"Emma..sebenarnya aku..aku..aku dah lama suka dekat kau."ujar Ammar.
Berkerut dahi Emma mendengarkan butiran yang baru sahaja keluar daripada mulut Ammar.
"Hahaha...mengarut lah kau ni, kau gunakan aku untuk berlatih ke apa?!! hahaha.. ".
Ammar menarik nafas panjang.
"Emma... aku serius ni.. aku memang betul-betul suka dekat kau.Kali pertama aku jumpa kau masa kau tolong aku dekat gelanggang bola keranjang, waktu tu aku terseliuh sikit,kaulah orang yang telah menolong aku".
Emma termenung seketika. Ya.. memang aku ada tolong seseorang time tu tapi takkanlah lelaki ni.Seingat aku yang aku tolong tu pakcik tukang bersih.. Ehh.. betul ke pakcik yang aku tolong haritu.. Haish.. aku memang betul-betul tak ingat.
"Lepastu aku sentiasa perhatikan kau,memang kau seorang yang ringan tulang, suka sangat menolong kawan-kawan kau".
Ammar berhenti seketika sebelum terus menyambung.
"Aku memang betul-betul suka dekat kau, boleh tak kau tunggu aku selama 6 tahun".
Haahh??! dia suruh aku tunggu dia??buat apa?? kenapa aku nak tunggu dia pulak!! aku dah tak sabar nak keluar dari sekolah ni.. dia nak suruh aku tunggu dia selama 6 tahun pulak tu.. dia nak buat apa kat sekolah ni sampai 6 tahun.?!!
"Aku perlukan masa 6 tahun untuk sambung belajar, aku janji lepas aku balik terus aku masuk meminang kau,kau janji dengan aku yang kau akan tunggu aku ye".
Eish.. mamat ni.. gila ke apa tiba-tiba suruh aku tunggu dia.. tapi aku nak jawab apa sekarang ni.?!
"Emm..sorry la awak,bukannya saya tak berminat dengan tawaran awak ni.. tapi saya tak pernah kenal awak, suka awak, tak pernah.. tak pernah..".
"Hmm.. aku dah agak dah kau akan cakap macam tu sebab tu lah aku minta sangat-sangat kau pertimbangkan permintaan aku ni.. aku memang betul-betul suka dekat kau, aku nak sebelum kita keluar sekolah ni, kau datang jumpa aku dekat sini dan berikan jawapan kau, aku harap jawapan kau tak akan mengecewakan aku".sebelum Ammar berlalu pergi, dia sempat menghadiahkan sekuntum senyuman untuk Emma..
"Jauh... terbawa lukisan hatimu... hilang.. mencari dimana Emma pergi.. ".
"Ehh.. Ain,dah lama ke kau ada dekat situ?!?!" .
"Hmm.. dari tadi dah, kau buat apa termenung sorang-sorang dalam kelas ni??! semua orang pergi rehat, kau tak nak pergi sekali ke?!?..
"Emm.. aku tak pergi rehat kot.. kenyang"..Haish.. tiba-tiba aku terasa kenyang.. ni semua sebab aku teringatkan mamat tu la.. pelik-pelik betul permintaan dia, siap buat harapan supaya jangan kecewakan dia.. haish.. apalah...
"Emm... Emma.. semalam aku dah luahkan perasaan aku dekat Ammar.. ".
Emma memandang wajah sayu Ain.
"Dia reject aku..dia kata dia dah suka seseorang.. dan orang tu adalah...kau Emma".
Adoii.. tak sangka betul.. mamat ni sengaja je buat aku malu.. betul ke tak dia tu.. memang dia betul-betul nekad ke?!! .
"Aku harap kau terima dia seadanya.. takpe lah.. aku redho.. malah aku bersyukur sebab orang yang dia suka adalah kawan aku".Ain mengenggam tangan Emma lantas berkata
"aku harap kau terima dia.. ini adalah permintaan aku dekat kau.. aku harap kau boleh tunaikan, please..".
Apalah Ain ni bercakap macam orang nak mati siap ada pakej permintaan pulak tu..
"Entahlah.. aku tak pernah suka dekat dia.. so aku fikir tak kot.. lagipun kita ni masih budak-budak.. awal lagi nak fikir pasal kahwin.. " .
Emma menunjukkan reaksi selambanya..
"Emma..kita bukan budak-budak lagi...lagipun bukan sekarang kau kahwin, 6 tahun akan datang.. aku berharap kau terima dia.. kau solat istikharah ye.. ".
Emma hanya terdiam
**********************
Selepas tamatnya SPM..
"Emma.. kau datang jugak.. aku ingatkan kau dah tak ingat pasal ni".
Ammar tersenyum lebar..
Ye.. memang aku tak ingat tapi...si Ain ni tak habis-habis peringatkan aku...Alamak!! macam mana ni. ..hari yang paling aku takuti sedang berlaku sekarang..
"jadi.. macam mana?!! "soal Ammar untuk mendapatkan kepastian.
Emma menarik nafas panjang..
"Ye.. saya akan tunggu awak "..
Ammar tersenyum lebar mendengarkan jawapan Emma.. kalau boleh dia ingin melompat-lompat keriangan mengalahkan monyet di hutan..
"terima kasih awak.. "jawab Ammar kegembiraan.
Kalau bukan sebab Ain yang terlalu mendesak.. memang aku buat tak endah je dengan permintaan kau ni.. lagipun aku memang ada mimpikan keluarga kau.. cuma kau je yang takde dalam mimpi tu.. tapi tu la.. mimpi.. wajah keluarga Ammar pon aku tak pernah kenal.. tiba-tiba bermimpi pasal keluarga dia.. Ya Allah betul ke ni?!?.
"sebelum tu saya ada satu lagi permintaan"..
haish.. banyak betul permintaan mamat ni..
"hmm.. apa?!! ".
Emma mula berdebar..
"aku nak no. phone kau"
..Ohh.. ingatkan apalah tadi.. buat terkejut je..
"nah.. "
Emma menghulurkan pen kepada Ammar..
"kosong satu empat...... ".
"thanks"
."hmm.. apa-apa je lah"
Share this novel