Bab 11

Horror & Thriller Completed 3437

Elysa duduk di tepi kereta ambulans.Kawasan hotel penuh dengan kereta polis dan ambulans.

"Macam mana kau boleh ada di bawah tu?"tanya Elysa.

"Aku nak jumpa mak aku."jawab Imran.

"Mak kau?"Elysa kebingungan.

"Sebenarnya mak cik yang nak bunuh kau tu.. mak aku.Aku nak minta maaf atas perbuatannya. "jelas Imran.

"Tak pelah,bukan mak kau yang berniat nak bunuh aku."kata Elysa.

"Kenapa mak aku nak bunuh kau?"tanya Imran.

"Sebenarnya,mak kau dirasuk oleh roh yang berdendam dengan aku.Aku dah buat salah dengan dia.Tulah dia nak bunuh aku."jawab Elysa.

"Yelah, kita mana tau orang tu macam mana. Kadang kadang nampak baik tapi kita tidak tahu bila hatinya sudah resah."balas Imran serius tiba tiba.

"Ha?"Elysa terkejut dengan pernyataan itu.

"Takde pa palah.Kau berehatlah dulu."balas Imran sambil tersenyum kemudian beredar dari situ.

Elysa tersenyum apabila mengingati jasa baik Imran yang sanggup mencederakan ibunya demi menyelamatkan dirinya.Entah kenapa dia langsung tak rasa bersalah mengingati ibu Imran terbunuh kerananya.Mungkin hatinya telah hitam...

Elysa berdiri lalu melangkah ke arah bangunan hotel untuk ke tandas.

Imran masuk ke dalam sebuah kereta.Matanya tertancap pada Elysa.Senyuman terukir di bibir Imran.Dia melihat cermin pandang belakang. Tetapi, wajah dalam cermin bukan wajah seorang lelaki tetapi wajah seorang wanita.

Tiada siapa tahu bahawa roh kakak Amira berada dalam badan Imran sejak kemalangan berlaku.Dia memberi Elysa gelang supaya dapat mengingati wajah orang yang membunuhnya.

Elysa berada di tengah jalan raya.Tiba tiba, cahaya lampu menyuluhnya dari tepi.Ketika dia menoleh,sebuah kereta memecut ke arahnya.Dia hanya mampu berdiri dan menunggu masa untuk mati.....

Tamat***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience