"Kenapa pandai pandai sign borang tu?", jerkah Arif satu malam. Dia baru pulang entah dari mana dan aku baru nak lelapkan mata selepas merawat luka di jari yang masih belum bercantum lukanya. Makin membengkak jadinya.
Mataku yang dah terpejam terus membulat dengan suara Arif yang kuat dan dentuman pintu terhentak ke dinding. Aku bingkas bangun.
"Borang apa?", aku bingung.
"Borang poligami. Kan abang dah cakap dari mula kawin dulu, it is only you. Susah sangat ke nak faham? Abang pilih sayang dari anak, tu dah cukup tunjukkan abamg kasih sayang abang. Tak jelas lagi ke?". Tinggi betul suara Arif ketika itu.
Aku mengusap mukaku. Hilang sudah rasa mengantuk. Aku terduduk di tepi katil. Lemah seluruh badan. Aku merenung wajah Arif seolah memikul banyak beban.
"Kenapa sign borang tu? Nak sangat bermadu?"
Aku mengetap bibir kuat hingga terasa ada darah terbit bercampur dengan air liur.
"Bonda yang minta. Saya faham bila bonda cakap tentang abang lelaki sempurna dan zuriat. Sedangkan saya jauh sangat dari keduanya. Saya tak mampu untuk berikan semua itu pada abang". Aku terhenti di situ, membiarkan Arif menyambung kata.
"As long as I have you, I don't need anyone else. Dari dulu kan abang cakap, tak faham faham lagi ke?".
"Saya sign atas pemintaan bonda. Mak abang yang minta, apa alasan yang saya harus beri? Saya tau kekurangan saya. Takkan saya nak mementingkan diri", terangku. Sekurang kurangnya tidaklah bertambah darjah kebencian bonda padaku.
"Sayang tak ada yang kurang. Sayang sempurna untuk abang. Abang tak nak la anak anak ni. Dah Allah takdirkan kita akan berdua hingga ke akhir hayat, terimalah dengan redha. Apa ada masalahnya?", jerkah Arif. Aku tak tahu samada dia sedang memujukku atau sedang meluahkan rasa.
"Abang dari mana?", soalku lembut untuk memujuknya. Aku merapati Arif untuk membuka butang baju kemejanya, malangnya ditepis.
"Ada otak tak nak guna. Dah banyak kali abang cakap pun tak masuk dalam kepala tu. Lain kali runding dengan abang dulu. Menyusahkan betul", ujar Arif menunjal kepalaku sehingga aku terduduk semula di atas katil. Marah sangat Arif padaku.
"Abang tak nak tak payah la. Cakap kat bonda. Saya ingatkan hari tu abang yang mintak bonda tanyakan. Abang kan selalu balik tengok bonda, manalah tau kalau abang dah berbincang dengan bonda pasal ni".
"Hish.. tak kuasa aku la nak kawin baru tanpa sebab. Setakat nak anak je pun. Sayang ingat senang nak deal dengan bonda lepas apa yang berlaku?". Arif mengakhiri dengan mencampakkan baju ke lantai walaupun dia tahu di mana bakul pakaian kotor berada. Itu tanda protes.
Aku diam memandang Arif yang sedang dalam amarahnya. Aku tetap menanti dia di situ sehingga dia selesai membersihkan diri. Tanpa sebarang kata, Arif turun ke tingkat bawah setelah menyarungkan kain pelikat. Aku cuba memujuknya tapi hampa.
Esoknya, aku tersedar agak lewat dan Arif sudah tiada. Aku rasa aku sudah terlewat sedikit dari kebiasaan kerana cahaya matahari sudah masuk melalui celah langsir tebal. Meskipun begitu bilikku tetap gelap.
Aku cuba bangun namun aku tak berdaya. Pandanganku kabur dan kepala berdenyut kuat. Pantas aku menutup mata. Tanganku meraba mencari telefon. Selalunya aku letak di meja sisi katil atau di tempat Arif tidur. Tiada. Aku meneruskan lagi. Tiba tiba aku tersentuh satu benda berbulu.
Spontan aku menarik tangan dan membuka mata sekadar boleh. Kucing hitam yang selalu kulihat menyeringai memandangku. Dia berada di tempat tidur Arif. Dek terlalu terkejut dengan kehadiran kucing itu, aku bergerak ke belakang sehingga terjatuh katil. Bertambah pula sakit di punggung.
Kupandang sekali lagi, kucing tersebut tiada lagi. Aku bangun dalam keadaan kepala berdenyut denyut, mencari kucing tadi. Tiada . Aneh, pintu bilik tak terbuka. Keluar ikut mana? Atau kucing itu hanya khayalanku.
Langsir kuselak sedikit saja, aku tak tahan melihat matahari. Semakin sakit kepalaku. Deringan telefon membuatkan aku mencari kembali telefon. Bunyi itu bukannya dari dalam bilik. Aku membuka pintu. Bunyi deringan sudah berhenti. Kemudian berbunyi lagi.
Dalam kepayahan aku berjalan ke arah bunyi itu. Aku menuruni tangga. Ianya di atas sofa. Tempat Arif tidur. Aku membuka dan mencari panggilan yang tak dijawab.
Ahh.. Hanim rupanya. Pasti nak mengingatkan aku akan janji kami untuk berjumpa waktu makan tengah hari. Dia ada di KL, katanya mengikut suami yang ada urusan perniagaan di sini.
Tubuh kubaringkan di sofa. Aku menghidu bau Arif di situ, sebak terasa mengenangkan betapa dalamnya rinduku. Aku melihat aplikasi apa yang suamiku buka memandangkan dia mengambil telefonku. Hanya ada galeri dan rekod panggilan.
Tisu bersepah di hujung sofa, kuambil dan kuhidu. Berkecai hati ini. Aku menangis sendiri. Sanggup Arif buat aku begini? Marah sangat padaku sehingga tak mahu sudi menyentuhku? Tak sudi untuk mengajak aku melayari lautan nafsunya bersama sama? Apakah kata katanya semalam sekadar manis di bibir?
Aku lihat wajahku di cermin, dengan tempekan warna natural, wajahku tak lagi kelihatan pucat. Aku harap dua biji panadol yang aku telan tadi boleh mengurangkan rasa denyutan. Bibirku sapukan gincu warna merah cili. Ya, kurang sesuai tapi itu yang aku rasa kini, keinginan seksualku memuncak. Kacamata hitam bersaiz besar kupakai.
"Hanim...", tepukku di bahu seorang wanita bertudung bawal bertatahkan batu swarovski yang digayakan dengan gaya terkini.
"Wehh.. orang glamour. Makin seksi kau sekarang". Hanim memelukku sambil mencubit lenganku yang terdedah.
"Makin kurus kau sekarang. Diet eh? Aku ni nak diet, takde makna. Makin menggebu", ujar Hanim ketawa bahagia. Memang dia membesar, lebih besar dari aku dulu. Aku yakin Hanim lebih bahagia sekarang mungkin jika bersama Yazid, dia tak sebahagia ini.
"Eh.. Joy, besar perut kau dari perut aku", tegur Hanim pada Joy di belakang aku, sempat juga dia mengusap perut Joy yang sudah melepasi minggu ke 36. Namun mereka tak bisa berpelukan cuma dapat berlaga perut.
Joy turut ada sama, aku menjemputnya di rumah. Cuma Yati tak dapat ikut serta kerana jauh dari KL. Joy mengambil tempat disebelahku. Manakala Hanim duduk di depan Joy. Stroller anak kecilnya yang sedang menyusu diletakkan di hujung meja. Manakala hujung meja di sisi aku ada seorang anak perempuan kecil duduk di kerusi bayi sedang mengigit biskut. Tak lama kemudian, seorang lelaki bertubuh tegap berkulit agak gelap datang ke meja kami.
"Korang, ni suami aku. Khalid. Darling, ni Joy. Ni Nura". Kami bersalaman. Genggaman kuat Khalid buat aku tersentak dan mengangkat kepala memandangnya. Kenyitan mata Khalid buat aku tergamam.
Haih.. bini kau kat sebelah tu. Kawan baik aku.
Aku sedar tiap kali terpandang Khalid, matanya memang padaku. Menyesal pula aku memakai baju leher V dari kain chiffon mendedahkan lurah dendamku. Itulah ikutkan sangat keinginan nafsu. Manalah aku tau Khalid ikut serta. Sesekali kaki Khalid melanggar kakiku, aku tau dia sengaja kerana sejurus selepas itu, dia tersenyum padaku.
Sambil kami berbual, aku sempat melayan anak perempuan Hanim. Aina Khalida, comel. Putih mengikut Hanim, raut muka mengikut papanya seperti Arab. Keletah berbicara bahasa baby.
"Nura ni belum kawin ye?", soal Khalid mencelah bila kami bercerita tentang perihal masing masing tapi giliran aku belum lagi.
"Eh.. dah la darling. Ni la pembaca berita yang kawin secara rahsia dengan pengarah nama Arif Fahmi tu. Yang viral dulu tu".
"Ohh.. she looks prettier in real life. You are so hot!" Aku terkesima dengan kata kata Khalid. Mana taknya di depan isteri sendiri memuji perempuan lain dengan penuh perasaan dan kakinya mengesel betisku di bawah meja.
"Sorry Nura. Cik abang aku ni memang sangat expressive. Jangan ambil hati ye", ujar Hanim ketawa melihat reaksiku.
"Nura, you nak tak jadi duta kosmetik kami? I baru nak launch new product dalam dua bulan lagi", tanya Khalid. Aku ternganga.
"You ni darling. Mendadak sangat tanya. Bukan ke you kata nak ambil budak baru berlakon yang rambut panjang tu, sapa tah nama dia".
"No.. i rasa your friend lagi sesuai", ujar Khalid tanpa berlengah bangun dan berdiri di sebelah aku sambil menyentuh pipiku. Mataku membulat terkejut.
"Hey...", jeritku.
"Sorry Nura. Dia ni kalau dah excited tu, lain macam", ujar Hanim cemas.
"Kulit muka you mulus. Kulit tangan pun. Memang perfect la your friend ni Nim". Khalid mengusap lenganku dan dengan pantas aku mengelak. Aku mempamerkan raut wajah kurang senang. Khalid kembali duduk. Mulutnya bergerak berkata sesuatu, "wangi".
Aku nekad, aku akan tolak tawaran Khalid dan Hanim walau bernilai jutaan ringgit. Aku tak sanggup membayangkan kehancuran rumahtangga Hanim disebabkan aku. Ohh tidak.
"Sayang..."
Aku berpaling, "eh abang".
Aku segera bangun dan memperkenalkan Arif kepada teman semeja. Khalid dan Arif lama bersalaman.
"Abang dengan siapa kat sini?", bisikku. Memang aku tak sangka akan bertemu Arif di cafe ini. Kepalaku berpusing mencari wajah wajah lain yang mungkin aku kenali. Dan mataku berhenti di satu meja.
"Dengan bonda dan..."
"Bakal isteri?", tanyaku senada. Aku merenung wajah Arif yang kelihatan serba salah. Aku memberikan senyuman. Senyuman paksa.
"Saya faham. Abang pergilah, kita jumpa di rumah malam ni". Dalam hati mengutuk Arif, dalam tak nak bawa juga perempuan tu keluar. Makan makan di tempat awam lagi.
Setibanya aku di rumah, aku lihat ada sepasang kasut tumit tinggi warna hitam dan ianya bukan milikku. Aku buka pintu dan memberi salam, aku lihat bonda sedang duduk di sofa. Sekilas dia memandangku kemudian matanya pada tv semula.
"Dah lama sampai bonda?", tanyaku sambil menghulurkan tangan bersalaman. Bonda acuh tak acuh menyambut salamanku.
"Lambat sangat balik sekarang ni. Arif tu, makan pakai tidur dia macam mana?". Aku terpaku di situ dengan kata kata bonda. Selama ini, perkara itu tak menjadi masalah pun. Arif faham kerja aku.
Aku perasan ada susuk tubuh wanita memakai baju kaftan, bertudung selempang di bahu keluar dari dapur. Ini perempuan yang aku nampak di cafe tadi. Dia datang padaku yang masih tercegat di situ dan menghulurkan salam. Aku menyambutnya.
"Noraini". Suaranya lunak di pendengaranku.
"Nura", balasku.
"Saya tau. Saya kenal awak". Lemah lembut tutur katanya. Jauh berbeza berbanding aku.
"Anor, mana air bonda minta tadi".
"Ni bonda". Aku lihat betapa gemalainya tingkah bakal isteri Arif melayani bonda.
"Sayang". Panggilan Arif dari tangga menyedarkan aku dari terus memerhatikan gelagat Anor dan bonda. Aku pun terus menaiki tangga tanpa menghiraukan mereka berdua.
"Apa diorang buat kat sini? Itu bakal isteri abang kan? Kenapa bawa dia datang rumah yang saya diami? Dah takde hotel ke?". Tiba tiba aku naik angin dan aku lepaskan kegeraman pada Arif. Ya, aku rasa tercabar. Anor seorang wanita yang sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki seolah dia dilatih menjadi seorang puteri, betapa gelamai gerak gerinya.
"Hei.. kenapa ni? Bonda yang nak tidur sini. Bonda yang ajak dia. What is wrong with you?", bentak Arif.
"Kenapa tak beritahu saya yang diorang nak tidur sini. Tak payah la saya balik. Abang boleh bercengkerama dengan bakal isteri tu", sindirku semakin panas hati.
"Tak balik? Nak kemana? Nak menyundal dengan Khalid tu?". Arif bertambah garang, lengan aku dicekak kuat.
"Khalid tu suami Hanim. Saya tak gila la nak batang suami orang. Saya ada maruah diri", balasku berusaha melepaskan lengan.
"You kata I ni takde maruah?".
Kami berdua memandang ke pintu. Anor berdiri di situ memandang kami. Bonda turut ada.
"Kau tu yang perampas. Anor ni tunang Arif dari dulu".
Terhenti jantungku bila bonda kata begitu. Sampai hati Arif sembunyikan dari aku. Perlahan aku mengalihkan pandanganku kepada Arif. Aku malu. Aku marah.
"I love you sayang....".
Aku tutup telingaku dan berjalan ke pintu, menolak daun pintu bilikku kasar. Lantak la apa bonda nak kata.
Arif berusaha memelukku dari belakang namun aku meronta, melepaskan diri darinya. Aku rasa aku ditipu, dikhianati. Betapa hinanya aku bergelar perampas. Perampas tunang orang.
Share this novel
Masa kecik dulu Arif dengan Anor dah merasa kena flying kick Nura sampai berjahit kepala masuk longkang.. Ayo Nura, bagi flying kick lagi satu kali..
bonda2 .. bila agknya dia ni nk meninggal
bonda2 .. bila agknya dia ni nk meninggal