Bab 3

Mystery & Detective Series 2014

Keesokan pagi sabtu, Aku menjalankan kehidupan seperti kebiasaan aku lakukan. Terasa tenang sahaja dengan suasana kampung yang sejak kecil aku dan adik-adikku tak pernah rasakan. Sejak ayah dan ibu berkahwin mereka berpindah ke kota untuk memulakan kehidupan sebagai suami isteri. Menempuh hari-hari yang sukar bersama. ayah terlalu sibuk dengan perkerjaannya dan menyukarkan kami sekeluarga melawat rumah peninggalan arwah atok dan nenek. Syukurlah ada pakcik Din abang kepada ayah yang menjaga rumah tersebut.

Sedang aku asyik menghirup udara segar, aku pandang satu sosok tubuh seorang budak perempuan seumuran denganku berdiri tepat di hadapan rumahku. Aku dengan perasaan ingin tahu meluruh pantas mengambil selipar yang tersusun rapi didalam rak kasut. Dalam keadaan kelam kabut aku ingin mendekati bayang itu namun angin bertiup agak kuat mengakibatkan mataku termasuk habuk. Aku menggosok-gosok mataku. Setelah pedihnya beransur hilang aku kembali melihat bayangan tersebut. Aku tercari-cari namun hampa. kelibat itu telah hilang. Aku sendiri tidak pasti samaada aku hanya tersilap nampak atau ada sesuatu yang perlu aku tahu.

"Atika! buat apa pagi-pagi ni sudah merayap keluar. muka pun tak cuci lagi. sudah naik tolong ibu buat apa yang patut." jerit ibu dari depan pintu rumah. Aku berlari anak naik kembali ke rumah. Aku tidak menceritakan perkara itu kepada ibuku.

Selesai aku membantu ibu mengemas rumah. ibu memintaku untuk membeli barang-barang memasak dikedai Pak Daud. Setelah mendapat senarai barang dan duit, aku menyalam tangan ibu dan mencium kedua belah pipi, Perkara yang kebiasaan aku dan adik-adik lakukan. Aku pun berjalan sambil melihat senarai barang yang harus aku beli. " Wah banyak juga ni. macam nak buat kenduri pun ada. hahaha" bisikku dalam hati.

Pang! "Aduh." rintihku. "Alamak, maaflah. saya tak perasan"kata Hafiz yang sibuk dengan telefon bimbitnya. "Takpa.. takpa"kataku lagi. "Kau nak pergi mana ni?" Tanya hafiz sambil menyimpan telefon bimbitnya didalam poket seluar. "Ni ibu suruh saya pergi beli barang." sambil menunjukkan senarai yang diberi ibu tadi. "Mak ai ! banyak ni. larat ke nak bawa semua ni?"tanya Hafiz dengan nada yang sedikit terkejut seakan tidak percaya. Aku sekadar mempamerkan senyuman kepadanya. "Jangan risau saya sedia membantu" sambungnya lagi. "Terima kasih" jawabku pendek. "Takda hal la" kata Hafiz. "Bagus juga ada hafiz ni. Taklah aku sesat jalan nanti" bisikku dalam hati.
"Banyak barang nampak." kata seseorang daripada belakang. Aku segera menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang menegurku sebentar tadi. "Oh.. Sofeah !" kataku sedikit terkejut. "Haah.. ni ibu saya suruh beli barang." jawabku berterus terang. "Oh.. sama la, saya pun beli barang ni" kata Sofeah. "Tika, susu ni nak yang mana satu?" tanya Hafiz yang tiba-tiba muncul dihadapan kami. "Eh! Piz." terkejut Sofeah. "Eh kau pun beli barang juga ka?" tanya Hafiz bersahaja. "Taklah, ingat nak borong barang-barang kedai ni sekali dengan tuan kedai" balas Sofeah. "Hah ! kau biar betul Sof?" tanya Hafiz. Sofeah hanya menunjukkan muka berlagak. "Pak daud ! Sofeah ni mau borong barang dikedai ni sekali dengan pak Daud. Macam mana?" jerit Hafiz. Terkejut beruk Sofeah. "Eh kau ni. Macam rindu sudah dengan penampar aku kan!" kata Sofeah. Aku dari tadi hanya jadi pemerhati melihat pertengkaran kecil kedua orang yang baru kelmarin aku kenali. Hafiz ketawa sampai mengaduh sakit perut. Sofeah mencebik menahan sakit hati. Aku pun berlalu meninggalkan mereka berdua. Perlahan-lahan aku berjalan dari rak ke rak, aku ternampak satu kotak permainan terjatuh. Aku memungutnya sewaktu ingin meletakkan kembali kotak itu aku terlihat Dahlia berdiri di hujung rak berhadapan dengan ku. "Dahl...." belum sempat aku memanggilnya Hafiz menarik tudungku. "Ish kau ni" marahku. Hafiz seperti tidak nampak yang aku tidak senang dengan kelakuannya itu tersengih-sengih. "kau cakap apa tadi tu?" tanya hafiz dengan muka tidak bersalah. Aku yang baru teringat tentang Dahlia segera menoleh kembali dan mendapati hanya aku dan Hafiz saja berada disitu. "Takda apa." jawabku pendek. "Mana Dahlia?" bisikku dalam hati. "Oh.. ok" Jawab hafiz pendek. "Sofeah mana ?" tanyaku melihat hanya Hafiz seorang diri. " Dah balik. sakit hati sangat dia. hahahaha" kata Hafiz gembira apabila teringat kejadian tadi melihat Sofeah marah dan sakit hati kepadanya. Setelah semua barang telah aku beli. Hafiz membantuku mengangkat dua beg plastik yang berisi barang-barang dapur.
Setiba kami di rumahku, aku menjemput Hafiz singgah makan tengah hari di rumahku. Dalam seronok berborak aku menerima satu mesej daripada kawanku Rania. Sedang asyik berbalas-balas mesej, ada satu nombor baru yang tidak aku kenali menghantar satu mesej yang aku sendiri pun tidak faham "(Berhati-hati)". Itu sahaja pesanan yang aku terima daripada nombor tersebut. Bingung aku memikirkannya, siapa dan dari mana orang itu dapat nomborku.

"makcik Salmah, saya minta diri dulu ya." kata Hafiz sambil berdiri dari meja makan. Aku menghantarnya sampai ke depan pintu. Aku dan hafiz bertukar nombor bagi memudahkan kami berhubung. "Amboi kakak, dah ada Boyfriend la. marah la Boyfriend kat sekolah lama tu." usik adikku hanna. "Apa boyfriend-boyfriend. pergi belajar sana. tak padan dengan kecik" kataku tegas. "Alahh hari sabtu ni pun kena belajarkah?" hanna mengeluh. "Habis tu? kan hari Isnin minggu depan ada ujian." kataku mengingatkan kembali adikku. Hanna hanya berdengus dengan muka yang tidak puas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience