Rate

BAB 12 - MILIK MANJA

Romance Completed 454604

Inas terjaga dari tidurnya.. Bila cahaya matahari mula menguis guis manja wajahnya yang masuk melalui cermin kaca yang sudah disingkap tirainya..terus Inas membuka mata membulat.

''aduh! Macam mana aku boleh tidur tak sedar diri ni sampai cerah macamni... Nasiblah aku cuti....'' kaca inas menyelak selimut yang menutup keseluruhan tubuhnya..

'apalah kau ni inas..hari pertama lagi kau dah buat perangai..malulah!' inas melihat keliling.. Hanya ada dirinya disitu...

'mana dia pergi?.. Arghh nanti lah cari..pergi mandi dulu..' kata Inas berjalan keluar dari bilik itu dan menuju kebilik yang satu lagi..

Selesai mandi dan bersiap semuanya..inas turun ke bawah..ruang rumah itu masih kelihatan sunyi.. Sememangnya begitulah suasana rumah besar itu..memandangkan nilai ahlinya taklah ramai mana..

''morning..pengantin baru..'' tegur Hamzi..kepada Inas yang sedang berdiri di laluan tangga..

''selamat pagi...hmmm..''

''panggil saja abang..kan saya ni abang ipar kamu..'' kata Hamzi sedang menayangkan senyumannya.

''abang..'' sambung ayat Inas yang tergantung tadi. Hamzi menganggukkan kepalanya sambil mengatur langkahnya..

''abang.. Inas nak cakap sedikit..'' kata Inas memanggil Hamzi.

''cakap? Cakap apa dengan abang?'' tanya Hamzi mengangkat sebelah keningnya kepada Inas.

''sebenarnya.. Mengenai hal di hotel tu..'' kata Inas terhenti..bila melihat Hamzi mengangkat tangannya.. Menayangkan tapak tangannya di hadapan wajah Inas.

''nak cakap benda tu disini?'' Hamzi mengerutkan dahinya kemudian menjatuhkan tangannya semula.

''ikut abang..'' arahnya ..lalu berpaling dan berjalan pergi..

''tunggu apa lagi tu..marilah..'' panggil hamzi, berpaling semula kepada Inas.. Bila dia tak merasakan Inas mengikutnya.

''tapi nak kemana?'' tanya Inas. Kemudian dia melihat Hamzi menunjukkan ke satu arah yang tak jauh dari situ.. Inas segera menganggukkan kepalanya.

Melangkahlah Inas..mengikut Hamzi kearah yang ditunjukkannya tadi.. Hamzi berdiri di sudut itu, menanti kedatangan Inas.

''cakaplah apa yang kamu nak cakapkan..dalam rumah ni..tak boleh sebarangan cakap..kita tak mahu gosip-gosip liar timbul..walaupun kamu nampak hanya kita berdua yang ada di ruang terbuka itu..'' Hamzi menunjuk keaarah dimana mereka berdua berdiri tadi...

''tapi.. Masih ada telinga yang mampu mendengar dengan jelas.. Tak mudah kita tutup mulut orang Inas.. Kali ni saya ingatkan awak.. Selepas ni..lebih baik awak berhati-hati..'' kata Hamzi tegas.

'nampaknya..keluarga ni sangat menjaga hal-hal sebegitu..inas..kau jangan lupa.. Mereka ni bukannya seperti orang biasa-biasa..' Inas menjatuhkan kepalanya beberapa kali.

''so..cakaplah apa dia? Abang nak keluar lepas ni...'' kata Hamzi melipat tangannya memeluk tubuh memandang tepat kepada Inas.

''sebenarnya Inas nak terangkan .. Perkara yang berlaku di hotel bandaraya itu.. Inas rasa abang dah salah faham dengan inas..sebenarnya waktu tu ..terjadi sesuatu..hmm.. Yang kejar Inas tu sebenarnya.. Suami Inas.. Bekas suami Inas...'' kata Inas..menerangkan semuanya kepada Hamzi.

''habis tu kenapa yang kamu lari? Malah terpeluk saya..'' kata Hamzi..merah muka Inas waktu itu..malu.

''saya tak sengaja..saya lari sebab dia kejar saya..waktu tu saya baru lepas tangkap yang dia curang..saya memang tak sengaja terlanggar abang..'' jelas inas menundukkan wajahnya kebawah..melihat jubin lantai yang memantulkan kembali bayang wajahnya.

''hmmm.. tau tak? apa yang saya pikir waktu itu! ..'' kata hamzi membuka tangan yang memeluk tubuhnya tadi.. Inas segera mengelengkan kepalanya..

''saya ingatkan ada urusniaga haram disiang hari macam tu..sebab bukan Inas seorang saja yang pernah guna taktik terlanggar sampai terpeluk macam tu..'' kata hamzi tergelak kecil.

'jadi dia ingat aku ni..apa? pelacur..?! jauhnya dia menyimpang..' Inas kembali mengangkat wajahnya..melihat kepada Hamzi.

''ok! rasanya kita dah selesai.. abang pergi dulu..''kata Hamzi.

''mmm.. boleh Inas tanya satu soalan ?'' tanya inas.. menghalang laluan Hamzi.

''what?'' tanya Hamzi kembali.

''mengenai Raif..kenapa dia dipanggil Manja?'' tanya Inas..

'jadi..selamani kamu belum tahu ke?' dan kali ini bekerut dahi Hamzi melihat kepada Inas.

''hmmm..sebenarnya..manja..tak macam lelaki lain yang sebaya dengannya..walaupun dia nampak dewasa..tapi pikirannya seberti budak-budak..'' kata Hamzi.

''budak-budak? maksudnya apa? dia tu autisme..macam tu?'' tanya Inas.

''lebih kurang macam tu ..tapi dia bukan autisme macam tu.. Gejala dia sama.. Tapi dia sihat.. semua ni terjadi masa dia kemalangann dengan ayahanda.. Alhamdulillah dia terselamat..dalam kemalangan itu..''

''sejak dari kemalangan itu dia tak banyak bercakap, walaupun sepatah .. waktu tu dia baru umur sepuluh tahun..sangat muda..dan dia dah trauma.. sangat-sangat.. Jadi memori dia stuck disitu...''

''tapi sekarang alhamdulillah dia semakin pulih.. kamu pun sendiri tengok kan.. dan yang ajaibnya..kamu orang luar pertama yang dia memberi tindak balas positif..'' terang Hamzi dengan panjang lebar.

Inas diam kebingunangan seketika..

'' jadi dia bukan autisme..tapi perangai dia macam mana? Inas perlu buat apa...maksud Inas?'' kata inas bingung..

''jangan risau..dia dah semakin pulih..tak macam dulu lagi..pastikan dia makan ubat dia ikut waktu..tak tertekan..rasanya semuanya akan okay..'' kata Hamzi tersenyum kepada Inas..manakala sebelah tangannya diletakkan diatas bahu Inas agar Inas tak terlalu takut untuk menghadapai Raif di masa hadapan.

''Abang!'' satu suara menyapa mereka berdua..
Berpalinglah mereka berdua kearah suara itu..

''Manja..'' segera Hamzi menjatuhkan tangannya yang ada di bahu Inas ke bawah semula.

Raif bejalan mendekat kepada mereka berdua..lalu menarik Inas, membawa kepala Inas tersembam didada bidang miliknya..

''dia isteri Manja..milik manja..abang kan dah ada isteri abang sendiri..abang jangan kacau isteri manja..!'' kata Raif bernada tegas..mempertahankan haknya..memeluk Inas dengan lebih erat.

''abang tahu.. mana ada abang ganggu Inas..'' Hamzi mengangkat kedua-dua tangannya keudara..menyerah. tapi didalam hatinya sekarang sedang bergelak geli hati melihat Inas yang sedang tersembam di dada Raif.

''habis tu kenapa abang buat dia takut?'' tanya Raif masih tak puas hati..sebenarnya dari tadi dia memerhatikan semuanya..cuma dia tak dapat mendengar perbualan mereka.

''taklah! mana ada..cuba Manja tanya Inas sendiri..'' kata Hamzi menunjuk kepada Inas yang masih dipeluk kuat oleh Raif.

Inas berusaha keluar dari pelukan Raif.. Tapi usahanya gagal...

''betul ke ni..?'' tanya Raif membuka tangannya.. Lalu meraih pipi Inas yang sedang merah membahang..

''kenapa muka kamu merah?'' tanya Raif.. Lalu membawa muka Inas di bawa ke kiri dan kanan..

''kamu demam?'' raif menyamtumkan dahinya dengan dahi Inas...

''prfttt.. HAHAHA..'' akhirnya ketawa Hamzi terlepas juga..sungguh geli hatinya melihat Inas diperlakukan oleh Raif sebegitu..

''kenapa abang ketawa? Manja tanya ni..dia sakit ke?'' kata Raif tak puas hati.

''tak-tak-tak... Inas okay..'' Inas memegang tangan Raif yang melekat dipipinya.. Kemudian mengangguk beberapa kali..

''mana tahu semalam kamu jatuh katil.. Dan hari ni demam?..'' kali ni tubuh Inas pula dipusingkan oleh Raif

''hah! Semalam jatuh katil? Manja buat apa? Sampai jatuh katil.. Abang tak sangka yang Manja dah semakin maju..'' tanya Hamzi menyakat Raif. Lalu menayangkan dua ibu jarinya kepada Raif.

'apa yang dua beradik ni bualkan..jangan cakap yang mereka bualkan yang itu.. Mana aku nak letak muka aku ni?'

''nampaknya abang tak payahlah risaukan adik abang seorang ni lagi..kan..tak payah abang ajarkan pun kan..'' kata hamzi..sambil bergelak kecil.

''kalau nak pendapat abang..abang sedia berkongsi..'' kata hamzi mengenyitkan sebelah matanya kepada Raif. Sebelum berjalan pergi meninggalkan mereka berdua..

''apa yang abang cakapkan?'' tanya Raif bingung.

''ha..biarkan ye..abang melawak saja tu..'' kata Inas..

"abang takutkan kamu?" tanya Raif mengangkat dagu inas menatap ke wajah Inas..

"tak.. Tak adalah.." jawap inas gugup..

'aku wanita normal kan.. Memang tak salahkan aku gugup macam ni..'

''dah makan?'' tanya Raif. Inas segera.. mengelengkan kepalanya..

''jom..suapkan manja makan..'' kata Raif dengan senyuman diwajahnya.

'hah! Suap makan?' raif segera menarik tangan Inas masuk ke ruang makan..

''assalamualaikum ..'' tegur wanita yang ada diruang itu..

''waalaikum salam..'' jawap inas dan juga Raif bersamaan..

''makcik ann...tak perlu tunggu..manja akan makan dengan isteri manja..'' kata Raif dengan wajah yang manis.

'dia panggil makcik? Sepatutnya panggil kakak kan.. Kau jangan lupa Inas..dia kan special..'

Inas menyendukkan makanan kedalam pinggan..kemudian dia mengambil satu lagi pinggan..untuk dirinya..

''satu pinggan sahaja..kita share..'' kata Raif..menolak pinggan yang sudah berisi di tegah-tengah antara dia dan inas.

''ya..'' balas Inas kembali meletakkan pinggan kosong tadi di tempat asalnya..kemudian Inas mencapai sudu..

''suap gunakan tanggan..'' kata Raif..dengan manja.. Menarik hujung baju Inas.

'Hah!tangan..?' Inas mengepalkan tangannya.. Kemudian menunduk melihat tangannya yang masih berinai merah itu.

''kejap Inas basuhkan tangan dulu..'' kata inas..

''sini..'' Raif menunjukkan kepada sebuah singki yang ada di belakang Inas..

'ada singki di sini..tak sempat aku nak hilangkan rasa gugup aku ni..' selepas selesai membasuh tangan inas duduk di kerusi..

Raif mengangkat tangan untuk membaca doa..dan mereka sama-sama mengaminkannya..

''kenapa? Jangan risau manja takkan gigit jari isteri Manja..'' kata Raif bila dia melihat Inas masih belum mula menyentuh makanan yang ada didalam pingggan..

''betul ni tak gigit?'' tanya Inas.. Sebenarnya bukan itu yang dia risaukan..tetapi lebih kepada malu..

''tak..janji tak gigit..'' kata Raif mengangkat tangan kanannya berikrar..Di hadapan Inas.

Inas mula meyuap Raif..satu suapan..kemudian Inas melihat Raif mengunyah makanan tersebut..

''manja tak gigitkan?'' tanya Raif.. Inas mengangukkan kepalanya..

''sekarang suap untuk kamu pula..'' kata Raif..

Maka berselang selilah mereka makan bersama..

'dah macam ibu yang sedang suapkan anak dia makan pula...' Inas menarik bibirnya tersenyum. Melihat wajah suaminya yang sedang tersenyum manis kepadanya.

"selepas ni.. Taklah Tun yang kena suapkan manja lagi kan kak?" kata pembantu rumah yang sedang mengintai pasangan itu makan..

"ssshhh.. Tengok sudah.. Tapi mulut tu jangan bercakap.. Nanti terdengar dekat Tun ke macam mana.. Siaplah kamu nanti.." ugut Rohana kepada pembantu rumah muda itu..

"tak kak.. Salah saya." segera pembantu rumah itu menutup mulutnya dengan tangan.. Atas kelancangan bicaranya tadi..

Dari atas lantai atas Maya mengintai melihat pasangan itu.. Inas walaupun masih kekok dengan Raif..tapi masih nampak selesa.. Begitu juga dengan Raif sendiri.. Bibirnya mengembang tersenyum melihat akan hal itu..

Yeayyy... BAB 12..Milik Manja.. Akhirnya terjawap bukan.. Siapa manja.. Dia bukannya gila.. Tak waras mahupun autisme.. Suma dia terlampau tertekan sewaktu kemalangan tu.. Sampai dia sendiri taknak terima kejadian tu didalam minda dia.. Apapun.. Waney menanti komen hampa na.. (^_-) Luv u alll.. Muaahhh muahh muaahhh..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience