PUSING kiri tidak betul. Pusing kanan tidak selesa. Didepakan tangan seluas-luasnya sambil nafas berat dihembus keluar. Masalah yg barusan cuba dicetuskan umi sudah mula menjadi agenda penting buat dirinya. Sekaligus merentap setiap langkah kakinya.
Ashraf meraup wajah. Seketika, kipas siling yg berpusing laju dipandang sekilas. Dahinya berkerut menahan bahang panas yg mula singgah di segenap kamar tidurnya. Dibuang pandang ke aircon yg terpasang di dinding, suhunya mencecah 23 darjah Celcius. Tetapi kenapa dia masih terasa panas? Lantas, dia bangkit dari ranjang lalu menapak ke balkoni bilik. Sliding door yg memisahkan dia dgn dunia luar ditolak perlahan. Mengambil posisi di salah satu kerusi kayu di situ.
Dia termenung, mengenangkan nasib dirinya. Siapa kata dia tidak ingin berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri? Siapa kata dia selesa hidup berstatuskan single? Siapa kata dia mahu selamanya seperti ini? Dia pengen juga seperti orang lain, punya keluarga besar, dan dikelilingi oleh isteri dan anak-anak. Bukan dia memilih tetapi serunya belum lagi berkunjung tiba. Bukan dia tidak tahu banyak mata-mata di hospital menaruh minat terhadapnya. Tetapi dia tidak ambil pusing.
" Betul jugak kata umi. Umur aku dah nak masuk 34, tapi seorang calon pun takde. Bukannya aku ni takde rupa, tapi kenapa susah sgt nak jumpa jodoh? Haiiii lah nasib" Ashraf mengeluh sendiri. Disebabkan itulah, ramai yg menyangka umurnya masih 20an dek kerana rupa parasnya yg kelihatan muda dari umurnya. Dan gara-gara itu jugalah tidak ramai yg bertanya soal statusnya kerana mengira dia masih muda.
"Airra Farisha Mohd Alias" Sebuah senyuman tersimpul kemas di bibirnya. Dia tergelak sendiri apabila teringat akan hari terakhir mereka berjumpa sebelum gadis itu dibenarkan keluar hospital. Dia ingat lagi, bertalu-talu pesanan dibekalkan buat Airra sehinggakan dua tiga orang jururawat di situ menyangka mereka adalah pasangan kekasih. Mungkin kerana sikap prihatin dan ambil beratnya yg berlebihan terhadap Airra jelas kelihatan. Seingat dia, tidak pernah dia bersikap begitu dgn mana-mana perempuan. Baru saja dia feel nak mengorat Airra, umi pula campur tangan dgn menjodohkan dia dgn perempuan yg langsung dia tidak kenal.
" Alasan apa lagi aku nak bagi? Umi dah tak nak dengar apa-apa lagi dari aku. Habislah aku kalau nak kena kahwin dgn pilihan umi. Masalahnya sekarang ni, aku nakkan Airra. Tapi Airra nak ke dgn aku? Aduhhhh, satu benda apa pun aku tak tahu pasal dia. Alamat rumah, nombor telefon. Ashraf, dungu sangatlah kau ni!" Dia menempelak dahinya sendiri gara-gara olahannya. Sudahnya, dia terus-terusan termenung sambil ditemani angin bertiup lembut, memberikan sedikit kesejukan kepada tubuhnya yg hangat sebentar tadi.
TENGAH HARI itu, Puan Zahara dikejutkan dgn kehadiran Datin Hamidah. Tergopoh-gapah Puan Zahara dibuatnya. Mana tidaknya, dia tidak dimaklumkan dgn sebarang berita ataupun panggilan dari kawan baiknya itu.
" Cantik rumah Za ni" puji Datin Hamidah sambil melabuhkan punggung ke sofa. Ini bukan pujian saja-saja, tapi pujian yg memang ikhlas dr hati. Kemasan rumah yg teratur dan bersih. Bahkan ruang tamu yg agak kecil saiznya mampu dimanfaatkan dgn sebaik mungkin. Ditambah pula dgn warna lembut hijau daun sbg penyeri setiap dinding. Sayup saja mata memandang.
Puan Zahara tersengih apabila dipuji sebegitu. Dia turut melabuhkan punggung di sebelah Datin Hamidah. Jarang-jarang mereka dpt bersua muka seperti ini sementelah dirinya sibuk menguruskan Airra dan Datin pula tidak cukup tangan dgn perniagaan dan persatuan-persatuannya. Jadi boleh dia simpulkan yg kedatangan Datin Hamidah ini membawa seribu satu makna.
" Sepi je rumah awak ni Za. Mana anak-anak?" Datin Hamidah memulakan mukadimah. Dia harus bijak menyusun kata-kata agar tidak kedengaran terdesak walaupun hatinya melonjak gembira dgn membawa hajatnya yg satu itu.
" Akief kerja Datin. Biasalah, waktu-waktu macam ni masih sibuk lagi di pejabat. Kalau petang nanti, baliklah tu. Airra pulak ada di bilik. Agaknya tengah solat kot" Lurus saja Puan Zahara menjawab.
" Laa yeke? Lama ye tak nampak Airra. Saya dtg ni pun nak jenguk dia jugak, sambil-sambil nak borak kosong dgn awak"
Puan Zahara menyimpul senyuman kecil. " Boleh je Datin. Saya ni surirumah tangga sepenuh masa. Kerja pun dihabiskan di rumah je. Haaa tu dia Airra" Dilihatnya Airra sedang menuruni anak tangga satu persatu.
Airra menapak ke ruang tamu setelah digamit ibunya. Dia menyalami tangan wanita yg duduk di sebelah ibu lalu tersenyum manis.
" Airra ingat aunty lagi?"
Airra memandang ibunya dengan seribu kerutan di dahi. Dia tdk mengenali wanita separuh abad itu.
" Adek pergi bancuh air. Hidangkan sekali kuih yg ibu buat pagi tadi" arah Puan Zahara apabila memahami kelakuan anaknya. Airra menurut lalu menghilangkan diri ke dapur.
" Maaflah Datin. Airra tu mengalami amnesia ,hilang ingatan sementara. Jadi dia tak boleh ingat apa-apa yg pernah berlaku dulu. Mintak maaflah kalau dia tak mampu nak cam Datin" terang Puan Zahara. Risau juga seandainya Datin Hamidah salah anggap akan kelakuan anaknya. Dia sempat mengkhabarkan tentang kemasukan Airra ke hospital tetapi tdk pula dia menerangkan apa yg berlaku ke atas anaknya. Keadaan kelihatan gawat masa itu, ditambah pula dgn kesibukannya menemani Airra yg terlantar koma selama beberapa bulan, jadi dia tidak sempat menjelaskan apa-apa kpd Datin Hamidah.
Datin Hamidah sedikit tersentak. Agak terkejut dgn berita yg disampaikan oleh Puan Zahara. Salah dia juga tdk pernah bertanya soal itu. Setahu dia, Airra hanya dimasukkan ke hospital tetapi tdk pula dia pasti atas sebab apa.
" Saya tak tahu pulak Za. Maaflah sebab tak pernah nak tanya pasal tu. Saya betul-betul mintak maaf"
" Ehhh Datin, takde apa lah. Saya okey je. Lagipun salah saya jugak kan? Tak bgtau apa-apa pada Datin. Almaklumlah, keadaan waktu tu tak terkawal. Sampai tak sempat nak jelaskan apa-apa pada Datin"
" Hmmm yelah Za. Saya faham. Sekarang ni dia okey dah ke?"
" Okey jugak Datin. Tapi Airra betul-betul perlukan sokongan dr kami supaya cepat sembuh. Cuma tak naklah terlalu mendesak dia utk ingat apa-apa, takut nanti jejaskan kesihatan dia"
" Ye jugak tu. Sakit macam tu, memang perlu masa utk sembuh. Kesian dia. Muda-muda lagi dah kena sakit macam tu"
" Nak buat macam mana Datin. Dah takdir kan? Siapalah kita nak menidakkan takdir Dia?"
" Saya harap awak dan keluarga kuat dan tabah ye Za? Kalau ada apa-apa yg awak perlukan, bgtau je saya. In Shaa Allah, saya tolong takat yg mampu" Tangan Puan Zahara digosok-gosok, sbg isyarat bahawa dia juga menyokong keluarga itu dari belakang. Tidak mahu membiarkan Puan Zahara dan keluarganya berseorangan kerana ada dia yg akan sentiasa menjadi tulang belakang utk mereka.
" Terima kasih Datin. Saya terharu sgt" Hampir jatuh mutiara jernihnya ,namun sempat diseka. Tidak mahu keadaan itu sampai dapat dihidu oleh Airra. Risau pula macam-macam yg akan ditanyanya.
" Sama-sama"
" Datin.. maaflah kalau saya lancang tapi dah terlanjur Datin di sini, saya cuma nak bgtau yg saya tak bersedia lagi utk serahkan Airra pd mana-mana lelaki. Datin pun tahu kan keadaan dia macam mana sekarang. Saya risau kalau-kalau akan susahkan Datin dan keluarga dgn keadaan Airra mcm tu. Lagipun, seperti Datin, say jugak berbesar hati berbesan dgn Datin. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan"
" Iya Za. Saya faham. Memang itu niat sebenar saya datang ke mari. Tapi kalau dah itu keputusan awak, saya tak mampu nak tolak. Cuma saya harap awak benarkan Airra dgn anak saya berkawan ya? Lagipun saya berkenan sgt2 dgn Airra"
Puan Zahara kehilangan kata-kata. Dia takutkan pisang berbuah dua kali. Bukan dia tidak pernah melihat kekecewaan Airra apabila ditinggalkan kekasih hati. Airra menderita, dia juga merasakan yg sama.
" Saya takkan paksa awak Za. Cuma fikirkanlah dulu ya? Kita biarkan mereka berkawan. Apa-apa pun keputusan mereka, saya takkan membantah. Baik Airra suka mahupun tak, saya akan terima dgn hati yg terbuka" Datin Hamidah masih menaruh niat dgn harapan Puan Zahara akan memberikan persetujuan.
" In Shaa Allah Datin" Dan jawapan itu cukup melegakan hati Datin Hamidah yg resah dari tadi. Sekurang-kurangnya usahanya membuahkan hasil yg positif walaupun bukan itu yg dia harapkan.
Perbualan mereka terhenti apabila Airra keluar dari dapur sambil membawa dulang yg berisi air kopi dan sepinggan kuih keria.
Share this novel