Rate

Lelaki paling biadap Bab 3

Humor Completed 61915

Fazura menolak cleaning trolley, kedua kakinya berjalan lemah, tangan kanan dari tadi mengesat-ngesat air mata yang mengalir, dia betul-betul tidak menyangka akan di permalukan oleh seorang lelaki di lobi walaupun dia sedar dirinya hanya seorang cleaner tetapi dia juga mempunyai maruah diri,

Cleaning trolley di letak di tepi dinding kemudian fazura menolak daun pintu kecemasan di belakang bangunan lalu menapak ke arah tangga, punggungnya di labuhkan di atas tangga, dia menatap kosong membayangkan orang-orang di Lobi tersengih-sengih memandangnya setelah lelaki itu mempemalukan dirinya,

"Tak apalah, dah ini nasib aku sebagai cleaner, lagi pun bukan ini kali petama aku kena hina, redho jelah dengan hinaan orang"
bisik Fazura lalu menangis teresak-esak

Pejabat pengerusi Teguh holding

"Ayah nak apa jumpa Farid?,"
Tanya Farid Husin duduk di sofa sambil menyilang kaki

Dato sri Hassan kamarudin tidak terus menjawab, dia masih perlu menandatangani beberapa fail di atas mejanya

Farid Husin memerhati ayahnya terdetik hatinya ingin mengusik ayahnya kemudian sengaja membuat nafasnya termegah-megah dengan raut wajah berkerut

"Dah kenapa dengan wajah kau tu, ada masalah ke?,"
Tanya Dato sri Hassan kamarudin tanpa memandang anak bongsunya itu

wajah Farid Husin lantas tergamam
"Hebatlah, ayah boleh perasan ya, walaupun tak tengok Farid,"

Dato sri Hassan kamarudin mengeluh perlahan kemudian berdiri setelah menyusun fail-fail di atas meja
"Ayah tak perlu nak tengok muka kau Farid dengar kau punya nafas pun ayah dah tau macam mana rupa kau"

Dato sri Hassan kamarudin menapak keluar dari mejanya sambil kedua anak matanya memandang anak bongsunya

"Berapalah kakak kau bayar kau kali nie?,"
Tanya Dato sri Hassan kamarudin

Farid Husin mengeleng kepala
"15 ribu je, tapi itulah last farid tolong kak farah, lepas nie kalau dia nak mintak tolong, janganlah harap"

"Banyaklah tu 15 ribu"
Kata Dato sri Hassan kamarudin sambil duduk di sofa mengadap anak bongsunya

"Banyak?,"
Farid Husin memandang ayahnya
"Ayah, untung kak Farah tu hampir dua juta tau, bayar kat farid cuma 15 ribu je, sekurang-kurangnya bayarlah farid 100 ribu barulah fair"

"Farid nak buat apa dengan duit banyak-banyak, ayah tengok farid bukan kaki clubbing, tak minat kereta, tak suka berfoya-foya, so ayah pelik kenapa farid nak sangat duit banyak-banyak?,"
Kata Dato sri Hassan kamarudin dengan raut wajah hairan memandang anak bongsunya

Farid Husin diam tidak menjawab hanya melontarkan pandangan pada ruang pejabat

"Farid kerja je lah dengan ayah"
Ucap Dato sri Hassan kamarudin bila melihat anak bongsunya hanya diam tidak menjawab pertanyaannya

Farid Husin mengeluh perlahan
"Farid bukan taknak kerja dengan ayah, tapi kalau ayah suruh Farid kerja dari bawah, kena ikut arahan perkerja ayah, sorry..Farid not interested"

"Farid, abang long Farid, kak ngah Farid, alang semuanya mula dari bawah, apa salahnya Farid mula dari bawah barulah dapat belajar,"

"Itu diaorang not Farid, kalau ayah tetap nak Farid mula dari bawah, Farid tetap dengan keputusan Farid, not interested"

Dato sri Hassan kamarudin mengeluh berat, wajah anak bongsunya itu sukar di baca, dia tak berani nak memaksa memandangkan arwah ibunya telah memberi amaran kepadanya supaya tidak sesekali memaksa atau memarahi cucu kesayangan arwah maknya itu

"Kalau ayah bagi Farid jawatan pengurus Marketing, Farid berminat tak?,"

Farid Husin memandang wajah ayahnya dengan riak teruja
"Pengurus?,"

Dato sri Hassan kamarudin mengangguk
"Memandangkan Farid memang ada ijazah bahagian marketing, apa salahnya ayah offer Farid jawatan tu"

Farid Husin mengerut dahinya
"Not bad.. tapi ada syaratnya?,"

"Syarat?,"

Farid Husin mengangguk
"Farid taknak ada sesiapa masuk campur apa saja keputusan yang Farid buat, tak kira long ke ngah ke atau alang sekali pun"

"How about Ayah?,"

"Of courselah termasuk ayah sekali"

Dato sri Hassan kamarudin mengeleng kepala
"Okay no problem, ayah ikut je kemahuan Farid, tapi ayah juga ada syarat"

"apa syarat ayah?,"

"Tolong jangan rude dengan perkerja kat syarikat ayah atau perkerja dalam department Farid, itu saja ayah mohon"
Jawab Dato sri Hassan kamarudin kerana dia sedar anak bongsunya itu mempunyai sikap seperti arwah ibunya, terlebih jujur

Farid Husin lantas bangun
"Sorry ayah.. Farid terpaksa tolak tawaran ayah"

"Eh. tunggu dulu Farid"
Wajah Dato sri Hassan kamarudin terpinga-pinga melihat anak bongsunya tiba-tiba menolak tawarannya

"Tak akan syarat macam tu pun Farid tak boleh nak terima?,"

"Ayah.. Sikap Farid mamang dah macam nie, tak boleh nak ubah, syarat ayah tu seperti menyuruh Farid berpura-pura, Farid tak nak"

"Yela.. yela.. up to you Farid, buatlah apa Farid suka, ayah tak akan halang"

"Betul?,"

Dato sri Hassan kamarudin terangguk-angguk
"Ya betul Farid"
jawab Dato sri Hassan sambil mengusap-ngusap dadanya menahan diri dari marah dengan sikap keras kepala anak bongsunya itu

Dan saat itu Kedengaran daun pintu di luar pejabat di ketuk

"Masuk"
Arah Dato sri Hassan kamarudin

Seorang wanita bersuit fitted blazer lantas membuka daun pintu pejabat sambil memegang paper bag besar

"Apa benda tu Shida?,"
Tanya Dato sri Hassan kamarudin dengan wajah hairan

"Dato, ini ada pemberian dari Dato sri Ong sebagai hadiah untuk majlis perkahwinan anak perempuannya nanti"

"Hey, Majlis tu pun lambat lagi, dah bagi hadiah, pelik betul si Ong nie,"
Kata Dato sri Hassan kamarudin keningnya bertaut

"Kot. kot. dia bagi ayah rasuah"
Kata Farid Husin bersahaja

"Hiss.. mulut kau nie Farid"
Balas Dato sri Hassan kamarudin tergeleng-geleng kepalanya kemudian memandang setiausahanya

"Shida, you letak je atas meja i, nanti ambil sekali semua fail atas meja tu, i dah tanda tangan semua tu"

Wanita itu mengangguk kemudian menapak ke arah meja Dato sri Hassan kamarudin menaruh paper bag di atas meja lalu mengambil kesemua fail sebelum menapak keluar dari pejabat

Farid Husin lantas menapak ke arah meja ayahnya setelah setiausaha ayahnya keluar dari pejabat

"Coklat je.. hmm..? Wow! ayah"
Farid Husin pantas menoleh memandang ayahnya sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam paper bag tadi
"Ada Aeon voucher yah"

Dato sri Hassan kamarudin memandang Farid Husin
"Ambil jela kalau Farid nak"

"Banyak nie yah, voucher 100 ringgit.. kejap?,"
Farid Husin lantas mengira jumlah voucher di tangannya

"Ada 5000 nie ayah"
Kata Farid Husin dengan wajah teruja

Dato sri Hassan kamarudin mengeleng kepala, betul-betul tak faham dengan sikap anak bongsunya begitu teruja dengan Voucher tu, padahal dia boleh memberi anak bongsunya lebih daripada itu

"Ambil jela semua tu Farid"

"Betul ke ayah"

"Ya.. Ambil jela"

Farid Husin tersengih-sengih
"Thank you ayah"

Farid Husin berdiri sambil memegang paper bag, bersiul-siul di dalam Lif, Selepas pintu lif terbuka dia segera menapak keluar kemudian berjalan ke arah penghadang laluan

Dan di saat itu dua orang pengawal bangunan telah perasan dengan kehadiran Farid Husin sedang berjalan ke arah penghadang laluan lantas berebut-rebut untuk membuka pintu penghadang kemudian menuduk-nunduk kepala bila Farid Husin melewati pintu penghadang kerana mereka berdua telah mengetahui siapa Farid Husin sebenarnya

"Ambil nie"
Arah Farid Husin sambil menghulur sesuatu kepada kedua pengawal bangunan tadi

Kedua pengawal bangunan itu lantas mengambil sesuatu di tangan Farid Husin sebelum farid Husin berlalu pergi

Kedua-dua anak mata dua pengawal bangunan itu lantas terbeliak bila melihat 10 keping Aeon voucher bernilai 1000 ringgit pemberian Farid Husin tadi kemudian saling berpandangan satu sama lain

"Terima kasih Encik farid!"
Ucap kedua pengawal bangunan itu serentak dengan senyuman lebar

Farid Husin hanya mengankat tangan

Di hujung Lobi bahagian kiri kelihatan Fazura sedang menolak cleaning trolleynya dan akan berhenti di setiap pasu bunga yang terletak di ruangan lobi bangunan untuk menyiram air, namun di saat wanita muda itu sedang menyiram pokok bunga teletak di salah satu tiang lobi dia merasakan seseorang sedang mencengkam atas kepalanya

"Siapa?,"
Ucap Fazura segera memusingkan tubuhnya namun tertunduk bila melihat wajah lelaki yang mempemalukan dirinya sebelum ini tercegat berdiri di depannya

"En.. encik nak.. nak apa?,"
Tanya Fazura dengan suara terketar-ketar

"Ambil nie?,"
Farid Husin segera menghulurkan paper bag kepada Fazura

"Woi stupid!, aku bukan suruh kau buang"
Kata Farid Husin bila melihat Fazura ingin membuang paper bag pemberiannya di dalam tong sampah cleaning trolley

"Maaf encik, saya ingat encik suruh saya buang benda nie"
Ujar Fazura dengan wajah takut sambil menunduk-nunduk kepalanya

"Lahabau betul lah kau nie, itu aku bagi kau, kat dalam tu ada coklat dengan Voucher Aeon 15 keping, nilai voucher tu 1500 ringgit kau tau tak"
Kata Farid Husin sambil menjengkil anak matanya pada Fazura

"Tapi.. tapi ken.. kenapa encik bagi saya?,"
Tanya Fazura tergagap-gagap dengan wajah bingung

"Suka hati akulah, kalau aku nak bagi kat kau, tapi kalau kau tak nak, kau bagilah kat orang lain,"
Jawab Farid Husin dengan wajah annoying sebelum menapak ke arah kaunter

Fazura diam terpaku sambil melihat isi di dalam paper bag kemudian memandang ke arah Farid Husin silih berganti beberapa kali

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience