Bab 11

Romance Completed 13383

Bab 11

Setelah bersarapan bersama,Lim meminta diri untuk kepejabat.Hari ini dia perlu kepejabat lebih awal sedikit.Aliana sempat mencium tangan suaminya. Dia berasa tenang sedikit kerana suaminya tidak lagi memarahinya seperti selalu.Dia bersyukur kehadrat IILAHI kerana doanya dimakbulkan tuhan.

Setelah selesai perbincangan dengan pelanggan,Lim terus menuju kedalam pejabatnya.Tiba-tiba telefonnya berdering dan tertera nama Susanti diskrin.

“Hello.Apa kau nak lagi dari aku?”

Dihujung talian terdengar suara ketawa Susanti yang sangat jijik dipendengaran Lim.

“Kalau kau tak masukkan seratus ribu kedalam akaun aku, aku akan report perbuatan kau pada polis.Kau faham tak?”

“Ha….ha…ha….. itu pun kalau kau berani.Untuk perngetahuan kau,Kalau kau report pada polis,gambar bogel kau,aku akan siar dalam internet.Kalau kau tak mahu malu,baik senyap sahaja.” Hati Susanti yang tadi gembira bertukar gementar bila mendengar ugutan dari Lim pula.Sangkanya dia dapat menakutkan Lim tetapi sebalik yang terjadi.Dia pula yang menjadi tidak tentu arah.

Sementara Lim juga menjadi tidak tentu arah.Dia takut Susanti akan nekad hendak melaporkan pada polis.Apa yang perlu dia lakukan sekarang.Fikirannya bercelaru.Dia takut keluarganya akan dapat menghidu perkara ini.Jika mama dan papanya dapat tahu,dia tidak dapat bayangkan apa yang terjadi. Tiba-tiba telefonnya berdering dan tertera nama Aliana diskrin.

“Hello.Ya Liana.Ada apa ni?”

“Abang sibuk ke?Boleh tak abang ambil Liana.Liana sakit sangat kepala ni.Rasa tak boleh nak memandu seorang diri.”

“Abang tengah sibuk ni.Liana ajak Hafizah teman Liana.Nanti kita jumpa dirumah ok.” Lim terus mematikan telefon. Dia tidak mahu sesiapa pun mengganggunya. Fikirannya berserabut memikirkan masalahnya dengan Susanti. Dia merasa menyesal kerana membuat sesuatu tanpa memikirkan akibatnya.

Setibanya dirumah,kelihatan rumahnya gelap gelita.Ini menunjukkan isterinya belum lagi pulang. Hai,dah pukul lapan malam belum pulang?Kemana Liana pergi ni. Dia bercakap seorang diri. Dia memikirkan kemana isterinya pergi. Sebelum ini isterinya tidak pernah pulang lewat malam. Kalau hendak kemana pun akan diberitahu terlebih dahulu. Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk dari luar. Dia menyangka isterinya telah pulang dan sambil tersenyum dia membuka pintu.Sebaik saja pintu dibuka kelihatan pasukkan polis berdiri diluar.Jantungnya berdengup kencang. Dia menyangka yang Susanti telah mengotakan janji-janjinya.

‘’Ya encik.Boleh saya bantu ?’’

“Ini rumah Pn.Nuraliana?”Lim yang masih berdebar-debar menganggukkan kepala.

“Ya. Saya Lim,suaminya. Kenapa dengan isteri saya tuan?”

“Saya harap Encik Lim dapat bersabar. Sebenarnya isteri encik terlibat dalam kemalangan petang tadi. Sekarang isteri encik berada dihospital Kuala Lumpur.” Selesai sahaja pegawai polis itu berkata,Lim merasa seperti dihempap batu besar. Dia tidak menyangka isterinya terlibat didalam kemalangan. Sepanjang perjalanan kehospital, dia tidak putus-putus berdoa kehadrat ILAHI semoga menyelamatkan isterinya. Tiba saja dihospital, dia terus menuju kearah bilik pembedahan. Disana kelihatan keluarganya dan keluarga isterinya telah pun berada. Dia bersalam dengan ibu mentuanya.

“Mama,papa bgaimana dengan Liana?” Mamanya hanya mampu menangis dan membuatkannya bertambah gelisah. Dia tidak sanggup andainya isteri akan meninggalkannya selama-lamanya. Papanya menepuk bahunaya dan menyuruh bersabar. Doktor masih lagi berusaha untuk menyelamatkan Liana. Tiba-tiba pintu bilik pembedahan terbuka dan keluar seorang doktor lelaki menuju kearah mereka.

“Siapa suami Pn.Aliana?”

“Saya doktor.Bagaimana dengan isteri saya doktor?”

“Begini.Kami masih lagi berusaha untuk menyelamatkan isteri encik tetapi kami tak dapat selamatkan anak yang didalam kandungannya.Pn.Aliana masih tidak sedarkan diri.Kami akan tempatkan Pn Aliana didalam ICU. Berdoalah semoga Pn Aliana selamat.” Lim seperti tidak percaya dengan kata-kata doktor. Sepanjang pengetahuannya, Liana tidak pernah memberitahu yang dirinya sedang mengandung. Pn Chuah dan Makcik Rokiah yang mendengar penerangan dari doktor,tidak dapat menahan perasaan lalu menangis. Mereka tidak menyangka yang mereka akan kehilangan cucu yang tidak sempat melihat dunia lagi. Mereka berharap, Aliana akan cepat sembuh. Lim seperti orang yang kehilangan arah.Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan lagi.

Dia terjelepuk ditepi sudut. Andai apa-apa yang terjadi pada Aliana,dia tidak dapat memaafkan dirinya. Disebabkan dirinyalah Aliana terlibat dalam kemalangan. Sebagai seorang suami,dia harus menjaga isterinya tetapi sebaliknya yang terjadi. Dia teringat ,pada tengahari ,Aliana ada menelefonnya dan mengajaknya pergi ke klinik tetapi dia menolak dengan alasan sibuk. Sedangkan pada masa itu, fikirannya tengah berperang dengan masalah Susanti.

“Lim. Bersabarlah. Ini sebahagian ujian yang diturunkan oleh Allah s.w.t untuk hambanya. Ia hendak menguji sejauh mana keimanan kita terhadapNya. Kau pergilah melawat Liana dalam ICU. Kami pulang dulu. Kalau ada apa-apa cepat-cepat telefon kami.” Papanya memberi semangat untuknya supaya dapat menghadapi ujian dari tuhan dengan tabah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience