Abang..Nanti lepas pulang dari sekolah boleh ambil Irah sekali? Irah rasa malaslah nak pandu sendiri hari ini. Bersuara Munirah sambil tangannya sibuk saja menyiapkan belakan makanan untuk Azhar. Hari ini Munirah sanggup bangun awal untuk masak nasi lemak ikan bilis. Azhar yg pinta tak akan Munirah nak tolak pula sebagai isterinya.
Ok. Kita pegi sama-sama ehh hari ni. Ermn sedaplah sayang masak. Lepas ni abang nak bawa bekal keraplah pegi keje. Baru ada tenaga nak mengajar sikit. Puji Azhar sambil tangan gatal saja mencuit pinggang Munirah. Mahu bermanja dengan Munirah sikit pada waktu pagi ini. Munirah memberikan senyuman manis saja tahu apa maksud tersirat Azhar ini. Tidak habis-habis meminta saja.
Hai...dah kena semalam tak puas lagi ke? Tanya Munirah lalu menapar lembut tangan Azhar yg mula meraba lebih di sekitar badannya. Lagi dilayan semakin lincah Azhar bertindak balas. Silap hari ini mereka berdua terpaksa ambil cuti pula.
Ehehehe. Tak puas lagi lah. Sayang ni comel sangat selalu buat abang tergoda..Jawab Azhar tidak berlapisnya dekat Munirah. Dia terus memberikan senyuman nakal ke arah Munirah. Merah padam muka Munirah menahan malu apabila mendengar semua ini. Munirah memberikan senyuman kelat saja. Dia terus bangun dan menyimpan semula sarapan yg sudah selesai di jamah oleh mereka. Lain pula jadinya kalau terus melayan kerenah Azhar ini. Azhar terus ketawa terbahaknya dapat juga kenakan Munirah pagi ini. Mesti isterinya itu sudah meremang satu badan. Azhar juga tahu Munirah perlukan rehat yg secukupnya memandangkan mereka berdua bekerja. Tidaklah mereka tergesa-gesa nak layan nafsu masing-masing. Pada waktu terluang boleh saja memberi komitmen antara satu sama lain. Satu saja yg Azhar masih menunggu sehingga sekarang. Menantikan kurniaan cahaya mata untuk keluarga mereka. Jika ini akan berlaku tidak lama lagi. Dialah lelaki yg paling teragung dan bahagia di dunia ini.
..................................................................
Awak tak penat ke datang setiap hari ke sini Iqbal? Tegur Mira lalu melabuhkan dirinya di atas sofa. Sejak dari tadi lagi dia melihat Iqbal seronok saja bermain dengan Eisya. Eisya sudah mula memanggilnya "Ayah" disebabkan panggilan "Daddy" hanya kepada Azhar. Anak kecil itu masih tidak dapat bandingkan yg mana satu bapa sebenarnya. Yg Mira tahu semestinya Azhar adalah ayahnya dan bukannya Si Iqbal itu. Mira ada terfikir jika dia dapat memikat hati Azhar mungkin perkahwinan mereka akan bertahan lebih lama dari sebulan tetapi dia perlu memikirkan jalan yg betul agar semua ini tidak kantoi dengan Munirah. Mira tidak mahu dirinya akan jatuh talak terlalu awal kalau Munirah dapat tahu dan memberitahu kepada Azhar. Alangkah bagus kalau Munirah sudah lama mati. Nak jatuhkan Munirah bukan semudah itu. Fikir Mira sejenak.
Ermm..Eisya anak saya. Dekat mana pun saya kenalah ada masa terluang untuknya. Jawab Iqbal sambil memberikan senyuman ke arah Mira. Rasa rindu pula dirinya dekat Mira. Walaupunn sekarang Mira adalah milik Azhar tidak lama lagi Mira akan menjadi miliknya semula. Iqbal berharap sangat cinta Mira masih lagi berputik untuknya. Bukan mudah mahu mendapatkan cinta Mira semula. Cintanya terlalu agung bagi lelaki yg bergelar Azhar. Iqbal tahu Azhar mesti akan pegang pada janjinya. Dia tidak akan mudah jatuh cinta dekat Mira lagi. Hanya jasadnya saja terpaksa merelakan semua ini.
Ermm..Whatever lah. For sure..saya sekarang ni isteri orang tak manislah kalau awak terus jejak kaki dekat sini. Nanti suami saya marahlah. Apa pula yg dia kata nanti..Saya setia tau dengan Abang Azhar. Kata Mira bangganya sambil menunjukkan cincin perkahwinan yg cantik disarungkan ke jari manisnya itu ke arah Iqbal. Dia tersenyum sinis saja apabila melihat wajah sebal Iqbal itu. Mesti lelaki di hadapannya ini rasa sangat kecewa yg teramat sangat apabila membiarkan wanita pujaannya ini berkahwin dnegan cinta mati separuh hidupnya.. Iqbal lalu mengangguk tahan faham saja. Bibirnya masih lagi mengukirkan senyuman ke arah Mira. sedikit pun dia tidak merasa cemburu akan semua itu. Benda sudah berlaku buat apa dia mahu merasa menyesal lagi. Asalkan selepas ini Mira akan menjadi miliknya semula. Itu sudah mencukupi buat Iqbal. Demi masa depan Eisya Humaira , Iqbal sanggup berkorban apa saja.
Eleh..berlakon soal baik pula di depan aku. Tak nak marah or naik angin lah sangat. Aku nak tengok sejauh mana engkau dapat bertahan Iqbal Basir. Aku akan pertahankan rumah tangga aku dengan Azhar. Aku tak akan berpisah dengan dia. Biarlah korang semua sakit hati pun asalkan aku puas dengan semua ini. Aku puas hancurkan hidup korang. Biar korang semua tahu apa itu "sengsara". Nguman Mira sambil tersenyum sinis seorang diri di atas sofa itu. Dia menarik muka apabila melihat wajah Iqbal yg tidak lekang dari terus tersenyum. Sekali sekala dia ketawa sambil bermain dengan cincin di jarinya. Rasa bahagia yg tidak dapat ia ungkapkan. Tidak sabar Mira mahu berjumpa dengan bonda iaitu Ibu Mentuanya sekarang. Mahu berbaik dan mengambil hati Bonda semula. Mira tahu orang tua itu pasti masih sayangkannya. Mira akan gunakan masalah mentalnya untuk melembutkan hati semua orang. Biar semua orang ada rasa kasihan dan mula mengambil berat pasalnya.
"Ini Amira Athirahlah..siapa tak kenal"
..................................................................
Irah..sampai bila Irah nak tunggu di sini..Mari akak hantar Irah pulang. Semua orang sudah beransur pulang. Walid pun sudah pulang awal tadi. Mesti En Azhar ada keje tu..tak kan dia lupa pulakan. Ada En azhar beritahu Irah? Tanya Farah sambil mengunci pintu hadapan Pusat Rawatan itu. Sejak dari tadi lagi dia melihat Munirah masih setia menunggu Azhar datang mengambilnya. Farah melihat jam di tangannya menunjukkan pukul 4.00 p.m. Sejam lebih Munirah sudah menunggu kosong di sini tetapi kelibat kereta Azhar masih tidak ada. Farah menghela nafas perlahan. Kasihan saja melihat keadaan Munirah seperti ini. Setia saja Munirah dekat Azhar.
Tak...dia tak beritahu Irah..Tak apelah..Irah nak tunggu di sini saja. Akak pulanglah dulu. Kalau dia tak datang pun..Irah naik grab saja. Alah bukannya jauh pun kan? Jawab Munirah masih lagi tersenyum manis tetapi dalam sudut hatinya mula rasa terkilan sedikit. Munirah buat seperti tiada apa yg berlaku saja dekatnya. Dia tidak mahu Farah risaukan dirinya nanti. Cukuplah Munirah selalu menyusahkan semua orang saja. Ada masanya juga dia mahu berdikari.
Irah..jangan macam ni. Jum..akak hantar Irah balik. Bahaya tahu tak duduk sorang-sorang dekat sini? Dah..dah..jangan nak mengada. Akak pukul kang nanti. Ugut Farah terus menarik tangan Munirah untuk bangun. Geram saja dia melihat wajah polos Munirah ini. Tahulah setia tunggu suami datang ambil tetapi kalau dah dekat sejam lebih tak muncul-muncul masih perlu setia lagi ke? Farah pula yg rasa sakit hati dengan semua ini. Munirah terus bergelut dengan Farah dan akhirnya semua ini selesai juga. Munirah melambaikan tangan ke arah Farah yg baru saja meluncur laju keretanya meninggalkan perkalangan Pusat Rawatan ini. Dirinya terus tertawa riang apabila Farah sempat menunjukkan tanda amaran jika dirinya tidak pulang dalam masa 15 minit nanti. Selepas kereta Farah hilang dari pandangan matanya Munirah kembali duduk di atas bangku itu. Pandangannya kosong saja melihat kereta lalu lalang di jalan raya.
Abang...kalau abang busy..kenapa tak beritahu Irah? Busy sangat ke sampai tak sempat call atau mesej? Irah tunggu abang dekat sini. Nguman Munirah sendiri masih melihat di screen telefonnya jika ada panggilan dan peti mesej dari Azhar. Jam menunjukkan pukul 5.00 p.m. Susuk tubuh Azhar masih tak muncul lagi. Munirah mengeluh perlahan. Dia cuba menghubungi grab tetapi tidak dapat. Munirah terus pasrah dan mula berdiri lalu berjalan kaki pulang saja. Walaupun jarak rumahnya dari sini tidak jauh tapi hampir 20 minit jugalah berjalan kaki.
Huarghh..bodohnya kau Munirah tolak pelawaan Kak Farah tadi. Tak pasal-pasal kena jalan kaki macam ni. Dah la harini aku pakai heels. Siap awak Azhar..balik nanti saya belasah awak cukup-cukup. Sampai hati buat saya macam ni. Beri harapan palsu memanjang. Kalau dah tak boleh datang tu tak payahlah nak berjanji bagai. Kang dah makan diri. Bencinya!!! Berleter Munirah sepanjang dia berjalan. Sekali sekala dia melihat juga keadaan sekelilingnya. Takut juga berjalan sendiri dalam waktu seperti ini. Beg tangannya di sembunyikan dalam pelukannya. Cuba berlagak seperti dirinya tiada barang yg berharga. Tiba-tiba..
Harghhh!!! Sergah seseorang di belakang Munirah.
Arghhh!! Siapa kau!! Nah ambik ni..Ambik ni!!! Jerit Munirah kuatnya terus memukul tubuh badan lelaki itu dengan kuatnya. Sedikit pun dia tidak memberi muka. Munirah takut jika lelaki ini adalah perompak yg cuba untuk merompaknya. Sekali penendang maut Munirah beri kepadanya.
Aduh..aduh..Puan Munirah!! Ini saya Huzair!!! Sudah...jangan pukul saya lagi..Sudah..Bersuara Huzair lalu duduk bertinggung sambil melindungi badannya daripada terus di pukul oleh Munirah. Dia saja mahu menyakat Munirah tapi lain pula yg didapatnya. Munirah yg mendengar suara Huzair terus beranjak ke belakang semula. Mukanya seperti 50 sen saja masih cuba berfikir apakah yg telah dia lakukan tadi. Huzair terus bangun sambil mengaru kasar kepalanya. Melihat sekitar badannya yg mula terasa kebas akibat dipukul oleh Munirah tadi. Munirah terus memberikan senyuman meleret ke arahnya. Rupa-rupanya orang yg sudah dia bersusah payah bergelut ini adalah Huzair dan bukannya perompak.
Puan Munirah..sorry saya buat Puan terkejut. Haa, Tahu pun takut jalan sengsorang macam ni. Kebetulan saya lalu ke sini mahu ke rumah Sis Farah. Saya ternampak Puan sengsorang dekat tepi jalan ni. Dah kenapa balik jalan kaki? Tahu tak bahaya pulang lewat sorang pula tu jalan kaki. Haishh..Nasib saya nampak. Kalau orang lain tadi macam mana? Dah jum..saya hantar Puan pulang. Rumah kat mana? Berleter Huzair panjang lebarnya dekat Munirah. Geram saja dia melihat Munirah seorang diri di sini. Pada masa yg sama dia juga terpikir kenapa Munirah berseorangan di sini. Mana suaminya iaitu "Azhar".
Ehh..ehh..ehh dah kenapa pula awak nak marah saya? Suka hati sayalah nak pulang jalan kaki pun. Tak adanya orang nak rompak saya. Kalau ada pun orang tu adalah awak. Apa Puan-puan? Saya baru 19 tahun tahu. Kategori "adik" lagi tahu! Dah kenapa pula awak nak tumpangkan saya? Tanya alamat rumah pula tu..Awak stalker saya ehh Huzair? Marah Munirah kembali apabila Huzair berkata begitu kepadanya. Mana taknya Munirah tidak tahu apa salahnya tetiba saja Huzair terus sound dirinya ini. Tidak ubah seperti Azhar saja diri Huzair ini. Suka sangat nak menyalahkan orang. Munirah terus berjalan pergi apabila melihat wajah Huzair kehairanan seperti itu. Seperti tidak percaya saja yg dengan apa yg telah diujarnya itu.
Ehh..Ehh tunggu..tunggu dulu. Okey..Saya minta maaf. Saya tak patut marah awak dulu. Please..jangan pulang sendiri seperti ini. Biar saya hantar awak pulang. Jangan risau saya tak berniat jahat. Saya cuma mahu hantar saja. Kalau Sis Farah pun akan buat benda yg samakan? Atau awak nak saya call Sis Farah yg jemput awak? Kata Huzair lalu mengeluarkan telefonnya untuk menelefon Farah. Tidak tahu apa yg boleh ia lakukan sekarang untuk menolong Munirah. Munirah merenung tajam saja ke arah wajah Huzair. Dia mengeluh perlahan akhirnya terima juga pelawaan ini. Waktu pun sudah lewat jika dia masih terus berjalan kaki. Takut perkara buruk yg berlaku nanti lebih baik dia menumpang Huzair saja. Orang yg sudah dia biasa kenal walaupun tidak berapa rapat sangat. Huzair tersenyum riang saja lalu pergi membukakan pintu untuk Munirah masuk. Hanya jelingan saja Munirah balas terhadap senyumannya itu. Tidak kuasa dia mahu melayan lelaki seperti Huzair. Dia masih lagi ingat batas sebagai seorang isteri. Hanya Azhar saja yg dia cintakan. Dari jauh sebuah kereta honda civic memerhati saja gelagat mereka berdua dari jauh. Orang itu menampar kuat handle keretanya. Menahan amarah sebaik mungkin. Mengusap wajahnya kasar sekali. Bukan ini yg dia mahu lihat.
Share this novel