjuk kat aku."

"Ni... Tapi, dah pecah dan saya tak dapat guna. Mungkin pecah semasa saya terjatuh dari cubaan melarikan diri dari lelaki jahat hari tu..." Khasyaf membelek telefon bimbit yang berada di tangannya. Telefon bimbit itu diikat dengan getah kerana pecah.

"Nah! Tapi, aku rasa, bagus juga telefon ni tak berfungsi lagi."

"Kenapa tuan cakap macam tu? Tuan takut saya selalu bergayut?"

"Bergayut?"

"Maksud saya, saya leka kat handphone. Tapi, tuan jangan risau, saya takde kawan."

"Bukan itu maksud aku. Aku cakap macam tu sebab tak nak orang ganggu kau. Siapa yang tahu nombor telefon bimbit kau?"

"Mak cik."

"Apa yang aku maksudkan, mak cik kau tentu akan dapat cari kau dengan nombor telefon kau. Sekarang ni, teknologi semakin canggih. Dengan sekelip mata je, dorang dapat cari kau menggunakan nombor telefon kau. Kau faham maksud aku?"

"Faham, tuan. Saya baru tahu. Terima kasih, tuan..."

"Kau okey tak?"

"In shaa Allah, tuan. Saya okey je. Saya tak kisah takde semua tu. Saya berharap sangat, saya takkan jumpa dengan mak cik atau pak cik. Saya tak nak lagi ada kaitan dengan mereka tu. Saya tak sanggup..."

"Aku faham... Kau jangan bimbang. Aku akan pastikan kau takkan diganggu manusia-manusia durjana tu lagi. Selagi kau ada dengan aku, kau akan selamat. Percayakan aku."

"Terima kasih, tuan."

"Kak Ana!" Ari terus menerpa ke arah Ana sebaik sahaja kelibat Ana kelihatan sebaik sahaja dia melangkah masuk ke rumah agam itu.

"Ari... Ari dah balik dari sekolah?"

"Dah... Ari rindu Kak Ana?" Terjegil mata Khasyaf dan Mak Piah mendengar kata-kata Khusyairi.

"Ari, what did you say?"

"Daddy..." Ari menerpa ke arah Khasyaf sebaik sahaja ditegur Khasyaf.

"Ari dah lupa daddy ya bila dah dapat kawan baru?"

"Sorry, daddy... Ari cuma seronok je dapat kawan baru and you know what daddy?"

"What?"

"Sekarang, Ari dah tak kisah bila ada orang ejek Ari takde mummy."

"What do you mean?"

"Kawan-kawan selalu ejek Ari sebab Ari takde mummy. Kalau ada apa-apa kat school, daddy yang datang. Kadang-kadang, daddy busy... Ari takde orang yang temankan pun." Ujar Ari sambil menundukkan kepalanya. Jari kecilnya menguis-nguis paha Khasyaf.

Ana tersenyum kecil melihat kecomelan Ari. Budak kecil yang baru berumur lima tahun, bijak berkata-kata. Yelah. Bila dilihat dari daddynya, tentu keluarga Khasyaf ni bukan kaleng-kaleng.

Sementelaah, gambar keluarga yang tersusun di dinding rumah agam tu, jelas menunjukkan yang keluarga mereka ini bukan sebarangan. Malah, Ana dapat rasakan yang keluarga ini keluarga bangsawan memandangkan gambar-gambar yang tersusun di dinding rumah agam itu.

"Ari... Daddy minta maaf. Ari tahukan tugas daddy macamana?" Kepala Ari, diusap penuh kasih sayang.

"I know. Tapi, daddy tak perlu risau lagi sebab Kak Ana akan temankan Ari. Betulkan Kak Ana?" Kali ini, giliran Ana pula yang terjegil mata mendengar kata-kata Ari.

"Tapi... Kak Ana..." Tangan Ana digenggam Ari.

"Kak Ana... Please... Jangan cakap tak nak. Ari tak kisah kalau daddy takde. Tapi, Kak Ana kena selalu teman Ari... Bolehkan daddy?" Ari mengerdip-ngerdip mata. Bulu matanya yang panjang, membuatkan Ari kelihatan sangat comel di mata Ana. Khasyaf melepaskan keluhan.

"Fine. Tapi, Kak Ana akan teman Ari di rumah sahaja. She can't go out."

"But, why?" Ah, sudah! Apa pulak alasan yang nak diberi pada Ari. Ari takkan puas hati selagi tak dapat jawapan yang dia mahukan.

"Sebab... Kak Ana sibuk kat rumah ni. Kak Ana kena jaga Nek Piah dan Tok Mid." Panggilan yang Ari gelar pada Mak Piah dan Pak Mid.

"Kenapa?" Khasyaf menghela nafas. Dengan Ari, Khasyaf perlu banyak bersabar. Adakalanya, Khasyaf terpaksa menahan rasa dengan anak tunggalnya yang sememangnya banyak soalan dan Ari takkan berhenti bertanya jika jawapan yang diterimanya kurang menarik.

"Ari, Kak Ana kena tunggu kat rumah ni. Nanti siapa nak tolong Nek Piah masak? Siapa nak tolong Tok Mid kat kebun belakang rumah tu? Lagi satu, Ari tentu penat balik dari schoolkan? Lepas tu, Ari mesti nak makankan?" Ari angguk laju.

"Hah... Kalau Kak Ana tak tolong Nek Piah, nanti kesian Nek Piah seorang diri masak kat dapur tu. Ari tahukan, kita tak boleh susahkan orang. Lagi-lagi kalau orang tua. Kesian tau..."

"Oh... Kalau macam tu, Ari kena rajin tolong Nek Piah dan Tok Mid?"

"Ya, sayang..." Pipi Ari dicuit Ana. Entah kenapa Khasyaf dapat rasakan ada sesuatu yang menarik tentang Ana.

"So, do you understand, young man?"

"Yes, daddy... Tapi, balik dari school, Ari boleh main dengan Kak Ana, kan?" Ana menoleh ke arah Khasyaf mohon persetujuan dari Khasyaf. Khasyaf angguk laju.

"Boleh... Dengan syarat, Ari kena habiskan dulu kerja sekolah. Lepas tu, baru boleh main dengan Kak Ana. Faham?" Soal Ana.

"Deal! Yeah! Ari ada kawan nak main! Yeah, yeah!" Teruja Ari sambil berlari naik ke tingkat dua di mana terletaknya bilik tidur Ari. Tergeleng-geleng kepala Khasyaf melihat gelagat anak tunggalnya. Jujur, dia rasa lega sedikit sekarang ini dengan kehadiran Ana.

Khasyaf tak perlu lagi bagi alasan pada Ari jika dia lewat pulang atau jika Khasyaf outstation. Ari semakin hari semakin selesa dengan kehadiran Ana dan itu cukup melegakan Khasyaf. Sememangnya anak tunggalnya ini bukan jenis yang cepat rapat dengan orang lain. Satu keajaiban bila Ari dapat menerima Ana yang baru dia kenali.

"Ana..."

"Ya, tuan?"

"Ambil ni..." Khasyaf menghulurkan sebuah kotak sederhana besar.

"Apa ni, tuan? Untuk saya?"

"Ya, untuk kau dan ini ada beberapa beg kertas. Aku belikan kau pakaian. Aku tak nak tengok kau pakai baju Mak Piah lagi." Beberapa beg kertas diletakkan di hadapan Ana oleh Cavin dan Connor.

"Tuan..."

"Aku minta tolong secretary aku pilihkan untuk kau. Aku rasa, badan kau dengan secretary aku lebih kurang je. Jadi, aku suruh dia pilih termasuk pakaian yang kecil." Terjegil mata Ana mendengar bicara Khaysaf. Merona wajah Ana.

'Biar betul, dia belikan aku baju ni semua termasuk pakaian dalam aku? Giler...' Getus hati Ana.

"Jangan risau. Aku takkan suruh kau bayar. Aku nak kau pakai je pakaian ni."

"Te...terima kasih, tuan..."

"Hurm... Dalam handphone tu, aku dah siap letakkan sim kad kau yang baru dan nombor telefon aku. call aku jika kau perlukan apa-apa."

"Tuan, telefon mahal ni... Sa...saya..."

"Jangan banyak soal. Aku tak suka penolakan, Ana... Aku akan call kau bertanyakan hal rumah atau Ari. Jadi, kau kena ready. Bawa telefon tu ke mana-mana sahaja kau pergi."

"Hah? Ke mana sahaja? Takkan dalam toilet pun saya nak bawa handphone ni? Kalau jatuh dalam lubang jamban, macamana?" Khasyaf menepuk dahinya sendiri. Ternyata gadis di hadapannya seorang gadis polos.

"Ana... Maksud aku, jangan tinggalkan telefon ni merata-rata. Aku tak nak Ari atau sesiapa yang jumpa telefon ni."

"Kenapa?" Khasyaf menelan air liurnya.

'Sabar, Khasyaf. Sabar, Khasyaf...' Gumam Khasyaf.

"Aku tak nak nanti Ari main telefon ni. Ari kalau dah dapat telefon bimbit ni, dia leka. Aku tak nak itu terjadi. Aku tak nak rosakkan Ari dengan gadget. Ada masanya Ari akan main dengan telefon. Tapi, dengan pemantauan aku."

"Faham, tuan."

"Good. By the way, aku tak izinkan kau tukar apa yang ada di dalam handphone tu. Jangan tukar apa-apa. Faham?"

"Fa...faham, tuan..."

"Okey. Aku nak keluar sekejap. Kalau Ari tanya, katakan aku ada pertemuan dengan rakan sekerja."

"Baik, tuan." Khasyaf berlalu.

"Err, tuan..." Terhenti langkah Khasyaf sebelum dia memusingkan tubuhnya menghadap Ana.

"Ya?"

"Err, terima kasih sekali lagi, tuan."

"Sama-sama..." Terukir senyuman di wajah Ana, melihat senyuman kali pertama Tuan Khasyaf.

"Hemsem. Wajah ketat je... Cuma senyum macam tu... Kan hensem..." Tertawa Ana sendirian dengan bebelan sendiri.

Another free chapter for you, guys...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience