“Kau nak jumpa Fadzil ke nanti. Dia dengan family dia ada je kat sini” tanya Syaa kepada Azralina yang sedang berbaring di atas sofa.
“Tak sure lagi la. Aku rasa baik kita stay sini dulu. Kalau mak dia call aku cakap nak rehat sehari ke. Esok kot boleh jumpa dia” kata Azralina.
“Hm apa yang kau nak tunggu lagi Lina. Dia dah ada kat sini. Ini lah chance kau untuk pujuk dia. Siap pakej mak ayah dia adik-adik dia pun ada sekali tau. Nenek dia pun ada” kata Syaa.
“Ingat senang ke Syaa. Fadzil tu still marah aku lagi ke apa ke. Kau tahu ke Syaa ? Tak tahu kan ?”kata Azralina.
“Aku faham apa yang kau rasa Lina. But kau kena beranikan diri Lina. Tak nak la kau bersedih je macam nih. Nanti anak kau dalam perut tu bersedih jugak” kata Syaa.
“Hm esok Syaa. Aku janji. Bawak aku pergi rumah nenek dia esok” kata Azralina.
“Haa macam ni lah kawan yang aku sayang. Ni dah pukul 5.30. Siap-siap lah kita gi bazar. Ke nak masak sendiri. Aku tak nak aku penat tak habis lagi nih” kata Syaa.
“Kau penat aku lagi penat hahaha. Okay jom. Tapi kau tahu bazar ke kat sini. Aku tak tau pulak” kata Azralina.
“Before kita sampai kampung ni kan ada pekan. Mesti ada satu bazar. Kita cari la sendiri okay” kata Syaa.
“Okay boleh. Aku nak siap-siap jap. Kau dah solat ke ?” tanya Azralina.
“Kau tidur tadi aku dah solat pun. Dah cepat. Nanti ramai orang takut cepat habis pulak” kata Syaa. Azralina bangun dari sofa dan menuju ke biliknya.
.
“Haa siap pun tiga biji ketupat nih. Pandai lah kau ajar aku Ida. Bersungguh kau belajar dengan nenek tadi” kata Alisha.
“Kau baru tiga ? Aku dah lima biji pun. Ida ajar aku cepat je faham. Kau tuh slow sikit nak faham” kata kembarnya Adirah.
“Kau diam boleh tak ? Berlagak betul minah sorang nih. Janji aku dah boleh buat. Susah dulu senang kemudian” kata Alisha.
“Lah korang nih. Pasal ketupat yang lebih ke kurang ke nak gaduh ke ? Kalau aku hantuk kepala korang nih tak tahu lak nak cakap apa” kata Faridah.
“Jangan la marah Ida. Kau dah ajar kitorang pun. Sekarang ni kita dah ada 20 biji ketupat lembu tau. Eh tak pernah lagi la buat sebanyak nih” kata Alisha.
“Itulah. Selalunya nenek ajer yang buat. Ni kita buat sendiri makin banyak pulak” kata Adirah.
“Itulah gunanya kalau ada cucu macam kita kat rumah. Muda-muda kena la belajar. Boleh jual kan. Hah kau tuh Ida. Cuba lah nasib jual ketupat online ke apa ke. Boleh buat duit” kata Alisha.
“Dalam plan aku la ni. Aku nak menguasai dulu baru aku boleh jual. Hehehe” kata Faridah.
“Pandai Ida buat ketupat lembu rupanya. Boleh ajar aku tak Ida ?” kata Farhad sambil menuruni tangga ke dapur.
“Dia nih cepat belajar Ad. Kitorang nak faham sampai berjam-jam weh hahaha” kata Alisha.
“Meh aku cuba buat ketupat lembu. Aku dah lama sangat tak buat. Nenek pun pernah ajar aku buat ketupat ni” kata Farhad.
“Haa cuba la buat. Aku tak ajar kau tau Ad hehe” kata Faridah.
“Aduh Ida tolong lah aku. Kalau aku lupa macam mana ?” tanya Farhad resah.
“Bunyinya macam tahu je kau ni” kata Alisha.
“Kau tahu ke tak Ad ? Ke kau sembang je ?” tanya Adirah.
“Kau ni boleh tak senyap. Melekat penumbuk aku kat muka kau japgi. Aku nak fokus ni” kata Farhad.
“Tu pun nak marah ke ish” kata Adirah.
“Sabar lah Ad. Kau boleh buat ke tak ni sebenarnya. Meh aku ajar” kata Faridah menenangkan abangnya itu.
“Fine ajar lah aku macam mana. Hmm” akhirnya Farhad mengalah juga. Muka Adirah kelihatan masam mencuka.
“Sorry lah Irah. Aku emosional tadi. Hehe sorry tau. Senyum lah sikit. Tak elok marah-marah bulan puasa nih” pujuk Farhad kepada Adirah sambil mengusap rambutnya.
“Kau marah tadi boleh pulak. Hah makruh puasa kau” kata Alisha.
“Penyibuklah kau nih Isha. Aku baru nak pujuk Irah nih” kata Farhad.
“Korang bising apa nih. Dengan sepupu dengan adik kau pun nak bergaduh ke Ad” kata Fadzil sambil melihat gelagat adik-adik dan sepupunya.
“Eh bukan. Aku cuma nak ajar diorang je hehe. Mana ada bergaduh. Yang kau nampak tadi bergurau je kan kan kan Irah ?” tanya Farhad kepada Adirah yang mencebik mukanya.
“Ingat aku tak nampak ke apa tadi. Ni Ad kau dah angkat ke beg kau. Dah petang ni kau tak mandi lagi ke ?” tanya Fadzil.
“Allah belum lagi lah. Lupa pulak aku. Aku tidur tadi sampai lupa nak angkat beg baju aku. Eh barang-barang yang kau bawak tu dah keluarkan ke” kata Farhad.
“Dah pun. Yang dalam bonet tu aku tak buka lagi. Ada beg baju je. Kau tolong angkat eh. Aku nak tolong ayah kat belakang jap. Nak sembelih ayam” kata Fadzil.
“Bila masa ayah kat belakang. Aku tak perasan pulak” kata Farhad.
“Sebelum kau muncul pun ayah dah keluar ikut belakang pun” kata Alisha.
“Angkat eh. Kunci aku letak dekat meja solek bilik tu” kata Fadzil. Farhad berasa tidak keruan. Dia cepat-cepat naik ke atas tangga rumah menuju ke biliknya.
“Weh Ad kau okay tak nih ? Gelabah je kau nih“ tanya Fadzil.
“Eh takde apa. Nak ambik beg kita lah. Kalau aku duduk je dengan diorang kang aku lupa” kata Farhad lalu masuk ke dalam bilik.
“Pelik je aku tengok si Ad” kata Fadzil.
“Ad tu kenapa Fadzil ?” tanya Faridah.
“Entah dia. Pelik je dia tuh. Eh aku nak tolong ayah jap. Tak habis lagi ke ketupat nih” kata Fadzil.
“Belum lagi la. Dah nak habis pun. Nenek suruh buat 30 ketupat lembu. Hehe” kata Faridah.
“Banyak gila nenek kau suruh buat. Aku tak percaya lah korang yang buat. Dah berapa sekarang ketupat yang kau buat ?” tanya Fadzil.
“Tinggal satu biji lagi. Pastu selesai dah” kata Adirah.
“Memang kitorang yang buat pun. Nenek ajar je. Pastu kitorang ikut lah. And dah selesai hahaha” kata Alisha.
“Ish tak percaya lah aku. Mana nenek kau ?” tanya Fadzil.
“Dengan ayah mama kat belakang lah. Eh kau cari ayah kan. Semua ada kat belakang rumah” kata Faridah. Fadzil terus ke belakang rumah mencari ayahnya.
.
Farhad mengambil kunci kereta Fadzil di meja solek biliknya dan meluru keluar dari rumah. Dia menuju ke kereta Fadzil dan membuka bonet keretanya.
“Mana benda tu eh. Macam mana aku boleh tak perasan pagi tadi” kata Farhad.
Sebaik sahaja Farhad membuka bahagian yang menempatkan tayar sementara, tiba-tiba sesuatu benda yang bersinar memancar di mata Farhad.
“Tracker si Halim ! Aku kena campak buang nih. Aku tak nak family aku terlibat” kata Farhad.
Farhad segera mengambil tracker itu dan memasukkan ke dalam poket seluarnya. Dia memandang sekelilingnya agar keluarganya tidak nampak perbuatan Farhad. Kemudian Farhad mencampakkan tracker ke atas tanah.
“Kau jangan kacau hidup aku lagi Halim. Aku dengan kau dah selesai” kata Farhad lalu memijak tracker itu dan menendang ke dalam air longkang yang mengalir deras.
Sementara itu, Fahmi dan Jali sedang memerhatikan sahaja perbuatan Farhad tersebut. Kedua-duanya mengukir senyuman dan ada dendam yang tersirat di hati mereka
“Kau musnahkan tracker itu pun, kitorang dah tahu kau kat mana sekarang. Memang mampus lah satu keturunan kau nanti” kata Fahmi.
“So bila kita boleh habiskan Farhad nih. Kita nak habiskan seluruh keluarga dia ke macam mana ?” tanya Jali.
“Rilek dulu Jali. Kita bagitau bos dan bos akan susun baik-baik plan kita nanti. Aku cadangkan kita hapuskan masa malam raya nanti” kata Fahmi.
“Aik malam raya ? Lagi tiga hari kan ? Kenapa ambik masa lama sangat ?” tanya Jali.
“Heh. Aku nak diorang merasa hari raya yang berdarah” kata Fahmi sambil ketawa…
Share this novel