BAB. 03.

Drama Series 39333

Selepas jenazah Datin Fazura telah dikafankan dengan kemas, kini tiba masa nya untuk Dato' Razman menghantarkan isterinya itu ke tempat peristirahatan nya yang terakhir.

Dato' Razman mendukung Alicia dengan erat, air mata itu tiada henti-hentinya. Dia terus mengalir keluar membasahi pipi.

Setiba nya di tanah perkuburan, Dato' Razman menaburkan bunga di atas tanah merah yang masih basah.

Alicia yang berada disebelah nya turut sama menaburkan bunga untuk arwah ibu nya.

* * *

Keesok kan pagi nya Alicia terlambat bangun, begitu juga dengan Dato' Razman. Mereka berdua tidak sempat sarapan dan langsung bersiap-siap untuk pergi.

Setiba nya di sekolah, Bella langsung menghampiru Alicia yang sedang duduk di kerusi nya.

"Hai Alicia, awak tengah buat apa tu?" Soal Bella, kotak bekal dia letakkan di atas meja.

"Hai Bella, Alicia tengah baca buku je. Ibu Bella bawa kan bekal apa?" Soal Alicia.

"Ayam goreng je, Alicia tak bawa bekal ke?" Soal Bella.

Alicia hanya menggelengkan kepala nya.

"Alicia terlambat bangun, lagipula tiada siapa yang nak masak kan bekal untuk Alicia." Ucap wanita itu, wajah nya merungut.

Bella merapatkan duduknya. Bahu Alicia dirangkulnya dengan lembut seraya dia mengusap-usapnya.

"Bella dengar, cikgu cakap tadi. Ibu dan adik Alicia dah meninggal, betul ke?" Soal Bella.

"Iya Bella, sekarang Alicia duduk dengan ayah. Itu lah sebab nya Alicia tak sempat sarapan, sebab dah tak ada ibu yang masak kan." Bella memeluk erat tubuh Alicia.

"Bella sayang Alicia, jom kita makan sama-sama." Ucap gadis kecil itu kemudian mereka muka menyantap makanan bersama-sama.

* * *

Malam itu hujan turun dengan sangat lebat, guruh demi guruh berdentum dengan kuat. Alicia memeluk lututnya seraya menutup wajahnya dengan bantal hello kitty.

Sesekali mata nya mengerling ke arah jam di dinding. Jarum itu sudah pun menunjukkan pukul sembilan malam.

Kemana Ayah nya pergi? Biasanya Dato' Razman akan pulang lebih awal, tetapi hari ini kenapa? Dia pulang begitu lambat sehingga sudah larut malam, adakah dia tidak memikirkan tentang Alicia yang keseorangan didalam rumah?

Alicia hanya bimbang, jika ayah nya sudah mendapatkan pengganti lain selepas kepergian isteri nya. Dan kebelakangan ini, sifat ayah sangat berbeza .. dia kerap meninggikan suara nya kepada Alicia.

Perut yang sedari tadi berbunyi kerana lapar itu dipegang nya dengan kuat. Ditambah pula dengan suara guruh yang menyambar, membuatkan Alicia tidak berani untuk ke dapur. Memeriksa sesuatu yang boleh dia makan.

Kilauan gemuruh menerobos masuk melalui celah tingkap bilik gadis itu. Alicia langsung menutup wajah nya rapat-rapat dengan bantal.

"Alicia .." panggil seseorang.

Semakin berderau darah nya, Alicia mengintip sedikit dari celah bantal.

Ternyata seseorang yang tak lain adalah Dato' Razman telah berdiri disana.

Anak itu langsung membaling bantalnya, kemudian dia berlari melurur ke arah Dato' Razman.

"Ayah .. kenapa ayah balik lambat hari ni?" Soal Alicia, tangan nya terus memeluk erat tubuh Dato' Razman.

"Ada banyak kerja yang perlu ayah settlekan. Ayah minta maaf ya." Ucap Dato' Razman mengusap-usap kepala Alicia dengan lembut. Anaknya hanya mengangguk.

"Alicia dah makan ke belum?" Soal Ayahnya.

Alicia menggelengkan kepala nya.

"Bersiap sekarang ya, kita makan kat luar." Ucap Dato' Razman.

Alicia menganggukkan kepala nya, kemudian wanita itu meluru ke arah wardrobe untuk mengambil jaket sebagai luaran. Kerana cuaca sedang sejuk.

Alicia dan Dato' Razman memilih untuk makan disalah sebuah restoran yang berada dekat dari kediaman mereka.

Dan saat itu, seorang rakan baik ayah bernama Dato' Aizat datang untuk mengisi kampung tengah nya yang juga kosong.

Mereka berjabat tangan kemudian berbicara sedikit banyak tentang bisnes yang sedang mereka jalani untuk saat ini.

Sejak ketiadaan isteri nya, Dato' Razman merasa tidak bersemangat untuk mengolah gerakan bisnes nya, sehingga dia meminta kepada Dato' Aizat untuk menjadi tangan kanan nya. Kerana, jika semua nya terpaksa dia handle kan sediri, dia tidak memiliki masa bersama Alicia.

"Man, kau tak nak cari isteri baru ke? Dia boleh uruskan makan minum kau, anak kau." Ucap Dato' Aizat, seraya mendang sosok Alicia.

"Memang lah aku ada terniat nak cari, lagi pun bukan untuk mengurus aku je, tapi uruskan anak aku juga. Ada ke?" Soal Dato' Razman.

"Aku ada seorang kawan, dia pun single parents, ada anak sorang. Mungkin sebaya dengan anak kau ni lah."

"Tapi kau dah kenal dia ke?" Soal Dato' Razman dengan cemas.

"Mesti lah aku dah kenal buruk baik dia, dia tu kawan aku lah. Kalau kau rasa berminat, aku boleh bagi nombor dia pada kau."

"Eh jap, dia ada anak ke? Aku bukan nya apa, aku risau kan Alicia ni. Dah lah tak ada ibu, bila dapat ibu tiri pulak kurang kasih sayang." Ucap Dato' Razman.

"Alaa ... kau boleh bagi wang bulanan lebih, mesti dia sayangkan anak kau."

"Ermm tengok lah nanti macam mana." Ucap Dato' Razman.

"Dan kau pula? Tak nak cari satu ke? Untuk Rayhan ..." soal Dato' Razman, kerana seingatny, Dato' Aizat memiliki seorang anak lelaki.

"Rayhan tu dah besar panjang, dah boleh urus diri sendiri, masuk night club pun dah boleh, apa tah lagi setakat masak magie, so sebab tu lah aku tak cari isteri baru."

"Tapi .. kau masih ke buat benda-benda macam dulu?" Soal Dato' Razman.

"Maksud kau, berscandel dengan isteri orang?" Soal Dato' Aizat, dua belah kening terjungkit.

Dato' Razman mengangguk.

"Masih lagi, sebab itu je satu-satu nya cara yang mudah untuk aku dapatkan perhatian dan layanan dari isteri orang."

"Aku fikir kita dah tua ni, bagus buat benda-benda yang mendatangkan pahala je."

Dato' Aizat hanya tersengih.

"Kau tak nak makan sekali ke?" Soal Dato' Razman.

"Eih tak apa, aku baru je lepas makan. Ni tengah tunggu Rayhan, ada something yang dia nak beli." Jawab Dato' Aizat.

Kemudian saat melihat anak nya keluar dari sebuah kedai, Dato' Aizat meminta diri untuk pulang.

"Aku balik dulu lah, apa-apa calling je aku. Okey?" Ucap Dato' Aizat menepuk perlahan bahu Dato' Razman.

Akhirnya mereka melangkah pergi meninggalkan restoran ini.

Tiba-tiba terbesit di kepala nya, mahu menanyakan tentang Dato' Aizat.

"Ermm ayah, itu siapa?" Soal Alicia.

"Itu kawan ayah sejak kecil dulu. Nama dia Dato' Aizat."

Alicia mengangguk.

"Alicia tak pernah pun tengok dia."

"Iya sayang, dia busy .. ada banyak kerja yang perlu dia settle kan diluar negara."

Alicia kembali menganggukkan kepala nya.

* * *

Setiap pagi dan setiap hari, Alicia Almaira akan merasakan hal yang sama, terlambat bangun dan tidak sempat untuk bersarapan.

Sehingga suatu hari, dia mengatakan tentang kesedihannya itu pada sang Ayah.

Terkadang, Alicia pun merasa hairan dengan ayah nya, kenapa dia tidak mengambil maid? Sekurang-kurangnya, makan minum Alicia akan terjaga untuk setiap hari nya.

Dan kini, Ayah nya membuka beberapa cawangan lagi. Tentu dia akan semakin sibuk, dan tiada langsung masa bersama Alicia.

Petang itu saat Dato' Razman menjemput Alicia yang baru saja pulang sekolah. Dia langsung mengajak anak nya untuk bertamu ke rumah Dato' Aizat yang dia temui satu bulan yang lepas.

Setiba nya disana, Alicia tidak ingin masuk. Kerana dia merasa begitu letih dan ingin berehat sebentar didalam kereta, manakala Ayah nya menemui Dato' Aizat untuk sebuah kepentingan kerja.

Saat di dalam kereta dan sedang dalam perjalanan pulang kerumah. Dato' Razman menyoal beberapa soalan yang sepertinya rumit untuk Alicia jawab.

"Alicia .. kalau Ayah kahwin lain, Alicia benarkan ke tidak?" Soal Dato' Razman.

"Tapi, Ayah nak kahwin dengan siapa? Alicia kenal ke dengan dia?"

"Dengan kawan Ayah, dia pun single parents. Dia ada seorang anak perempuan yang sebaya dengan Alicia."

"Ermm Alicia ikut je Ayah, janji Ayah happy, Alicia pun akan happy." Ucap Alicia.

"Terima kasih nak, tapi nanti Ayah cuba pertimbangkan lagi ya." Dato' Razman mengusap-usap kepala anak nya.

Sesampainya dirumah, Alicia hanya termenung diatas meja belajar nya. Sejujurnya Alicia masih lagi merasa keberatan, apa bila didalam hidupnya akan kedatangan orang asing, walau pun ia nya adalah seorang Ibu tiri dan beradik tiri.

Alicia mengambil frame gambar yang memaparkan ganbarnya bersama arwah Datin Fazura semasa bercuti dinegara sakura.

Gadis itu merasa rindu dengan kehadiran sosok yang bergelar Ibu, dia tidak pernah menyaka. Bahawa takdier yang harus dia lalui seberat ini.

Sejak ketiadaan Datin Fazura, kehidupan Alicia terluntang-lantung, makan ketika ada Ayah nya saja. Pakaian sekolah pula dihantar ke Laundry. Manakala pekerjaan rumah pula, biasanya Dato' Razman akan memanggil orang untuk membersihkan nya. Semua nya serba serbi sendiri, gadis itu mencuba belajar memasak .. tetapi tangan nya sentiasa melepuh terkena minyak panas.

Kini kehidupan nya bagaikan tiada erti, dia merasa iri apabila rakan sekolah nya mula menceritakan tentang percutian mereka bersama family.

"Alicia pun nak merasakan kasih sayang seorang ibu lagi." Batin nya, air mata yang jatuh dia usap, gambar itu dikecupnya sebelum dia kembali meletakkan nya ditempat semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience