(cinquanta sette)

Other Series 152486

"Oh dear, what you have done...?"

Tangan diketupkan pada mulut, matanya terpaku pada sebuah slaid yang terpapar indah di hadapannya kini dalam kegelapan. Dimulai dengan kata..

'My Cute Little Angel.'

Gambar-gambar Aleena pada tika dirinya bayi ditayangkan bersama kedua ibu bapa. Gambar sewaktu dia mula pandai tersenyum, meniarap, merangkak dan berdiri bersama si ibu.

Dari umurnya setahun, ke kehidupan kanak-kanaknya.. pada hari pertama dia ke tadika dan sekolah, juga pada setiap perayaan dan hari percutian dia sekeluarga.

Semuanya ada.. kenangan indah Aleena bersama keluarganya suatu masa dulu.

Remix of Sad Song by We The Kings lebih membuatkan suasana berubah nostalgia.

Dom melihat raut wajah Aleena dari tepi, mata si gadis bersinar menatap slaid tanpa berkelip dan tersenyum. Dikucup bahu Aleena sebelum mengeratkan lagi pelukannya dari belakang.

Caption, 'The smile of yours make the world spin beautifully without any pain.'

Aleena terimbau kembali permulaan deritanya, semasa dia mula terkapai-kapai sendirian apabila ibu bapanya meninggal dalam kemalangan.

Dia dibuang keluarga, segala harta keluarganya diambil sanak-saudara yang lain tanpa memikirkan nasibnya.

Dan pada itulah Puan Susan mengambilnya menjadi anak angkat wanita itu, Aleena menitiskan air matanya setitis tapi pantas diseka.

Dom tak pasti samada air mata kegembiraan atau sebaliknya. Dia hanya memerhati..

Kehidupan seorang Aleena Humairah, isterinya.

Pada ketika dia belajar di sekolah menengah dan di Sapienza University. Gambarnya ditangkap candid entah oleh siapa.

Permulaan kehidupan gelapnya bersama Dom dahulu, raut wajah Aleena yang sedih terpampang pada slaid.

'Forgive me, forgive this fool,
sorry that I acted so cruel,
I love you..
And I'll love only you..'

Entah mengapa.. ianya bagaikan satu tayangan semula kehidupan Aleena dahulu, pada awal kehidupannya bersama Dom.

Setiap harinya penuh kegelapan dan paksaan dari lelaki itu, dia dikurung di rumah agam dan tak dibenarkan melihat dunia luar.

I'm sorry my dear..
The darkness of the world
I created for you,
It became a sharp-eyed spear,
That stabbed deep into me,
Moaning,
Shrieking,
Crying,
Always in pain,
Appeal for a pardon.

Setiap detik dirinya ketika bahagia, wajah kegembiraan dia bersama Dom ditangkap indah tanpa sedar. Mata Aleena berkaca, menghayati segala memori, kenangan indah mereka.

Bermulalah kehidupan barunya tika itu, saat Dom memeluk Islam.. Saat mereka diijab kabulkan.. Saat mereka berpegangan tangan dan berpelukan mesra..

Setiap detik indah mereka bersama, semuanya di sana, tersemat agung cinta selamanya bersama mereka.

Gambar terakhir adalah gambarnya bersama Dom ketika berada di Italy dulu, dilatari cahaya mentari indah di Lake Garda dan kebiruan langit tanpa cela.

Aleena dengan senyuman manisnya tersenyum gembira sambil memeluk pinggang Dom dan lelaki itu memeluk bahunya mesra.

Ungkapan terakhir, pengakhiran penutupan dilengkapi dengan bisikan syahdu dari Dom di sebelah telinganya. Lembut.

"Thanks dear, and I'll thanks you a million times and more if its needed. You are an amazing person carrissima, the most.. and without you.. I don't know where I'd be because having you in my life.. completes and fulfills every part of me."

Perlahan-lahan tubuh Aleena dikalihkan memandangnya, wajah itu jelas menangis terharu dengan cahaya permata yang jatuh ke pipi mulusnya.

Dom mengusap lembut, menyeka. "Trust me.. that our happiness will last forever. I promise you."

Aleena mengangguk laju sebelum memeluk Dom, erat. Tak mahu melepaskan.

Dibalas pelukan Aleena sambil ketawa kecil. Sungguh dia bahagia kini. Ditambah pula dengan kehamilan Aleena lebih membuatkan kasih dan sayangnya melimpah ruah untuk gadis itu.

Selepas sesi kejutan tadi, Aleena mula menyoal siasat Dom. Dari mana dia dapatkan semua itu.. bagaimana dia lakukannya.. dan bermacam lagi.

Aleena dan Dom juga berjanji malam itu untuk tak lagi berahsia sesama mereka.

~~~~~~~~~~~~~~

"Boleh awak bagitahu saya.. emm.. tentang.. tentang.." Aleena teragak-agak mahu bertanya. Perut berotot si suami yang menjadi bantalnya diukir sesuatu yang dia sendiri tak pasti apa. Gusar.

Dom menatapnya lembut, rambut hitam lebat Aleena dikuak sedikit dari menutupi dahinya. Dibelai kepala itu manja.

"I won't mad. Just ask whatever you want carrissima.." Dom bertutur lembut.

Aleena menarik nafas panjang sebelum bangkit dari pembaringan, comforter yang menyelubung tubuhnya dan Dom tanpa seurat benang ditarik mengikuti pergerakannya.

Dia berbaring beralaskan lengan kiri Dom pula, manatap lelaki itu. Polos.

"Tell me.." Aleena memainkan hujung jarinya pada tubuh Dom. Masih ragu-ragu.

"About what sweetie?" Dom mengangkat kening kanannya sekali.

"Tentang masa silam awak. Saya nak tahu semuanya. Apa yang berlaku pada awak dulu? Apa yang buatkan awak benci pada wanita? Kenapa jadi macam tu? Dah lama dah ke awak dalam kumpulan gelap tu?"

Segala yang dia mahu tahu dimuntahkan. Menyedari keterlanjurannya dan perubahan riak Dom, Aleena kembali menunduk ke dada lelaki itu. Takut.

Dapat dia dengari hembusan nafas kasar lelaki itu, mengeluh barangkali.

"Okay. Saya akan ceritakan pada awak sayang.. tapi.." Kepala Aleena pantas diangkat menatap Dom dengan pandangan mata bersinar apabila lelaki itu bersetuju. Teruja.

"Tapi apa?" tanyanya kalut.

"I'm not done yet with you.." serta-merta, tubuhnya mula di atas Aleena. Menindih lembut.

Aleena mula menunjukkan muncung tanda protes.

"Tadi kata nak bagitahu.. Liar!" dada Dom ditumbuk sekali, manja.. sebelum pandangan dilarikan.

"Hahaha.. you're blushing sayang.." pipi mulus Aleena dielus lembut jari jemari kasarnya sebelum bibir mula dijatuhkan ke seluruh wajah si isteri.

Aleena hanya merelakan, dia lebih suka diperlakukan sebegitu. Buatkan dia rasa...

disayangi..

Akhirnya kucupan mereka bertautan. Dalam. Penuh sensasi. Bilik itu mula dipenuhi desah lembut berganti kasar oleh kedua pasangan itu.

Peluh keringat mula membaluti diri. Mereka semakin hanyut dalam gelora asmara yang diciptakan bersama.

~~~~~~~~~~~~~~

Zen menolak troli di pasaraya seorang diri. Dia hendak membeli bahan-bahan untuk membuat strawberry cheesecake buat Aleena, kata wanita itu, dia mengidam.

Jadi Zen tak kisah keluar seorang diri asalkan dapat menggembirakan Aleena. Sedang dia memilih beberapa barangan di bahagian bakeri..

"Eh Zen! Tak sangka jumpa awak dekat sini.. Sorang je ke?" Lara menegurnya.

"Hmm.." Zen menjawab dengan anggukan kepala sekali.

Wajahnya kosong tak beriak, pandangan mata tertancap pula pada Aisyah di sebelah, pantas dikalihkan. Berpura-pura sibuk memilih barang.

"Kami pun berdua je.. Si Isya ni nak buatkan sesuatu untuk aw-" mulut Lara pantas ditekup Aisyah panik. Matanya membulat memberi amaran pada Lara.

"Pardon? What did you say?" Zen mengerutkan keningnya sedikit. Di tangannya memegang sepaket biskut choc nutty graham.

"Hahaha.. takde apa lah. Awak nak masak apa masak ni Zen?" Lara mula cover agar tak terkantoi kejutan Aisyah untuk Zen esok.

Rakannya itu memang jenis pemalu dan lemah-lembut.. jadi dia hanya buat sesuatu senyap-senyap saja. Tambahan pula kata Aleena, hari jadi Zen pada esok hari.

"Cheesecake." sepatah saja yang dijawab.

"Ouh.. kami pulak nak buat-" tak sempat dia menghabiskan kata-kata Aisyah di sebelah mencubit lengan Lara perlahan.

Muncungnya mula timbul. Lara pula menutup mulut dengan ketawa kecil. Tersasul lagi.. haha..

"Buat apa?" Zen memandang pelik dua orang itu.

"Adalah.. mana boleh bagitahu. Tak apalah Zen. Kami berdua pergi dulu. Bye." Lara meminta diri sebelum menolak troli mereka beesebelahan Zen. Aisyah membontotinya dari belakang, lalu saja di sebelah Zen dia menundukkan pandangan.

"Bye sya.." perlahan, tapi mampu didengari Aisyah. Dia menoleh pada Zen yang sudah melangkah pergi menolak trolinya bersama. Tak sangka.

"Oi minah! Amboi.. lepas dah bla Zen tu baru nak usah. Tadi tak nak.. Haha" Lara mengusiknya.

"Hish.. mana ada la. Dah la jom.. Nanti lambat pulak kita balik." Lengan Lara ditarik bersama.

Zen yang tak berada jauh dari situ hanya memasang telinga. Entah mengapa dia tersenyum nipis, hanya seketika saja sebelum dia perasankan sesuatu.

Ada dua orang lelaki yang dari tadi hanya mengikutinya, agak jauh. Mereka memakai baju kasual biasa, berwajah warga tempatan tapi.. ada sesuatu yang tak kena.

Warna kulit wajah dan di pangkal lehernya agak berbeza walaupun tak ketara. Zen mula mengesyaki sesuatu, 'Haih.. ada lagi.'

Dia hanya berlagak selamba, bagai tidak syak apa-apa di sekeliling. Barang-barang yang dia perlukan terus dibeli.

Cheese dan strawberries pula akan dia beli di kedai khas yang menjual mereka agar kualiti bahan terjamin. Dia beratur dan membayar seperti biasa.

Dua orang lelaki tadi mengekori Zen, tanpa sedar diri mereka sudah tertangkap. Lelaki itu menuju ke arah kereta audinya dan membuka bonet belakang. Selamba.

Memandangkan kawasan itu agak ramai, dia hanya berkelakuan biasa saja. Zen yakin mereka tak akan berani menyerangnya terang-terangan sebegitu.

Zen masuk ke dalam kereta dan mulakan pemanduannya agak perlahan. Dia menghubungi seseorang..

"Sorry for disturbing. I've found some of their subordinates." cermin padang belakang dan sisi dikerling beberapa kali.

Zen mengangguk perlahan.

"I'll bring them there right away." talian dimatikan.

Dia berpusing-pusing sebentar memberikan masa pada si dia untuk tiba di destinasi. Beberapa ketika kemudian, barulah dia memandu pulang.

Bukan ke rumah banglo Dom, tapi ke sebuah deretan kedai bertingkat lama dan gudang yang ditinggalkan.

Charl dan Brad memerhati dari jauh, mereka hanya menaiki motosikal biasa saja. Apabila didapati kereta Zen memasuki kawasan tertutup itu, mereka berfikiran mungkin itulah kawasan persembunyian Dom.

Location dihantar kepada ketua seliaan mereka, Joseph.

Joseph tersenyum bangga. Gambar Zen yang ditangkap dari jauh oleh anak buahnya itu ditatap.

'Memang dia.. anjing Dom.. Aku dah jumpa.'

Laporan ditangguhkan dahulu sebelum diberikan kepada Javier kerana dia mahu menyemai bakti dahulu.

Kalaulah Javier dapat tahu dia yang menjumpai dan membunuh mereka, sudah tentu dia akan diberikan ganjaran yang lumayan dari lelaki itu atau lebih besar lagi....

Dari Martin..

Dia mula mengarahkam salah seorang orang suruhannya yang ada bersama,

"Gather our armed men now. We'll go for hunting." Joseph mengambil pistolnya di atas meja sebelum melangkah keluar bersama lelaki tadi.

Mereka perlu bertindak segera agar sasaran tak terlepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience