Bab 2

Horror & Thriller Completed 7874

BAB 2

Dua minggu selepas berita kenaikan pangkat papa berlalu, kami sudah siap sedia di lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2. Seminggu sebelum ini adalah tempoh yang sangat sibuk bagi kami. Mama mengemas apa yang boleh untuk dibawa ke sana. Notis yang terlalu pendek membuatkan mama dan papa tidak sempat berfikir mahu mempersiapkan kami sekeluarga.

Mujur, urusan sekolah aku dan adik sudah diurusakan oleh pihak syarikat. Aku dan adik terpaksa bersetuju dahulu bagi memudahkan proses perpindahan pejabat papa ke sana. Jika aku masih tidak suka dengan sekolah yang diberikan, aku boleh bertukar sekolah pada bila-bila masa dan hal itu akan diruskan oleh syarikat papa juga. Disebabkan tidak ada sekolah internasional yang terdekat maka aku dimasukkan ke sekolah Sekolah Menengah Pertama (SMP).

Oh, rumah juga tidak perlu dirisaukan. Pihak syarikat juga sudah menyediakan sebuah rumah untuk kami sekeluarga di sana. Papa kata rumah itu luas dan ada laman yang hijau kami bermin nanti. Bilik tidur juga ada tujuh buah. Kami boleh memilih bilik sendiri agar lebih selesa.

Mendengar cerita papa, aku dan adik tidak sabar mahu melihat rumah yang diceritakan. Pasti kami akan bermain dengan gembiranya. Bermacam-macam permainan telah kami susun untuk dimainkan nanti.

Panggilan untuk menaiki pesawat telah dibuat. Bagasi dan barang-barang lain sudah didaftarkan masuk di kaunter sebentar tadi. Papa dan mama mengarahkan kami ke laluan masuk di hadapan dan terus ke perut pesawat. Dalam masa dua jam, kami akan sampai di Lapangan Terbang Adi Sutjipto, Yogjakarta.

+ +++++

Lebih kurang sejam perjalanan dari lapangan terbang, kami tiba di halaman rumah yang diceritakan papa.

Wow! Itu perkataan yang keluar dari mulut aku tatkala melihat sekeliling rumah itu. Rumah tersebut memang seperti yang diceritakan oleh papa. Turun sahaja dari kereta, adik terus berlari -lari di halaman yang menghijau itu. Aku pula mengejarnya dari belakang sementara mama dan papa serta pemandu memindah keluar barang dan membawa masuk ke dalam rumah.

"Ain, jangan takutkan adik begitu... Nanti dia tak boleh tidur malam," kata mama mengingatkan aku yang sedang menyakat adik.

"Ok.. OK... Ain tak buat..." kataku mengalah tapi masih sempat mencuit pipi tembam adik.

"Alah biarlah sekejap. mereka nak bermain tu," kata papa menyokong kami yang sedang bermain.

"Tak pe papa. Adik ni memang mengadakan. Ain masuk dalam dulu," kataku meninggalkan adik yang masih bermain sendirian di halaman.

Mama sudah menggeleng kepala melihat telatah kami yang saling menyakat.

Malam itu, kami tidur dalam satu bilik kerana barang-barang belum lagi habis dikemas. Rumah masih tunggang langgang dan bersepah. Malam itu, kami tidur lena. Mungkin kerana kepenatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience