"Erghh"Ishtar mengeliatkan badannya.Tangannya terus mencapai telefon yang berada di atas meja bersebelahan katilnya.
"Eh"ujarnya sewaktu membuka telefon.
Jam menunjukkan pukul 5 pagi.Ishtar terus bangun dari katil.
"Kita solat tahajud dengan subuh dulu then buat sarapan untuk mak dan ayah"ujarnya di dalam hati.
Dia terus bergegas ke bilik air untuk membersihkan dirinya dan mengambil air wudhu.
Selesai menunaikan solat,dia terus ke arah dapur.
Sedang dirinya sibuk menyiapkan sarapan,
"Amboi anak mak yang sorang nih.Awal bangun.Siap buat nasi goreng lagi"
"Ni mesti ada apa-apa nak cakap dengan mak.Jangan...jangan Is nak bagitahu mak yang Is nak kahwin"sambung Mak Piah.
"Tak ada apa-apa la mak.Orang baru habis SPM kan?Nak masak sarapan pun salah ka?"
"Ya ka tak ada niat lain?"soal Mak Piah.
"Betul,tapi kan mak..."Ishtar tersengih sambil memandang ke arah Mak Piah.
"Ha.Mak dah agak dah.Nak apa?"Mak Piah terus duduk di meja makan.
"Mak...mak ni memang pandai baca fikiran anak dia.Mantap bak hang"dia menaikkan ibu jarinya kepada Mak Piah.
"Tak sekarang ni Is nak cakap apa?"soal Mak Piah.
"Macam ni"Ishtar terus menutup api dapur dan kemudiannya duduk di hadapan Mak Piah.
Kalau tak ditutup hangit kang nasi goreng tu.Hahahah.
"Ermmm"Ishtar ragu-ragu ingin memberitahu Mak Piah.Takut.
"Apa dia?"Mak Piah terus mengetuk meja membuatkan Ishtar terkejut.
"Maisurah ajak keluar"ayat itu terus meluncur keluar dari mulutnya.
"Ouh,mak bagi ja kamu keluar dengan Maisurah"ujar Mak Piah tenang.
"Eh,betulkah mak?Is boleh keluar?"soal Ishtar tanda tidak percaya kerana sebelum ini dirinya tidak dibenarkan keluar kecuali bersama Mak Piah dan ayahnya.
"Kamu tu dah besar.Mak tahu kamu dah tahu nak bezakan yang mana baik,yang mana buruk"
"Tambahan pulak mak takut kalau kamu rasa mak dan ayah terlalu mengongkong kebebasan kamu"sambung Mak Piah bersama keluhan.
Risau anaknya akan memberontak jika dia dan suaminya terus-terusan mengongkong.
"Eh,taklah.Is suka duduk rumah.Mak kan tak ada teman dekat rumah kalau ayah keluar bekerja"ujar Ishtar.
"Sebab tu lah Is tak kisah kalau mak dengan ayah suruh Is duduk rumah"
"Baiknya anak mak ni"puji Mak Piah.
"Hehehhe"
"Dah pi sambung masak.Kalau kita sambung...tak siap nasi goreng tu"
"Ok ii"Ishtar terus menyambung masakannya yang tertangguh sebentar tadi.
"Jaga diri baik-baik.Kalau ada apa-apa terus telefon mak"pesan Mak Piah kepada Ishtar.
"Iya mak.Jangan risau la.Mama Maisurah pun ikut sekali"
"Jangan risau lah yer.Saya akan jaga dengan baik anak kamu sepanjang di bawah jagaan saya"ujar mama Maisurah iaitu Puan Maimunah.
"Baiklah.Terima kasih ya"
"Sama-sama"
Ishtar, Maisurah dan Puan Maimunah terus beredar dari perkarangan rumah Mak Piah.
"Eh,Maisurah kau ajak aku ke mana?"
"Adalah.Kau tengok ja lah"
"Haishh.Ya lah"Ishtar terus menyandarkan belakang di kerusi dan matanya memandang ke arah luar.
Lama kelamaan,Ishtar mulai terlelap.
"Mama rasa betul tak apa yang kita nak buat ni?"
"Ini ja peluang untuk kita bayar hutang papa"ujar Puan Maimunah.
"Huhh baiklah mama"ujar Maisurah bersama keluhan.Matanya memandang Ishtar.
"Maafkan aku Is aku khianati persahabatan kita.Aku pergunakan kau sebagai tebusan demi kepentingan aku sendiri"ujar Maisurah di dalam hati.
Tidak lama kemudian mereka tiba di sebuah rumah lama yang usang.
"Kita dah sampai,jom turun"ujar Puan Maimunah membuatkan Ishtar terjaga dari lenanya.
"Kita ada dekat mana ni mak cik?"soal Ishtar sambil melihat sekeliling.
"Kalau nak tahu kamu kena keluar dulu"ujar Puan Maimunah manakala Maisurah hanya mendiamkan diri.
"Eh,Maisurah jom la kita keluar sekali"ajak Ishtar.
"Kau keluar dulu.Aku nak perbetulkan tudung sekejap"
"Ermmm,baik"Ishtar tanpa ragu-ragu keluar dari kereta.Matanya memandang ke arah rumah usang yang berada di hadapannya.
"Kenapa kita ada dekat sini mak cik?"soalnya kepada Puan Maimunah yang berada di sebelahnya.
Dan tanpa Ishtar sedari....
"Bukkk"belakang kepalanya dipukul membuatkan dirinya pengsan.
Share this novel