BL10

Humor Series 177333

BL10

HARI yang di nanti-nantikan sudah tiba. Seminggu masa berlalu dan hari ini dia boleh mengangkat darjat Puteri Farah Najwa menjadi isterinya yang sah dan selamanya wanita itu akan menjadi miliknya.

GIBRAN duduk di atas kerusi menunggu kehadiran bakal permaisuri hatinya. Tidak boleh digambarkan betapa gembira dan tidak sabarnya dia menanti hari ini.

"Hoi.." Megat Fairus di tepi dipandang.

"Apahal?"

"Kau dah hafal belum nama adik aku?" Soalan itu hanya membuatkan Gib ingin ketawa.

"Pejam mata pun boleh ingat."

Megat Fairus menjonget keningnya.

"Kau tak nervous ke?" Soalan itu di biarkan sepi oleh Gib kalau di layan mahu banyak soalan di ajukan.

"Woi Jenny! Kau tu jantan duduk sini!" Panggil Megat Omar pelahan. Eh. Bapuk tua ni boleh pula dia duduk di bahagian perempuan dengan selendang di lilit ke leher.

Megat Fairus yang mendengar terkekek-kekek ketawa. Kan dah kena sound dengan mulut orang tak ada insurans.

"Aku tahulah..." Rungut Jenny. Dia bangun lalu melangkah ke bahagian lelaki sambil kakinya menghentak ke lantai.

Tiba-tiba ruang di yang tadi ni bising dengan suara menjadi sunyi, kedatangan orang yang ditunggu-tunggu mula kelihatan.

"Jangan tengok pengantin perempuan lama-lama."Kata Tok Kadi tersebut apabila Farah tiba dan mula mengambil tempat di atas pelamin yang disediakan. Tok kadi itu tersenyum memandang wajah membahang Gib.

"Auchh pengantin lelaki malu-malu miow hahaha..." Gurau Megat Fairus membuatkan seisi ruang tamu rumah mereka tersebut mula menghamburkan gelak ketawa.

Gib tergelak kecil. Matanya mengerling ke arah Farah. Ya Tuhan.. Farah kelihatan sangat cantik. Seperti bidadari yang turun dari kayangan. Bakal isterinya itu mengenakan busana putih dan dipadankan dengan selendang yang sama warna dengannya. Terdetik di hati. Mampukah dia membahagiakan bidadari ini.

She's perfect.

"Semua dah cukup. Jadi bolehlah kita mulakan majlis akad nikah. Ha Pengantin lelaki intai sikit-sikit pengantin perempuan betul tak itu bakal isteri kami?" Tanya Tok Kadi tersebut.

"Haish Pandang sikit-sikit je jangan di tenung lama." Sambungnya lagi membuatkan sekali lagi ruangan itu sepenuh dengan ketawa.

Farah memalingkan wajah ke arah lain. Haish nak angkat nikah ke nak mengusik ni! Merah wajahnya menahan malu.

Gib mengalihkan pandang ke arah Farah. Kalau boleh, dia langsung tidak mahu mengalihkan pandangannya. Wanita di atas sana seperti memguncinya rentena matanya.

"Betul tu atas Pelamin tu bakal isteri saya."

"Okey kita mulakan ya. Bismillahirahmanirahim.."

Tok Kadi mula menghulurkan tangan ke arah Gib lalu dengan serta merta dicapai oleh lelaki tersebut.

Melihatkan situasi tersebut, terus Farah dapat rasakan jantungnya bergerak laju. Dia akan jadi isteri kepada seorang lelaki yang telah mengisi ruangan di hatinya.

"Gibran Hans bin Abdullah?"

"Ya."

"Aku nikahkan dikau dengan Puteri Farah Najwa bt Megat Othman dengan mas kahwinnya RM2000 ringgit tunai.."

"Sah sah sah Alhamdulilah." Kata Megat Fairus dengan penuh yakin selaku saksi.

"Sah kentorak kau belum lagi!!!" Kata Megat Omar membuatkan semua tetamu ketawa.

"Ha belum lagi, Tu tadi kan dah salam tok.. Tak kan tak sah lagi!" Kata Megat Fairus mempertahankan diri.

"Kau diam dulu Ngah.."Tegur Megat Othman kepada Megat Fairus. Anak teruna dia seorang ni betul-betul menguji kesabarannya ketika ini.
Mahu ada yang patah gigi kejap lagi.

"Sorry Abah.." Bisik Megat Fairus sambil tersenyum.

"Kita mula balik ye?" Tanya Tok Kadi dijawab dengan anggukan daripada semua yang berada disekeliling meja tersebut.

"Bismillah.... Eh kejap. Kamu diam dulu bila pengantin dah akad aku tanya sah baru jawab faham?" Pesan tok kadi pada Megat Fairus.

Megat Fairus tersegih.

"Baik tok."

"Gibran Hans bin Abdullah."

"Ya."

"Aku nikahkan dikau dengan Puteri Farah Najwa bt Megat Othman dengan mas kahwinnya RM 2000 ringgit tunai.."

"Aku terima nikahnya Puteri Farah Najwa bt Megat Othman dengan mas kahwinnya RM 2000 ringgit tunai.."

"Sah!"

"Sah?" Tanya Tok Kadi ke arah dua kepada pengantin perempuan. orang wali

"Sah!" Mereka menganggukkan kepala.

"Sah!" Kata Tok kadi lalu tangan Gib digoncangkan.

"Alhamdulillah!" Tangan ditadahkan lalu majlis diteruskan dengan bacaan doa-doa selamat.

Farah tersenyum lega. Zahra yang disebelahnya tersenyum. Mereka mula berlaga pipi. Ucapan Tahniah di bisik lembut di telinga Farah.

"Bârakallâhu laka, wa bâraka 'alaika, wa jama'a bainakumâ fî khairin wa 'afiyah. Semoga Allah SWT memberi berkah untukmu. Semoga Allah menurunkan kebahagiaan atasmu. Semoga Allah SWT menyatukan kamu berdua dalam kebaikan dan 'afiyah..."

Tersentuh hati Farah mendengar bibit bicara yang terbisik lembut di telinganya.

"Terima kasih Ara. Semoga itu juga berbalik pada kau sahabat."

"Apa nangis ni tak cantik dah kawan aku nanti.." Kata Zahra cuba untuk memujuk Farah.

"Terima kasih sudi datang dan teman aku.." Kata Farah sambil mengusap lembut tangan Zahra..

"terima kasih juga sebab sudi jemput aku makan nasi minyak kau."

.....

"TAHNIAH Gib. Terima kasih terima anak Abah. Tolong jaga Farah dengan baik sama macam kami jaga dia selama ini. Sayang dan kasih dia lebih daripada apa yang kami bagi." Pesan Megat Othman kepada Gib.

Sedih itu yang di rasakan. Tipulah kalau dia tidak sedih ingin melepaskan satu-satunya anak perempuannya. Berat hati untuk dia lepaskan Farah Tetapi, dia percayakan Gib. Menantunya ini mampu jaga Puteri dengan baik.

"InshaAllah, Abah.. saya akan menjaga Farah lebih dari jnyawa saya sendiri." Tangan lelaki yang baru sahaja bergelar ayah mertuanya itu dikucup hormat. Namun tangan tua itu terus menarik Gib ke dalam dakapan.

"Halah-halah nak peluk jugak." Sampuk Megat Fairus.

Tubuh Megat Othman dan Gib terus di peluk.

"Selamat pengantin baru, adik ipar." Kata Megat Omar lalu belakang tubuh Gib ditepuk. Jujur dia katakan, dia sangat yakin bahawa lelaki inimampu menjaga adiknya dengan baik.

Pelukkan di leraikan.

"Jom kita serbu pengantin perempuan." Ujar Megat Fairus penuh ceria.

Langkah Gib dibawa pula ke arah Farah yang sedang duduk di atas pelamin.

"Assalamualaikum. Sayang." Bisik Gib sambil tersenyum ke arah Farah yang sedang menunduk.

"Waalaikumussalam Abang." Jawab Farah pula.

Tangan Farah dipegang oleh Gib lalu sebuah cincin emas dan sebutir permata diambil dan disarungkan ke jari manis Isterinya itu.

"Kenapa mengigil ni?" Usik Gib.

"Eleh dia pun sama." Jawab Farah. Dia yang nervous tak nak mengaku, bajet cool konon!

Gib ketawa perlahan. Farah mula mengambil tangan sang suami untuk dikucup lembut.

"Cantik. Stay macam tu je bang!" Kata jurukamera profesional yang diupah khas untuk majlis nikah mereka.

Klik! Klik!

Kini, giliran Farah pula menyarung cincin ke jari Gib. Dahi Farah dicium mesra dan para jurukamera yang diupah mula mengambil gambar mereka.

Megat Othman juga tidak mahu melepaskan peluang tersebut lalu dia mengeluarkan telefon miliknya dan gambar Puterinya itu diambil dengan jarak dekat.

"Abah jom makan."Megat Fairus yang berada disebelahnya di toleh.

"Kita makan dulu.Kejap lagi kita bergambar. Orang dah lapar tergedik-gedik ni Abah." Megat Fairus tersengih.

"Along! Kamu tak nak makan ke?" Tanya Megat Othman kepada Megat Omar yang hanya berdiam diri daripada tadi. Megat Omar menganggukkan kepala lalu mengikuti langkah Mereka.

.....

MAJLIS akad nikah itu berakhir dengan acara bergambar antara keluarga pengantin. Majlis resepsi akan diadakan di sebuah hotel.
Dan malam ini mereka akan bermalam di hotel tersebut.

Megat Othman melangkah ke arah Gub yang masih berada di samping Farah. Bibir puterinya tidak lekang dengan senyuman.

"Ni kad bilik kamu dan ini pula kunci bilik Hang dik, Malam ni tiduq asing dulu.." Kata Megat Othman sambil menghulurkan access cad bilik yang berlainan.

Berkerut dahi Farah melihatkan dua kad bilik tersebut. Ha sudah dah halal kenapa pula tidur asing?!

"Awat pulak kena tiduq asing dah halal la Abah."

"Tok soh bising. Hang apa tau sat gi hilang seri pengantin. Habis Majlis esok tiduq la sekali sabaq sikit.." Panjang lebar Megat Othman membebel apabila melihat wajah Farah mencerut.

"Kami bukannya nak buat apa-apa pun malam ni sah-sah dah letih. Paling tak pun cheq peluk dia ja Abah." Jawab Farah segaja ingin mengusik Megat Othman. Namun wajah Gib membahang merah. Malu. Aduhai isteri siapa ni....

"Hang ingat laki hang takdaq nafsu ke dik hoi, Benda halal depan mata tak kan nak biaq." Marah Megat Othman.

"Ala Abah.." Belum sempat Farah ingin mengusik Megat Othman Gib melarang.

"Sayang.. Enough okey, Kita kan dah tahu hal ni." Bisik Gib kepada Farah yang berada disebelahnya..

"Tahulah Saja nak usik abah. Humm Tak menyesal ke tidur soang. Kalau Sayang ada sayang, boleh peluk abang.." Sekali lagi dia cuba untuk mengusik.

"Tak" Jawab Gib penuh yakin.

Farah mencebikkan bibir dan sejurus itu telinganya menangkap suara Megat Fairus yang sedang ketawa terkekek-kekek.

Farah memang Abangnya itu tidak puas hati.

"First time aku tengok hang terdesak mcm ni dik. Bagus la menikah awal."

.......

SAAT muzik instrumental mariage d'amour yang di hasilkan dari piano itu, menjadikan lagu tema majlis perkahwinan Gib dan Farah yang bertemakan masquerade atas permintaan Gib sendiri.

Gib setia menunggu kehadiran bidadarinya.
Kehadiran Farah ditunggu oleh Gib dengan perasan berdebar. Sut hitamnya dibetulkan dan nafas di tarik dalam dan di lepaskan perlahan untuk menghilangkan debaran di dada.

Lampu dewan di malapkan seiring dengan rentak muzik yang mula bertukar dengan alunan merdu A Thousand Years. Pintu dewan besar terbuka dan mata tetamu yang hadir tertumpu pada Farah yang mula melangkah masuk sambil diiringi Megat Fairus dan Megat Omar.

Farah mula melangkah ke arah Gib dengan penuh berhati-hati dan perlahan mengikut rentak lagu yang di mainkan. Bibirnya juga perlahan menyanyikan lirik lagu itu.

"One step closer....."

Langkah Farah akhirnya berhenti betul-betul dihadapan Gib. Farah sungguh cantik mengenakan busana Biru lembut. Kali ini Gaun kembang itu tampak lebih mewah dan mahal berbanding busana akad nikah mereka. Tambahan pula, solekan di wajah manis itu semakin menaikkan kecantikkan aslinya.

"I have died every day waiting for you
Darling don't be afraid
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more"

Gib menghulurkan tangannya lalu disambut oleh Farah. Wajah sang isteri yang mengenakan mask itu diperhatikan lama penuh cinta. Bidadari hatinya. Bidadari syurganya. Farah tersenyum manis membalas tatapan lelaki kacak di hadapannya. Walaupun wajah sang suami hanya kelihatan separuh saja.

Muzik yang bergema di ruangan dewan hotel sudah sampai ke penamatnya. Megat Fairus mengambil alih sebagai pengacara majlis. Dia mula memainkan peranannya. Megat Omar yang turut berada disebelahnya.

"I really hope he will love my sister even a thousand years later.." Ujar Megat Fairus setelah Muzik berhenti.

"Tapi bro jangan lupa adik aku langgar bendul make sure pengerasnya ada ya!" Ujar Megat Fairus lagi. Membuatkan seisi dewan mula ketawa.

"Tanpa membuang masa saya menjemput Buah hati pengarang jantung kami adik beradik iaitu Megat Othman A.K.A Abah kepada pengantin perempuan.."

Sejurus itu, Megat Othman naik ke atas pentas lalu mikrofon yang dihulur oleh Megat Fairus dicapai. Sempat juga Megat Othman mengetuk perlahan kepada anaknya itu.

"Sakit lah Abah." Bentak Megat Fairus.

Tanpa mempedulikan Megat Fairus, Megat Othman memulakan Ucapannya.

"Anak Abah, Selamat Menempuh hidup baru.
Semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrohmah. Diberikan keturunan yang soleh dan solehah, diberikan limpahan rezeki yang berkat serta selalu berada di dalam lindungan juga kasih Allah swt. Ingat anak Abah..
Kepercayaan adalah kunci dalam janji suci ikatan percintaan. Oleh itu, percayalah dengan pasangan mu. Semoga Allah SWT menguatkan ikatan pernikahan kalian dan memberkati hati kalian dengan iman serta cinta untuk selamanya." Dapat dilihat Megat Othman mula menitiskan air matanya.

"Kata-kata Abah buat angah sentap menusuk kalbu.." Rungut Megat Fairus sambil tercebik-cebik menahan tangisnya lalu kepalanya dipalingkan bersembunyi di belakang Megat Omar. Malu lah kalau awek-awek tengok.

Megat Othman melangkah menghampiri pelamin yang tersegam indah di atas pentas tersebut lalu tubuh anak dan menantunya itu dipeluk dan dicium. Menitik air matanya.

"Abah..."

"Halah menangis pulak. Nanti hodoh muka hang dek merah hidung dah" Usik Megat Othman dengan suara yang mula serak.

"Abahlah buat orang nangis.." Jawab Farah perlahan.

Majlis diteruskan dengan ucapan-ucapan dari kenalan rapat mereka. Setelah itu upacara bergambar dengan para tetamu dan pengantin.

Farab memandang tangan Gib yang melekap di tepi pinggangnya erat. Dari awal majlis Gib sentiasa bersamanya pegangan pada pinggangnya itu langsung tidak dilepaskan.

"Thanks Bro datang.."Ujar Gib pada Carlos yang setia berdiri di sebelah sang isteri.

"Selama pengantin baru, Kawan. Jaga dia baik-baik."

Share this novel

norsila
2022-07-10 11:56:35 

yesss dah nikah farah..lopas ni hadap lak dugaan dn cabaran mjadi isteri gib...hehe tabah yoo..farah kuat..hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience