tiga puluh sembilan

Romance Series 207093

'Eh '

Mata dibuka apabila tak berlaku apa-apa. Wajah Khalish yang amat dekat dengan wajahnya yang menatapnya kosong.

"Why did you close your eyes? What are you waiting for ha?" tuturnya perlahan.

Serta-merta Shira tahu dia dipermainkan si suami. Hampeh betul. Dada Khalish ditolaknya perlahan menjarakkan kedudukan.

"Eish! Abang ni! Orang ingat abang nak kiss orang tadi. Sengaja kan?" Bahu kiri Khalish ditampar manja. Wajahnya berbahang apabila terkenang dirinya menanti ciuman tadi. Urghhhhh..

Kemudian Khalish menekup mulutnya dengan tangan kanan dan ketawa tanpa suara. Tubuh dialihkan dari berhadapan dengan Shira.

"Ab..abang ketawa ke? Pusinglah.. Shira nak tengok jugak. Bang..." tadi dia yang menolak, kini dia yang menarik-narik semula t-shirt Khalish agar lelaki itu berpaling semula menghadapnya.

"Janganlah."

"Tapi.. Shira nak tengok jugak wajah abang yang senyum.. ketawa.. tak boleh ke? Please." mintanya lagi.

Khalish menghela nafas berat sebelum kembali menatap Shira. Wanita itu teruja bukan kepalang kerana untuk pertama kalinya akan melihat wajah Khalish yang tak berekpresi itu tersenyum.

Mesti Hot!

Keningnya terangkat. Wajah Khalish dipegangnya kedua-dua belah pipi dan dibeleknya.

"Tak ada perubahan pon bang. Cuba abang senyum. Macam ni?" senyuman lebar ditayangkan pada Khalish sambil menarik pipi Khalish untuk mengukir senyuman.

"Haish.. tak jadi pon. Tell me something, abang boleh ketawa.. tapi masih tak boleh senyum?" Tanyanya ingin tahu dan Khalish hanya menggangguk tanpa bicara.

Kusyen tempat duduknya diturunkan sedikit sebelum Khalish bersila, manatap Shira.

"Saya tak nak awak rasa saya pelik nanti. Ketawa saya hodoh." tuturnya sambil mula membuka bungkusan makanan.

'Alahai.. siannya bucuk sape nihhh'

"Kan Shira dah cakap sebelum ni. Shira akan terima abang sepenuhnya. Kalau abang tak nak tunjukkan diri abang yang sebenar, macam mana Shira nak kenali dan terima abang right? Hmm..? Boleh kan?"

Tangan Khalish diambil sebelum ditepuk-tepuk perlahan. Memujuk.

"Hmm.. sorry." balas si suami perlahan seraya mengangguk. Suasana menjadi diam seketika sebelum..

"Okay sudah! Jom makan! Shira dah lapar gile dah ni. Abang nak makan yang ni kan, jom Shira suap ye.. baru sweet gitu." dia cuba membuang suasana janggal tadi dan diganti dengan kegembiraan.

Salahnya juga kerana bertanya pada Khalish begitu. Suami Schizonya itu memang punya perasaan seperti orang biasa, hanya ekspresi dirinya saja yang tak menunjukkan begitu.

"Tak perlulah.." tangan Shira yang baru nak menyuap Khalish terhenti. Wajah garang ditayangkan.

"Bukak mulut tu." tuturnya serius.

Khalish berkeras. "Tak nak."

"Abang...." panggil Shira perlahan. Penuh maksud.

"I'm grow up already." Setitis ego itu masih dipertahankan.

"Fine! Shira pun tak nak makan. Biar sakit.. masuk hospital lagi.. bukan ada orang kisah pun."

Sudu diletakkan kembali ke dalam polisterin sebelum memeluk tubuh menghadap ke luar tingkap. Protes. Merajuk!

"Wak..." panggil Khalish meleret.

Diam

"Janganlah macam ni.. nanti awak sakit macam mana? Makan ek? Okay sorry.." pujuknya lagi.

Tiada langsung balasan daripada Shira. Sunyi..

Kedengaran Khalish mengeluh berat. Lelaki itu memikirkan sesuatu.. aha!

"Wak.. saya lapar. Nak suap boleh? Please.." lengan bahu Shira ditarik-tariknya perlahan. Manjanya dia!

Shira cuba menahan senyuman dengan mengetap bibir. Statik lagi seperti tadi.

"Saya betul-betul maksudkannya.. awak tak sudi ke? Saya nak awak je.."

'aduh! Luruh hatiku mendengar pujuk rayu lelaki tak berperasaan nih!'

"Betul ni nak suap? Bukan dah besar ke? Boleh suap sendiri kan?" Shira memandang sinis. Memerli.

"Betul, nak awak suap dan saya tak besar lagi, cuma dah tua." balas Khalish polos sambil mengangguk yakin.

'Laki syape la ni..'

"Eyyyy! Abang ni kan comel betullah! Meh sini kat Shira.." menyeringai gadis itu dengan perangai naif si suami. Suci sgt.

Habis wajah Khalish menerima ciuman dari si isteri. Tapi tak pula dia menghalang seperti selalu. Sukalah pula..

"Okay. Jom makan pulak..sian hensem Shira ni kan? Lapar ye? Kejap Shira suapkan ek."

Layanan Shira terus berubah daripada menjaga seorang lelaki dewasa kepada budak tadika. Sememangnya Khalish TERlampau dimanjakan wanita itu tak kira dimana. Hingga naik segan dirinya.

Pernah juga ahli keluarga Shira memerli wanita itu, berkata bahwa dia terlalu sayang dan manjakan suami. Tetapi Shira tak kisah..

'Suami sendiri, apa salahnya.. Pahala lagi.'

Jadi Shira hanya mengabaikan kata-kata dan pandangan orang sekeliling asalkan Khalish senang bersamanya.

~~~~~~~~~~~~~

"Apahal dengan kepala kau tu? Gaduh ke?" tanya wanita itu sebaik saja lelaki itu duduk berhadapannya. Air dihirup perlahan menggunakan penyedut minuman sambil memerhati setiap lagak gaya orang di hadapannya itu.

Muram..

"Kau tak payah tahulah. Yang penting sekarang ni, plan kita dah gagallah.. si kontot tu bodoh betul! Sial! Kalau aku jumpalah betina tu memang mampos aku kerjakan!" si dia merengus kasar menyatakan amarahnya.

"Kau ni.. relaxlah.. kau akan dapat peluang tu lagi. Amacam? Sedap sangat ke minah tu sampai kau ketagih macam ni ha?"

Perli soalan wanita itu bertanya. Tapi tak langsung dianggap serius si dia.

"Aah.. memang tip top la. Lainlah kau. Huh. Aku tengok sekali pon tak lalu. Tiang! Hahaha." si dia ketawakan si wanita.

"Diamlah! Aku pon tak faham asal Khalish masih terima Shira tu walaupun dah kotor ek? Kalau aku.. jijik la." tudung shawl dikepala diperbetulkan sedikit apabila ditiupkan angin.

"Kau tak payah risaulah. Aku ada backup plan. Semua maklumat diorang, ada di tangan aku. Tahulah apa yang aku nak buat. Tapi kau.. ada keje kau sendiri. Aku nak kau jayakannya macam si kontot sial tu buat."

Lelaki itu tersenyum penuh makna sambil memeluk tubuh menatap wanita itu.

"Jangan samakan aku dengan betina bodoh tu. Kau bagilah apapun.. aku akan buat. Asalkan.. segalanya berhasil."

~~~~~~~~~~~

"Bob.. rindunya baby mummy ni. Rindu mummy tak hmm?" Si gemuk Bob diusap tubuhnya di atas ribaan.

Fikir Shira, Khalish mahu membawanya jalan-jalan atau dating sebelum pulang.. rupa-rupanya ada hal yang lebih penting untuk dilakukan iaitu mengambil Bob di pusat jagaan.

Hailah..

"Kita pergi pasaraya dululah bang. Boleh tak? Alang-alang dah nak balik ni.. jomlah." lengan baju Khalish ditarik-tariknya sedikit, mengajak.

"Hmm.. boleh."

Mereka singgah di pasaraya dulu sebelum pulang. Bob ditinggalkan di tempat penyimpanan di dalam sangkarnya yang agak besar sementara mereka membeli keperluan.

"Ha bang.. pi amik troli, tolak." arahan sudah mula keluar.

Khalish dengan lemau dan malasnya mengambil troli dan membontoti Shira dari belakang. Memandangkan hari itu Isnin, jadi tak begitu ramai orang di pasaraya kerana hari bekerja.

Shira mengambil beberapa barang masakan dan dimasukkan ke dalam troli. Sedang dia sibuk memilih, kedengaran barang-barangan berlaga-laga dalam troli perlahan.

Fikirnya Khalish menyusun barangan yang diambil tadi, jadi Shira abaikan. Baru beberapa ketika..

"Ya Allah bang! Kenapa banyak sangat cekedis nye.. ni nak bukak kedai makanan ringan ke apa ha? Simpan balik."

Terkejut dibuatnya. Ini bukan lagi diam-diam ubi berisi, tapi diam-diam troli berisi pulak. Tup tup hampir separuh troli penuh dengan makanan ringan.

"Bukan selalu." Khalish menjawab perlahan. Wajah malas ditayangkan.

"Kan tak elok untuk kesihatan.. boleh tu boleh.. tapi berpadalah. Nanti kene diabetes macam mana? Gigi tu pon sama, elok-elok putih..cantik tersusun, terus rongak. Nak ke?"

Bebelan Shira sudah kembali. Khalish tak berdaya melawan kata-kata Shira hanya mengalah.

Segala makanan ringan si suami tadi kembali diletakkan Shira ke tempat asal. Khalish hanya mampu memandang sayi segala keropok, coklat, wafer dan gula-gulanya disusun Shira.

Mendung dan memuncung terus lelaki itu. Shira perasan perubahan Khalish. Jadi dia cuba memujuk.

"Abang nak yang mana? Boleh makan tapi ambil 3 je okay? Hmm? Banyak-banyak tak boleh." Shira memberi ruang kepada Khalish.

Terus wajah lelaki itu segar. "Betul boleh? Saya nak yang ni.. ni dan ini." cepat saja.tangannya mencapai semula makanan tadi.

"Haha.. sukalah tu. Jangan merajuk dah ye." Shira ketawa kecil melihat sikap keanak-anakan Khalish sambil berjalan ke bahagian bakery pula. Bahagian depan troli ditariknya bersama.

Muncul perasaan aneh pada benak hati Khalish.. 'Aku tahu perasaan ni..'

Shira yanh sudah melangkah ke depan dihampiri sebelum..

"Terima kasih.. Sayang awak." dipeluknya pinggang Shira dari belakang. Tapi hanya seketika sebelum Khalish kembali menolak troli.

Tergamam juga Shira dengan kelakuan tiba-tiba suami Schizonya tadi. Tapi dia hanya tersenyum manis membalas. Tak mahu menyakat Khalish, bimbang lelaki itu akan malu dan terasa pula.

Kalau begitulah.. tak merasalah Shira mahu dipeluk cium Khalish sendiri lagi. Hihihi.

Selepas membeli segala keperluan, mereka pun pulang ke mahligai rumah tangga mereka berdua bersama..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience