CINTA. Ia adalah salah satu ciptaan Tuhan yang sangat dihajati oleh setiap insan lebih dari perkara lain yang mereka inginkan di dunia walaupun ada yang cuba menafikannya. Dan dia tidak terkecuali tergolong dalam senarai 'setiap insan' itu.
Dia sudah menemukan cinta meskipun dia sendiri tidak pasti sama ada gadis tersebut mencintainya sepertimana dia mencintai gadis terebut, sudah pasti dia tidak terkejut seandainya gadis pujaanya itu tidak membalas cintanya. Kerana dia sedar, tiada apa yang luar biasa pada dirinya - sekurang-kurangnya itu adalah apa yang dia fikirkan.
Kedua mereka bertemu di sebuah kedai buku, ia bermula apabila dia terpaksa berlari masuk ke kedai tersebut untuk berlindung dari peminat mania yang mengejar dan mengerumunnya berbanding cuba menjadi peminat yang bertamadun, membiarkan dia menikmati kehidupan normal, off day tanpa perlu memuaskan hati sesiapa. Manakala si gadis pula bekerja di kedai buku tersebut.Shift-nya bakal berakhir,beberapa buku yang bersepah dikutip dan diletakkan di dalam pelukannya kemas dan erat sebelum buku-buku tersebut berjatuhan ke lantai dilanggar oleh artis remaja kegilaan ramai itu.
Kalau diikutkan hati mahu saja gadis itu mengamuk tetapi tentu sahaja dia tak mampu melakukannya, sebab bukan sahaja dia adalah peminat setia lelaki tersebut tapi lelaki yang berdiri di hadapannya itu ternyata lebih kacak bila bertemu di depan mata berbanding hanya melihatnya di skrin telefin bimbit, kaca tv dan majalah. - Gila dia nak marah kat lelaki ni?
''Maafkan saya!'' itu adalah ayat pertama yang diucapkan oleh lelaki itu kepadanya, pipinya kemerah-merahan bukan sahaja kerana berlari daripada peminat tapi juga disebabkan gadis di hadapannya sangat cantik dan menawan. Dia kemudian cepat-cepat mengutip semua buku yang berjatuhan tadi dan memberikannya kepada gadis yang berdiri kaku di hadapannya itu.
''Tak..Tak mengapa,'' katanya, senyuman anggun menawan terlukir di wajahnya dan dia gagal untuk menahan diri dari membalas senyuman manis gadis itu semula.
Akhirnya lelaki yang menggelabah itu bersuara memperkenalkan diri; ''Hai, saya zayn'' dan gadis itu menjawab, ''oh, saya tahu, eh urmm nama saya Gigi, ignore apa yang saya cakap tadi, weird betul bunyinya.'' Lelakiitu tertawa kecil sebagai respon kepada kejanggalan yang dipamerkan gadis itu.
Selepas pertemuan itu, ia seperti tidak cukup. Akhirnya merka sering bertemu. Dia mula berjumpa lelaki itu setiap kali lelaki itu mengadakan siri jelajah dengan ahli bandnya sehingga gosip hubungan cinta Zayn mulai hangat diperkatakan.
Sungguhpun Zayn gembira dengan gosip tersebut namun dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan. Kedua mereka, Zayn dan Gigi menjadi semakin rapat semenjak kali pertama mereka bertemu iaitu lima bulan yang lepas. Ahli bandnya yang lain sering saja mengusik Zayn tentang hubungan itu. Keempat-empat mereka dapat melihat ketua kumpulan mereka itu sudah dilamun cinta dengan gadis aneh yang dilabe 'socially awkward' itu dan setiap kali itu jugalah Zayn akan menafikan perasaannya walaupun dia tahu yang dia memang sudah jatuh cinta dengan Gigi Hadid.
Dia ingat lagi kali pertama ciuman mereka, yang mungkin juga bukan ciuman ciuman oertama kerana ketik ituU Gigi berada dalam keadaan tidak sedar. Dia tahu apa yang dilakukannya itu agak creepy tetapi dia tak dapat menahan dirinya dari mencium gadis pujaannya itu. Gigi bermalam di condo mewahnya, dan mereka berdua plan untuk melakukan movie marathon, selang beberapa jam Gigi sudah terlena ketika mereka menonton movie yang ketiga. Gadis itu tidur terlentok di bahunya, dan sebaik sahaja Zayn baringkan Gigi di atas katil, dia dapat melihat betapa cantik dan tenangnya wajah Gigi yang sedang lena itu - dan itu yang membuatkan keinginan dalam dirinya, bahkan lebih kuat dari momen lain pernah mereka kongsi bersama.
Tanpa sedar dia membisikkan 'selamat malam' sebelum mengucup lembut bibir gadis tersebut. Gigi tidur dengan lena, terlalu lena hingga tak sedar penyanyi kesayangan dunia itu mengucupnya.
Selepas ciuman pertama itu, keesokan paginya Gigi bangun dan mendapati Zayn sedang sibuk memasak pancake lalu segera mendapatkan Zayn dan bercerita tentang mimmpi pelik yang dialaminya. Zayn teruja untuk mendengar mimpi Gigi namun dia serta merta kaku apabila Gigi menceritakan yang dia bermimpi Zayn menciumnya.
''Gillalah, pelik betul mimpi!'' responnya tanpa langsung memandang Gigi cuba untuuk berpura tekun memasak pancake.
Ciuman pertama mereka mungkin seakan bertepuk sebelah tangan namun dia akan pastikan ia bukanlah ciuman yang terakhir.
Share this novel