Call Girl 29

Romance Series 1321556

Call Girl 29

Jasmine memandang skrin telefonnya tenang. Aplikasi Find my , masih terbuka. Lama dia menatap Screen itu.

People
MySister Ara
No Location Found.

Jasmine mengeluh.

"Where are u Ara.."Gumam Jasmine. Sudah seminggu dia cuba untuk mencari keberadaan Zahra tetapi tidak berjaya.

Maklumat yang diterima dari anak buah Carlos juga mengecawakan.

Telefon dicampakkan keatas katil badannya direbahkan sama di atas katil empuk itu.
Matanya dipejam.

Tiba-tiba fikiran Jasmine teringat Luq mikail. Entahla Mula terasa kekok bila bertemu Lelaki itu. Jam dikerling sekilas ,11 malam.

Bosan!

Sedang asyik Jasmine melayan perasaan, telefon bimbitnya berbunyi.

Lisa.

"Holla my old friend"Sapanya terlebih dahulu.

"Hey beautifal Jasmine!" Mendengar pangilan itu Jasmine ketawa pelahan.

"Where are u Min? Aku ada kat KL jom keluar."

"Wow ingat juga u dekat i ingat lupa." Soal Jasmine Sinis.

Lisa mendengus mendengar soalan itu.

"Ish Bz la! itu pun sentap.. Sekarang ni nak tak?"

"Datang ambil you lagi 20 minutes. malas nak drive."

"All right babe. Bye." Pangilan terus ditamatkan. Setelah itu Jasmine terus bersiap.

..................

Hanya 15 minit pemanduan yang penuh dengan gelak tawa itu, Akhirnya mereka tiba di satu kelab malam yang terkenal.

Jasmine yang terasa diekori sesekali mencuri pandang sekelilinginya. Dia cuba membuang perasaan tidak selesa itu. Malam ni Dia nak enjoy habis-habisan. Apa nak jadi, jadilah. Dia ingin melepaskan segala Tekanannya.

"So malam ni nak release tension biasa-biasa ke sampai bulan?" Tanya Lisa sambil mereka berdua mengambil tempat di tepi meja bar itu.Matanya sempat memandang ke sekeliling ruangan yang sesak dan gelap itu sebelum dibalikkan pada Jasmine.

"Malam ni nak capai bulan bintang.. I nak release tension yang bersarang dalam kepala otak i ni" Jawab Jasmine sambil tertawa kecil.

"I know how to release your stress" Bisik Lisa sambil tersenyum.

Lisa memanggil bartender itu lalu berbisik sesuatu ke telinga bartender. Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum kearah Lisa.

Tak sampai 5 minit , Dua gelas kecil berisi cecair jernih dan sepiring hirisan limau nipis dan garam dihidangkan dihadapan mereka berdua.

tequila.

"Enjoy u drink" Jasmine memandang kearah Lelaki bartender itu sebelum senyumannya perlahan-lahan terlorek sendiri. Sudalah lama dia meninggalkan minuman ini.

Gelas kecil itu dicapai dan diangkat.

"Ladies Night babe!" sorak dua itu dengan tawaan kecil. Sambil mata memandang satu sama lain, cecair kuning itu dihirup dalam satu tegukkan. Jasmine cepat-cepat mencapai hirisan limau itu dan dipicit ke dalam mulutnya. Matanya dipejamkan sambil saat cecair itu melalui anak tekak.

Gelas yang kosong kembali di berisi. Dua gadis itu sibuk menikmati minuman.Bunyi Kuat muzik di dalam ruangan itu tidak diendahkan mereka berdua.

Beberapa minit kemudian, Jamsine dapat rasakan kepalanya mula berpusing. Kesan alkohol itu sudah berjalan didalam tubuhnya. Wajah disenyumkan dan mata dipejam.

Hanya satu rasa KEPUASAN.

Bunyi muzik yang memenuhi ruangan kelab itu dilayan dengan kepala dan pinggulnya mula bergoyang kiri dan kanan.

"Let' dance girl "Jerit Jasmine pada Lisa dan dia terus bangun dari kerusi di bar itu. Tangan Lisa ditarik mengikutnya sehingga mereka tiba ditengah-tengah lantai tari yang kerumunan manusia. Tubuhnya terus digoyang- goyangkan mengikut rentak lagu yang di mainkan DJ itu.

...............

"Dah lari? bagus la lepas ni senang kerja kau kan?"Tanya Shahirul sambil meneguk minuman keras sekali lalu.

Jari-jemari Farizal mengetuk-ngetuk permukaan Sofa disebelahnya.
Bibirnya terjongket sinis.

Tak sangka Zahra boleh jadi seberani itu. Nampaknya gadis itu memang benar- benar sudah merancang untuk melarikan diri.
Sampaikan anak buat Carlos tidak dapat mengesannya.

Shahirul menjeling Farizal sekilas. Dia sendiri tak dapat membayangkan apa yang bermain di fikiran lelaki itu. Akal licik itu sentiasa bekerja. Pasti ada sesuatu yang di rancangnya.

Bunyi bising muzik yang berdentum kuat di dalam kelab malam sedikit pun tidak menganggu mereka malah mereka bertambah suka. Mata Farizal terlihat satu susuk tubuh yang dikenalinya.Bibirnya naik tersenyum sinis.

" So kau plan apa lepas ni nak cari dia atau biarkan je?"Soal Shahirul kembali.

" Kerja kita senang je, tak dapat dia.. Tuhhh..."
Bibirnya di muncungkan ke arah seorang gadis yang sudah jauh ke dari dunianya.

"Wow.. menarik..." Jawab Shahirul sambil ketawa. Matanya juga memandang ke arah yang sama.

"Lauk sedap ini craving gila." Kata Farizal sambil mengigilkan tubuhnya. Dia pantas berdiri dan berjalan terus ke lantai tari.

Jasmine terasa pinggangnya dilingkari sepasang tangan itu hanya membiarkan.
Dia terus menari tanpa mempedulikan susuk tubuh lelaki dibelakangnya.

Yang dia tahu malam ni dia nak enjoy.
dan mahu berseronok sepuasnya.
Tubuh yang selama ini dijaga dari sentuhan Lelaki yang tidak di kenali dibiarkan sahaja.

Tangan kekar itu memeluk pinggangnya rapat.
Pinggang dan pinggulnya sekejap-kejap ramas.pelahan tubuhnya dipusingkan.

"We meet again miss jasmine" ujar suara itu rapat di telinganya. Sangat rapat sehinggakan jelas terasa bibir lelaki itu ditelinga.
dan kucupan demi kucupan hingap dilehernya.

Jasmine mendongak memandang wajah itu. Mata kembali dipejamkan. Dia semakin Khayal.

Jasmine melangkah setapak merapatkan lagi tubuh dengan lelaki itu. Kedua tangannya naik memeluk leher lelaki itu. Satu kucupan hangat singgah dibibir lelaki itu. Farizal tersenyum.

'I'll take u to syurga dunia Jasmine'

...................

Zahra hanya mampu memejam mata. Satu hari dia hanya baring di katil kerana tak larat nak bangun dari perbaringannya. Kepala terasa pening dan tekaknya terasa mual.
Tubuh pula rasa sejuk walaupun Farah hanya kipas di tahap paling minimum.

Zahra mengeluh perlahan. Sampai bila dia alahan mengandung ni akan dilalui?

Zahra tersentak saat ada sentuhan lembut di pipi. Matanya pelahan di buka. Dia melepas nafas leganya apabila melihat wajah Farah risau memandangnya.

Tangan hangat itu menyentuh leher dan dahinya. Zahra tersenyum hambar.

"Wei ang demam lagi ni."Ujar Farah perlahan. Risau pula. Siang tadi suhu tubuh Zahra panas. Tapi tak panas seperti malam ni.

"Risau la aku tengok ang ni makan tak mau dok muntah ja. la ni demam panas pula kita pi sepital la wei.." Ajak Farah Dia masih cuba memujuk Zahra.

Zahra menggeleng.

"Tak nak lah biasa la kan first semester orang kata tengah mabuk.. Nanti okey la ni" Balas Zahra perlahan. Suaranya sudah serak.

Farah mendengus geram dengan kedegilan rakannya.Tangannya menyentuh lembut pipi Zahra.

"Bangun la wey, kita pu sat risau la aku tengok ang macam ni. Bahaya kat anak ang dalam perut tu ang tau daq."

Zahra diam matanya masih dipejamkan. Dia betul-betul tidak larat.

"Aku tak larat farah. Sumpah nak bangun pun seksa."Tolak Zahra pelahan.

"Mangkit wey pelahan-pelahan aku tolong ang. kalau aku kaya duit kepuk-kepuk aku panggil doktor peribadi aku hat yang letop-letop body hat ada pack-pack mai tengok ang tak payah susah ang. ang lena ja atas katil tu dia mai terus ang sihat." Berkerut dahi Zahra mendengar bebelan Farah sedang membebel itu.

"Apa kena pulak doktor pack-pack kau dengan aku sihat." Komen Zahra sedikit blur. Zahra sudah di bangunkan duduk di hujung katil kepala semakin pening dan tekaknya bertambah mual.

"Ye la muka elok badan elok gila tak hilang sakit dapat bitaminsi mata gituw." Selamba sahaja jawapan Farah itu.

PAK! Bahu Farah ditepuk pelahan.

"Bab mengarut bagi kat kau! Tak ada maknanya silap-silap aku muntah kat dia."
Ujar Zahra sambil ketawa.

" Dah bangun lekaih tukar baju pasni kita g Klinik aku tak kesian kat ang tapi tuh dalam perut tu.." Farah segera bangun dan berdiri.

"Siap panggil aku. Aku tukar baju sat." Ujarnya setelah itu dia terus melangkah keluar.

Usai bersiap Farah mengetuk pintu bilik yang dihuni Zahra. Tetapi tidak disahut. Pelahan-lahan pintu di pulas.

"Pekak ka apa dok panggil kat luaq tak dengar." Bebel Farah.

Terbuka sahaja pintu dia terkejut melihat Zahra yang sudah rebah diatas lantai. Langkahnya laju mendekati rakannya itu.

"Allah... Wei ang jangan buat takut aku.. Ra.. mangkit lekaih tak lawak laa." dia melutut di depan gadis itu, pipi Zahra di tepuk pelahan.

Badan gadis itu terlampau panas. Farah mula panik. Handbeg Zahra yang berada dihujung katilnya dia capai Iphone yang berada di dalam itu di Hidupkan beberapa saat kemudian simbol hijau buka. Nombor yang pertama di bawah nombornya segera di tekan.

Otaknya buntu. Melihat Zahra yang pucat itu membuatkan dirinya bertambah panik mujur sahaja iphone sahabatnya itu tiada kata kunci.
Hanya beberapa deringan panggilan itu disambut.

" Hallo." Suara serak seorang lelaki kedengaran. Farah memandang wajah sahabtanya itu seketika.

.................

Dua susuk tubuh yang duduk di kerusi menunggu hanya diam menanti di ruang itu.
Farah menghela nafasnya. Kejadian yang berlaku di rumahnya beberapa jam lalu bermain di fikirannya.

Lelaki yang berada di sebelahnya kelihatan Cemas apabila melihat keadaan Zahra yang tidak sedarkan diri. Berbagai persoalan berlegar di fikirannya.

"Dah berapa hari Zahra demam..."

Farah mengangkat wajahnya. memandang Lelaki yang menegurnya. Kacak!
Tapi sayang milik orang.

"Dia tak sihat dekat seminggu tapi baru demam hari ni."Jelas Farah.

Diam seketika. Lelaki itu kembali menundukkan wajah.

"Waris Puan Amelia." Suara Dokter kedengaran memanggil nama Zahra.
Farah memandang Lelaki itu sebelum dia berpaling memandang wajah Doktor yang sudah berdiri di depan bilik rawatan itu.
Farah segera mendekati Nurse itu begitu juga dengan Lelaki disebelahnya.

"Kami waris dia. Macam mana keadaan kawan saya Doktor ?" Doktar yang memangil itu senyum. Matanya beralih memandang wajah Lelaki yang berdiri di Sebelah Farah.

"Dan Encik ?" Soal Doktor itu dengan lembut.

"abang dia." Berkerut Dahi Farah mendengar pengakuan lelaki itu. Sepanjang dia mengenali Zahra dia hanya tahu gadis itu anak tunggal.

"Alhamdulah Puan Amelia dan bayi didalam kandungannya tiada apa-apa masalah Cuma Puan Amelia kurang air dalam badan mungkin sebab awal kehamilan. Tetapi bahaya juga bila dibiarkan. Apa yang saya boleh pesan, Puan Amelia perlukan rehat yang cukup, Makanan yang seimbang. Untuk awal kehamilan ni memang ada yang teruk alahannya yang penting pesakit tak boleh stress dan perlu banyak berehat." Jelas dokter itu.

Farah menghela nafas lega. Hilang segala rasa risau mendengar ulasan doktor. Tetapi tidak bagi lelaki disebelahnya.

"Terima kasih doktor. Bila kawan saya boleh balik?." Doktor itu mengukir senyum.

"Dia akan ditahan ward untuk 1 hari insyaAllah kalau dia sihat sikit saya benarkan Puan amelia keluar."

"No! Tolong buat Discaj dia Immediately doktor. I'll bring my personal doctor to our house." Berkerut dahi Farah mendengar Ujar lelaki itu. Tajam matanya memandang figura itu

"sure saya boleh buat Discaj noted tu but, biar dia habiskan dulu 1 botol yang masih on drip tu ye Encik."Balas doktor itu.

Lelaki itu hanya menganggu mengangguk kepalanya.

" Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu. lepas puan Amelia habis air drip dia boleh balik." Kata doktor itu dengan senyuman sebelum dia melangkah pergi.

Farah memandang lelaki di depannya tajam.
Geram bila lelaki itu suka-suka ingin Zahra pulang sedang rakannya itu perlu rehat dan pemantauan doktor. Erh Sakit hati.

"She need are good rest. Kalau la aku tahu ang lagu ni sumpah daq la aku tepon ang ni tau daq!" Membebel Farah.

"Lagu sumpah ?" Berkerut dahi Lelaki itu mendengar bebelan Farah.

"Nothing Just ignore it. Ang tak payah tau aku cakap apa adui bebelit lidah nak sekiping london ni ish.." Gumam pelahan. Setelah menjawab pertanyaan Lelaki itu.

Farah melangkah masuk ke dalam bilik rawatan itu, Zahra yang sudah sedar terus di dekatinya.

"Wei hang ni kalau tak buat bagi aku qisau boleh dak! Haritu hang hilang p mana tak tau dari uni..pastu choih hang timboi mai..dah tu boleh pengsan pulak..aku dok kata dah p spital, dok kata tak pa..tak mau p..aku okey..kena sedas baru tau! Bila aku kata ketegaq sat g dok tarik muka sekupang, meluat aih aku tengok!"

"Mulat kau ni pot pet, pot pet tak boleh diam kejap ke dari elok aku dah okey rasa nak sambung pejam mata." Ujar Zahra sambil ketawa mengusik kawannya.

Tiba-tiba dia ketawanya terhenti apabila susuk tubuh seorang lelaki telah masuk ke dalam bilik rawatan itu.Sepi seketika.Farah memandang mereka silih berganti.

"Gibran."

Gib mendekati Katil itu. Pelahan-lahan dia membuka botol mineral yang belum dibuka di atas meja di tepi katil itu.

" Nah minum." Ujarnya pelahan tetapi agak keras.

Zahra masih diam pelahan-lahan dia menogok air itu. bekerut dahi Farah melihat tingkah Zahra jangan kata lelaki ini suami sahabatnya.
Aduh silap besar ni.

"Lepas habis drip kita keluar dari hospital ni."
Terbuntang mata Farah mendengar Gib mengeluarkan perkataan melayu.

"Eh! Kau.. awak .. u.. ish ang boleh cakap melayu?" Soalnya terkejut.

Zahra yang tadinya diam terus ketawa.
Apa benda la si farah ni merapu dah sah-sah Gib faham bahasa melayu.

Gib hanya menjeling. Farah malas ingin melayan gadis itu. Farah mendengus apabila soalannya tidak dijawab.

"Eleh sombong tadi kemain sok sekiping ping pang pong pang." Gumamnya.

"Sekiping, sekiping aku lepuk kau juga nanti Speaking la bodoh!" Ujar Zahra begang.

"Ang jangan carut anak dalam perut ang dengar sat gi tak elok pandai."Jawab Farah.
mendengar kata dari mulut sahabatnya itu Zahra terdiam seketika.

"Gib.." Panggil Zahra pelahan.

"U tahu..." Zahra cuba mengatur ayatnya.

"Don't worry I'll keep this a secret." Potong Gib bibirnya dibuat gaya di zipkan.

"But promise me, Dont keep it a secret terlalu lama okey. he also needs to know this. his heirs." Pujuk Gib pelahan. Bibirnya mengukir senyuman pada Zahra. Farah hanya menjadi penonton dan terpukau melihat senyuman Gibran.

"Lepas keluar ni duduk dekat tempat saya dulu for u own safety please ara, kalau awak tak percaya saya, Awak boleh bawa mak nenek utara awak ini ikut sama." Ujar Gib lagi sempat dia menjeling Farah yang masih berdiri ditepi katil Zahra.

"Ish mat saleh celup ni ada karang aku tumbuk cabai lumur kat mulut tu biaq hidung dengan bibir tu sama tinggi."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience