BAB 2

Mystery & Detective Completed 12501

LAMA lelaki itu menunggu di Kafeteria Pilot.Com yang terletak di tengah-tengah Pusat Bandar, Pasir Gudang. Kalau ikutkan waktu yang di janjikan, hampir satu jam lima belas minit dia duduk seorang diri di sini tanpa teman dan manusia yang berjanji dengannya untuk bertemu.

"Hei.. aku ingatkan perempuan je yang suka janji manis ni. Lelaki pun dua kali tujuh juga." Jelas sekali riak di wajahnya yang masam mencuka.

Sampul surat di depan mata di pandang penuh suka. Apa yang terkandung di dalam sampul itu cukup-cukup membuatkan dirinya rasa teruja apatahlagi dengan pujian demi pujian yang di terima dari pihak produksi.

Jari terlunjuknya di ketuk mengikut rentak lagu yang berirama di gegendang telinganya. Sesekali dia turut membuat 'miming' sementah dia menunggu dengan kebosanan sejak tadi.

"Mendung tak bererti hujan.. yakinlah itu suatu cobaan.. masih ada waktu dan kesempatan untuk meraih cita.." Mendayu suara Ikhwan Hanaki menyanyikan lagu Deddy Dores dengan Ratu rock negara, Ella yang bertajuk Mendung Tak Bererti Hujan.

"Masa lalu hitam di dalam hidupku, dapatkah ku jadikan putih." Lagu itu di nyanyikan dari awal oleh satu suara yang datangnya dari arah belakang.

Ikhwan Hanaki mencebik. Dengar suara pun dia tahu milik siapa. Inilah manusia yang janji dengannya sejak sejam setengah yang lalu untuk bertemu. Hum..

"Kegagalan cintaku.." Dua belah tangan itu menepuk bahu Ikhwan Hanaki dari belakang. Tersentak Ikhwan Hanaki kerana kejutan yang tak di sangaka-sangka.

"Juga keyakinan tergoyah oleh keadaan.." Asywad Afendy menarik kerusi di depan Ikhwan Hanaki. Dia tersenyum meleret memandang Ikhwan Hanaki yang menjeling kepadanya.

"Miskin jiwa dan ragaku.. bagai hidup di padang yang tandus.. begitu beratnya beban yang ada di jalan hidupku.. oh.." Penuh penjiwaan Asywad Afendy menyanyikan lagu itu. Dengan memek muka yang bersungguh-sungguh penuh penghayatan lirik dengan makna yang mendalam.

"Chei! Diamlah kau!" Ikhwan Hanaki memarahi Asywad Afendy. Lelaki itu hanya ketawa dengan gelagat Ikhwan Hanaki itu.

"Sorry lah bro aku lambat. Ada hal lah dengan ibu tadi.." Asywad Afendy terus meminta maaf tanpa berlengah.

Memang silap dia kerana berjanji dengan Ikhwan Hanaki untuk berjumpa sejam yang lalu, tetapi dia yang lambat sejam kemudiannya. Mau tak marah si mamat Ikhwan Hanaki Hidayat ni.

"Erm, yelah kau. Dari dulu alasan kau memang ibu kau je kan. Tak pernah lagi aku dengar alasan kau selain tu." Ikhwan Hanaki berkata terus terang tanpa berselindung.

Asywad Afendy hanya tersenyum menutup semua barisan giginya yang putih dengan bibir sedikit berwarna merah jambu dek kerana tidak pernah menyentuh puntung rokok selama mana dia hidup.

"Ye.. ye.. aku tahu aku lambat. Sebab tu aku minta maaf. Tadi memang aku tak dapat elak benda nak jadi." Asywad Afendy berkata lagi.

"Kenapa dengan ibu? Dia sakit lagi ke.." Soal Ikhwan Hanaki prihatin.

Marah memang marah sebab naik kebas punggung dia duduk menunggu Asywad Afendy datang dekat sini sorang diri.

"Ibu.. dia pengsan masa nak panggil aku sarapan tadi. Tu yang aku bawa dia ke klinik. Risau juga kalau ada penyakit yang dia rahsiakan dari aku." Bersahaja Asywad Afendy menceritakan kepada Ikhwan Hanaki kawan baiknya sejak dari dulu.

Berkerut garis-garis halus di dahi Ikhwan Hanaki mendengar penjelasan kawannya itu. Setahu dia, Puan Amalina tidak ada sebarang sakit kronik seperti darah tinggi mahupun serangan jantung. Mungkin ada penyakit lain lah tu yang dia sendiri pun tak tahu.

"Habis tu dokter cakap apa?" Tanya Ikhwan Hanaki lagi. Lupa seketika tentang amarahnya yang belum di lunaskan kerana penat menunggu Asywad Afendy.

"Tak ada apa-apa yang serius pun. Cuma.. ibu kurang rehat. Tu je." Sesekali Ikhwan Hanaki mengangguk mengerti.

'Kurang rehat sebab dia asyik fikir tentang kau Asywad Afendy. Dia risaukan kau. Kau je yang tak tahu.'

"Hah, ni apa hal kau ajak aku jumpa ni? Dah tu tak reti nak bagitahu aku kau lambat ke apa ke. Nasib baik tau aku tak blah lagi." Pertanyaan yang sebenar di keudarakan kepada Asywad Afendy.

Tak sabar rasanya hati ini hendak berkata dan berkongsi dengan Ikhwan Hanaki. Walaupun mereka tidak lagi duduk sebumbung seperti dulu, tetapi silaturahim yang terjalin mengikat mereka berdua jauh lebih rapat berbanding dengan kawan-kawan yang lain.

"Sabar.. bagi aku order minum dulu. gelojoh lah kau ni." Asywad Afendy ketawa kecil.

Ikhwan Hanaki mengeluh perlahan. sikap Asywad Afendy yang suka main tarik tali macam ni memang dia tak gemar sejak dulu lagi. Ikhwan Hanaki lebih suka berterus terang dalam banyak hal. Dan kalau dia berkias pun, ish, jaranglah Ikhwan Hanaki ni nak berkias-kias dalam pertuturannya.

Dalam menantikan Asywad Afendy memesan minumannya di kaunter sana, sempat lagi dia berfikir tentang cek yang berada di tangannya itu. Dia tidak pasti samada duit yang berjumlah beriban dalam cek tu akan mengubah Asywad Afendy atau tidak.

Harapannya hanya satu. Dia nak kawan baiknya itu sedar tentang realiti dan bukannya hidup dalam khayalan cinta lalu. Hidup ni panjang perjalanannya dan takan tahu apa ada di masa hadapan.

"Hah, aku nak cakap sesuatu ni. Mesti kau terkejut nanti." Tersentak Ikhwan Hanaki dari lamunannya.

"Kau ni kan! Hei.. pakkal lah mood aku okey hari ni." Ikhwan Hanaki mencebik. Sakit dadanya kerana sering kali di kejutkan sebegitu.

"Ha.. ha.. ha.. sorry.. sorry.." Asywad Afendy meletakkan kedua belah tapak tangannya sekali tanda memohon maaf.

"Hah apa dia? Cakaplah." Ikhwan Hanaki merenung anak mata Asywad Afendy.

"Okey macam ni.." Bla.. bla.. bla.. bla... Asywad Afendy mula bercerita itu dan ini, tetapi Ikhwan Hanaki langsung tak masuk dengan cerita Asywad Afendy.

Kenapa aku rasa lain macam dalam diri kau? Aku rasa dekat dengan kau. Kenapa rasa ni..

"Argh!" Ikhwan Hanaki menjerit. Semua pelanggan yang duduk berdekatan dengannya menoleh melihat dia.

"Kau kenapa? Meroyan?" Tanya Asywad Afendy. Bukan pelanggan dekat sini je yang terperanjat, dia juga sama terperanjat. Sedang syok-syok pot-pet.. pot-pet, tiba-tba Ikhwan Hanaki boleh menjerit pulak.

"Hah?" Ikhwan Hanaki memandang Asywad Afendy. Bayangan tadi serta merta hilang dari fikiran. Segera dia mengucap panjang sebelum meminta maaf kepada beberapa orang pelanggan di situ yang terganggu dengan suara jeritannya tadi.

"Ki, apasal dengan kau ni?" Asywad Afendy bertanya lagi. Pelik je dia dengan kawannya itu. Tiba-tiba membisu pula.

"Er.. hah, ni cek. Dalam ni duit kau dari produksi. Semalam kau menghilang kemana entah, tu yang dia orang pesan pada aku suruh sampaikan pada kau." Sebuah sampul surat putih bersih yang tertera nama Asywad Afendy Afendy di hulurkan kepadanya.

Asywad Afendy menerimanya namun dia tidak menghamparkan sebarang reaksi terhadap cek yang bernilai ribuan ringgit itu.

"Aku gerak dululah. Nanti apa-apa hal aku contact kau. Hah, ni sekali. Kirim salam dekat ibu. Nanti aku datang jenguk dia." Punggung telah di angkat dari kerusi. Dia perlu pergi sebelum dia melihat sesuatu yang tak mungkin akan membuat kembali normal seperti sedia kala macam ni.

Asywad Afendy terkontang-kanting memandang pemergian Ikhwan Hanaki meninggalkan dirinya di situ. Apalah nasib hari ni, asyik kena tinggal aje. Dekat rumah, ibu tak nak jumpa dia, ni.. sekali lagi dia kena tinggal? Hu..hu...hu..

PUAS dia cuba menyangkal, namun kekerapan fakta itulah yang makin mengiyakan semuanya. Tak mungkin secara kebetulan semuanya terjadi. Atau, hanya halusinasinya.

Ikhwan Hanaki meraup anak rambutnya ke belakang. Mata di pejam rapat cuba buang segala yang bermain dan berlegar di ruangan mata. Sakit kepalanya memikir hal ini.

Sedari tadi fikirannya terganggu dengan bayangan wanita itu. Seorang wanita yang haram baginya untuk merindui sebagai kekasih apatahlagi bila wanita itu sudah bernikah.

"Astaghfirullah hal adzim.." Beberapa kali Ikhwan Hanaki mengucap pendek. Cuba menenangkan diri yang semakin jauh di tenggelami dengan kenangan silam.

"Apa yang aku merepek ni. Dia dah tak ada, kenapa aku masih menunggu dia?" Tutur Ikhwan Hanaki pada dirinya.

Jauh sudah dia memandu kenderaan ini hingga dia terlupa di mana keberadaannya kini. Rasanya tadi selepas dia pergi meninggalkan Asywad Afendy di kafe, dia terus masuk ke dalam kereta yang di parkir di bangunan bawah.

Kemudian, dia berkhayal seketika sehinggalah dia sedar dia kini di suatu tempat. Tempat yang asing lagi tidak di ketahui apa daerah ini.

Dia keluar dari perut kereta. Kabus yang menghalang pandangan mata melihat sekeliling. Putih mewarnai setiap penjuru tempat, dia menjadi kaget.

"Kat mana ni?" Soal hatinya.

Selangkah dia ke hadapan berdiri di sebelah kenderaan yang membawanya di sini. Dia cuba ingat suasana ini, tetapi..

"Macam aku pernah jalan dekat sini. Apa eak?" Selangkah lagi kakinya mula ke hadapan.

Dalam kesamaran kabus yang menutupi itu dia dapat melihat suatu daerah yang tidak berpenghuni selepas kabus tebal yang memutih itu di lewati.

"Kebun bunga?" Soalan yang entah kepada siapa di ajukan. Dia menyingkap tabir lalu. Kenangan itu menjengah ingatan.

"Awak kena janji dengan saya satu perkara yang awak takkan lupa sampai bila-bila." Gadis itu berkata riang. Di tangan masih tergenggam sekuntum bunga matahari yang d berikan oleh Ikhwan Hanaki kepadanya sebagai tanda perkenalan.

"Apa dia?" Soal Ikhwan Hanaki pada gadis itu.

"Awak akan ingat taman ni sebagai tanda perkenalan kita sampai bila-bila." Kata gadis itu kepada Ikhwan Hanaki dengan gembira.

Senyuman meleret menghias wajah bersih lelaki itu. Lama dia membisu namun kepalanya di anggukkan tanda setuju. Janji telah termatri, namun kerana cinta dia telah pergi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience