PROLOG

Romance Completed 102226

“THIS is your last semester. I don’t want anybody of you sleeping, talking, eating, dreaming and doing another work in my class starting today. If not....” Professor Azmi berhenti bercakap dan matanya tajam memandang sebaris pelajar perempuan yang sedang menunduk tanpa mendengar beliau di hadapan. Makin panas hatinya apabila terlihat seorang pelajar perempuan yang sangat dikenalinya sedang tersenyum-senyum sambil bermain dengan pen di tangannya.

“Aulia!” Lantang suaranya memanggil nama pelajar perempuan itu. Namun, tidak dihiraukan langsung panggilannya. Pelajar perempuan itu masih leka dibuai mimpi manakala rakan-rakannya yang lain sudah mengangkat muka memandang ke arah beliau.

Engku Cassandra Mika yang duduk di sebelah Aulia Alina Afisya, merangkap kawan baiknya, bertindak menyiku di bahagian lengannya.

Masih tiada respon, malah Aulia semakin galak bermain pen ditangannya dan tersenyum-senyum seperti orang angau yang sedang bercinta. Entah apa yang sedang bermain dalam fikirannya.

Ish budak ni! Apalah dia fikir ni? Kali ini Cassandra menyiku lebih kuat dan akhirnya Aulia perlahan-lahan mengalihkan mukanya ke arah kawan baiknya.

“Apa?” Aulia berbisik keras sambil mengerutkan keningnya. Dipandang muka Cassandra yang sudah tegang dan matanya dibesarkan dan dikecilkan berkali-kali.

“Prof panggil kaulah, gila!” Cassandra bercakap dengan suara yang ditahan-tahan. Takut juga tiba-tiba Prof memanggil namanya pula. Mahu minta nyawa dekat situ juga! Serentak itu Aulia mengangkat kening memberi isyarat ‘betul ke?’. Cassandra mengangguk kecil berkali-kali.

‘Aduh! Apa pula nak jadi ni? Sekarang kelas apa? Prof mana pula ni?’ Bisik Aulia di dalam hati. Hatinya turut berdebar dan gementar.

“Aulia Alina Afisya! Again, stand up.” Tegas sekali suara Professor Azmi memanggil namanya. Terkulat-kulat Aulia bangun dari tempat duduknya.

‘Ah sudah!!! Prof Azmi! Masak aku! Apa fasallah aku lupa sekarang kelas dia?’ Bisik Aulia di dalam hatinya.

“Now, what did I tell everybody since I came into this room?”

Riak wajah Aulia berubah. Tak pernah-pernah dia tidak fokus, hari ini dia buat hal, sudah kena sekali! Ini menunjukkan jangan pernah main masa kelas Professor Azmi. Dia memang tegas dan tidak boleh dijangka! Ini, pelajar kesayangannya pula buat perangai. Memang kena habislah jawabnya!

“Answer me!” Suara Professor Azmi sudah meninggi.

“Err… Sir, err… Actually, I… Ark!” Serentak itu Aulia menekan perutnya dan keningnya berkerut.

“Aulia, stop. making. excuses! I know that you are faking it. Answer. my. question. now!” Sepatah-sepatah Professor Azmi mengeluarkan kata-katanya.

“Err… Sir, actually I’m not paying attention what you’ve said.” Aulia terus menundukkan mukanya menahan malu yang bertakhta di hatinya. Mengalah sajalah. Redha sajalah. Serentak itu satu hentakan kuat kedengaran di hadapan kelas.

“You, my room. Now!” Tegas Professor Azmi sebelum keluar dari kelas dengan muka mencuka.

Aulia mula mengemas barang-barangnya di atas meja dengan semangatnya yang bersisa. Selalunya, dialah yang disayang, dipuji, tetapi hari ini? Hmm… Nasib badanlah. Siapa suruh mengelamun tak tentu fasal?

“Weh, sorry… Aku sketching tadi. Aku tak dengar pun dia cakap apa.” Kata Cassandra sambil memegang kejap bahu Aulia.

“It’s okay. Bukan salah kau pun. Okeylah, aku pergi dulu.” Aulia tersenyum kelat dan segera menyandang beg di bahu dan membimbit fail-failnya lalu keluar dari bilik dengan langkah yang lemah. Kalau dia tak datang berjumpa dengan Professor Azmi, mahunya ayahnya yang datang berjumpa dengannya. Maklumlah, Professor Azmi adalah salah seorang rakan kenalan Encik Khalif, ayah Aulia. Kalau buat silap atau masalah, telefon terus angkat.

Share this novel

sya
2023-09-03 00:47:09 

best cite ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience