Rate

BAB 29 - KERETA

Romance Completed 454604

Badannya yang terasa lenguh digerakkan... Inas mengeliat merenggangkan tubuhnya.. Tangannya di depa melebar.. Sehingga tersentuh akan sesuatu.. Inas segera berpaling melihat ke sisinya.. Rupa menyentuh ke rambut Raif.

Boleh pula Raif sedang terbaring mengiring disebelahnya.. menongkat kepalanya dengan tangan.. melemparkan senyuman manis yang melebar kepada inas.. Dia siap menjongket jongketkan keningnya beberapa kali...

''apa!'' Inas terus menarik selimut menutup tubuhnya.. Hanya membiarkan bahunya yang terdedah.. Raif mula menggerakkan tubuhnya.. Cepat -cepat Inas bangun dan duduk di atas katil.. Mengadap Raif sambil memegang erat selimut didadanya.

''nak apa ni?'' tanya Inas.. Raif tak menjawap.. Dia memainkan tangannya membuatkan dua jarinya seperti kaki berjalan-jalan di atas selimut putih itu.. Mata inas tak lepas melihat tangan Raif berjalan sampai tangan itu berhenti di lengannya..

Inas kembali mendongak melihat wajah Raif.. Tergejut Inas, bila melihat wajah mereka sudah merapat tidak berjarak jauh seperti awal tadi.. Inas mengigit bibir bawahnya.. Melihat senyuman manis yang dilemparkan oleh Raif.. Semakin lama semakin dekat Raif kepadanya.. Inas memejamkan matanya rapat.. Raif menarik bibirnya tersenyum melihat wajah Inas yang sedang memejamkan mata dengan bersungguh - sungguh.. Raif kembali menjarakkan wajahnyanya dan tergelak kecil.. Lalu , bangum dan turun dari katilnya..terus menuju ke bilik air..

Inas terasa katil itu bergoyang.. tapi dia tidak merasakan apa-apa.. Tiada apa yang singgah di bibirnya, mahupun dahinya.. Inas kembali membuka matanya membulat.. Berpaling Inas mencari kelibat Raif..

''jangan lupa mandi wajib manis!'' laung Raif yang berada didalam bilik air.

'ish! Dia kenakan aku.... Lagi!' Inas menutup wajahnya dengan tangan.

'bodoh! Nak malu apanya sangat! Aku bukannya anak dara .. Tapi dia buat aku malu.. Arghh! Gila aku dibuatnya dengan manja ni!'

''manis!''

''dengar tak ni?'' laung Raif dari dalam bilik air.

''yea!'' balas Inas.

'kenapa perlu jerit! Nak bagitahu dekat semua orang ke apa ni!'

Setelah selesai membersihkan diri mereka turun kebawah.. Melebar saja senyuman Raif dari tadi.. Sampai membuatkan Rohana yang berdiri di situ yang sedang menghidangkan sarapan merasa hairan.

''senyum je manja dari tadi.. Apa apa-apa ke?'' tanya Rohana.

''hmm sebab manja dah...''

''dia dah dapat buku yang dia nak tu..'' potong Inas pantas..

''buku?'' kata Raif bingung.

Inas cepat-cepat menyuapkan mee goreng kedalam mulut Raif.. Satu suapan yang banyak dan penuh ke dalam mulut Raif.. Berusaha Raif mengunyah makanan yang masuk kedalam mulutnya...

'' baguslah kalau macam tu.. Lega mak cik Ann dengar.. '' balas Rohana sambil menayangkan senyuman kepada pasangan itu.
Selesai makan.. Raif menarik tangan Inas keluar dari ruang makan.. Mereka berdua berjalan naik keatas.. Masuk ke dalam bilik Inas..

''kenapa?'' Inas melihat kepada Raif yang sedang memeriksa beg tangannya.. Telefon bimbit yang sedang dicas di cabutnya. Kemudian dilemparkan begitu saja kedalam beg tangan itu..

Kemudian mereka keluar dari bilik Inas, Raif pula masuk kedalam biliknya.. tangan Inas ditariknya lagi.. Sama-sama mereka turun ke bawah..

''kita nak kemana? ..'' tanya Inas sekali lagi bila mereka berhenti di hadapan pintu utama.. Raif menayangkan senyuman yang melebar kepada Inas.. Sepasang kasut Inas yang ada di dalam rak kasut diambilnya.. dan disusun di hadapan Inas..

''manja?'' panggil Inas sambil memakai kasut di kakinya.

''ikut je manja..jom..'' melayang-layang tubuh inas mengejar langkah Raif.. Mereka berdua berhenti di hadapan garaj kereta..

Tett..tet..

''eh! Kejap-kejap...! nak buat apa dengan kereta ni? Manja jangan nak pandai-pandai nak bawa kereta pula..!'' tegur Inas bernada tegas cuba merampas kunci kereta yang ada ditangan Raif.

''kenapa? Pula tak boleh bawa kereta?'' tanya Raif tak puas hati.. Mengangkat tinggi tangannya melarikan kunci kereta .

''manja mana ada lesen.. Orang tak ada lesen.. Mana boleh bawa kereta!'' kata Inas melompat-lompat untuk mencapai kunci kereta..

''siapa cakap! Manis ada bukti yang manja ni tak ada lesen..!'' Raif merenung tajam kepada Inas yang sedang berjinjit pula kali ni menarik lengannya.

'bukti??'

''manja bahaya la.. Tak semua benda kita boleh buat ikut suka..'' kata Inas membantah..

''ikut suka?!'' ulang Raif puas hati lagi.

'dia mula dah.. Nanti tak pasal merajuk lagi..'

''manja ada lesen?'' tanya Inas sopan dan lemah lembut.. Raif mengangguk.

''kenapa! tak percaya?'' tanya Raif bila melihat dahi Inas berkerut memandang kearahnya..

Terdiam Inas seketika.. Memang dia tak percaya pun dengan semua itu.. Tak percaya Raif ada lesen.. Tak percaya Raif boleh memandu..

Raif menyeluk poket seluarnya.. Mengeluarkan dompetnya dari situ.. Kemudian dia mengeluarkan sekeping kad.. Lesen memandunya..

''sila periksa ni polis pencen.. Tengok sahih atau tak..'' perli Raif. Tangan Inas diambilnya dan kad itu diletakkan di atas tapak tangan Inas.

'polis pencen dia panggil aku!' Inas menjeling kepada Raif sebelum menundukkan wajahnya melihat kepada kad yang ada diatas tapak tangannya.

'sah la nama dia..!' Inas kembali melihat kepada Raif.

''beli ek? Lesen terbang?'' sindir Inas.

''heh! Tolong sikit... Manja ambik lesen ni sama-sama dengan abang dulu tau.. Tak main lah lesen-lesen terbang semua ni! Ingat manja ni apa.. Budak kecil!?'' Balas Raif merampas kembali lesen memandunya yang sedang diteliti oleh Inas..

''tu pun nak marah! Tapi manja dah lama tak memandu.. Biar manis saja yang memandu..'' kata Inas.. Masih berusaha mahu merampas kunci kereta yang ada di tangan Raif.

''NO!..'' bantah Raif.

''ni kereta siapa?'' tanya Raif.. Menunjuk kepada kereta yang ada di hadapan mereka berdua..

''mine!'' balas Inas..

''are you sure about that?'' tanya Raif mengangkat dagu Inas dengan dua jarinya..

''ya-ya! Kereta manja..'' akui Inas.

''so! Tak puas hati lagi?'' perli Raif.. Melepas kan dagu Inas.. Berjalan pergi sambil mengoyangkan kunci kereta yang tersangkut di jarinya.

''silakan.. masuk my lovely..wife...'' kata Raif yang sudah membuka pintu kereta sebelah penumpang..

''cakap dulu kita nak ke mana? '' Tanya Inas..melipat tangannya memeluk tubuh.

''entah.. Kita pusing-pusing je.. Manja nak keluar .. Lihat dunia luar.. Dan manja nak manis temankan manja.. Boleh kan?'' kata Raif..

Inas menganggukkan kepalanya.. Berjalan masuk kedalam kereta.. Inas melihat sahaja Raif yang berada disebelahnya.. Memegang stering kereta dengan senyuman yang melebar..

'ya Allah .. Permudahkan lah urusan hamba mu.. Lindungilah kami..' takut melihat wajah Raif yang seperti budak belasan tahun baru dapat pegang stering kereta buat pertama kalinya .

Kereta mula bergerak keluar dari garaj.. Kemudian keluar dari pagar rumah besar..

''kita singgah rumah ibu dulu nak? Lawat ayah?'' tanya Raif.

''betul ni?'' tanya Inas..

''ya.. Nanti kita singgah beli apa-apa dulu baru singgah rumah keluarga manis ..'' kata raif..

'tak sangka dia teringat nak singgah ke sana..' Inas menarik bibirnya tersenyum melebar.. Lengan Raif dipautnya..

''jangan nak goda manja.. Atau yang tadi masih rasa tak cukup..?'' tanya Raif tersenyum nakal kepada Inas.

'apa! Dia kata aku goda dia!' Inas kembali menarik tangannya jauh dari Raif.. Tangannya dilipat memeluk tubuhnya sendiri.. Mata Inas kemudian menjeling kepada Raif dan melemparkan pandangan melihat kearah luar. Berdekah-dekah suara Raif ketawa melihat akan kelakuan Inas yang baru tadi.

''nakal! .. Bad boy!'' marah inas.. Bertambah kuat ketawa Raif..

Mereka kemudiannya singgah ke rumah keluarga Inas setelah membeli buah tangan yang untuk melawat keluarga Inas..

Amni dan Izhar menyambut mesra kedatangan menantunya.. Walaupun mereka serba kekurangan tapi layanan dari mereka seikhlas hati..

"senang-senang singgahlah.." kata Izhar..

"insya Allah.. lepas ni.. Kami akan kerap singgah.." balas Raif..

Izhar dan Amni melihat kereta yang di pandu oleh Raif menyusur keluar dari halaman rumah mereka..

" lega hati abang tengok Inas.. dengan suami dia tu.. Si Raif tu jauh beza dengan Arman.. Nampak Ikhlas dengan Inas.. " kata Izhar dengan senyuman di bibirnya..

''abang ni! kalau ya pun tak suka dengan Arman tu.. jangan lah beza-bezakan dia dengan Raif.. lagi satu, tak payah abang pikirkan bekas menantu kita tu dah.. dia dah tak ada kaitan dengan kita.. Kita doakan Inas tu bahagia dengan Raif..'' kata Amni menepuk nepuk bahu suaminya..

''ya betul tu..'' Izhar menarik nafasnya dalam sebelum menghembuskan keluar.. Lega.. Melihat pasangan itu bahagia..

Inas yang berada didalam kereta diam sahaja.. Dia melihat Raif mengambil simpang membelok keluar ke jalan besar..

'eh! Kita nak kemana?' Inas memegang erat tali pinggang yang mengikat tubuhnya.

'ni kalau aku tanya.. Sentap!'

''tak nak tanya .. Kita nak kemana?'' tanya Raif.

''boleh ke tanya? Nanti kena marah pula..'' balas Inas.

'' kenapa pulak tak boleh? Siapa yang nak marahkan Manis.. Manis tu yang terasa lebih..'' kata Raif.

'eh? Kita pulak yang kena?' Inas berpaling.. Melihat kepada Raif.

''encik suamiku.. Manja.. Kemanakah destinasi tujuan kita?'' tanya Inas. Mengelip ngelipkan kelopak matanya berkali-kali dan tersenyum melebar menghiasi wajahnya.

'' kita..hmm entah.. Jalan saja .. '' Balas Raif..

''hah!'' tergejut Inas dibuatnya tambah-tambah pula melihat Raif mengambil selekoh masuk ke lebuhraya..

''manja! Mana boleh macam tu.. Cepat buat u-turn balik..'' bantah Inas sambil menunjukkan satu lorong untuk berpusing balik.. sebelum sampai ke pondok Plus..

'' kenapa pula tak boleh? Bukannya nak kena pergi balai nak kena buat dokumen perjalanan.. Manja ni bukannya tahanan yang yang tak boleh keluar kan?'' kata Raif.

''okay - okay.. Bukan macam tu maksud manis.. yang manis cakap ni.. Kalau kita nak pergi berjalan jauh.. Kita kena prepare apa yang patut.. Contohnya kereta ni.. Hmmmm.. Lagi.. Baju.. duit cash..'' kata Inas.

''okay..'' balas Raif sambil menganggukkan kepalanya..

'alhamdulillah .. Faham pun..' Inas yang tadi mengiring melihat kepada Raif kembali menyandarkan tubuhnya semula.

''kejap lagi kita buat semua tu..'' sambung Raif..

''HAH! buat apa?'' tanya Inas.

''kita berhenti dekat mana-mana cari bengkel.. Check kereta..''

'' Then.. Apa tadi, baju? Berlambak saja kedai yang ada .. Manis pilih saja nak kedai apa.. Mall ke.. Butik.. Whatever.. Kita singgah beli baju..''

''manja..!!''

''lagi satu apa? Duit cash... Atm banyak manis.. Bukannya kita pergi merompak bank.. So ada lagi masalah.. ?'' tanya Raif..

'ok! Fine.. Bawa sajalah kemana pun.. Inas akan ikut...' Inas malas nak bersuara lagi.. Setiap usulnya, pasti akan dicantas rapat dengan hujah-hujah Raif nanti.. Inas melebarkan senyumannya.. Kemudian mengeleng kecil...

Sambung satu lagi--->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience