Melissa Iman keluar dari hospital pakar itu dengan senyuman yang mengunung tinggi. Dia tersangat gembira dengan perkhabaran yang dibawa oleh Dr Anita sebentar tadi. Dia bahagia kerana selepas ini pasti hidup mereka meriah dengan kehadiran malaikat kecil yang akan memberi seribu rahmat kepada dia dan suaminya.
Ya, sudah 5 tahun dia berkahwin dengan lelaki yang sangat baik pada pandangan semua orang di sekelilingnya. Sepanjang 5 tahun perkahwinan mereka, suaminya tidak pernah menyakitinya, apatahnya lagi meletakkan tangan kepadanya.
Semua keputusan mereka berbincang dan mencapai persetujuan bersama sama, baik atau buruk mereka akan menentukan bersama sama.
Walaupun sudah 2 tahun mereka adalah pasangan jarak jauh, tetapi setiap hujung minggu suaminya akan datang ke Petaling Jaya untuk menghabiskan masa bersama sama, membuat segalanya bersama sama dan dia tersangat bahagia.
Dia bukanlah gadis Idaman lelaki, yang tinggi lampai dan cantik terletak dengan bentuk badan yang menjadi kegilaan. Tetapi suaminya menerima dia seadanya, malah sangat menyintainya.
Dengan tinggi 165cm dan berat badan 90kg, dia selalu menggunakan saiz XXL semasa membeli bajunya, dan terkadang menjadi kerumitan untuk mendapat saiz yang sesuai dengan badannya.
Dia tahu apabila berjalan bergandingan dengan suaminya, mereka seperti langit dan bumi. Suaminya sangat sempurna, selalu menjadi kegilaan pelajarnya. Dia tahu itu kerana setiap kali dia menjemput suaminya di kolej, mata mata nakal pelajarnya menyerlah dengan pandangan yang berserta dengan kegilaan yang tinggi.
Masakan tidak menjadi kegilaan apabila ketinggian suaminya adalah 176cm dan mempunyai perwatakan yang tertib dan sangat menghormati wanita.
Sepanjang perkahwinan mereka yang hampir menjangkau 5 tahun, suaminya tidak pernah memintanya menguruskan badan, berhias berlebihan dan bergaya berlebihan. Suaminya sudah cukup gembira apabila dia sihat dan dapat menguruskan kehidupan mereka dengan sempurna.
Dia tahu dia bukanlah isterinya yang sempurna, kekadang dia malas untuk berkemas dan memasak, malah dia juga malas untuk balik ke rumah mertuanya, tetapi suaminya tidak pernah bersungut, tidak juga pernah menegurnya.
Dia tahu suaminya sangat menjaga hatinya.
Dia berkahwin di usia yang masih muda, ketika berusia 20 tahun and masih belum habis belajar semasa dia meminta izin keluarganya untuk berkahwin dengan suaminya. Kerana satu peristiwa, cinta mereka menggunung and demi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku, mereka bersetuju untuk berkahwin.
Melissa tersenyum lagi, dia menyulam rasa bahagianya, apabila pakar mengesahkan dia sihat, cuma dia perlu menguruskan badanya kepada berat yang ideal untuk membolehkan dia mengandung buah cinta mereka.
Dia berkira kira di dalam kegembiraannya.
Berat sekarang : 90kg
Tinggi sekarang : 165cm
Dia harus mengurangkan sebanyak 20kg and bukan sesuatu yang senang, tapi demi cinta pada suaminya dan rumahtangganya, dia perlu berubah.
Melissa melihat jam di tangannya, sudah berganjak ke pukul 6 petang dan dia perlu berjumpa suaminya. Dia tidak mahu lagi menungu hari minggu, hari ni dia akan membuat kejutan untuk suaminya.
Pasti ibu mertuanya akan turut gembira dengan berita yang bakal dia kabarkan.
Perjalanan dari PJ ke Nilai akan mengambil masa satu jam, pasti suaminya gembira dengan berita yang dibawanya.
Sedang dia melayan perasaannya, sedang dia berangan mempunyai mempunyai malaikat kecil nanti, teleponnya menjerit meminta di angkat.
“Hello Su, kenapa call I malam malam ni, you kat office lagi ke?,” Melissa terus bertanya kerana selama ini mereka berdua tidak pernah berenggang apabila ada task yang perlu disiapkan.
Melissa berkerja sebagai HR Executive manakala sahabat baiknya adalah seorang manager di syarikat dibawah Khazanah Malaysia itu. Sebuah syarikat besar yang menjanjikan gaji yang tinggi, persekitaran yang mahal dan penjagaan kebajikan staff yang first class.
Sahabat yang dipanggil Su itu adalah sahabat yang hampir 2 tahun berkawan dengannya, semenjak kali pertama dia menjejakkan kaki di syarikat itu.
Umur Suhaila yang mesra di panggil Su adalah 35 tahun dan masih membujang sehingga kini. Sejujurnya, dia sendiri tidak pernah bertanya kenapa dan mengapa Suhaila tidak pernah berkahwin, dia sangat menghormati sahabat baiknya.
“I tengah settlekan task for tomorrow townhall, CEO nak kasi gift kat staff yang tanya soalan yang paling jujur esok, RM500 for each of them, direct transfer to ewallet, i tengah liaise with TouchnGo ewallet. I call you sebab nak confirmkan on the MC, dah confirm Encik Emad kan? Sebab tadi you kata nak revert balik that email, tapi i cari takde pulak,” Suhaila yang berbadan kurus langsing dan berwajah kacukan jawa itu bersuara lembut.
“Maaf, i dah called Encik Emad tadi, he said ok, lupa pulak i nak reply the emai. Maaf Su, i on the way to Nilai, nak jumpa my husband sekejap, esok pagi i bertolak from Nilai. Our town hall pukul 10am kan? Insya Allah sempat,” Melissa meletakkan handphone iphone 12 pemberian suaminya di tempat duduk penumpang selepas selesai memberi salam untuk sahabatnya dan meneruskan perjalanan ke Nilai, dengan hati yang berbunga.
Selang beberapa minit, teleponnya berbunyi lagi.
“Mel, i’m sorry, Encik Emad nak online meeting with all crew for tomorrow. In 5 mins I will share a meeting link. Please Mel, Encik Emad macam takde mood jer, dar tadi cakap macam nak telan orang pulak,” suara Suhaila kedengaran cemas dengan nafasnya yang tercungap.
“Give me 5 mins, i kena stop kereta, ini dah tengah highways dah, tell him i masuk lambat sikit, don't be panic, kasi i cari tempat nak stop sekejap,” Melissa memutuskan talian dan memperlahankan keretanya.
Memandangkan dia masih di kawasan Sungai Besi, dia berfikir boleh keluar exit hadapan dan berhenti selepas tol.
Dia tersenyum pahit, sepanjang dia berkerja di situ, ketua yang di panggil Encik Emad itu memang mempunyai personality yang tidak di senangi oleh sesiapa pun pekerja di bawahnya. Dia tidak pernah bersabar dengan setiap masalah dan mula menyalahkan sesiapa yang berada di hadapannya.
Dan Melissa percaya Suhaila menjadi mangsa untuk kali ini, kerana biasanya dia selalu menjadi mangsa ketuanya itu.
Emad Ferhad Sulaiman adalah HR Director dan dia adalah position yang tertinggi di HR. Mengikut gossip yang bertaburan di office, dia adalah duda kepada 2 anak dan tidak pernah berkahwin selepas itu.
Kenapa dia sangat garang, tidak pula sesiapa yang tahu jawapannya.
Melissa memperlahankan kereta dan menyusuri ke kiri untuk memasuki jalan Sungai Besi itu dan mencari location yang sesuai untuk berhenti dan menunaikan tanggungjawab kepada syarikat yang memberi rezeki kepadanya dan bakal anak anaknya.
Insyallah, semoga Allah memberi rezeki kepadaku bersama suamiku, doanya didalam hati.
Melissa mengambil phonenya, membuka tas tangan untuk mengambil pen dan buku nota, bersedia untuk meeting pada jam 7.30malam.
Waktu maghrib melabuhkan tirai sebentar tadi, dia akan menunaikan solat di Nilai nanti, ada rezeki boleh berjamaah dengan suaminya.
Dia menekan link ke meeting microsoft team itu, seperti biasa Teams adalah platform yang di gunakan oleh mereka untuk mengadakan meeting selepas waktu office ataupun untuk staff yang berada di luar headquarters.
“Assalamualaikum, maaf i lambat sebab tadi tengah drive. Now i’m in,” Melissa bersuara apabila dia berada di dalam meeting dan melihat 15 orang bersama.
“Waalaikummusalam, kita dah boleh start Encik Emad, semua dah ada,” kedengaran secretary, Puan Nadia bersuara dan meminta semua pekerja membuka video.
“Assalamualaikum, I'm sorry due to late meetings and after office hours, and i nak everyone to update me on the progress for tomorrow, start with Melissa Iman,”
Melissa mendengar suara Encik Emad yang keras dan tiada lemak langsung, dan dia tahu ada perkara yang akan di bahaskan nanti.
“Boleh Encik Emad, I will start with my first tasks, attendance and door gifts. All in place, barcode scan for attandance ready and HR systems will auto detect absent staff and HR systems will email them to remind them of the town hall. We expected 90% attendance from HQ staff. Also door gifts, all items already on the 9th floor. Facilities staff will bring it to the hall tomorrow morning. All in place,”
“2nd task will be MC. As confirmed by En Emad this morning, MC will be handled by En Emad for opening and Encik Rahmat will continue after this. Floor manager also confirmed Puan Suraya from Facilities. I dah provide all townhall details as per agreed during our yesterday meeting,”
“My part is all in place. That all, thanks,” Melissa menghabiskan updatenya dah menekan button mute.
“Melissa, all in place??? Why i tak terima scripts for the opening meeting for tomorrow, you said ALL IN PLACE?,” suara itu lantang, dan tiada belas kasihan.
Melissa terkejut dengan suara Encik Emad yang sedikit kuat. Seingatnya, dia sudah menghantar scripts seperti yang di minta oleh sebelum dia pulang sebentar tadi, Scripts itu lambat kerana ada beberapa perkara yang dia perlu confirmkan.
“Maaf Encik Emad, i dah email you before i balik tadi. Wait, let me check my email,” Melissa tidak mahu berpanjangan, dia perlu melihat “sent” email di mailboxnya.
Melissa terkejut kerana emial itu berada di outbox dan bermaksud email tu tersekat. Dadanya sudah mula berdebar, bimbang suara Encik Emad akan naik ke satu noktah.
“Boss, sorry sebab email tu masih dalam outbox, i rasa tadi mungkin ada network problem, maaf boss, i dah resend sekejap tadi. Sorry again,” suara Melissa kedengaran perlahan, tetapi cukup sampai ke telinga Emad.
Suasana di dalam online meeting itu sunyi sepi, tiada yang berani berkutip apabila Emad di dalam keadaan marah.
“Next one, Suhaila, please update me on your task, make sure jangan cari alasan like before. If i tak call for emergency meeting like now, sampai esok i tak akan dapat my scripts, and you assumed i berdiri atas stage and sengih to CEO and all board member. Itu semua berniat nak malukan i kan?,”
Melissa Iman cuma berdiam diri, memang salahnya dan dia tidak mahu bercakap lagi mengenai perlakara itu.
Dia juga tahu baran dan cara kerja Emad. Dia juga tahu bagaimana Emad memastikan kesempurnaan di dalam setiap project dan kerja seharian. Di dalam rasa bersalah, dia juga bersyukur dengan semua pengalaman yang dia dapat.
Meeting mereka berjalan selama hampir 2 jam dan kereta dia mula meninggalkan parking itu pada pukul 9.30pm.
Walaupun sudah lewat, dia mahu juga berjumpa suaminya, dia perlu berkongsi rasa bahagianya bersama suaminya.
Kalau perlu, dia akan berpindah ke Nilai, dia akan berkorban untuk tinggal bersama suami dan ibu mertuanya. Seorang isteri perlu berada di samping suaminya, kan? Dia tersenyum lagi.
Rindu pada pelukan dan gurauan suaminya bercambah dengan tiba tiba.
Alhamdulillah, doakan semua berjalan lancarbya, neves ni … jangan lupa support ya.. love semua
Share this novel
Hai, saya dah top up tapi kenapa tiada tambahan coin sedangkan akaun bank saya telah di tolak RM39.90
Hi, jemput baca novel sy yg berjudul cinta yang tak didendangkan. Jgn lupa support dan komen yaa, Trima kasih
sy dh top up coin di 7 eleven. mmg dh ada nmpk coin 2 dlm acc tpi ttp x boleh bkk