BAB 2

Romance Completed 31277

"Dah kenapa muka tu masam mencuka di pagi yang indah ni? Tak baik masam-masam muka awal-awal pagi, nanti rezeki susah nak lekat" bebel mak cik cleaner kepada Fifa.

Fifa hanya memandang sepi wajah Mak Cik Badariah wanita separuh abad yang kaki gosip tu.

"Takde apalah mak cik, pagi tadi saya terpijak taik kucing", jawab Fifa acuh tak acuh.

"Ha, baguslah tu! Orang kata kalau terpijak taik ke, kene berak burung ke semua tu petanda nak dapat rezeki," tambah Mak Cik Badariah.

Makin bertambah panjang juih bibir Fifa yang kini sudah layak di ikat tu.

"Mak cik ni kan, percaya sangat benda-benda tahyul macam tu. Syirik tau tak. Dah la malas nak layan mak cik. Saya nak turun bawah pergi tapau breakfast. Nak apa-apa tak? Nanti saya belikan."

Walaupun Fifa sering marah-marah, Mak Cik Badariah tahu Fifa adalah seorang anak gadis yang baik budi perkertinya. Tidak pernah berkira wang ringgit dan selalu membelikan makanan untuknya. Kadang-kadang gadis itu selalu bersedekah wang ringgit apabila Mak Cik Badariah dilihat tidak menjamah makanan kerana perlu membiayai persekolah anak-anaknya setelah dia kematian suami.

"Tak payahlah belikan apa-apa. Ada bekal ni ha," sambil menunjukkan bekal nasi goreng di tangannya.

Tunggu Fifa tau, mak cik jangan makan dulu. Orang pergi beli nasi kolestrol kejap. Nasi kolestrol tu nasi lemak sebenarnya. Walaupun menyedari ukur lilit pinggangnya makin bertambah, Fifa tetap setia mengunjungi gerai nasi lemak yang di jual di hadapan pejabatnya.

Ok, nasi lemak biasa dua bungkus RM 4.00 semuanya. Selesai menghulurkan wang seperti yang dipinta, Fifa terus berjalan pergi tanpa menyedari bahaya yang mendatang.

"Awakkkkkk, jaga-jaga....." Fifa tergamam apabila merasakan pinggangnya dipeluk seseorang. Gembira dapat nasi lemak punya pasal, sampai lupa aku nak tengok kiri-kanan sebelum melintas.

Aksi ala-ala filem Hindustan itu dilihat hampir semua orang yang menggunakan jalan raya besar di hadapan Jalan Yap Kwan Seng itu.

Malu. Rasa nak pecut je dari situ.

Fifa bangun membetulkan tudungnya yang senget.

"Nah nasi lemak awak," hulur pemuda yang menyelamatkannya tadi.

Eh kejap macam pernah aku tengok muka mamat ni. Tapi di mana ya? Owh inilah mamat yang sesedap rasa lena atas bahu aku sampai 12 stesen tadi.

"Terima kasih sebab selamatkan saya," kata Fifa sambil mencapai bungkusan nasi lemak.

"Sama-sama kasih. Terima kasih juga sebab tumpangkan kepala saya atas bahu awak," kata Anas.

Perlukah manusia kat depan aku ni jadi makhluk yang sama aku tampar pagi tadi. Mana nak sembunyi muka ni?

"Hai, saya Anas. Boleh saya tahu nama awak?"

"Saya Fifa. Errrr pasal pagi tadi, saya mintak maaf sebab tolak kepala awak. Pastu saya mintak maaf jugak sebab tampar pipi awak. Saya geram sebab awak lena sangat sampai terbaring-baring atas bahu saya," ayat terus terang takde cover lagi dah.

"Tulah boleh tahan sakit pipi saya ni. Nampak tak merah? Takpelah siapa suruh saya tertidur kat dalam tren kan? Padanlah muka saya."

Alamak dah lambat ni. Dah pukul 9.00.

"Bye Anas. Terima kasih sebab tolong saya. Lagi satu tolong la jangan tidur atas bahu orang lagi pepagi buta. Kurang pahala tau."

"Auchhhhhhh.......terkena lagi aku."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience