Bab 7 : Datang tidak dijemput, perginya juga tidak dihalau.

Short Story Series 5979

Semenjak mengandung Maryam rajin ke dapur. Semua benda dia mahu masak. Paling seronok adalah Nuh. Dia melayan saja apa kehendak Maryam. Tiap pagi dia akan menemani Maryam ke pasar pagi hanya kerana Maryam mahu membeli ikan segar dan ayam baru disembelih. Kalau bukan namanya segar Maryam tiada selera untuk makan.

Hubungan Nuh dan Maryam juga sudah menimbul bibit-bibit kasih dan sayang antara mereka.

" Awak, tolong saya sekejap.." ujar Maryam pada suaminya yang sedang menonton tv.

"Tolong apa?" soal Nuh yang masih tidak berganjak dari tempat duduknya.

"Ambilkan bekas Tupperware dekat atas kabinet. Saya tak sampai.." luah Maryam lagi.

"Sekejap..." Maryam melihat Nuh tergelak-gelak menonton tv. Tidak endahkan langsung permintaannya. Lantaklah, aku panjat je.

Maryam memberanikan diri memanjat kerusi. Dia menjingkitkan sedikit kakinya untuk mencapai tupperware berwarna ungu itu. Ingatkan semakin dapat dicapai rupanya dia tertolak bekas tersebut. Tanpa sengaja kaki Maryam terseliuh kemudian terjatuh.. dia menjerit "arrgghhhh"..

Ingatkan dia jatuh kebawah, rupanya Nuh sudah menyambut tubuhnya. Maryam terus merangkul tubuh Nuh. Maryam masih memejamkan matanya dari tadi. Maryam membuka matanya sedikit dia melihat mata Nuh merah menahan marah.

Nuh menurunkan Maryam dari cempungannya.

"Kan saya dah cakap sekejap tadi, yang awak pandai-pandai panjat dah kenapa?"marah Nuh pada Maryam. Maryam terdiam belum pernah lagi Nuh memarahinya sebelum ini. Maryam terus mengalirkan airmata dan berlalu pergi meninggalkan Nuh di dapur dan naik ke kamar beradunya.

Nuh menggaru kepalanya. Teruk sangat ke aku marah dia tadi?

Nuh mengambil bekas yang mahu diambil oleh Maryam tadi. Dia letakkan diatas meja. Selepas selesai dia menghidangkan makanan tengahari dia berlalu ke kamarnya untuk memanggil Maryam turun makan.

Nuh melihat Maryam berbaring mengiring ke kiri. Dia menghampiri Maryam dan didakap tubuh itu.

"Sorry mama... papa tak sengaja marah mama tadi." Entah kenapa dia senang dengan gelaran mama dan papa seakan lebih mesra. Nuh ada perasaan mahu Maryam memanggilnya abang, tapi seakan melebih-lebih pula.

Maryam masih diam. Sakit hatinya di marah oleh Nuh tadi. Ingat aku saja suka-suki panjat ke?

"Mama.. jom makan mama. Baby mesti dah lapar." Ujar Nuh lagi. Nuh menyapu lembut perut Maryam yang semakin membukit itu.

Geli pula Maryam mendengar gelaran mama dan papa. Aku bukan mama, aku ibu. Maryam malas memanjangkan rajuknya dia bangun dan terus turun ke bawah.

Nuh menggaru kepalanya yang tidak gatal.

*******************************

Muka Maryam yang masam itu dicuit oleh Nuh.

"Kenapa ni mama?"soal Nuh pada Maryam setelah Maryam duduk disisinya.

"Baju semua dah tak muat. Saya dah gemuk ke?"soal Maryam pada Nuh. Nuh tidak tahu mahu bagi jawapan yang terbaik.

"Mana ada mama gemuk. Cuma mama dah berisi sikit. Sebab mama kan tengah pregnant." Pujuk Nuh lembut tangan Nuh sudah mengusap perut Maryam. Sudah 4 bulan setengah usia kandungan Maryam.

Maryam hanya menyadarkan tubuhnya di sofa.

"Jom shopping...." ajak Nuh tiba-tiba. Mata Maryam yang terpejam itu tiba-tiba terbuka.

"Serious? jom.." Maryam terus bangun dan bersiap-siap untuk keluar. Jam yang sudah menunjukkan pukul 3 dikerling. Awal lagi ni.... tak payah masak makan malam. Makan dekat luarlah malam ni.

*******************************

Banyak juga pakaian yang dibeli oleh Nuh untuk dirinya. Bila di tegah, macam-macam pula Nuh berkata.

"Mama.. nanti perut mama makin besar. Makin banyak pakaian mama yang tak muat. Baik beli saja sekarang. Nanti dah sarat lagi penat nak jalan." Nuh bersuara. Malas Maryam mahu membantah. Ikutkan sajalah.. dia punya duit.

Waktu makan pula, giliran Maryam pula berceloteh. Nuh hanya menggeleng.

"Daging tak segar.. sayur tak segar.. semuanya tak segar.." omel Maryam ketika makanan yang dipesan sampai dihadapannya. Akhirnya Nuh yang menghabiskan semua pesanan tadi.

*******************************

Ketika Maryam dan Nuh berjalan mendekati kereta, tiba-tiba Nuh disapa oleh seseorang. Haida?

"Lama I tak jumpa you Nuh.." ujar Haida pada Nuh.

"Hmmm... you nak apa?" Soal Nuh kasar. Maryam terus berlalu ke pintu kereta. Malas dia mahu mengambil tahu perihal mereka berdua. None of my business.

" I miss you..." ujar Haida pada Nuh. Tanganya sudah memegang dada Nuh. Nuh hanya menepis pegangan Haida itu.

Haida meamndang Maryam. Terkejut dia melihat perut Maryam yang sudah membukit.

"Isteri you pregnant?" Soal Haida kasar.

"So? Salah ke dia mengandung. Lagipun ternyata I tak mandul tapi you." Ujar Nuh kasar.

"Macam mana I nak mengandung Nuh? bila you dengan I, you layan I nak tak nak. You cakap dengan I, you sebenarnya saja buat I menyesal becerai dengan you, kan?" Soal Haida pada Nuh.

Nuh ketawa dengan luahan Haida. "Kau menyesal bercerai? baguslah.. aku langsung tak menyesal. Malah aku sangat bersyukur ceraikan kau." Ujar Nuh pada Haida.

"Please Nuh.. We can fix it..." pujuk Haida lagi. Nuh terus berlalu pergi. Belum sempat dia mendekati kereta, Haida menyentap lengan Nuh..

"I tak habis cakap lagi Nuh..."

"Then, cakaplah sekarang.."ujar Nuh pada Haida.

"Kenapa you tak buat I mengandung juga Nuh? Kenapa selama ni you hambar dengan I?" Soalan Haida itu dibalas dengan senyuman sinis Nuh. Nuh memegang dagu Haida... dia mencumbui bibir Haida. Lama dan kasar....

Maryam tersentak melihat aksi pasangan dihadapannya sekarang. Kenapa dia merasakan sakit ya amat. Kenapa aku rasa marah? aku cemburu ke?

Nuh melepaskan kucupannya dan memandang mata Haida.

"Kau dah dapat apa yang kau nak kan? So, blah.." halau Nuh kasar pada Haida. Haida tersentak terus pergi meninggalkan Nuh bersama airmata.

*******************************

Semenjak kejadian itu Maryam terasa sangat kekok untum berhadapan dengan Nuh. Maryam menyedari dia sudah jatuh hati pada suaminya. Tapi, bila mengenangkan suaminya bercumbuan dengan wanita lain membuatkan dia betul-betul patah hati.

Nuh perasan dengan sikap Maryam. Semakin jauh dengan dirinya. Bila ditanya hanya 'tak ada apa-apa' yang dijawab Maryam.

Malam itu Maryam membuat keputusan untuk berpindah ke bilik sebelah. Entah kenapa dia sangat meluat untuk melihat wajah Nuh. Sakitnya hati bila jatuh hati pada orang yang tidak punya perasaan yang sama pada kita.

Belum sempat Maryam membuka pintu untuk keluar. Tangan Nuh memegang tangan Maryam.

"Kenapa mama? tiba-tiba nak tidur bilik sebelah?" Soal Nuh pada Maryam.

"Maaflah.. I tak boleh duduk sebelah you. I rasa nak muntah bau badan you." Luah Maryam mereka-reka cerita. Dia terus meninggalkan Nuh di kamar itu.

Nuh mencium badannya. Aku ada bau badan ke? sebelum ni elok saja dia peluk-peluk badan aku. Nuh mengeluh lemah.

*******************************

Malam itu Maryam yang berperasaan lain. Sukar untuk dia melelapkan mata. Selalunya bila dia merebahkan badan pasti terus terlelap. Maryam bangun dan berjalan menuruni tangga untuk menuju ke dapur. Maryam mencapai mug dan menuangkan air panas dan milo o dibancuh.

Sementara menunggu milo panas suam. Maryam memasang tv. Dia menekan-nekan punat kawalan jauh. Tiada satu siaran pun dapat menarik perhatiannya. Akhir sekali astro first menjadi sasaran. Cerita ikan paus di beli.

Setelah 10 minit cerita di tonton. Nuh turun dan turut serta menonton filem yang sedang terlayar.

"Nak join..." ucap Nuh manja. Dia terus merebahkan kepalanya di ribaan Maryam. Maryam hanya membiarkan dan mengusap lembut rambut suaminya. Nuh tersenyum menerima belaian dari isterinya.

Maryam menghirup milo suamnya..

"Nak?"soal Maryam pada Nuh. Nuh menganggukkan kepalanya. Maryam terus ingin bangun.

"Nak pergi mana?" Soal Nuh pada Maryam.

"Nak buat air untun awaklah." Ujar Maryam.

"Tak payah. Papa nak share dengan mama." Nuh terus mencapai mug yang berisi air milo itu dan dihirup air tersebut dengan penuh nikmat.

Maryam duduk semula dan kini giliran dia pula merebahkan kepalanya di ribaan Nuh. Nuh membiarkan saja. Satu ciuman diberikan pada ubun-ubun isterinya. Sekali sekala tangannya mengusap lembut perut Maryam. Bergerak-gerak bayi didalam perut bila papanya memegang. Tersenyum mereka berdua.

*******************************

Surat khabar yang dibaca oleh Nuh itu betul-betul membuatkan darahnya menyerbu ke muka. Merah padam mukanya menahan marah.

Arman membaca tajuk besar pada mukasurat utama.

"Waris Empire Holdings: Kembali rujuk bersama Haida." Gambar Nuh sedang mencumbui Haida itu seperti metakikkan lagi kenyataan tersebut.

"Betul ke Tuan?" soal Arman pada majikannya.

"Salah faham tu Man. Aku mana ada affair dengan Haida. Isteri aku tu dah cukup perfect. Buat apa aku nak dekat Haida lagi? Maryam tengah menagndung Man. Lagipun, Maryam ada dengan aku masa tu. Aku saja provoke Haida, tak sangka ada wartawan." Luah Nuh kecewa.

"Maryam ada?"soal Arman terkejut.

"Ya, dia ada masa tu.."

"Ya allah tuan.. ada ke patut cium perempuan lain depan isteri sendiri? tak cemburu ke dia?"soal Arman berbaur geram.

"Tak rasanya. Dia bukan suka aku pun." Ujar Nuh.

"Punya kacak macam ni pun dia tak suka?" Soal Arman sambil mencebik. "So, macam mana dengan berita ni tuan? nak diam saja ke?"

*******************************

Maryam memandang sayu pada surat khabar didepannya. Tidak tahu mahu membuat riaksi bagaimana. Layakkah dia marah? aku bukan isterinya yang sebenar. Jauh sekali perempuan penting dalam hidupnya.

Sarapan pada pagi itu tidak sedikitpun dijamah oleh Maryam. Maryam membuat kerjanya seperti biasa. Waktu makan tengahari juga dia tidak turun. Dia hanya menjamah sedikit roti keping yang ada di pantry.

Sedang dia mengemas meja untuk pulang. Tiba-tiba bawah perutnya sakit. Rakan sekerja yang perasan dengan keadaan Maryam. Terus menghubungi majikan mereka iaitu Tuan Nuh.

Nuh berlari mendapatkan isterinya yang sedang terduduk lemah di sofa diruangan menunggu.

*******************************

"Macam mana dengan isteri saya doktor?" Soal Nuh pada Doktor Lisa dihadapannya.

"Puan Maryam ok. Cuma pastikan isteri tuan kena lebih banyak berehat. Saya sarankan isteri tuan duduk saja dirumah sehingga pantang. Kerana Puan Maryam kandungkan anak kembar. Agak berisiko jika terlalu aktif."

Nuh dan Maryam berpandangan dan berbalas senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience