Bab 1 Kemalangan

Humor Completed 47765

Bab 1

Di sebuah wilayah di Selatan Thailand.

“Aah... Ah.”

Kedengaran bunyi nafas tercungap-cungap. Dengan keadaan luka ditubuh Megat Hafiy, dia masih gagahkan diri untuk berjalan. Kelihatan jelas luka di tangan dan kakinya. Baju kemeja berwarna biru muda ditubuhnya mula bertukar warna. Kerana darah di tangannya terkena pada bajunya itu.

Megat Hafiy dapat mendengar bunyi tapak kaki makin hampir dengannya. Dengan cepat dia pergi ke arah belukar dan pokok hutan untuk bersembunyi. Kerana dia sudah tidak mampu untuk berjalan lagi. Kerana kakinya mula terasa sakit akibat cedera. Dia baring dibalik semak. Dia juga risau jika ada binatang berbisa datang ke arahnya. Tetapi ini sahaja cara untuk menyelamatkan dirinya.

Di dalam semak Megat Hafiy dapat dengar dan lihat ada beberapa orang menghampiri tempat dia bersembunyi. Megat Hafiy hanya mampu berdiam kaku dengan keadaan terbaring. Kerana tidak mahu orang-orang itu tahu dia berada disebalik semak.

Megat Hafiy mendengar salah seorang dari lelaki yang mengejarnya berkata sesuatu. Megat Hafiy tidak tahu apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Kerana lelaki itu bercakap dalam bahasa siam. Tidak berapa lama kemudian Megat Hafiy terdengar bunyi orang berjalan semakin jauh. Megat Hafiy dapat mengagak orang-orang yang mengejarnya telah pergi jauh dari tempat dia bersembunyi.

Megat Hafiy cuba untuk bangun dari baringnya. Tetapi dia mula merasa semakin sakit dibahagian tangan dan kakinya. Perlahan-lahan matanya mula tertutup. Dia juga terbaring kembali tetapi sebelum dia pengsan Megat Hafiy sempat bergerak sedikit untuk keluar dari semak tempat dia bersembunyi.

Hampir setengah jam Megat Hafiy pengsan di kawasan belukar ini. Tiba-tiba ada seorang lelaki datang ke arah Megat Hafiy terbaring. Lelaki itu cuba mengangkat tubuh Megar Hafiy. Sepertinya lelaki itu memang sudah tahu Megat Hafiy berada di situ. Lelaki itu sengaja menunggu orang-orang yang mengejar Megat Hafiy pergi jauh dan tidak kembali. Barulah lelaki itu pergi membantu Megat Hafiy.

Dengan hati-hati lelaki itu mengendong Megat Hafiy dibelakangnya badannya. Lelaki yang mengendong tubuh Megat Hafiy itu bernama Yusof. Dia memang tinggal di sekitar kawasan ini. Yusof membawa Megat Hafiy ke rumahnya. Di rumah Yusof ada kedua orang tuanya dan adik perempuannya. Adik perempuan Yusuf bernama Aira Farisha.

Aira Farisha yang sedang berada diluar rumah terkejut melihat abangnya mengendong seorang lelaki. Dengan cepat Aira Farisha menjerit memanggil ibu dan ayahnya.

“Mak, ayah tengok ni!” jerit Aira Farisha.

Kedua orang tua Aira Farisha dengan cepat keluar dari rumah. Bila mendengar jeritan anak gadis mereka. Mereka risau terjadi sesuatu kepada anak gadis mereka itu. Ayah dan ibu Aira Farisha terkejut melihat anak lelaki mereka membawa seorang lelaki yang mengalami luka di tubuhnya.

“Kau bawa balik sapa ni, Usop?” soal ayah.

“Nantilah Usop bagitahu... Sekarang biar Usop bawa lelaki ni masuk dalam rumah dulu,” ujar Yusof tidak menjawab pertanyaan ayahnya.

Ayah membantu Yusof membawa Megat Hafiy masuk ke dalam rumah. Mereka meletak tubuh Megat Hafiy di atas tilam didalam bilik Yusof. Aira Farisha memandang ke arah Megat Hafiy yang telah terbaring diatas katil abangnya itu.

“Boleh tahan juga muka lelaki ni. Tapi rasanya lelaki ni bukan orang sini,” kata Aira Farisha.

“Ya, lelaki ni bukan orang sini. Rasanya dia ni orang Malaysia. Mungkin bercuti ke negara kita ni,” balas Yusuf sambil tangannya mula membuka baju kemeja ditubuh Megat Hafiy.

“Kenapa abang nak buka baju dia tu? Lebih baik abang bawa dia pergi hospital,” Aira Farisha memberi cadangan.

“Rasanya bahaya kalau bawa dia ni pergi hospital. Sebab ada orang yang cuba nak bunuh dia. Buat sementara biarlah dia tinggal dengan kita dulu. Kita tolong rawat dia dulu dekat rumah ni,” terang Yusuf kepada adik dan kedua orang tuanya.

“Agaknya siapa lelaki ni? Sehingga ada yang mahu membunuh dia,” tanya ayah penasaran.

“Biarlah siapa pun dia. Sekarang ni dia dalam kesusahan kita bantu apa yang mampu,” ujar ibu pula.

“Entah-entah lelaki ni orang jahat. Sebab tu ada orang yang nak bunuh dia,” kata Aira Farisha yang merasa curiga dengan Megat Hafiy.

“Abang tahu dia bukan orang jahat,” Yusuf membidas kata-kata adiknya itu.

“Macam mana abang tahu dia ni bukan orang jahat?” tanya Aira Farisha kembali tidak puas hati.

“Sudahlah... Jom kita keluar dari bilik ni. Abang dengan ayah nak tukar baju dan seluar lelaki ni,” ujar ibu lalu menarik tangan anak perempuannya itu keluar dari bilik.

Sekarang hanya Yusof dan ayah sahaja yang berada didalam bilik untuk merawat Megat Hafiy. Setelah membuka pakaian yang di pakai oleh Megat Hafiy dapat lihat dengan jelas keadaan luka yang ada di tubuhnya. Yusuf dan ayahnya membersihkan luka di tubuh Megat Hafiy.

“Nampaknya luka dia tak daklah teruk. Rasanya dua tiga hari eloklah luka ni nanti,” kata ayah sambil membalut luka ditangan Megat Hafiy.

Yusof hanya mengangguk mendengar kata-kata ayahnya itu. Memang benar kecederaan ditubuh Megat Hafiy tidak merbahaya. Megat Hafiy pengsan disebabkan keletihan melarikan diri. Dengan keadaannya yang mengalami kecedaraan.

“Kaki ni rasanya terseliuh sikit. Sebab nampak macam bengkak sikit ni. Tapi tak ada luka yang teruk,” ujar Yusof sambil membelek kaki Megat Hafiy.

“Kau kenal ke dengan lelaki ni?” soal ayah yang dapat merasakan ada sesuatu yang anak lelakinya ini rahsiakan.

Yusof pandang wajah tua ayahnya itu. Ibrahim itulah nama ayah Yusof. Ibunya pula bernama Jamilah. Yusof menarik nafasnya perlahan-lahan. Sepertinya dia terpaksa berterus-terang dengan ayahnya.

“Ya, Usop kenal dengan lelaki ni. Nama dia Megat Hafiy, asal dari Malaysia. Dia datang ke negara kita untuk bercuti,” terang Yusof kepada ayahnya.

Ibrahim pandang wajah anak lelakinya itu. Kerana dia merasa hairan bagaimana anaknya itu boleh mengenali Megat Hafiy. Sepertinya Yusof sudah mengerti bila melihat pandangan dari mata ayahnya itu. Yang mahu Yusof jelaskan bagaimana dia mengenali Megat Hafiy.

“Ya, Usop tahu ayah nak tahu macam mana Usop boleh kenal dengan lelaki ni,” kata Yusof lagi.

Ibrahim mengangguk tanda memang dia ingin tahu bagaimana Yusof mengenali lelaki yang terbaring diatas katil dalam bilik anaknya ini.

“Sebenarnya ada seorang kawan Usop dari Malaysia minta Usop ekori lelaki ni. Kawan Usop takut terjadi sesuatu kepada Megat Hafiy ni. Sepertinya memang benar ada orang cuba untuk bunuh Megat Hafiy ni. Mereka telah upah orang melanggar kereta yang di naiki oleh Megat Hafiy. Tetapi Megat Hafiy sempat keluar dari dalam kereta sebelum kereta itu terbakar. Dia cuba melarikan diri dari orang-orang yang cuba membunuhnya,” Yusof menjelaskan bagaimana dia mengenali Megat Hafiy.

Selama beberapa hari ini Yusof telah mengekori Megat Hafiy ke mana sahaja dia pergi. Tetapi tidak diketahui oleh Megat Hafiy dan orang lain. Kerana Yusof mengekori pengerakan Megat Hafiy secara diam. Orang yang mengupahnya meminta supaya Megat Hafiy tidak mengetahui dia sedang di ekori. Hanya bila Megat Hafiy masuk ke dalam hotel sahaja Yusof tidak akan mengikutnya.

Yusof juga tidak menyangka kereta yang dinaiki oleh Megat Hafiy akan di rempuh oleh sebuah van. Kemalangan itu seperti sudah dirancang dan kebetulan pula berdekatan dengan rumah keluarganya. Kerana itu dia mengambil keputusan membawa Megat Hafiy ke rumahnya sahaja.

“Tak apalah, biarlah dia tinggal disini sehingga dia pulih,” kata Ibrahim.

Usai memakaikan baju di tubuh Megat Hafiy barulah Ibrahim membuka pintu bilik untuk keluar. Buka sahaja pintu sudah ada Aira Farisha berdiri dibalik pintu.

“Aira, kamu buat apa dekat pintu ni? Lebih baik pergi bantu ibu kamu tu apa yang patut,” tegur Ibrahim pada anak gadisnya yang berusia 20 tahun itu.

“Alah, Aira nak tengok lelaki tu mati ke hidup lagi,” jawab Aira Farisha spontan.

“Lelaki tu hidup lagi. Luka dia pun tak teruk mana... Sekarang jom ikut ayah,” kata Ibrahim lalu dengan cepat menarik tangan anak gadisnya itu. Supaya Aira Farisha tidak berada dekat dengan bilik Yusof.

“Ala, Aira cuma nak tengok sekejap je,” balas Aira Farisha agak kesal.

“Kamu tu perempuan ni bilik orang lelaki. Jangan nak gatal masuk dalam bilik abang kau tu,” ujar Ibrahim agak sedikit tegas kali ini.

“Yalah,” sahut Aira Farisha. Yang akur dengan perintah ayahnya itu.

 

Bersambung...

Maaf andai ada typo. Kasih Aira Farisha tentang kisah cinta dan pergorbanan seorang isteri.

Share this novel

DHIA AMIRA
2023-06-01 11:32:10 

done bca n star ...


NovelPlus Premium

The best ads free experience